Search Header Logo
SYAIR

SYAIR

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 1+ times

FREE Resource

5 Slides • 0 Questions

1

SYAIR

Slide image

2

Konsep Syair

Syair merupakan sejenis karya berangkap atau puisi berlagu. Ia dikatakan bersal dari Parsi dalam bahasa Arab dan dibawa masuk ke alam Melayu seiring dengan kedatangan Islam. Syair Melayu tidak beracuankan syair daripada tradisi Arab tetapi telah diubahsuai mengikut kesusaian dan acuan asli masyarakat Melayu tradisional pada masa itu ( Harun Mat Piah,1989 ). Zaaba pula mendakwa syair berasal daripada perkataan 'syir' yang mebawa maksud perasaan dan pengalaman serta mempunyai bahasa yang indah dan menarik .Syair disampaikan dalam rangkap yang saling berkaitan pada setiap rangkap dan sebahagiannya dikarang berdasarkan kepada sesuatu cerita.

3


Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh ulama dan pujangga Melayu yang telah menghasilkan syair dalam bentuk yang lebih Melayu dengan cukup berkesan dan ilmiah temanya. Selepas itu, syair terus berkembang pesat dengan bentuknya yang lebih mantap dan tekal. Syair Melayu juga sudah menyimpang daripada bentuk syair Arab yang menjadi acuannya.

4

Ciri-ciri umum syair

1. kebiasaan syair terdiri daripada 4 baris serangkap dengan rimanya a,a,a,a. Bentuk ini dianggap paling dominan dalam masyarakat Melayu. Namun terdapat juga syair yang dihasilkan dalam 2 atau 3 baris rangkap.

2. Syair tidak mempunyai pembayang maksud seperti pantun, oleh itu kesemua 4 baris tersebut berupa maksud.

3. Setiap makna dalam syair mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris yang terdahulu. Kebiasaannya syair menggambarkan suatu kisah atau cerita.

4. Bilangan perkataan antara 4 hingga 5 patah perkataan manakala sukukatanya antara 8 hingga 12 dalam sebaris.

5

Tema syair

1. Syair yang berupa cerita seperti syair romantis, syair sejarah, syair keagamaan dan syair kiasan ( alegoris )

2. Syair bukan cerita contohnya syair agama , syair nasihat dan syair yang mempunyai tema-tema yang lain.

SYAIR

Slide image

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 5

SLIDE