

SOALAN P2 STPM PP 2019
Presentation
•
Business
•
University
•
Easy
TUMAN AZIZAH
Used 4+ times
FREE Resource
3 Slides • 13 Questions
1
SOALAN P2 STPM PP 2019
IKHLAS CG AZIZAHTUMAN

2
Open Ended
Jelaskan pendekatan pemikiran pengurusan yang berikut:
i) Pendekatan sains pengurusan/kuantitatif (2m)
ii) Pendekatan moden/kontemporari (2m)
3
Open Ended
Huraikan tiga jenis perancangan mengikut jangka masa. (6m)
4
Open Ended
Huraikan tiga proses yang pertama dalam pembentukan pasukan dalam sesebuah organisasi. (6m)
5
Open Ended
Nyatakan empat proses kawalan yang berlaku dalam sesebuah organisasi. (4m)
6
Open Ended
Jelaskan dua jenis waranti tersirat dalam Akta Jualan Barang-barang 1957 (termasuk pindaan). (6m)
7
Open Ended
Nyatakan empat jenis komunikasi lisan. (4m)
8
Open Ended
Huraikan tiga teknik mendengar secara aktif. (6m)
9
Open Ended
Huraikan dua jenis keputusan yang dibuat oleh pengurus sesebuah perniagaan. (4m)
10
Open Ended
Jelaskan dua faktor situasi pembuatan keputusan bagi pengurus yang baru seminggu bertugas di sebuah cawangan perniagaan di luar negara. (6m)
11
MBG Fruits Sdn.Bhd.
11 “Kalau boleh,saya ingin melahirkan seramai mungkin jutawan,inilah matlamat saya.” Itulah ungkapan yang diucapkan oleh Adnan Lee Abdullah,Pengarah Urusan MBG Fruits Sdn.Bhd.(MBG),sejurus selepas menerima Anugerah Usahawan Muda Kreatif Malaysia(CYEA) pada tahun 2013.Dengan ciri kepimpinan yang berwawasan,Adnan Lee berjaya mengembangkan perniagaan runcit buah-buahan.Pada tahun 2018,MBG mempunyai 34 buah kedai yang beroperasi di pusat beli-belah di Kuala Lumpur,di Selangor,dan di Negeri Sembilan.
Prinsip asas Adnan Lee adalah jujur,komited,dan kesungguhan yang menjadi kekuatan MBG,manakala syarikat berpegang pada nilai kebersihan,kecemerlangan khidmat pelanggan,dan produk yang berkualiti.Visi syarikat adalah untuk menjadi pusat sehenti produk buah-buahan premium yang berkualiti tinggi dengan jaminan wang dikembalikan.Menjelang tahun 2025,Adnan Lee beriltizam untuk menyenaraikan MBG dalam Bursa Malaysia berdasarkan unjuran konservatif pertumbuhan sebanyak 2200 pekerja dan perolehan berjumlah RM627 juta setahun.
Pihak syarikat percaya untuk mencapai setiap sasaran,modal insan harus diperkukuhkan,iaitu setiap anggota syarikat perlu memainkan peranan masing-masing dengan semangat berpasukan dan rasa kekitaan.Seiring dengan pertambahan cawangan dan jumlah pekerja,syarikat lebih fokus kepada pengurusan modal insan.Dalam hal ini,MBG mempertingkatkan elemen modal insan yang menjadi kekuatan utama syarikat.Bermula pada tahun 2005,MBG memberikan latihan asas perniagaan dalam bentuk kemahiran dan pengetahuan kepada pekerja barisan hadapan bagi pembangunan kerjaya.Pada tahun 2011 hingga tahun 2013,syarikat memberikan tumpuan kepada pembangunan nilai teras,kemahiran dan pengetahuan menerusi penilaian prestasi,petunjuk prestasi utama(KPI) bagi mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan anggota syarikat,dan pembangunan latihan organisasi.
Adnan Lee mengamalkan pendekatan ASK yang merujuk kepada sikap,kemahiran,dan pengetahuan.Gabungan tiga elemen ini mampu memberikan peningkatan positif kepada pembangunan syarikat.Bagi membentuk sebuah organisasi yang mantap,beliau percaya bahawa sikap setiap anggotanya perlu positif dan perlu diperbaiki secara konsisten.Selain itu,setiap anggota syarikatnya juga perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan tertentu mengenai perjalanan operasi syarikat.MBG juga sangat menitikberatkan pengiktirafan dan penghargaan kepada anggotanya setimpal dengan tanggungjawab dan komitmen yang diberikan.Antara usaha yang dilaksanakan adalah melalui program usahawan kakitangan (SEP) dan program perkongsian keuntungan.Melalui SEP,pekerja yang menunjukkan prestasi cemerlang akan ditawarkan 10% kepentingan dalam cawangan baharu.Dengan modal permulaan sebanyak RM10000,kakitangan boleh memulakan perniagaan ini dan akhirnya boleh menambah saham untuk memiliki sepenuhnya kedai sebagai francaisi.
Sasaran strategi untuk menggandakan pendapatan dapat dilakukan dengan mempunyai lebih banyak cawangan.Bermula pada tahun 2017,MBG menyasarkan pasaran antarabangsa yang merangkumi Indonesia,China,Bangladesh,dan Timur Tengah.Pada masa ini,syarikat sudah mempunyai operasi di Indonesia melalui MBG Seafood.Pada tahun 2020,MBG merancang untuk mewujudkan 120 cawangan dengan 50 cawangan di bawah SEP.Sebagai seorang usahawan yang sentiasa percaya kejayaan harus dikongsi,Adnan Lee berhasrat untuk melihat 100 kakitangan MBG menjadi jutawan menjelang tahun 2025.
12
Open Ended
terangkan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Adnan Lee Abdullah dalam menjayakan MBG Fruits Sdn.Bhd. (25m)
13
Open Ended
jelaskan unsur-unsur perancangan strategik oleh MBG Fruits Sdn.Bhd. (10m)
14
Open Ended
Jelaskan lima proses perancangan dalam perniagaan. (15m)
15
Open Ended
Jelaskan lima kaedah mengurus stres dari aspek individu. (15m)
16
TQ
AZT
SOALAN P2 STPM PP 2019
IKHLAS CG AZIZAHTUMAN

Show answer
Auto Play
Slide 1 / 16
SLIDE
Similar Resources on Wayground
12 questions
Billing and farewel
Presentation
•
KG - University
9 questions
strategi dan objektif pemasaran (SEM 1)
Presentation
•
University
10 questions
SIMPLE PAST
Presentation
•
KG - University
12 questions
Huminter 4: Perjanjian Internasional
Presentation
•
University
10 questions
Tebak Gambar Olahraga
Presentation
•
KG - University
14 questions
Manajemen Penanganan Cargo
Presentation
•
University
12 questions
PMB Fikom-Sobatmu
Presentation
•
University
13 questions
KWU "MARKETING PRICE"
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
5 questions
A Home on the Shore
Quiz
•
3rd Grade
28 questions
US History Regents Review
Quiz
•
11th Grade
6 questions
A Horse Tale
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Juneteenth History and Significance
Interactive video
•
5th - 8th Grade
20 questions
Dividing Fractions
Quiz
•
5th Grade
55 questions
A Long Walk to Water Final Review
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Equation Word Problems
Quiz
•
7th Grade