Search Header Logo
PdPR PT3 Peribahasa

PdPR PT3 Peribahasa

Assessment

Presentation

•

Education, Other

•

7th - 9th Grade

•

Hard

Created by

AMALINA Moe

FREE Resource

1 Slide • 14 Questions

1

PdPR PT3 Peribahasa

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

media

2

Multiple Choice

Question image

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" Peribahasa berikut memberikan pengajaran kepada kita supaya tidak

1

bersikap tamak haloba

2

melakukan pekerjaan yang sia-sia

3

bertindak di luar kemampuan kita

4

mengambil tindakan dengan terburu-buru

3

Multiple Choice

Question image

Emak selalu menasihati adik agar tidak __________ kerana kebersihan diri merupakan perkara yang penting dalam kehidupan

1

mandi peluh

2

mandi kerbau

3

mandi darah

4

mandi darah

4

Multiple Choice

Question image

Kamal merupakan _______ dalam acara olahraga di sekolahnya.

1

anak buah

2

anak emas

3

orang besar

4

ayam tambatan

5

Multiple Choice

Question image

Jasa atlet-atlet sukan yang mengharumkan nama negara tetap dikenang sepanjang masa, bak peribahasa ______.

1

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama

2

biar putih tulang, jangan putih mata

3

jauhari juga mengenal manikam

4

biar titik jangan tumpah

6

Multiple Choice

Question image

Kanak-kanak perlu didedahkan pengetahuan tentang gangguan seksual sejak kecil. Bak kata pepatah...

1

pelanduk lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakan pelanduk

2

sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya

3

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

4

sekali jalan terkena, dua kali jalan ingat

7

Multiple Choice

Question image

Ibu bapa boleh membawa anak-anak melawat tempat-tempat bersejarah bagi menanam perasaan dan semangat cinta akan negara kerana ______.

1

tak kenal maka tak cinta

2

lain padang lain belalang

3

bagaimana acuan begitulah kuihnya

4

belakang parang kalau diasah lagikan tajam

8

Multiple Choice

Peribahasa melukut di tepi gantang membawa maksud...

1

orang yang tidak berilmu pengetahuan

2

orang yang tidak diperdulikan

3

orang yang hanya bekerja jika diarahkan

4

orang yang menurut segala kemahuan orang lain

9

Multiple Choice

Question image

Lee Yan dan Shanti berkawan baik sejak kecil.  Hubungan mereka sangat erat dan tidak pernah berselisih faham.  Persahabatan antara mereka dikatakan...

1

bagai isi dengan kuku

2

bagai aur dengan tebing

3

bagai aur ditarik songsang

4

bagai menatang minyak yang penuh.

10

Multiple Choice

Question image

Peribahasa berikut mempunyai maksud yang sama, kecuali...

1

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

2

ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni

3

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

4

enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing

11

Multiple Choice

Question image

Peribahasa yang boleh dikaitka dengan orang yang terhad ilmu pengetahuannya dan tidak tahu hal yang berlaku di sekelilingnya ialah _______.

1

seperti katak di bawah tempurung

2

seperti katak kena simbah air

3

seperti kera mendapat bunga

4

seperti rusa masuk kampung

12

Multiple Choice

Question image

Puan Raidah dan suaminya mahu perkahwinan anaknya dibuat mengikut adat istiadat perkahwinan Melayu Sarawak. Bagi mereka _____.

1

biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

2

biar putih tulang, jangan putih mata

3

biar mati anak, jangan mati adat

4

biar titik jangan tumpah

13

Multiple Choice

Question image

Permainan tradisional harus dipelihara agar tidak luput ditelan zaman.  Peribahasa yang sesuai dengan pengataan tersebut ialah _____.

1

tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan

2

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

3

hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati

4

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan

14

Multiple Choice

Question image

Mei Ling hanya membeli barangan yang sesuai dengan kemampuannya agar tidak menghadapi kesempitan wang pada masa hadapan. Tindakannya bersesuaian dengan peribahasa.

1

ukur baju di badan sendiri

2

sediakan payung sebelum hujan

3

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

4

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

15

Multiple Choice

Question image

Mak Cik Timah sering mengeluh tentang sikap Hassan dan Hussin. Kedua-dua anak kembarnya itu sering bertengkar sehingga bertumbuk semasa sendiri. Tingkah laku hasan dan Hussin itu sesuai digambarkan dengan peribahasa

1

bagai tikus jatuh ke beras

2

seperti kera kena belacan

3

seperti anjing dengan kucing

4

bagai cacing kepanasan

pattern-tertiary
PdPR PT3 Peribahasa

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

media

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 15

SLIDE