
KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN
Presentation
•
Science
•
1st - 6th Grade
•
Hard
AHMAD IKMAL ROSLI
Used 4+ times
FREE Resource
27 Slides • 27 Questions
1
KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN
D6 UNIT 8: PENGAWETAN MAKANAN
2
KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN
Pengawetan makanan boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah
Kaedah-kaedah pengawetan makanan:
(a) Pengeringan
(b) Pendidihan
(c) Penjerukan
(d) Pembungkusan vakum
(e) Pendinginan dan penyejukbekuan
3
(f) Pemasinan
(g) Pelilinan
(h) Penyalaian
(i) Pempasteuran
(j) Pengetinan dan pembotolan
4
PENGERINGAN
Pengeringan ialah kaedah menyingkirkan air daripada makanan.
Makanan dikeringkan dengan cara menjemurnya di bawah cahaya matahari atau memanaskannya di dalam ketuhar.
Mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif apabila kekurangan air.
Contoh makanan yang diawet melalui pengeringan adalah ikan, udang, sotong dan buah-buahan.
5
Ikan dikeringkan di bawah cahaya matahari
6
Makanan dikeringkan di dalam ketuhar
7
PENDIDIHAN
Pendidihan ialah proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.
Dalam kaedah ini, makanan dimasak sehingga mendidih beberapa lama.
Haba yang tinggi akan membunuh mikroorganisma pada makanan.
Contoh makanan yang diawet dengan cara ini ialah rendang dan serunding.
8
PENJERUKAN
Penjerukan ialah proses pengawetan makanan dengan merendam makanan dalam larutan gula dan garam.
Larutan cuka juga boleh digunakan untuk menjeruk makanan.
Keasidan dan kepekatan larutan gula yang tinggi menghalang pertumbuhan mikroorganisma pada makanan.
Makanan yang sesuai diawet dengan kaedah penjerukan ialah buah-buahan dan sayur-sayuran.
9
Contoh buah-buahan yang diawet melalui penjerukan
10
PROSES PENJERUKAN BUAH-BUAHAN
(1) Potong buah menjadi kepingan
(2) Campurkan buah dengan garam
(3) Basuh dan toskan kepingan buah
(4) Masukan buah ke dalam larutan gula yang pekat
(5) Tambah sedikit cuka
(6) Tutup botol dengan ketat
11
PEMBUNGKUSAN VAKUM
Pembungkusan vakum ialah proses mengawet makanan dengan cara memasukkan makanan ke dalam beg atau botol kedap udara dan kemudian mengeluarkan semua udara daripada bekas tersebut.
Mikroorganisma tidak dapat membiak kerana tidak ada udara.
Contoh makanan yang boleh diawet dengan kaedah pembungkusan vakum ialah buah-buahan, daging, sosej, cendawan dan kacang.
12
Proses pembungkusan vakum
13
PENYEJUKBEKUAN DAN PENDINGINAN
Dalam proses penyejukbekuan, makanan disimpan pada takat beku (0 °C) dan ke bawah.
Makanan dapat disimpan lama kerana mikroorganisma menjadi tidak aktif pada sihi bi bawah takat beku.
Makanan yang diawet melalui penyejukbekuan ialah ayam, daging, udang dan sotong.
14
Pendinginan merupakan kaedah menyimpan makanan pada suhu yang rendah, iaitu kurang daripada 18 °C.
Pada suhu ini, mikroorganisma menjadi kurang aktif dan pembiakan serta pertumbuhannya menjadi lambat.
Makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu tahan lebih lama apabila disimpan pada suhu yang rendah.
15
Bahagian di dalam peti sejuk
16
PEMASINAN
Pemasinan ialah proses pengawetan makanan dengan menggunakan garam.
Garam digunakan untuk menyingkirkan kelembapan dan mencegah pertumbuhan mikroorganisma.
Contoh makanan yang boleh diawet dengan kaedah ini ialah ikan, telur dan sayur-sayuran.
17
PELILINAN
Pelilinan ialah proses mengawet buah-buahan dan sayur-sayuran dengan cara menyalutinya dengan lilin cair.
Lapisan lilin mencegah pertumbuhan mikroorganisma pada permukaan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kaedah ini juga dapat membantu mengekalkan kesegaran buah dan sayuran.
Contoh buah dan sayuran yang boleh diawet dengan kaedah ini ialah epal, oren, tomato dan lemon.
18
Buah epal yang disalut lilin kelihatan segar dan berkilat
19
PENYALAIAN
Penyalaian ialah kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya dalam tempoh yang lama.
Proses penyalaian akan mengeringkan makanan dan menghalang pertumbuhan mikroorganisma.
Contoh makanan yang boleh diawet dengan kaedah ini ialah ikan, daging dan pisang.
20
Proses penyalaian
21
PEMPASTEURAN
Pempasteuran ialah proses mengawet makanan dengan cara memanaskan makanan sehingga suhu tertentu untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan dengan segera.
Pemanasan dapa suhu tertentu dapat membunuh kebanyakan mikroorganisma tanpa merosakan rasa dan nilai nutrisi makanan.
