
Sastera Epik
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 2+ times
FREE Resource
9 Slides • 0 Questions
1
by Zubairi Yahaya
2
1. Berkisar mengenai kepahlawanan, keperwiraan, kesaktian dan keberanian watak.
2. Karya epik mengemukakan kisah seorang tokoh manusia yang menjadi kebanggaan kepada sesebuah negara.
3. Watak epik mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat sesuatu bangsa, sebagai contohnya Hang Tuah merupakan tokoh epik dalam masyarakat Melayu.
3
1. Latar tempat amat luas yang berlaku di dunia yang nyata, contohnya di Melaka dan Majapahit.
2. Latar masa amat panjang, misalnya dalam Hikayat Hang Tuah kisah bermula sejak negeri Melaka dibuka sehingga Melaka dikalahkan oleh Feringgi (Portugis).
3. Watak dalam cerita epik adalah manusia biasa, tetapi watak-watak ini mempunyai kuasa yang luar biasa (supernatural), sebagai contohnya Hang Tuah mempunyai kuasa sakti melalui keris Taming Sari sehingga dia tidak lut dengan sebarang senjata.
4
Plot satera epik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i. bahagian awal biasanya mengisahkan kisah tokoh sewaktu kecil.
ii. bahagian kedua bahagian kegemilangan iaitu kegemilangan kerajaan Melayu Melaka yang dikaitkan dengan ketokohan dan kepahlawanan Hang Tuah.
iii. bahagian ketiga ialah bahagian akhir, zaman kemunduan. Kegemilangan dan kepahlawanan Hang Tuah semakin pudar kerana Hang Tuah semakin tua.
5
a. Hang Tuah dianggap sebagai lambang kekuasaan dan kebesaran Melaka.
b. Hang Tuah seorang pahlawan yang gagah dan berani mempunyai keistimewaan, kekuatan jasmani dan rohani dan luas ilmu pengetahuan.
c. Hikayat Hang Tuah menggambarkan cara hidup masyarakat Melayu di sekitar istana. Konsep pahlawan yang dianuti oleh Hang Tuah seperti gagah, berani, taat setia, merendah diri, pantang berundur adalah mewakili cita-cita orang Melayu pada zaman itu.
6
1. Menanam semangat cintakan negara bangsa dan agama. Melalui sastera epik rakyat dapat melahirkan rasa bangga sebagai warganegara yang mencintai bangsa dan agamanya.
2. Sebagai lambang keagungan sesuatu bangsa dan negara atau simbol kedaulatan raja. Setiap bangsa cuba mengangkat seorang tokoh pahlawan untuk dibanggakan dalam bangsanya. Hang Tuah adalah kebanggaan bangsa Melayu.
7
3. Alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma masyarakat. Jika diteliti setiap karya epik pasti ada maksud tersirat untuk menjadikan karya ini sebagai panduan pengekalan nilai-nilai dan norma masyarakat contohnya kesetiaan dan keberanian.
4. Memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada generasi akan datang. Karya epik seperti Hikayat Hang Tuah menjadi kebanggaan masyarakat Melayu yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
5. Menguatkan sifat taat setia dan menjadi contoh kepahlawanan wira. Sifat kesetiaan Hang Tuah ternyata sukar ditandingi dan ia seharusnya menjadi panduan dan pengajaran generasi baru untuk setia kepada raja dan negara.
8
1. Berani dan tidak takut mati. Hang Tuah sanggup melakukan apa saja untuk memastikan keselematan negara dan raja khususnya.
2. Tangkas, cekap dan mahir bermain senjata. Salah satu keistimewaan Hang Tuah adalah kemahirannya dalam ilmu mempertahankan diri.
3. Pandai dalam ilmu firasat, Hang Tuah digambarkan memiliki ilmu firasat yang tinggi untuk mentafsirkan sesuatu.
9
4. Bijak menggunakan muslihat dan tipu daya. Dalam beberapa keadaan Hang Tuah diuji dengan pelbagai dugaan dan dia berjaya melepasinya dengan akal yang bijak untuk menggunakan tipu muslihat.
5. Kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Rasa taat dan setia Hang Tuah tidak perlu dipertikaikan lagi walaupun kadang-kadang menyusahkan dirinya.
6. Sanggup berkorban untuk negara dan raja. Salah satu sifat Hang Tuah yang sukar ditandingi bila dia sanggup berkorban apa saja walaupun nyawa demi untuk negara dan rajanya.
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 9
SLIDE
Similar Resources on Wayground
6 questions
hamil
Presentation
•
University
6 questions
Coach
Presentation
•
KG
7 questions
Rumah Belajar
Presentation
•
University
7 questions
Modul ajar
Presentation
•
KG
7 questions
Kegiatan Pembelajaran 17 Maret 2023
Presentation
•
KG
8 questions
Mengembangkan Isi teks Eksposisi
Presentation
•
University
8 questions
Teks Berita
Presentation
•
KG - University
6 questions
SOLUSI HAL YANG PERLU DITINGKATKAN
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade