

KURSUS ATAS TALIAN : SELAMAT DARI BAHAYA
Presentation
•
Professional Development
•
Professional Development
•
Hard
Hjh Sakina Hj Md Nor
Used 1+ times
FREE Resource
66 Slides • 7 Questions
1
KURSUS ATAS TALIAN : SELAMAT DARI BAHAYA

2
Open Ended
NAMA:
3
Kedudukan yang di amanahkan
Sebagai seorang wakil sekolah, aspek paling penting dalam peranan anda adalah sebagai individu yang telah di letakkan dalam kedudukan amanah. Kanak-kanak dan para remaja melihat anda sebagai sesorang yang mempunyai integriti yang tinggi dan mempunyai nilai-nilai termulia pada setiap masa. Mereka boleh mempercayai anda dan tujuan anda pada setiap masa.
4
Kedudukan yang di amanahkan
Ini bermakna kanak-kanak dan para remaja boleh percaya dan yakin bahawa anda akan memperlakukan mereka dengan hormat dan bermaruah pada setiap masa. Mereka boleh meletak harapan bahawa anda akan memastikan keselamatan mereka pada setiap masa dan anda akan mengambil apa jua tindakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka. Anda perlu memahami prinsip-prinsip dan mekanisma-mekanisma ‘Selamat dari Bahaya’ agar anda boleh menangani keperluan bagi campur tangan dalam situasi-situasi atau jika anda memerlukan nasihat pakar bagi menyokong sesorang yang berkenaan serta bagaimana memaklumkan orang berkenaan mengenai kes-kes penderaan.
5
Ini juga bermakna anda tidak boleh sama sekali menjadikan amanat sebagai orang yang boleh dipercayai untuk menjalin hubungan yang tidak sesuai dengan kanak-kanak atau para remaja, walaupun mereka di kira bukan lagi di bawah had umur bagi hubungan seksual secara persetujuan bersama. Tindakan sedemikian adalah tindakan yang melanggar amanat seorang kanak-kanak atau remaja dan jua amanah sekolah yang telah di letakkan atas bahu anda.
6
Apabila anda di telah berada dalam kedudukan yang diamanahkan, anda mempunyai tangggungjawab yang sangat besar. Ianya memerlukan kita semua memperjuangkan apa yang kita kehendaki untuk melindungi kanak-kanak dan para remaja, nama baik sekolah dan integriti kita sendiri. Ianya menjadi suatu tanggungjawab kita bagi menjana kesedaran tentang kepentingan ‘Selamat dari Bahaya’ pada bila-bila masa, di mana jua bagi memastikan persekitaran yang selamat pada setiap masa. Tanggungjawab ini perlu di pandang berat dan hendaklah selalu sedia untuk bertindak jika ada keperluan. Ianya bukan mudah tetapi penting dalam menjalankan peranan anda.
7
Bahagian-bahagian kursus seterusnya adalah kajian-kajian kes. Kajian-kajian kes ini direkabentuk bagi membantu kefahaman mengenai polisi ‘Selamat dari Bahaya’ secara praktikal
8
Multiple Select
Modul 2.1 Kajian kes 1
Anda hadir di suatu acara sukan besar-besaran di mana sekolah-sekolah dari kawasan-kawasan berlainan bersaing
Semasa anda berada di kawasan acara, anda memerhatikan seorang kanak-kanak di ejek dengan pelbagai ejekan dan di pulaukan oleh kanak-kanak yang lain. Anda membuat kesimpulan bahawa kanak-kanak itu besar kemungkinan sedang di buli
Apa tindakan anda?
Berdepan dan mencabar kanak-kanak lain
Tidak mengambil apa-apa tindakan kerana anda bukan penyelaras program tersebut dan bukan tanggungjawab anda
Lapurkan pemerhatian anda kepada penyelaras kegiatan
9
Modul 2.2 – Muhasabah diri
Apabila berhadapan dengan situasi penderaan, penting bagi memberhentikan penderaan tersebut serta merta walaupun anda bukan orang yang menjalankan atau bertanggungjawab bagi kegiatan tersebut. Pencerahan mengenai keburukan-keburukan yang mungkin menimpa orang-orang muda sangat penting. Tindakan berdepan dan mencabar anak-anak muda mungkin memburukkan lagi keadaan jika mereka tidak mengiktiraf bidang kuasa anda atau jika anda kurang bersedia menangani keadaan.
10
Senario sebelumnya berhubungkait dengan situasi buli
Membuli adalah perbuatan atau tindakan sengaja yang berunsur negatif terhadap sesorang secara berulang kali dalam suatu jangkamasa. Membuli adalah sejenis penderaan rakan sebaya yang paling biasa di lakukan terhadap anak-anak muda dan juga orang dewasa, oleh itu ianya tidak boleh di pandang ringan. Perbuatan membuli boleh mendatangkan akibat yang buruk bagi mangsa-mangsa buli dan mesti di tangani dengan cepat dan jelas.
11
Penderaan fizikal anak muda atau orang dewasa boleh dikatakan sebagai perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan luaran samada dari interaksi atau ketiadaan interaksi dalam bidang kuasa ibu atau bapa atau orang yang diamanahkan tanggungjawab dan bidang kuasa.
12
Modul 2.3
PANDUAN BERGUNA
Dalam situasi di mana seorang anak muda hendak mengadu pada anda:
- Cari tempat yang sesuai untuk berbincang
Jika seorang anak muda mahu mengadu perihal dirinya dalam sesuatu kegiatan atau acara, bawalah ia ke tempat di mana perbincangan boleh berjalan tanpa gangguan. Tempat tersebut walaupun berasingan dari acara atau kegiatan tetapi anda mesti nampak jelas oleh seorang dewasa yang lain dan sebaliknya. Ini adalah untuk melindungi anda dari kemungkinan terjadinya tuduhan penderaan.
13
Pada awalnya anda mungkin belum pasti apa tindakan untuk di ambil. Anda perlu bertenang semasa perbincangan tersebut.
-Beri ruang bagi mendengar dan berbincang
14
Apabila sesorang mencurahkan perasaan/pendapat secara rahsia, ini bermakna dia rasa selamat serta yakin terhadap anda. Maka adalah sangat penting bagi anda mendengar apa yang hendak di sampaikannya. Jangan mengkhianati amanatnya. Pendek kata, anda mesti memandang berat apa yang di sampaikan.
15
Peranan anda sebagai pemimpin memerlukan anda bertindak jika perlu. Apabila sesorang anak muda mengambil keputusan untuk mencurahkan apa yang di alaminya, ia mungkin jadi sebahagian dari suatu proses yang berjangkamasa lama. Besar kemungkinan ini pertama kali dia berani membuka mulut kepada sesiapa. Adalah sangat penting bagi anda mendengar apa yang di ceritakan.
16
Sebelum anda menamatkan perbincangan, anda perlu menimbangkan samada perbincangan itu memadai untuk anak muda/orang dewasa tersebut atau besar kemungkinan anda perlu menghadapkan maklumat kepada orang lain seperti orang yang bertanggungjawab dalam jabatan/sekolah/kementerian
17
Modul 3.1 Kajian kes 2
Semasa acara lari berganti-ganti, ketua bagi pasukan yang ketinggalan di belakang pasukan yang lain cuba bertindak untuk menaikkan semangat juang ahli-ahli pasukkannya. Dalam keghairahan bercampur sedikit kekecewaan, ketua tersebut pergi kepada ahli bernama Ryan, yang akan berlari seterusnya. Ketua pasukkan memegang Ryan sambil mengoncang-goncang badannya, memekik-mekik bagi memotivasi ahli tersebut.
18
Multiple Select
Apakah tindakan anda ?
Tidak mengambil apa jua tindakan kerana ketua tersebut hanya berniat untuk memotivasi ahlinya
Mendatangi ketua tersebut, memintanya untuk ketepi sekejap dan memaklumkan kepadanya bahawa tindakannya tidak bersesuaian
Melapurkan insiden tersebut kepada jawatankuasa
19
Modul 3.2 – Muhasabah diri
Senario tadi berhubungkait dengan situasi penderaan fizikal. Jika anda menyaksikan kes penderaan fizikal, anda perlu bertindak segera. Dalam situasi ini, anda hendaklah bertindak memberhentikan perbuatan/penderaan fizikal yang berlaku serta menjelaskan kepada ketua patrol tersebut bahawa perbuatannya tadi adalah salah dan boleh menjejaskan keyakinan ahli tersebut. Situasi sebegini mestilah di lapurkan.
20
Penderaan fizikal anak muda atau orang dewasa boleh dikatakan sebagai perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan luaran samada dari interaksi atau ketiadaan interaksi dalam bidang kuasa ibu atau bapa atau orang yang diamanahkan tanggungjawab dan bidang kuasa.
21
Modul 3.3 Panduan berguna
Dalam situasi dimana seorang anak muda ingin membuka mulut:
- Sentiasa positif dan dapatkan pengesahan
Adalah penting bagi anda berusaha memahami situasi yang di ceritakan oleh ahli tersebut
22
Sentiasa mengulang balik atau bertanya balik kepada ahli tersebut “Adakah maksud awak begini?” untuk memastikan anda benar-benar faham apa yang di sampaikan.
- Jangan membuat apa-apa perjanjian
Jangan berjanji untuk berdiam diri atau berjanji akan mendapatkan resolusi. Katakan anda akan cuba untuk membantu
23
Jangan sekali-kali berjanji untuk berdiam diri sebelum mengetahui apa yang akan di sampaikan oleh anak muda/orang dewasa kepada anda. Apabila anda memungkiri janji, anak muda terutamanya akan hilang kepercayaan terhadap orang dewasa
24
- Ingati apa yang telah di sampaikan oleh ahli
Dengarlah dengan penuh perhatian dan ingati perkataan-perkataan yang telah di gunakan oleh anak muda/orang dewasa untuk menerangkan keadaan yang di alaminya.
25
Setelah mendengar penerangan, anda perlu mencatit apa yang telah di ceritakan, termasuk perkataan-perkataan yang telah di gunakan. Ini adalah rekod yang boleh digunakan, jika perlu. Maklumat hendaklah di rahsiakan untuk di kongsisama hanya dengan orang-orang yang berkenaan.
26
Modul 4.1 Kajian kes 3
Anda melawat kegiatan memanjat dalam acara kebangsaan. Ianya satu kegiatan yang sangat digemari ramai dan ramai anak muda sedang menunggu giliran sambil melihat peserta-peserta yang sedang mendaki. Ada yang menyorak serta memberi galakkan pada para pendaki
27
Multiple Select
Salah seorang daripada peserta bernama Kevin mengeluarkan kata-kata berunsur lucah yang tidak sopan dengan nada yang nyaring terhadap Olivia, salah seorang pendaki perempuan. Jurulatih kegiatan hanya ketawa dan Olivia berasa malu dan terus meninggalkan kegiatan
Saya hanya akan menegur jurulatih kerana ahli yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan itu masih kanak-kanak
Saya tidak akan berbuat apa-apa kerana komen yang dibuat tidak payah diambil endah
Saya akan menerangkan kepada semua orang bahawa komen tersebut adalah tidak sopan dan saya akan cuba untuk menaikkan kembali keyakinan diri ahli perempuan tersebut
28
Modul 4.2 – Muhasabah diri
Apabila terjadinya keadaan seperti ini, tindakan segera perlu diambil. Walaupun keadaan tidak perlu dilapurkan, namun tindakan perlu diambil. Ini ditakrifkan sebagai gangguan seksual
29
Jika ada peluang, bercakaplah dengan semua yang terlibat. Mungkin Kevin perlu menerangkan apakah tujuannya berkata-kata seperti itu dan berilah peluang bagi Kevin untuk memohon maaf pada Olivia. Kevin perlu mengetahui bahawa komen-komen adalah tidak sopan dan tidak menghormati orang lain
30
Bantu Olivia dengan bertanya apakah perasaannya dalam keadaan sebegini. Beri jaminan kepadanya bahawa tidak ada ruang untuk apa jua jenis penderaan dan Olivia perlu melapurkannya kepada seorang guru/jurulatih. Terangkan kepada jurulatih tentang peranannya sebagai seorang yang menyaksikan kes gangguan seksual. Adalah menjadi tanggungjawabnya untuk melapurkan kes sebegini.
31
Apabila gangguan seksual tidak diambil endah, ini akan membawa kepada penderaan seperti penderaan emosi, penderaan seksual.
