Search Header Logo
SEJARAH TAHUN 4 Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

SEJARAH TAHUN 4 Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Assessment

Presentation

History

4th Grade

Medium

Created by

NORAIHAN Moe

Used 4+ times

FREE Resource

18 Slides • 32 Questions

1

SEJARAH TAHUN 4 Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

(Bahagian 2)

Slide image

2

3

PERISTIWA PEMBUKAAN MELAKA

Parameswara dan pengikutnya belayar meninggalkan Sening Ujong dan sampai ke muara Sungai Bertam. Parameswara ternampak sebuah perkampungan nelayan lalu singgah di situ.

Slide image

4


Parameswara dan pengikutnya keluar berburu. Parameswara menyaksikan anjing perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam sungai. Parameswara berpendapat

tempat itu sungguh bertuah dan sesuai dijadikan kerajaan apabila melihat seekor haiwan yang kecil berjaya mengalahkan haiwan yang lebih besar.

Slide image

5

Slide image

Parameswara mengambil keputusan untuk membuka sebuah kerajaan baharu sempena dengan nama pokok Melaka tempat baginda bersandar.

6

ASAL USUL NAMA MELAKA DARIPADA PELBAGAI SUMBER


7

(1) Sulalatus Salatin

Sulalatus Salatin menceritakan bahawa nama Melaka berasal daripada pokok Melaka, tempat Parameswara bersandar ketika pelanduk putih menendang anjingnya.

Slide image

8

(2) Sumber Arab

Sumber Arab menyebut Melaka sebagai Malakat yang bermaksud perhimpunan segala dagang.

Slide image

9

(3) Sumber India

Sumber India mengikut mitos Hindu menyatakan Melaka disebut Amalaka, iaitu pokok pertama yang tumbuh di alam semesta.

Slide image

10

(4) SUMA ORIENTAL

Nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa yang bermaksud tempat perlindungan.

Slide image

11

Mengapakah kita perlu taat terhadap Raja dan Negara?

12

Keistimewaan Melaka Semasa

Pemerintahan Parameswara


13

Slide image

Perairan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angin monsun

14

Kedudukan yang Strategik

Melaka berada pada

kedudukan yang strategik di antara jalan laut timur dan barat. Kedudukan yang strategik ini menarik minat para pedagang untuk singgah berdagang.


Slide image

15

Kebijaksanaan Pemerintah

Pemerintahan Kesultanan Melayu

Melaka mengamalkan pentadbiran yang cekap dan terbuka. Keterbukaan ini juga menarik minat kerajaan asing untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka.

Slide image

16

Apakah kepentingan sumbangan Pengasas Kesultanan Melayu Melaka?

17

Jom uji kefahaman anda!

(Boleh ulang baca maklumat supaya senang menjawab soalan selepas ini, baca maklumat yang telah dipelajari minggu lepas juga)

18

Multiple Choice

Berdasarkan Suma Oriental, nama Melaka berasal

daripada perkataan Malaqa

yang bermaksud _________________________.

1

tempat pemerintahan

2

tempat pertanian

3

tempat perlindungan

4

tempat pedagangan

19

Multiple Choice

Sumber India mengikut mitos Hindu menyatakan Melaka disebut _________________________________________________.

1

Amalaka, iaitu pokok ketiga yang tumbuh di alam semesta.

2

Amalaka, iaitu pokok kedua yang tumbuh di alam semesta.

3

Amalaka, iaitu pokok pertama yang tumbuh di alam semesta.

4

Amalakat, iaitu pokok pertama yang tumbuh di alam semesta.

20

Multiple Choice

Sumber Arab menyebut Melaka sebagai ______________________________________.

1

Malakot yang bermaksud perhimpunan segala dagang.

2

Malakat yang bermaksud perhimpunan segala dagang.

3

Malakat yang bermaksud perhimpunan segala orang.

4

Malakat yang bermaksud perhimpunan segala barang.

21

Multiple Choice

_________________________ menceritakan bahawa nama Melaka berasal daripada pokok Melaka, tempat Parameswara bersandar ketika pelanduk putih menendang anjingnya.

