

AKHLAK 1 (2) 5/7/21
Presentation
•
Religious Studies
•
1st - 4th Grade
•
Hard
Rafiqah Naim
Used 1+ times
FREE Resource
27 Slides • 0 Questions
1
AKHLAK 1 (2) 5/7/21
10. BANGUNLAH BERIBADAT DIWAKTU MALAM

2
BUKAN ILMU SEMATA-MATA
Tiada guna ilmu jika jika tiada amalan
3
SURUHAN ALLAH SWT
Allah SWT menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah, iaitu menyedikitkan tidur malam dan memperbanyak qiamullail dan solat-solat malam seperti yang dianjurkan as-sunnah
4
QIAMULLAIL
Qiamullail ialah satu amalan sunat yang bererti ‘bangun malam’ iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah SWT.
5
DALIL
Qiamullail
6
RIWAYAT SAIDATINA AISYAH R.A
Berkata: “Nabi SAW menunaikan solat malam hingga bengkak kedua-dua telapak kaki baginda, lalu aku katakan kepada baginda, ‘Mengapakah engkau melakukan seperti ini, ya Rasulullah, padahal dosamu yang lalu mahupun yang akan datang telah diampunkan oleh Allah? ‘Baginda menjawab, Adakah aku tidak boleh menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
(H.R Bukhari dan Muslim)
7
AMALAN QIAMULLAIL
Solat sunat Tahjud
Solat sunat Hajat
Solat sunat Taubat
Solat sunat Tasbih
Solat sunat Witir
Berzikir dan wirid
Baca al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk
8
DALIL
Firman Allah SWT ;
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk.
Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.”
– Al-Muzzammil: 1 – 4 dan 6 -8
9
KELEBIHAN QIAMULLAIL
Dibangkitkan di tempat yang terpuji
Ibadah yang memberi kesan mendalam dalam jiwa
Waktu mustajab doa
Ibadah yang disukai oleh Allah SWT
10
DALIL
Kelebihan Qiamullail
11
Dibangkitkan di tempat yang terpuji
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjalah sembahyang tahajjud padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Isra’: 79)
12
Ibadah yang memberi kesan mendalam dalam jiwa
Firman Allah SWT:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا – 73:6
“Sesungguhnya bangun beribadat pada waktu malam itu adalah sangat berkesan (dalam hati) dan lebih betul bacaannya.”
(Surah al-Muzammil: 6)
13
Waktu mustajab doa
Jabir RA pula mengatakan bahawa aku mendengar Rasullulah SAW bersabda yang berbunyi:
“Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seseorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah SWT meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya. Keadaan ini ada pada tiap-tiap malam.”
(Riwayat Muslim)
14
Ibadah yang disukai oleh Allah SWT
Firman Allah SWT :
وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا – 76:26
“Dan (dengan apa keadaan pun) maka pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhanmu (dengan mengerjakan sembahyang) dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memuji-Nya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.”
(Surah al-Insan: 26)
Dalam sebuah hadith lain pula, Abdullah bin Salam berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, menjamu makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera.”
(Riwayat al-Tirmizi)
15
TAHJUD ANUGERAH TERINDAH
Solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
16
DALIL
SAIDINA UMAR AL-KHATTAB
Selain itu, juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’.
17
TIPS MUDAH BANGUN TAHJUD
Tidur yang sedikit pada waktu siang
Tidur awal pada waktu malam
Menjaga pemakanan
Amalan-amalan sebelum tidur
Pasang niat
Posisi tidur
Wudu' sebelum tidur
18
Kuatkan azam
Sentiasa muhasabah diri
19
Menjaga pemakanan
Elak makan dan minum dengan banyak kerana apabila kenyang, sukar untuk bangun malam.
Makanlah daripada sumber yang berkhasiat dan kurang berlemak kerana ia membantu melancarkan sistem pencernaan badan anda.
20
AMALAN SEBELUM TIDUR
Amalkan baca Mathurat sebelum tidur. Selain menjadi pendinding diri, ia juga membantu memudahkan bangun di tengah malam.
Selain itu bacakan doa sebelum tidur.
21
PASANG NIAT
Niatkan dalam hati untuk bangun mengerjakan solat malam.
Mohon kepada Allah supaya tidur menjadi kerehatan buat kita sehingga berdaya bangun untuk menunaikan solat tahajud.
22
POSISI TIDUR
Amalkan posisi tidur secara mengiring ke kanan.
23
HIKMAH TAHJUD
24
5 GANJARAN DI DUNIA
Jauh daripada semua penyakit
Dikurniakan kesan takwa pada wajah
Dikasihi oleh semua manusia
Percakapan dan perbuatannya mengandungi hikmah (Kebijaksanaan)
Dikurniakan kekuatan dan rezeki (Halal dan Diberkati)
25
DALIL
Jauh Daripada Semua Penyakit
Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;
“Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
26
4 KURNIAAN DI AKHIRAT
Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
Dipermudahkan hisab
Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat
Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan
27
PAKSAAN YANG MENGGEMBIRAKAN
Paksa diri untuk mengerjakan ketaatan, agar menjadi kematian kita nanti gembira pengakhirannya. Mati tidak mengenal jasadnya.
AKHLAK 1 (2) 5/7/21
10. BANGUNLAH BERIBADAT DIWAKTU MALAM

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 27
SLIDE
Similar Resources on Wayground
17 questions
PENDIDIKAN AGAMA KRISTEN
Presentation
•
1st - 5th Grade
21 questions
SIKLUS AIR KELAS V
Presentation
•
1st - 5th Grade
20 questions
Rapat dan silaturahmi orang tua murid 5C
Presentation
•
1st - 5th Grade
21 questions
Materi Jam Kelas 2
Presentation
•
1st - 5th Grade
21 questions
Planet dalan tata surya
Presentation
•
1st - 5th Grade
19 questions
Perbandingan
Presentation
•
1st - 3rd Grade
18 questions
Soal OSN IPA 2023
Presentation
•
1st - 5th Grade
17 questions
PRAKTIT SHALAT
Presentation
•
1st - 5th Grade
Popular Resources on Wayground
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
5th Grade
55 questions
A Long Walk to Water Final Review
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Equation Word Problems
Quiz
•
7th Grade
Discover more resources for Religious Studies
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
5 questions
Dramatic Dream
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Area
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
3rd grade Context Clues
Quiz
•
2nd - 3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
4th Grade
25 questions
Branches of the United States Government
Quiz
•
4th Grade