Penderaan emosi selalunya berlaku apabila orang dewasa tidak memberi sokongan emosi kepada anak-anak muda dalam penjagaannya atau mengherdik, mengugut atau mengejek anak-anak muda. Ini akan menyebabkan anak-anak muda kehilangan keyakinan dan harga diri, menjadikan mereka merasa gementar atau menarik diri. Situasi yang serupa jua terjadi pada orang dewasa
32
Apabila orang dewasa senantiasa bersifat garang, pengkritik, menyindir atau mengancam, ini menyebabkan anak-anak muda merasa tidak disayangi dan tidak dihargai serta tidak memenuhi keperluan-keperluan mereka untuk mendapatkan perhatian, untuk merasa selamat dan stabil.
33
Penderaan seksual terjadi apabila seorang anak muda/dewasa terlibat dalam kegiatan seksual dimana ianya dipaksa melakukannya atau ianya tidak memahami apa yang dilakukannya. Implikasinya adalah seorang mengambil kesempatan atas kepercayaan orang terhadapnya untuk kepuasan seksual dirinya atau orang lain. Jenis penderaan ini sering terjadi antara seorang dewasa dan sorang anak muda yang lebih tua atau berpengaruh. Ianya mungkin terjadi jua dalam situasi di mana mangsa bergantung penuh pada si pemangsa
34
Modul 5.1 Kajian kes 4
Anda sebahagian daripada jawatankuasa bagi merancang sesuatu acara. Biskita memperhatikan bahawa salah seorang ahli AJK berdamping rapat dengan seorang ahli lelaki berumur 18 tahun. Mereka sering di lihat bersama, makan bersama dan selalu berjalan berdua-duaan di waktu senja. Ini menjadi buah mulut/perbualan peserta-peserta acara dan menjadi sumber khabar-khabar angin bahawa mereka menjalinkan hubungan.
35
Multiple Select
Apakah yang akan anda lakukan?
Tidak ambil endah. Mereka adalah orang dewasa dan hanya berhibur
Memberi amaran pada peserta-peserta yang lain dan mengingatkan mereka bahawa orang yang dicakapkan adalah seorang yang mempunyai integriti yang tinggi dan tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh
Ambil masa untuk bercakap dengan ahli AJK tersebut mengenai situasi yang berlaku serta mengingatkannya mengenai kedudukan yang diamanahkan kepadanya dan tanggungjawabnya
36
Modul 5.2 Muhasabah diri
Penyalahgunaan kuasa terjadi apabila sesorang dewasa atau sesorang berjawatan/berkedudukam menyalahguna kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri samada dari segi kewangan, kepuasan nafsu seks dan sebagainya
37
Dalam situasi sebegini, walaupun kedua-duanya dikira sebagai orang dewasa tetapi apabila salah seorang itu berjawatan tinggi dan berkedudukan amanah, maka perhubungan tersebut adalah berat sebelah. Justeru itu, hubungan tersebut tidak wajar.
38
Walaupun tidak ada hubungan yang terjalin, masih terdapat risiko secara langsung pada maruah diri ahli AJK dan secara tidak langsung pada maruah organisasi kerana di lihat sebagai penyalahgunaan kedudukan
Dalam situasi-situasi sebegini, amat penting bagi semua bekerjasama dan menyokong sama sendiri, tegur menegur tentang kelakuan yang wajar dan tidak wajar
39
Jika anda mengesyaki seorang rakan berkelakuan tidak wajar atau menyalahguna kedudukannya, maka anda dikehendaki untuk menghadapkan perkara ini kepada pihak yang berkenaan. Cara bagi menghadapkan perkara sebegini akan diterangkan kemudian dalam kursus ini
40
Modul 6 Kes kajian 5
Anda membuat lawatan di sebuah sekolah dan berjumpa dengan kepimpinan sekolah tersebut. Semasa perjumpaan, kepimpinan sekolah menyuarakan pendapat bahawa strategi-strategi bagi Selamat Dari Bahaya tidak perlu kerana semua penuntut dan guru-guru adalah orang “baik-baik” dan “perkara-perkara yang tidak diingini” tidak pernah berlaku dalam organisasi mereka
41
Multiple Select
Apakah yang anda akan lakukan?