22
Makanan yang diawet melalui pempasteuran
23
PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN
Pembotolan dan pengetinan ialah proses untuk mengawet dengan cara memasak makanan pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan kemudian menyimpannya di dalam botol atau tin yang kedap udara.
Contoh makanan yang boleh diawet dengan kaedah ini ialah daging, ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
24
LANGKAH-LANGKAH PROSES PENGETINAN BUAH-BUAHAN
(1) Buah dibasuh
(2) Buah-buahan dipotong kecil
(3) Potongan buah-buahan diisikan ke dalam tin
(4) Jus atau air gula dimasukkan ke dalam tin
25
(5) Tin ditutup supaya kedap udara
(6) Tin dipanaskan pada suhu yang tinggi
(7) Tin dilabelkan dan dibungkus
26
KUIZ
27
Multiple Select
Antara yang berikut, yang manakah bahan makanan yang sesuai diawetkan dengan kaedah salutan lilin supaya tahan lebih lama? Pilih 2 jawapan.
Buah oren
Ikan
Buah anggur
Keju
28
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah pasangan yang betul berdasarkan kaedah pengawetan dan tujuannya?
Penjerukan
Membunuh bakteria dan kulat
Pengeringan
Mengelak bahan makanan dari kehilangan lembapan
Penyejukbekuan
Bakteria dan kulat tidak aktif dalam keadaan dingin dan beku
Pembungkusan vakum
Mengeluarkan air dari bahan makanan
29
Multiple Select
Antara cara pengawetan makanan berikut, yang manakah mengawal pembiakan bakteria dengan menaikkan suhu? Pilih 2 jawapan.
Pengeringan
Penjerukan
Pengetinan
Pemasinan
30
Multiple Choice
Pernyataan berikut menunjukkan ciri-ciri salah satu cara pengawetan makanan.
(1) Cuka digunakan untuk mengawet makanan
(2) Makanan yang diawet adalah kurang berkhasiat
Apakah cara pengawetan tersebut?
Pengasinan
Penjerukan
Pengeringan
Penyejukbekuan
31
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah pasangan yang betul berdasarkan kaedah pengawetan dan tujuannya?
Penyejukbekuan
Bakteria dan kulat tidak membiak dalam keadaan berasid
Pengeringan
Bakteria dan kulat tidak aktif dalam keadaan dingin dan beku
Penjerukan
Menyingkirkan udara dari bahan makanan
Salutan lilin
Menghalang bahan makanan dari kehilangan lembapan
32
Multiple Choice
Mengapakah ikan yang dikeringkan tahan lama?
Tidak dihinggapi oleh lalat
Ikan sudah dibersihkan sebelum dikeringkan
Cahaya matahari bertindak sebagai pengawet
Bakteria dan kulat tidak dapat hidup tanpa air
33
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan urutan suatu proses pengawetan makanan.
(1) Makanan dibersihkan
(2) Makanan dilumurkan dengan garam
(3) Makanan didedahkan kepada cahaya matahari
Antara bahan makanan berikut, yang manakah paling sesuai diawet dengan cara ini?
Cili merah
Biji koko
Ikan kembung
Daging ayam
34
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan makanan diawet secara pengasinan?
Untuk memberi rasa masin
Untuk menambahkan zat makanan
Untuk menghentikan aktiviti bakteria dan kulat
Untuk menyedapkan makanan
35
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah pasangan yang betul berdasarkan kaedah pengawetan dan tujuannya?
Penjerukan
Menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat
Pengeringan
Mengelakkan kehilangan air dari bahan makanan
Penyejukbekuan
Bakteria dan kulat mati dalam keadaan dingin dan beku
Pembungkusan vakum
Mengeluarkan air dari bahan makanan
36
Multiple Choice
Antara makanan berikut, yang manakah boleh diawet dengan menggunakan kaedah pendinginan, penjerukan dan pengetinan?
Telur
Pisang
Buah mangga
Buah tembikai
37
Multiple Choice
Maklumat berikut menerangkan tentang satu kaedah pengawetan makanan.
Proses pemanasan makanan sehingga suhu 70 oC untuk beberapa ketika dan diikuti dengan pendinginan segera.
Antara yang berikut, kaedah pengawetan yang manakah dimaksudkan oleh maklumat ini?
Pendidihan
Pendinginan
Pempasteuran
Pembotolan
38
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan empat jenis kaedah pengawetan makanan.
Penyejukbekuan
Pengetinan
Pengeringan
Pemasinan
Antara yang berikut, bahan makanan yang manakah boleh diawet dengan menggunakan semua kaedah ini?
39
Multiple Select
Antara yang berikut, kaedah yang manakah boleh digunakan untuk mengawet sotong? Pilih 2 jawapan.
Pempasteuran
Penjerukan
Penyejukbekuan
Pengeringan
40
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan beberapa jenis bahan makanan.
Kerepek ubi
Kacang
Biskut
Apakah kaedah yang sesuai dalam pengawetan makanan tersebut?
Melilin
Penjerukan
Pengasinan
Pembungkusan vakum
41
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan beberapa jenis bahan makanan.