1

Sulalatus Salatin

2

Silalatus Salatin

3

Sulalatus Salotin

4

Sulalatis Salatin

22

Multiple Choice

Melaka dikenali dengan pelbagai nama yang diperoleh daripada pelbagai sumber. Antara sumber yang merekodkan asal usul nama Melaka termasuklah sumber tempatan, _____________________________.

1

India, China dan Barat

2

India, Portugis dan Barat

3

Arab dan Barat

4

India, Arab dan Barat

23

Multiple Choice

Parameswara mengambil keputusan untuk membuka sebuah kerajaan baharu sempena dengan nama _____________ tempat baginda bersandar.

1

buah Melaka

2

pokok Melaka

3

ranting Melaka

4

sungai Melaka

24

Multiple Choice

Parameswara dan pengikutnya keluar berburu. Parameswara menyaksikan _________ perburuannya ditendang oleh seekor _____________ sehingga jatuh ke dalam sungai.

1

anjing, pelanduk putih

2

anjing, lembu putih

3

kuda, pelanduk putih

4

kuda, lembu putih

25

Multiple Choice

Di manakah letaknya perkampungan nelayan

yang disinggahi oleh Parameswara?

1

Muar

2

Bertam

3

Sening Ujong

4

muara Sungai Bertam

26

Multiple Choice

Parameswara dan pengikutnya

meninggalkan Muar dan meneruskan perjalanan ke Sening Ujong. Apakah yang Parameswara lakukan di Sening Ujong?

1

Parameswara melantik seorang wakil pemerintah di Muar.

2

Parameswara melantik seorang wakil pemerintah di Sening Ujong.

3

Parameswara melantik seorang pengikut di Sening Ujong.

4

Parameswara melantik seorang wakil penngikut di Muar.

27

Multiple Choice

Berita kematian Temagi telah menyebabkan kerajaan Siam menyerang Parameswara . Apakah yang Parameswara lakukan ketika itu?

1

Parameswara berundur ke Muar bersama-sama dengan pemimpinnya

2

Parameswara berundur ke Muar bersama-sama dengan pengikut Siam

3

Parameswara berundur ke Pangkor bersama-sama dengan pengikutnya

4

Parameswara berundur ke Muar bersama-sama dengan pengikutnya

28

Multiple Choice

Parameswara merancang serangan ke atas

Temagi kerana Parameswara hendak menjadi

pemerintah di Temasik. Apakah kesan daripada serangan ini?

1

Temagi dibakar

2

Temagi melarikan diri

3

Temagi dibunuh

4

Temagi digantung

29

Multiple Choice

Parameswara mendapati Temasik sesuai untuk dijadikan kerajaan kerana _________________________.

1

lembah yang strategik.

2

kedudukannya yang luas

3

kedudukannya yang strategik.

4

kedudukannya yang dalam.

30

Multiple Choice

Kedatangan Parameswara disambut baik

oleh Temagi. Parameswara diizinkan oleh ______________ untuk menetap di ________________.

1

Temagi, Palembang.

2

Tomagi, Temasik.

3

Temagi, Temasik.

4

Temagi, Majapahit.

31

Multiple Choice

Parameswara dan para pengikutnya menaiki

kapal menuju ke Temasik dan bertemu dengan

Temagi. Temagi merupakan wakil kerajaan _____________________________.

1

Siam yang memerintah Temasik

2

Siam yang memerintah Melaka

3

Palembang yang memerintah Melaka

4

Palembang yang memerintah Temasik

32

Multiple Choice

Selepas meninggalkan ______________, Parameswara bersama-sama dengan ______________ melalui pengembaraan yang penuh cabaran sehingga tiba di Temasik.

1

Palembang, pembesarnya

2

Majapahit, pengikutnya

3

Palembang, pengikutnya

4

Majapahit, pembesarnya

33

Multiple Choice

Parameswara bersama-sama dengan pengikut beliau

terpaksa meninggalkan Palembang dan menuju ke ___________________________________.

