
Asid dan Alkali
Presentation
•
Science
•
7th - 9th Grade
•
Medium
NOR AZMAN BIN TAMIT Moe
Used 4+ times
FREE Resource
19 Slides • 7 Questions
1
Asid dan Alkali
Sains tingkatan 3
2
Poll
Pernahkah anda belajar tentang asid dan alkali semasa di sekolah rendah?
Ya, pernah
Tidak pernah
Tidak ingat
3
Ya, saya pernah belajar tentang asid dan alkali di sekolah rendah.
4
Asid dan alkali
Asid berasal dari perkataan Latin, acidus yang membawa maksud masam.
Alkali berasal dari perkataan Arab, alqali yang membawa maksud abu tumbuhan.
5
Aktiviti di rumah
Sekiranya anda mempunyai buah limau di rumah, anda boleh merasa sedikit jus limau itu. Apakah rasa jus limau?
Titiskan sedikit jus limau di jari telunjuk dan gosok menggunakan ibu jari anda. Apa yang anda rasa?
6
Aktiviti di rumah
Sekiranya anda mempunyai kapur sirih di rumah, anda boleh merasa sedikit kapur sirih itu. Apakah rasa kapur sirih?
Letakkan sedikit kapur sirih di jari telunjuk dan gosok menggunakan ibu jari anda. Apa yang anda rasa?
7
Asid mengakis?
Ya, asid kuat boleh mengakis bahan dengan mudah. Berhati-hati apabila mengendalikan asid kuat!
8
Multiple Choice
Bagaimana pula dengan alkali kuat? Adakah alkali kuat juga mengakis bahan dengan mudah?
Ya
Tidak
9
Ujian kertas litmus
Asid menukarkan kertas litmus biru kepada merah.
10
Ujian kertas litmus
Alkali menukarkan kertas litmus merah kepada biru.
11
Tindak balas asid terhadap logam
Rajah menunjukkan tindak balas asid hidroklorik cair dengan magnesium.
Buih-buih terbentuk menunjukkan ada gas yang dihasilkan.
Apabila gas diuji dengan nyalaan api, bunyi pop dihasilkan.
12
Multiple Choice
Apakah gas yang dihasilkan dalam tindak balas asid hidroklorik cair dengan magnesium?
Oksigen
Hidrogen
Karbon dioksida
Nitrogen
13
Multiple Choice
Adakah alkali juga bertindak balas dengan logam untuk menghasilkan gas hidrogen?
Ya
Tidak
14
Ingat!
Asid dan alkali hanya menunjukkan sifatnya dengan kehadiran air.
Sekiranya asid/alkali dalam bentuk serbuk kering, asid/alkali itu tidak akan menunjukkan sifatnya sama sekali.
15
Penunjuk semesta
Rajah menunjukkan penunjuk semesta dalam bentuk pita. Penunjuk semesta juga wujud dalam bentuk larutan dan dikenali sebagai larutan penunjuk semesta.
Pita atau larutan penunjuk semesta yang belum digunakan adalah berwarna hijau. Hijau menunjukkan pH 7 iaitu neutral (tidak berasid dan juga tidak beralkali).
16
Masihkah kau ingat?
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai pH? Berapakah julat nilai pH?
17
Skala pH
Nilai pH adalah pengukuran kepada berapa berasidnya atau berapa beralkalinya suatu larutan.
0 menunjukkan larutan itu paling berasid manakala 14 menunjukkan larutan itu paling beralkali.
7 pula menunjukkan larutan itu neutral.
18
Kegunaan asid dan alkali dalam kehidupan seharian
Asid karbonik digunakan untuk membuat minuman bergas. Cuka digunakan untuk membuat jeruk.
Kalium hidroksida digunakan untuk membuat sabun. Ammonia digunakan untuk membuat baja.
19
Peneutralan
Tindak balas antara asid dan alkali untuk menghasilkan garam dan air. Campuran garam dan air daripada peneutralan akan mempunyai nilai pH 7.
20
Asid + Alkali ⟶ Garam + Air
Asid hidroklorik + Natrium hidroksida ⟶ Natrium klorida + Air
Asid sulfrurik + Kalium hidroksida ⟶ Kalium sulfat + Air
Asid nitrik + Natrium hidroksida ⟶ Natrium nitrat + Air
21
22
Aplikasi peneutralan dalam kehidupan seharian
Ubat gigi bersifat alkali untuk meneutralkan asid di dalam mulut kita. Keasidan yang terlalu tinggi di dalam mulut boleh merosakkan gigi.
Syampu bersifat beralkali untuk membersihkan rambut. Namun rambut boleh rosak sekiranya terlalu beralkali. Oleh itu, perapi (conditioner) yang sedikit berasid digunakan selepas bersyampu untuk menghasilkan rambut yang lebih lembut dan sihat.
23
Multiple Choice
Tanah menjadi semakin ______ apabila digunakan untuk bercucuk tanam. Oleh itu, kapur mati yang bersifat ______ digunakan untuk meneutralkan semula pH tanah.
berasid, beralkali
beralkali, berasid
24
Multiple Choice
Asid sulfurik + Natrium hidroksida ⟶ X + Air?
Apakah X
Natrium sulfat
Natrium klorida
Kalsium sulfat
25
Tahniah! Anda telah menamatkan bab 6
Sila nyatakan tahap kefahaman anda di dalam soalan berikutnya.
26
Poll
Sejauh manakah anda percaya anda telah memahami bab 6: Asid dan Alkali ini?
Sangat faham
Boleh faham
Kurang faham
Tidak faham
Asid dan Alkali
Sains tingkatan 3
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 26
SLIDE
Similar Resources on Wayground
20 questions
NOTES Patterns in the Periodic Table
Presentation
•
8th Grade
19 questions
Transformer
Presentation
•
9th Grade
17 questions
CP- L1.5 Family of Elements
Presentation
•
8th Grade
23 questions
Hukum Pascal
Presentation
•
8th Grade
23 questions
Atoms, Elements, and Periodic Table (Notes)
Presentation
•
8th Grade
23 questions
The Periodic Table
Presentation
•
6th - 8th Grade
23 questions
Aplikasi Tekanan Zat pada Manusia
Presentation
•
8th Grade
19 questions
Arranging Grouping Elements in the Periodic Table
Presentation
•
6th - 9th Grade
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Science
16 questions
Interactions within Ecosystems
Presentation
•
6th - 8th Grade
100 questions
Biology EOC Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
genetics, punnett squares, heredity
Quiz
•
7th Grade
16 questions
Photosynthesis and Cellular Respiration Review
Quiz
•
7th Grade
30 questions
GMAS Physical Science Review
Quiz
•
8th Grade
25 questions
Biology EOC review Quiz
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Food Webs + Energy Pyramids
Quiz
•
7th Grade
10 questions
Exploring the Rock Cycle
Interactive video
•
6th - 8th Grade