Kurma
Kismis
Buah zaitun
Apakah kaedah pengawetan yang sesuai bagi bahan makanan tersebut?
Penjerukan
Pembotolan
Pengeringan
Pengasinan
42
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan satu kaedah pengawetan makanan.
Bahan makanan dipanaskan sehingga suhu 70oC untuk beberapa ketika, kemudian disejukkan dengan segera.
Apakah kaedah pengawetan makanan yang diwakili oleh maklumat ini?
Pempasteuran
Pendidihan
Pendinginan
Penyejukbekuan
43
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan langkah dalam proses pengawetan makanan.
Makanan dididihkan di bawah tekanan tinggi dan ditutup rapat dalam tin tanpa udara
Apakah nama proses pengawetan makanan tersebut?
Penyejukbekuan
Pendinginan
Pembotolan
Pengetinan
44
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan langkah dalam proses pengawetan makanan.
Makanan direndam dalam larutan gula atau larutan cuka
Apakah nama proses pengawetan makanan tersebut?
Pengeringan
Pengetinan
Pengasinan
Penjerukan
45
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan jenis bahan makanan dan kaedah pengawetan yang sesuai?
Ikan
Pempasteuran
Minuman
Pengasinan
Daging
Pembotolan
Udang
Pengeringan
46
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan sejenis kaedah pengawetan.
Bahan makanan dicampur dengan sedikit garam dan dijemur di bawah cahaya matahari.
Makanan juga boleh disalai.
Kaedah pengawetan makanan apakah yang dinyatakan ini?
Pengeringan
Pemanasan
Penyejukbekuan
Pencahayaan
47
Multiple Choice
Antara makanan berikut, yang manakah paling sesuai diawet dengan cara pempasteuran?
Roti
Telur
Susu
Cili
48
Multiple Select
Antara yang berikut, yang manakah kaedah yang sesuai untuk mengawet cili? Pilih 2 jawapan.
Pemasinan
Penjerukan
Pengeringan
Penyejukbekuan
49
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan langkah-langkah dalam proses pengetinan nanas.
P-Kupas nanas dan potong dalam bentuk kubus
Q-Masukkan nanas ke dalam tin dan tuangkan air gula ke dalam tin
R-....................
S-Paterikan tin
Apakah langkah R?
Bersihkan nanas
Tuangkan air masak
Biarkan selama seminggu
Panaskan tin
50
Multiple Choice
Antara yang berikut, yang manakah merupakan keburukan kaedah pemasinan makanan?
Mengubah rasa asal makanan
Mengelakkan pembaziran makanan
Membolehkan makanan disimpan dalam tempoh yang lebih lama
Makanan boleh dihantar ke tempat yang jauh tanpa merosakkannya
51
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan beberapa jenis bahan makanan.
• Kacang tanah
• Jeruk buah
• Ikan potong
• Halwa
Apakah kaedah pengawetan yang paling sesuai untuk menyimpan bahan makanan itu?
Penjerukan
Pembungkusan vakum
Pengetinan dan pembotolan
Pempasteuran
52
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan suatu proses pengawetan.
• Susu segar dipanaskan pada suhu 63 °C selama setengah jam atau 72 °C selama 15 saat.
• Susu tersebut kemudiannya disejukkan dengan segera.
Apakah proses pengawetan itu?
Penjerukan
Pendidihan
Pempasteuran
Pembungkusan vakum
53
Multiple Choice
Rajah menunjukkan sekeping daging.
Apakah cara terbaik untuk memastikan daging itu tahan lebih lama?
Diletakkan di dalam almari
Dibungkus dengan kertas minyak
Simpan di dalam bekas kedap udara
Simpan di tempat sejuk beku
54
KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN
D6 UNIT 8: PENGAWETAN MAKANAN
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 54
SLIDE
Similar Resources on Wayground
47 questions
TES DIAGNOSTIK KOGNITIF
Presentation
•
1st - 5th Grade
49 questions
Pesawat Sederhana (Class 8A)
Presentation
•
KG - 8th Grade
48 questions
Kata Kerja Tahun 4
Presentation
•
3rd - 5th Grade
49 questions
Untitled Lesson
Presentation
•
KG
52 questions
MODUL AJAR BERDIFERENSIASI STEM
Presentation
•
KG
48 questions
Materi Quizizz
Presentation
•
1st - 5th Grade
49 questions
PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN MAKHLUK HIDUP
Presentation
•
3rd Grade
Popular Resources on Wayground
25 questions
The Ultimate College Knowledge Quiz
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
Discover more resources for Science
45 questions
Science SOL Review 1
Quiz
•
5th Grade
25 questions
5th Grade NC Science EOG Review Part 1
Quiz
•
5th Grade
17 questions
Natural Resources
Presentation
•
2nd Grade
20 questions
Soil and Erosion Review
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
5th grade science EOG practice
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Interactions within Ecosystems
Presentation
•
6th - 8th Grade
20 questions
5th grade science EOG review #3
Quiz
•
5th Grade
18 questions
Science EOG Review
Quiz
•
5th Grade