1

Temasik kerana diserang oleh Majapahit.

2

Melaka kerana diserang oleh Majapahit.

3

Temasik kerana diserang oleh Portugis.

4

Temasik kerana diserang oleh Siam.

34

Multiple Choice

Kerajaan Majapahit mahu menyerang Palembang kerana ___________________________________________________.

1

Parameswara cuba menyerang Palembang daripada jajahan Majapahit.

2

Parameswara cuba membebaskan Palembang daripada jajahan Siam.

3

Parameswara cuba menyerang Palembang daripada jajahan Siam.

4

Parameswara cuba membebaskan Palembang daripada jajahan Majapahit.

35

Multiple Choice

Berikut merupakan latar belakang Parameswara. Parameswara ialah putera raja kerajaan Melayu dari _______________.

1

Siam

2

Palembang

3

Sumatera

4

Indonesia

36

Multiple Choice

Terdapat dua buah buku yang merekodkan tentang pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Buku tersebut ialah _______________________________________.

1

Sulalatas Salatan dan Suma Oriental

2

Sulalatus Salatin dan Sumar Oriental

3

Sulalatus Salatin dan Suma Oriental Melaka

4

Sulalatus Salatin dan Suma Oriental

37

Multiple Choice

Berdasarkan dua sumber tersebut Parameswara atau Sultan Iskandar Shah ialah

1

pengasas Kesultanan Melayu Melaka.

2

pemerintah Kesultanan Melayu Melaka.

3

pelabur Kesultanan Melayu Melaka.

4

pengasas Kesultanan Melayu Malaysia

38

Multiple Choice

Anjing buruan Parameswara ditendang oleh ...

1

pelanduk putih

2

kuda

3

lembu

39

Multiple Choice

Nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa menurut ...

1

Suma Oriental

2

Sejarah Melayu

40

Multiple Choice

Yang manakah bukan kesitimewaan Melaka semasa pemerintahan Parameswara?

1

terlindung daripada Angin Monsun

2

kebijaksanaan pemerintah

3

kedudukan strategik

4

penduduk yang baik hati

41

Multiple Choice

Apakah sifat kepimpinan Parameswara?

1

Gigih, bercita-cita tinggi

2

Malas, penakut

3

Bangga, mementingkan diri

42

Multiple Choice

Sultan menjadi ketua agama ______

1

Islam

2

Buddha

3

Hindu

43

Multiple Choice

Pedagang Arab memanggil Melaka sebagai...

1

Malakat

2

Makkah

3

Malagas

44

Multiple Choice

Menurut Sejarah Melayu, nama Melaka diberi sempena nama haiwan yang menendang anjing perburuannya.

1

Betul

2

Salah

45

Multiple Choice

Parameswara merasakan Muar sangat sesuai untuk dijadikan kerajaan.

1

Betul

2

Salah

46

Multiple Choice

Nama asal Singapura ialah Temasik

1

Betul

2

Salah

47

Multiple Choice

Bagaimanakah keadaan negara sekiranya rakyat tidak bersikap taat setia kepada raja dan negara?

1

Negara sentiasa aman dan makmur

2

Negara menjadi kacau bilau

3

Rakyat saling bekerjasama dan bersatu padu

48

Multiple Select

Nyatakan sumbangan Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

1

menjalankan pentadbiran yang cekap dan terbuka

2

menarik minat kerajaan asing untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Melaka

3

membina kawasan kediaman yang ideal buat para pendatang asing

49

Multiple Choice

Apakah kepentingan sumbangan Pengasas Kesultanan Melayu Melaka?

1

sumbangan baginda mendorong kepada kemajuan Melaka

2

sumbangan baginda menjadi pemangkin kepada kejatuhan Melaka

3

sumbangan baginda menyulitkan rakyat dan pembesar

50

Pembelajaran hari ini tamat, tahniah!

SEJARAH TAHUN 4 Unit 9 : Pengasas Kesultanan Melayu Melaka

(Bahagian 2)

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 50

SLIDE