Search Header Logo
Kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap

Kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap

Assessment

Presentation

World Languages

5th Grade

Easy

Created by

MUHAMMAD Moe

Used 23+ times

FREE Resource

11 Slides • 14 Questions

1

Kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap

Slide image

2

Kata majmuk ?

Kata majmuk ialah dua kata dasar yang dirangkaikan bersama membentuk satu perkataan yang membawa makna baharu.

3

Contohnya ?

1. kereta api

2. guru besar

3. meja belajar

4. sukarela

5. tanggungjawab


Kalau kamu perasan, kesemua perkataan tersebut terdiri daripada dua perkataan, contohnya "kereta" dan "api", digabungkan dan dieja secara terpisah membentuk "kereta api".

4

Sama juga seperti perkataan "suka" dan "rela", digabungkan dan dieja secara rapat membentuk "sukarela".

semua tu kata majmuk tetapi jenis berbeza :)

5

Kata majmuk ada 4 jenis, tetapi yang akan kita belajar hari ini hanya 2 jenis iaitu kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap :)

Apa pulak dah dua-dua ni ? Haa jom kita tengok bersama-sama.

6

1. Kata majmuk bebas

  • Kata majmuk bebas ialah perkataan yang tidak mempunyai hubungan makna antara perkataan pertama dan perkataan kedua.

  • Dieja secara terpisah. Contohnya, "kereta api", "guru besar", dan "kerusi pejabat".

Slide image

7

2. Kata majmuk mantap

Kata majmuk mantap ialah kata majmuk yang telah mantap ejaannya dan dieja secara RAPAT.


Terdapat 15 sahaja kata majmuk mantap dalam Bahasa Melayu di DUNIA INI :O

Slide image

8

Mari kita lihat kesemua (15) kata majmuk mantap dalam Bahasa Melayu

9

Slide image

10

Kata majmuk mantap juga masih terdiri daripada dua perkataan yang membawa makna berbeza, cuma dieja secara RAPAT sahaja.

Contohnya, "antarabangsa" ialah perkataan hasil daripada gabungan "antara" dan "bangsa".

11

KUIZZ !!


12

Multiple Choice

Zara prihatin dengan rakan-rakannya di sekolah. Dia menjalankan ___________ merawat murid yang tercedera ketika bersukan.

1

tanggung jawab

2

tanggungjawab

13

Multiple Choice

Zara juga murid yang rajin. Dia menjalankan tugas sebagai seorang ____________ Kelab Bahasa Melayu di sekolahnya.

1

setia usaha

2

setiausaha

14

Multiple Choice

Dia berjaya menyertai sukan ___________ sehingga peringkat antarabangsa.

1

olahraga

2

olah raga

15

Multiple Choice

Zara selalu membantu masyarakat secara ___________, Dia membantu orang buat melintas jalan.

1

sukarela

2

suka rela

16

Multiple Choice

Isikan tempat kosong dengan kata majmuk mantap yang betul ejaannya.


Zara murid kelas 4 Wira. Dia memberikan ______________ kepada rakan-rakan sekelasnya semasa menjalankan perbincangan.

1

kerja sama

2

kerjasama

17

Multiple Choice

Seng Yun mengulang kaji pelajaran dengan berpandukan ___________________ yang baru dibelinya.

1

buku lima

2

buku rujukan

18

Multiple Choice

Murid-murid dikehendaki memakai _____________ketika bersenam di padang.

1

baju kurung

2

baju sukan

19

Multiple Choice

Shan Shan mahir menggunakan ________ untuk menyiapkan kertas projeknya.

1

komputer riba

2

kamus dewan

20

Multiple Choice

Adrian sedang __________________ maklumat dari Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya.

1

memuat turun

2

mengemas kini

21

Multiple Choice

_____ Ani tidak berfungsi lagi kerana telah dimasuki air ketika dia bermain di padang.

1

jam tangan

2

jam dinding

22

Multiple Choice

Kedai __________akan tutup pada 6 petang.

1

alat pensel

2

alat tulis

23

Multiple Choice

Alif telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam ____________Sains dan Matematik.

1

mata pelajaran

2

mata wang

24

Multiple Choice

_________Tahun 4 telah disemak oleh Cikgu Goh.

1

kertas mahjong

2

kertas ujian

25

Multiple Choice

Cikgu Aini meminta Sofia meletakkan__________itu di penjuru kelas

1

tanah air

2

pasu bunga

Kata majmuk bebas dan kata majmuk mantap

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 25

SLIDE