Search Header Logo
SEM2-PEMBANGUNAN NEGARA-KEPEMIMPINAN

SEM2-PEMBANGUNAN NEGARA-KEPEMIMPINAN

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

FREE Resource

19 Slides • 0 Questions

1

PEMBANGUNAN NEGARA

Kepemimpinan

media

2

Politik

Pengetahuan tentang politik wujud sejak permulaan tamadun manusia lagi seiring dengan dinamika kehidupan manusia sejak zaman kuno berasaskan konsep yang tidak dipraktikkan secara bersistem.Politik juga telah melalui proses evolusi.Politik menekankan kepada kepentingan kuasa.Kuasa itu pula ada kaitan dengan pemerintahan.Mengikut Kamus Dewan pula,politik bermaksud segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain. Politik boleh dikatakan sebagai pemerintah atau organisasi yang berkuasa dalam hal yang berkaitan pemerintahan.Selain dari itu,politik merujuk kepada ilmu pengetahuan, cara pemerintahan, ilmu sahsiah, ilmu kenegaraan.Politik mempunyai hubungan yang amat rapat dengan system pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara.


3

GAYA KEPIMPINAN BERDASARKAN SULALATUS SALATIN

  • Adil/ pemurah/ berdaulat/ berpandangan jauh (berwawasan)

  • Mementingkan hal agama/ berani/ tegas

  • berdiplomasi/bijaksana/berilmu

4

GAYA KEPIMPINAN BERDASARKAN SBDKL

  • Amanah/ tegas/ sabar/ teguh iman

  • bijak/ berpandangan jauh/ berwawasan

  • kuat bekerja/ berdiplomasi

  • berilmu/prihatin

5

SISTEM PEMERINTAHAN ZAMAN KESULTANAN MELAKA

Sultan Mansur Syah

  • Sistem pemerintahan berkuasa mutlak .Raja mempunyai autoriti dan kuasa penuh ke atas rakyat dalam semua urusan.yang berkaitan dengan kerajaannya,

  • Konsep raja berdaulat.Raja dikatakan mempunyai kebolehan luar biasa dan dipercayai jika rakyat menderhaka pasti akan menerima balasannya seperti yang menimpa Maharaja Cina.

6

Sultan Mansur Syah

  • Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang pula raja seringkali akan mendapat nasihat dan pandangan daripada pembesar negeri.Pelaksanaannya juga harus mendapat perkenan raja.

  • Bendahara sebagai penasihat kepada raja.Tun Perak merupakan antara bendahara penting dalam negeri Melaka yang banyak memainkan peranan dalam pembangunan negara.

  • Laksamana berfungsi menjaga keamanan dan keselamatan negara di laut.Contohnya Hang Tuah Berjaya mengusir Semerluki yang dating ke Kawasan jajahan takluk Melaka untuk melakukan kekacauan.

7

Sultan Mansur Syah

  • •Penghulu bendahari yang bertugas menjaga perbendaharaan negara turut memainkan peranan penting dalam system pemerintahan Sultan Mansur,beliau turut mengetuai para pengawai menguruskan hasil pendapatan kerajaan di samping sebagai ketua Angkatan perang.Contohnya Tun Tahir.

  • •Temenggung turut menjaga hal ehwal awam dan bidang ketenteraan

8

Kepimpinan untuk pembangunan negara

  • Beriman merupakan teras kepimpinan .Sultan Mansur Syah berguru dengan Maulana Abu Bakar untuk memantapkan lagi iman dan pegangan agama

  • Adil,merupakan tonggak pembangunan negara.Membuat keputusan dengan tepat dan tidak zalim,contoh Sultan Alaudin Riayat Syah.

  • Berilmu .Sultan Mansur Syah dan Tun Perak dianggap pemimpin yang cintakan ilmu dan menjadikan istana sebagai pusat perkembangan ilmu.

9

Kepimpinan untuk pembangunan negara

  • Berwawasan ,berpandangan jauh untuk kepentingan negara.Contoh Sultan Muzaffar sanggup menceraikan isterinya Tun Kudu untuk mengelakkan perpecahan dalam masyarakat.Sultan Mansur pula membuang anaknya Raja Muhamad ke Pahang

  • •Berkebolehan,meluaskan jajahan takluk.Sultan Mansur Syah meluaskan jajahan takluknya

  • •Berkarisma ,personality yang baik dan dikagumi rakyat jelata.Contonya,Sultan Mansur ,Sultan Alaudin dan Tun Perak dianggap sebagai pemimpin yang memiliki karisma yang dikagumi

10

Kepimpinan untuk pembangunan negara

  • •Bijaksana,bijak dalam pentadbiran dan menghadapi cabaran.Tun Perak dianggap bijak kerana menggunakan helah menghakis serangan Siam sebanyak 2 kali

  • •Kecekapan ,cekap bertindak dan membuat keputusan.Contoh Sultan Alaudin yang Berjaya banteras pencuri yang berleluasa di Melaka

11

Kepimpinan Sultan Alaudin Riayat Syah

  • •Nama sebenar Raja Husin,merupakan anak kepada Sultan Mansur Syah.Menaiki takhta di Melaka selepas Raja Muhamad diketepikan dan dirajakan di Pahang

  • •Seorang pemimpin yang tegas.Baginda menyindir Temenggung Mutahir yang tidak menjalankan tanggungjawab sehingga pencuri berleluasa di Melaka.Ekoran dari itu Temenggung telah laksankan tugasnya.