Tidak ambil endah. Setiap organisasi ada budaya dan pendekatan yang melambangkan masyarakat mereka
Tidak mengatakan apa-apa dan keluar dari tempat perjumpaan. Anda menyuarakan kebimbangan anda kepada rakan-rakan anda waktu kemudian
Memberi peringatan kepada kepimpinan organisasi tersebut tentang risiko-risiko yang dihadapi oleh anak-anak muda dalam setiap masyarakat dan polisi Selamat Dari Bahaya adalah polisi yang boleh digunapakai dalam semua organisasi
42
Adalah penting bagi anda untuk menegur/memberi peringatan kepada kepimpinan agar mereka faham kedudukan anda dalam perkara ini dan agar mereka mengetahui pelbagai sokongan dan bantuan yang sedia ada bagi melaksanakan polisi Selamat Dari Bahaya
43
Modul 6.2 Muhasabah diri
Apabila berhadapan dengan perilaku sebegini, adalah penting bagi tindakan menegur/memberi peringatan di buat serta merta. Apabila anda tidak meninggalkan perjumpaan tanpa apa-apa teguran, ini bermakna bahawa perilaku/tabiat tersebut menjadi kebiasaan
44
Sebagai wakil sekolah, tanggungjawab kita untuk memastikan tidak ada terjadinya amalan-amalan yang membahayakan atau merosakkan yang berlarutan. Tanggungjawab tambahan untuk menyokong polisi dan memastikan pelaksanaan polisi dalam semua bahagian, struktur-struktur organisasi dan acara-acara.
45
Terdapat pelbagai cara untuk menegur/memperingatkan kepimpinan berdasarkan keadaan semasa. Pertengkaran tidak perlu tetapi nyatakan pendirian anda dengan tenang bahawa anda tidak setuju dengan pendirian mereka kerana perlakuan yang tidak wajar sering terjadi dalam semua lapisan masyarakat. Terangkan jua sekolah anda mempunyai polisi tersebut.
46
Perlu diingatkan jua anda melapurkan perbincangan tersebut kepada rakan-rakan sekerja/kepimpinan sekolah jika mereka tidak ada sewaktu perjumpaan itu. Mereka boleh membuat tindakan susulan terhadap organisasi tersebut dan memberi khidmat sokongan bagi mereka melaksanakan strategi-strategi Selamat Dari Bahaya
47
Modul 7.1 Kajian kes 6
Anda menghadiri suatu seminar anjuran kementerian untuk orang dewasa. Anda jelas mendapati bahawa keperluan salah seorang ahli dalam kumpulan-kumpulan kerja tidak diambil endah. Permainan-permainan bagi kegiatan pengenalan diri dan kecergasan menggunakan banyak sentuhan fizikal antara lelaki dan perempuan. Tidak ada waktu diberikan dalam program untuk ibadah menyebabkan ahli tersebut terpaksa meninggalkan kegiatan serta makanan yang dihidangkan bagi ahli tersebut hanya sayur-sayuran dan salad. Ahli tersebut kelihatan resah dengan apa yang berlaku tetapi hanya membisukan diri
48
Multiple Select
Apakah yang akan anda lakukan?
Tidak ambil endah. Pengurus seminar adalah seorang yang berpengalaman dan anda mungkin salah faham tentang keadaan
o Berbincang dengan pengurus seminar dan memohon agar keperluan ahli tersebut diambil endah dengan sebaik mungkin
Tidak ambil endah. Ahli tersebut perlu faham bahawa bekerjasama dalam keadaan berbilang kaum/budaya adalah mencabar, sulit dan ini satu proses pembelajaran bagi dirinya
49
Modul 7.2 Muhasabah diri
Sekali pandang mungkin ini tidak dilihat sebagai satu isu dalam Selamat Dari Bahaya namun apabila keperluan sebahagian orang tidak diendahkan, tidak menghormati budaya orang lain, orang yang terkesan mungkin merasa dibuli atau dicuai-cuaikan. Amatlah penting bagi kira untuk mengambilkira keperluan-keperluan semua yang sama-sama bekerja dan mengkaji situasi dari perspektif mereka.
