Search Header Logo
AKHLAK 3 (2) 4/7/21

AKHLAK 3 (2) 4/7/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

1st - 4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

Used 1+ times

FREE Resource

19 Slides • 0 Questions

1

AKHLAK 3 (2) 4/7/21

10. ADAB-ADAB TIDUR

media

2

HAMPARKAN HAMPARANMU

  • Menghadap kiblat

  • Badan mengiring ke sebelah kanan

  • Dalam keadaan suci

  • Sediakan wasiat dibawah bantal

  • Dalam keadaan bertaubat

  • Berazam untuk tidak mengulangi dosa

  • Berazam untuk melakukan kebaikan kepada seluruh umat Islam

3

  • 8 jam sehari waktu tidur

  • Bersiap untuk bersiwak/miswaak

  • Sediakan air untuk bersuci esok harinya (jika bangun qiam)

  • Berazam untuk bangun tengah malam

  • Membaca Ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan al-Mulk

  • Dalam keadaan berzikir

4

TAMBAHAN

  • Jangan lakukan perkara yang sia-sia

  • Lakukan solat witir (selepas qiamullail)

  • Bersihkan tempat tidur dan baca bismillah

  • Elakkan tidur posisi telungkup

  • Berusaha bangun tidur sebelum terbit fajar 

  • Jika bermimpi buruk, disarankan baca a’uzubillah, hembus ke kiri, tidak menceritakannya kepada orang lain dan dirikan solat sunat.

  • Dalam keadaan berwudu'

5

DALIL-DALIL

6

Membaca Ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan al-Mulk

Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah R.anha yang bermaksud: Sesungguhnya Nabi SAW jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca: Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. - (H.R Al-Bukhari).

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah pada waktu malam, maka ia sudah cukup. - (H.R al-Bukhari).

7

Bersihkan Tempat Tidur Dan Bismillah

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Sekiranya salah seorang daripada kamu mendatangi tempat tidurnya, hendaklah dia mengambil (memegang) bahagian dalam kainnya, kemudian mengibas tempat tidurnya dengan kain tersebut serta sebutlah nama Allah (iaitu membaca Bismillah), kerana sesungguhnya tidak ada seorang pun yang tahu apa yang terjadi setelah dia meninggalkan tempat tidurnya. Sekiranya dia mahu berbaring, berbaringlah di sebelah rusuk kanannya dan berdoa; Maha suci Engkau, Ya Allah Wahai Tuhanku, dengan namaMu aku berbaring, dan dengan namaMu aku angkat pinggangku. Jika Engkau menahan nyawaku, maka berilah keampunan kepadanya dan jika Engkau melepaskannya, maka peliharalah sebagaimana hamba-hambaMu yang soleh.

(H.R Muslim).

8

Dalam Keadaan Berwudu'

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah: Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.

(H.R al-Bukhari).

9

AMALAN & USAHA

AMALAN yang menemanimu. Hanya USAHA semasa hidupmulah yang berfaedah dapat membantu

10

AWALNYA MEMPERSIAPAKAN HAMPARANMU

Dengan menyiapkan tempat tidurmu dengan lebih awal kerana nafsu umpama sia-sialah kehidupan seharianmu KECUALI jagamu merosakkan agamamu, dan tidurmulah lebih selamat bagimu.

11

TAHJUD ANUGERAH TERINDAH

Solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.

12

DALIL

Rasulullah bersabda: Waktu paling dekat antara Rabb dengan hamba-Nya adalah pada separuh malam terakhir. Karenanya jika kamu dapat menjadi salah satu orang yang mengingat Allah, maka lakukanlah (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)

13

KELEBIHAN MENGAMALKAN AYATUL KURSI DAN ZIKIR

Di naikkan rohnya ke 'Arasy dan dituliskan tidurnya umpama orang yang bersembahyang

14

5 GANJARAN TAHJUD DI DUNIA

  • Jauh daripada semua penyakit

  • Dikurniakan kesan takwa pada wajah

  • Dikasihi oleh semua manusia

  • Percakapan dan perbuatannya mengandungi hikmah (Kebijaksanaan)

  • Dikurniakan kekuatan dan rezeki (Halal dan diberkati)

15

DALIL

 Jauh Daripada Semua Penyakit


Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;

Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.

16

4 KURNIAAN DI AKHIRAT

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri.

  • Dipermudahkan hisab.

  • Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat.

  • Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

17

PAKSAAN YANG MENGGEMBIRAKAN

Paksa diri untuk mengerjakan ketaatan, agar menjadi kematian kita nanti gembira pengakhirannya. Mati tidak mengenal jasadnya.

18

HIKMAH MENGIKUT ADAB TIDUR

  • Mengikut sunnah Rasulullah SAW

  • Melatih diri berdisiplin

  • Menjaga kesihatan diri

  • Merehatkan anggota badan

  • Menjauhkan diri daripada syaitan

  • Mengistirehatkan otak sebelah kiri

19

  • Meningkatkan waktu penyerapan zat gizi

  • Merangsang pembuangan air besar

  • Mengitirehatkan kaki kiri

  • Menjaga kesihatan paru-paru

  • Menjaga saluran pernafasan

  • Meningkatkan pengosongan isi kandung hempedu, pankreas

AKHLAK 3 (2) 4/7/21

10. ADAB-ADAB TIDUR

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 19

SLIDE

Discover more resources for Religious Studies