  • •Sanggup berkorban baginda sanggup menyamar sebagai pengawal pada waktu malam untuk membasmi pencuri sehingga menimbulkan rasa mala di hati Temenggung

12

Kepimpinan Sultan Alaudin Riayat Syah

  • membasmi kecurian.Ini membantu perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan

  • •Berani dalam melaksanakan tanggungjawab membasmi pencuri yang berleluasa di Melaka

  • •Menghormati golongan pembesar.Baginda mendengar nasihat daripada Bendahara Paduka Raja supaya tidak menyerang Pahang

  • •Amanah.Memulangkan semula harta yang dicuri kepada pemiliknya Ki Tarambulun.

13

Kepimpinan Tun Perak dalam SS

  • Anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Tun Kudu dan Tun Perpatih Putih. Tun Perak dilantik sebagai penghulu Kelang sebelum dilantik sebagai bendahara zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah

  • Pentadbir yang cekap. Berjaya menaikkan imej raja dan negeri Melaka. Pernah memangku raja ketika Sultan Mansur Syah ke Majapahit

  • •Penasihat yang bijaksana. Tun Perak berperanan sebagai penasihat sultan contohnya menasihati Sultan Alaudin agar tidak menyerang Pahang

14

Kepimpinan Tun Perak dalam SS

  • •Panglima angkatan perang. Tun Perak dikenali sebagai ketua angkatan perang yang berani dan bijak sehingga berjaya menewaskan serangan Siam sebanyak 2 kali. 

  • Taat setia yang tinggi. Taat setia Tun Perak kepada Sultan Melaka tidak berbelah bahagi meskipun terpaksa berkorban. Kesetiaannya diuji pada saat anaknya Tun Besar telah dibunuh oleh Raja Muhamad. Beliau melarang anak buahnya memberontak dan membalas dendam kerana tidak mahu derhaka kepada sultan. 

15

Kepimpinan Tun Perak dalam SS

  • Bijaksana. Tun Perak bijak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bendahara apabila mengirimkan ketua utusan yang berkaliber seperti Tun Bijaya Sura ( Majapahit ) dan Tun Perpatih Putih ( China ). 

  • Mahir mengarang. Tun Perak bijak mengarang ayat-ayat untuk dihantar kepada Maharaja China. 

16

Kepimpinan En Muhammad dalam SBDKL

  • Pemimpin yang prihatin, bertanggungjawab pemimpin terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat mampu menjadikan seseorang pemimpin hebat pada pandanga masyarakat. Keprihatinan Encik Muhamad selesaikan masalah penduduk yang tidak memiliki tanah dengan menempatkannya di tanah rancangan FELDA. 

  • Pemimpin yang berani, meneoka sesuatu sesuatu yang baru banyak risikonya. Encik Muhammad berani meneroka perniagaan di peringkat antarabangsa contohnya dia berjaya mendapat kontrak membekalkan lada hitam ke Jerman.

17

Kepimpinan En Muhammad dalam SBDKL

  • Pemimpin yang berpandangan jauh, mengetahui hala tuju dan mampu menjangka prospek yang akan diperolehi. Encik Muhammad bercadag untuk membuka kembali syarikat perlombongan bijih timah kerana menyedari perusahaan ini mampu memberi peluang yang lumayan.

  • Pemimpin yang tegas, membuat keputusan secara muktamad. Encik Muhamad tegas dengan keputusan untuk membahagikan harta pusaka milik keluarga mengikut hukum faraid. 

18

Keburukan

  • Pemimpin yang tamak,mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira nasib yang akan diterima oleh orang lain.

  • Pemimpin yang mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan kesan kepada orang lain. Encik Muhammad hendak memindahkan penduduk kampung ke tanah rancangan FELDA.


  • Pemimpin yang mementingkan kekayaan, keuntungan dari segi material menjadi agenda penting. Encik Muhammad bertindak membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang semata-semata untuk menambahkan kekayaan. 

19

Keburukan

  • Pemimpin yang sombong, bangga dengan kedudukan dan pangkat.Encik Muhammad tidak dapat menerima cadangan Lebai Maaruf yang hendak mewakafkan tanah atas urusan agama.

  • Pemimpin yang hipokrit, berpura-pura dan berselindung dengan kebaikan, hakikat sebenarnya tidak seperti yang digambarkan. Encik Muhamad berpura-pura berbuat baik dengan orang-orang tua di kampungya untuk mengaburi mata masyarakat agar rancanganya tidak ditentang.


PEMBANGUNAN NEGARA

Kepemimpinan

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 19

SLIDE