50
Sekolah sangat beruntung kerana mempunyai kepelbagaian budaya seluruh dunia yang boleh mengajar dan memberi kefahaman untuk hidup bersama tetapi terdapat jua cabaran-cabarannya. Kita harus berhati-hati bagaimana merancang kegiatan-kegiatan dan pada masa yang sama bersifat timbang rasa kepada semua
51
Apabila bekerjasama dalam situasi berbagai budaya, sifat tolak ansur dan mudah mengubah perilaku amatlah penting. Tidak semua orang mampu mengubah perilaku namun prinsip untuk mendapatkan jalan tengah dan pada masa yang sama, mengakui adanya amalan-amalan berdasarkan agama/kepercayaan masing-masing yang tidak boleh di ubah
52
Dari perspektif Selamat Dari Bahaya, hendaklah sentiasa memastikan semua keperluan tiap individu ditepati. Mungkin tidak semuanya boleh ditepati tetapi kita harus mencuba sehabis baik. Kita hendaklah peka tentang perbezaan budaya dan mengambil tindakan-tindakan yang tepat apabila terjadinya pertelingkahan dengan menggunakan pengalaman sendiri dalam situasi yang sama dan memastikan semua selamat dari bahaya
53
Modul 8.1
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Kod tatacara perilaku yang telah disediakan adalah contoh/teladan perilaku yang diharapkan.
Ianya berdasarkan kod-kod yang serupa digunakan oleh kebanyakkan pertubuhan pengakap kebangsaan agar anda boleh mengenalpasti kelakuan yang tidak wajar, bagi menghindari keadaan-keadaan yang berisiko dan menjaga nama baik sekolah
54
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Hormati dan jaga kehormatan semua
Sentiasa beringat tentang perbezaan norma budaya
Tunjukkan layanan yang sama pada anak-anak muda/orang dewasa – jangan bersifat berat sebelah
55
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Rancang kegiatan-kegiatan dimana lebih dari seorang Dewasa hadir atau sekurang-kurangnya dalam pandangan atau pendengaran orang lain
Hormati hak peribadi dan privasi anak muda/orang dewasa
Anak-anak muda/orang dewasa digalakkan untuk menceritakan apa saja hal yang merungsingkan atau membimbangkan mereka dalam tempat-tempat yang sesuai
56
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Galakkan semua orang untuk menegur perilaku atau perangai yang tidak disukai
Elakkan dari terbawa dalam perilaku untuk menarik perhatian yang tidak wajar contohnya menaruh hati/perasaan
Pastikan semua mempunyai kesedaran mengenai perilaku yang wajar
57
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Maklumkan pada rakan-rakan di mana anda berada dan apakah yang anda buat
Sentiasa beringat bahawa tindak-tanduk anda mungkin disalah ertikan oleh orang lain, walaupun niat anda baik
Apa jua tuduhan atau syak mengenai penderaan perlu diambil berat dan hadapkannya ke pihak urusan
58
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Sentiasa menjaga dan menyokong sama sendiri
Penderaan tidak boleh di pandang ringan
Jangan menjalin hubungan dengan anak muda atau orang di bawah bidang kuasa/amanah anda contohnya menjalin hubungan seksual bersama anak muda yang bukan dibawah umur
59
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Jangan membenarkan kegiatan berbentuk membuli, acara-acara inisiasi
Jangan menyertai kelakuan atau perhubungan yang tidak wajar samada secara fizikal, seksual atau verbal/bercakap
Jangan menyertai permainan yang berkaedah sentuhan fizikal dengan anak-anak muda
60
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Jangan menggunakan perkataan yang mempunyai makna berlainan atau mengugut terhadap anak muda walaupun hanya bersenda gurau
Jangan menggunakan bahasa yang tidak wajar/sopan apabila menulis, menelefon, melalui emel atau melayari Internet
Jangan biarkan tuduhan atau syak mengenai penderaan berlalu tanpa dilapur
61
Kod tatacara perilaku bagi guru-guru/jurulatih/kakitangan sekolah
Jangan mengharapkan bahawa nama baik atau kedudukan akan melindungi anda
Jangan berhubung secara sendirian dengan anak-anak muda – libatkan orang lain.
