Search Header Logo
KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

Assessment

Presentation

Other

8th Grade

Hard

Created by

NIK Moe

Used 4+ times

FREE Resource

1 Slide • 15 Questions

1

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

OLEH CIKGU NIK RUSHIDAH

Slide image

2

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah bukan nilai yang terdapat dalam Sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Kasih sayang

2

Bertanggungjawab

3

Kerajinan

4

Prihatin

3

Multiple Choice

Pada pendapat anda, mengapakah penulis mengumpamakan manusia itu seperti sehelai daun?

1

Kerana daun ketika segar dan kering memberi kehidupan kepada makhluk lain

2

Kerana daun ketika segar dan kering memberi manfaat kepada makhluk lain

3

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi makanan kepada makhluk lain

4

Kerana daun ketika segar dan kering menjadi beban kepada makhluk lain

4

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah bukan pengajaran yang boleh didapati pada sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Kita hendaklah berusaha membantu orang yang berupaya

2

Kita hendaklah berbuat baik sesama makhluk ciptaan Tuhan

3

Kita hendaklah prihatin terhadap golongan yang memerlukan

4

Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat

5

Multiple Choice

Antara berikut, yang manakah bukan persoalan sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Menyumbang dan berbuat baik kepada masyarakat

2

Tidak kedekut menyumbang kepada masyarakat

3

Sikap angkuh menyusahkan orang lain

4

Sikap angkuh menyusahkan diri sendiri

6

Multiple Choice

Antara baris yang berikut, yang manakah menunjukkan pengulangan dalam sajak?

1

di mana lagi tempat bernaung

2

ingin bernaung mencari hidup

3

kita umpama sehelai daun

4

jadilah sehelai daun

7

Multiple Choice

Apakah nilai yang terdapat dalan sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Prihatin terhadap golongan yang memerlukan

2

Bertanggungjawab terhadap diri sendiri

3

Beserderhana ketika berbelanja

4

Kerajinan mencari rezeki

8

Multiple Choice

andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung

dari tusukan bahang memijar

unggas kecil tidak berkudrat


Apakah bentuk rima bagi rangkap di atas?

1

a b a b c

2

a b c b d

3

a b c d

4

a b b

9

Multiple Choice

kita umpama sehelai daun

bakal kering sampai waktunya

usahlah angkuh keupayaan diri

sehingga lupa makhluk duafa

ingin bernaung mencari hidup


Berdasarkan rangkap di atas, apakah pengajaran yang boleh kita peroleh?

1

Kita wajar bersikap meninggi diri atas kesenangan yang dimiliki

2

Kita wajar bersikap bangga dengan kelebihan diri asalkan tidak menyusahkan orang lain

3

Kita tidak wajar bersikap angkuh kerana tiba masanya kita juga akan menjadi tua dan mati

4

Kita tidak wajar bersikap angguk kerana tiba masanya kita juga akan merasai kesusahan hidup

10

Multiple Select

Pilih 3 bentuk sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Berbentuk bebas

2

Mempunyai 5 rangkap

3

Setiap rangkap mengandungi 3 hingga 5 baris

4

Rangkap terakhir mengandungi 4 baris

5

Setiap baris mempunyai 8 hingga 12 suku kata

11

Multiple Choice

Berapakah rangkap yang terdapat dalam sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

7

2

6

3

5

4

4

12

Multiple Choice

jadilah sehelai daun

hijau menunas menyegar mata

kering gugur menjadi baja


Apakah yang dimaksudkan oleh penulis dalam rangkap di atas?

1

Jadilah seperti sehelai daun, hidup menyumbang jasa, mati memberi manfaat kepada makhluk lain

2

Jadilah sepert sehelai daun, ketika hidup diingat ketika mati dilupakan

3

Jadilah seperti sehelai daun, hidup menyumbang idea, mati menjadi teladan kepada makhluk lain

4

Jadilah seperti sehelai daun, ketika hidup memberi bakti ketika mati ditangisi

13

Multiple Choice

andai kikir jasa dan bakti

di mana lagi tempat bernaung

dari tusukan bahang memijar

unggas kecil tidak berkudrat


Apakah persoalan yang tepat dapat dikaitkan dengan rangkap di atas?

1

Tidak malas dan kedekut untuk menghulurkan bantuan

2

Tidak malas dan kedekut untuk berjasa kepada haiwan

3

Tidak malas dan kedekut untuk berjasa kepada daun

4

Tidak malas dan kedekut untuk menghulurkan duit

14

Multiple Choice

'sehingga lupa makhluk duafa'


Berdasarkan baris di atas, apakah yang dimaksudkan dengan rangkai kata bewarna merah?

1

Makhluk Tuhan yang dalam kesusahan

2

Makhluk Tuhan yang dalan kesenangan

3

Makhluk Tuhan yang dalam keadaan lupa

4

Makhluk Tuhan yang sudah tua

15

Multiple Choice

Kita umpama sehelai daun

bertunas segar di hujung ranting

lalu melebar dan merimbun

tempat bercanda unggas meriang

di bawah redup bebayang mentari


Berdasarkan rangkap di atas, apakah maksud yang cuba disampaikan penulis sajak?

1

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa

2

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa dapat memberi bantuan kepada haiwan yang memerlukan

3

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat bernaung kepada insan lain yang dalam kesenangan

4

Kehidupan manusia seperti sehelai daun kerana apabila dewasa seharusnya dapat menerangi kehidupan insan lain yang dalam kesusahan

16

Multiple Choice

Apakah tema yang sesuai bagi sajak Kita Umpama Sehelai Daun?

1

Menjadi seperti daun dalam kehidupan

2

Mengamalkan sikap baik dalam kehidupan

3

Menjadi seperti unggas dalam kehidupan

4

Mengamalkan sikap angkuh dalam kehidupan

KITA UMPAMA SEHELAI DAUN

OLEH CIKGU NIK RUSHIDAH

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 16

SLIDE