62
Jika ada aspek kod tatacara ini tidak jelas bagi anda, sila bincang bersama rakan atau hubungi kepimpinan sekolah. Adalah sangat penting bagi anda untuk memahami bukan saja apa yang diharapkan tetapi jua sebab menyebabnya. Memahami prinsip-prinsip Selamat Dari Bahaya sama kepentingannya dengan memahami perisiannya
63
Modul 9.1 Persoalan mengenai lapuran
Sekolah adalah persekitaran yang selamat bagi semua. Dalam bidang/kapasiti kita sebagai guru-guru/ kakitangan di semua peringkat, komitmen kita terhadap memastikan dan melaksanakan prinsip-prinsip, polisi-polisi dan pengiktirafan-pengiktirafan perlu bagi menghindari keadaan-keadaan yang tidak diingini serta melindungi orang yang di bawah tangan kita
64
Jelas bahawa ini adalah perkara yang sangat sensitif dan perlu pendekatan yang teliti. Mungkin lebih baik jika persoalan-persoalan dibincang bersama pihak persendirian. Persediaan perlu dibuat untuk menerangkan isu atau keadaan dimana timbul persoalan. Pihak tersebut bukan saja orang yang boleh dipercayai tetapi boleh membantu untuk mencari jalan penyelesaian
65
Jangan dibiarkan persoalan-persoalan/kebimbangan anda berlalu tanpa dilapur kepada yang berkenaan. Jika ada persoalan, tanggungjawab anda untuk mendapatkan khidmat sokongan dan nasihat dari orang lain - walaupun anda merasa tidak selesa membincangkannya. Terlalu banyak kes penderaan jangkamasa panjang terjadi disebabkan orang-orang yang tahu perkara tersebut adalah salah tetapi malu untuk menyuarakannya, Jangan terjatuh dalam cara pemikiran tersebut.
66
Sebaggai seorang guru/jurulatih/kakitangan, sila kongsikan persoalan-persoalan/kebimbangan anda bersama ketua anda atau salah seorang ahli Pengurusan Kanan Sekolah
67
Modul 9.2 Mengambil tindakan
Dalam kursus ini, anda telah belajar mengenalpasti kes-kes penderaan, bagaimana menangani keadaan di hadapan anda dan yang paling penting, bagaimana mengelakkan ianya terjadi lagi. Sila ulangkaji perkara-perkara yang perlu anda ingati:
Sentiasa muhasabah diri! Fikirkan balik secara teliti segala tabiat dan tradisi untuk memastikan segala kegiatan ada tujuan pendidikan yang membina untuk tumbesaran kanak-kanak dan anak-anak muda
68
Selalu Bersedia- Persediaan diri melalui ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi mengelak dan bertindak dalam situasi membahayakan
Selalu Bersedia
- agar tahu apa tindakan yang perlu diambi jika situasi berkenaan dengan anda
69
Selalu bersedia:
apabila seorang membuat aduan keganasan atau penderaan
agar tahu tentang tanggungjawab anda
70
· Kesemua kes penderaan akan memberi kesan yang buruk kepada tumbesaran kanak-kanak dan anak-anak muda dan sangat penting dielakkan
71
Pastikan anda jelas. Dalam komunikasi samada dalaman atau luaran, perlu jelas dan telus. Pastikan polisi-polisi pencegahan disebar luaskan dan secara terbuka, jelaskan tentang kepentingan melindungi kanak-kanak dan anak muda di dalam organisasi anda
72
Rangkakerja Selamat Dari Bahaya memerlukan kerjsama semua untuk memastikan kesemua ahli diperlakukan dengan adil dengan mengadakan, memuliharakan keadaan yang bebas diskriminasi secara langsung atau tidak langsung walaupun apa jua sebabnya
73
Komitmen sekolah secara langsung bersangkut paut dengan komitmen Selamat Dari Bahaya dari setiap orang dan mewujudkan budaya kesedaran mengenai pelindungan kanak-kanak dan anak-anak muda
KURSUS ATAS TALIAN : SELAMAT DARI BAHAYA

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 73
SLIDE
Similar Resources on Wayground
61 questions
Salam あいさつ
Presentation
•
Professional Development
67 questions
Koding & KA
Presentation
•
Professional Development
74 questions
IPAS
Presentation
•
KG - University
61 questions
健康管理
Presentation
•
Professional Development
68 questions
Bimtek PMM
Presentation
•
Professional Development
63 questions
Optimalisasi Komunitas Belajar
Presentation
•
Professional Development
70 questions
Trisna Presentasi DL-PM
Presentation
•
Professional Development
68 questions
Penawaran, Permintaan, dan Elastisitas
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade