
SIFAT BAHAN
Presentation
•
Science
•
4th - 6th Grade
•
Hard
AHMAD IKMAL ROSLI
Used 5+ times
FREE Resource
14 Slides • 13 Questions
1
SIFAT BAHAN
by AHMAD IKMAL ROSLI
2
SIFAT BAHAN
Setiap bahan mempunyai sifat-sifat yang berbeza.
Kita dapat mengenal pasti perbezaan sifat-sifat bahan dari segi:
(a) Kebolehan menyerap air
(b) Kebolehan terapung di permukaan air
(c) Kebolehan mengalirkan arus elektrik
(d) Kebolehan penembusan cahaya
(e) Kebolehan mengalirkan haba
(f) Kekenyalan
Kita boleh menggunakan bahan untuk kegunaan tertentu berdasarkan sifat-sifat bahan itu.
3
KEBOLEHAN MENYERAP AIR
Ada bahan yang boleh menyerap air dan ada bahan yang tidak boleh menyerap air.
Bahan yang tidak boleh menyerap air disebut bahan kalis air.
Kertas dan kain ialah bahan yang boleh menyerap air.
Plastik, getah logam dan kaca ialah bahan kalis air.
4
KEBOLEHAN TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR
Ada bahan yang terapung di permukaan air dan ada bahan yang tenggelam di dalam air.
Objek yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai keupayaan untuk terapung tidak tenggelam apabila diletakkan dalam air.
5
Objek yang diperbuat daripada bahan yang tidak mempunyai keupayaan untuk terapung akan tenggelam apabila diletakkan dalam air.
Bahan seperti kayu, plastik dan getah terapung di permukaan air.
Bahan seperti logam dan kaca tenggelam dalam air.
6
KONDUKTOR DAN PENEBAT ELEKTRIK
Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik dinamakan konduktor elektrik.
Bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik dinamakan penebat elektrik.
Semua logam merupakan konduktor elektrik seperti besi, aluminium, emas dan perak.
7
Bahan bukan logam seperti kayu, plastik, getah dan kaca merupakan penebat elektrik.
8
KEBOLEHAN PENEMBUSAN CAHAYA
Kebolehan penembusan cahaya melalui bahan adalah berbeza.
Bahan yang boleh ditembusi cahaya dinamakan bahan lut sinar.
Bahan yang hanya boleh ditembusi sebahagian cahaya dinamakan bahan lut cahaya.
Bahan yang tidak boleh ditembusi cahaya dinamakan bahan legap.
9
Contoh bahan lut sinar ialah kaca jernih dan plastik lut sinar.
Contoh bahan lut cahaya ialah kaca berkabut , kertas surih dan plastik berwarna.
Contoh bahan legap ialah kayu, getah dan logam.
10
KONDUKTOR DAN PENEBAT HABA
Bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dinamakan konduktor haba.
Bahan yang tidak membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dinamakan penebat haba.
Semua logam merupakan konduktor haba.
11
Bahan bukan logam seperti kayu, plastik, getah dan kaca merupakan penebat haba.
Objek yang diperbuat daripada konduktor haba menjadi cepat panas apabila dipanaskan.
Selepas beberapa minit, sudu keluli dan pembaris besi menjadi panas kerana objek ini diperbuat daripada bahan konduktor haba.
Pembaris plastik, pensel dan penyedut minuman pula tidak menjadi panas kerana objek ini diperbuat daripada bahan penebat haba.
12
KEKENYALAN BAHAN
Kekenyalan ialah keadaan bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan.
Bahan yang mempunyai kekenyalan dapat ditarik, diregang atau dimampatkan dan akan kembali ke bentuk asal apabila dilepaskan.
Getah ialah bahan yang kenyal.
Logam, plastik, kaca dan kayu ialah bahan yang tidak kenyal.
13
KUIZ
14
Multiple Choice
Apakah sifat bahan bagi tirai buluh yang diaplikasikan untuk menghalang cahaya matahari?
Sifat legap
Sifat lut sinar
Sifat lut cahaya
Sifat kekenyalan
15
Multiple Choice
Apakah yang dimaksudkan dengan kekenyalan sesuatu bahan?
Kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya setelah dibekukan
Kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya setelah diregang
Kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya setelah dipanaskan
Kebolehan sesuatu bahan untuk kembali kepada keadaan asalnya setelah ditempa
16
Multiple Choice
Apakah sifat bahan yang diaplikasikan dalam penghasilan objek ini?
Legap
Kekenyalan
Penebat haba
Kalis air
17
Multiple Choice
Apakah sifat bahan bagi plastik yang diaplikasikan untuk menghasilkan penutup plag?
Sifat kekenyalan
Sifat penebat elektrik
Sifat mengalirkan elektrik
Sifat mengalirkan haba
18
Multiple Choice
Apakah sifat bahan yang diaplikasikan dalam menghasilkan penyedut minuman?
Bersifat kenyal
Bersifat terapung
Bersifat kalis air
Bersifat menyerap air
19
Multiple Choice
Kebanyakan tingkap di hotel membolehkan pemandangan luarnya dilihat dengan jelas.Antara sifat bahan berikut, yang manakah diaplikasikan pada tingkap hotel di atas?
Bahan lut sinar
Bahan lut cahaya
Bahan kalis air
Bahan legap
20
Multiple Choice
Apakah sifat bahan bagi bahan ini?
Lut cahaya
Lut sinar
Kenyal
Legap
21
Multiple Choice
Apakah sifat bahan yang diaplikasikan dalam menghasilkan sarung tangan ini?
Sifat legap
Sifat keapungan
Sifat kalis air
Sifat penebat haba
22
Multiple Select
Antara objek ini, yang manakah mempunyai sifat menyerap air?
23
Multiple Select
Antara objek ini, yang manakah mempunyai sifat kalis air?
24
Multiple Select
Antara cecair ini, yang manakah bersifat lut sinar?
Air kopi
Air paip
Air mineral
Air tebu
25
Multiple Select
Antara objek ini, yang manakah mempunyai sifat menyerap air?
26
Multiple Select
Antara objek ini, yang manakah ialah penebat elektrik?
27
T A M A T
SIFAT BAHAN
by AHMAD IKMAL ROSLI
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 27
SLIDE
Similar Resources on Wayground
18 questions
PERKEMBANGBIAKAN TUMBUHAN
Presentation
•
5th - 6th Grade
19 questions
Bab 3 smester 2 kelas 6 SD
Presentation
•
KG
20 questions
Pendidikan Agama Islam Kelas 4
Presentation
•
4th Grade
18 questions
MERDEKA BELAJAR YUK!
Presentation
•
KG
20 questions
Pengaratan
Presentation
•
4th - 6th Grade
23 questions
TUMBUHAN
Presentation
•
KG
18 questions
JIRIM SAINS TAHUN 5
Presentation
•
5th - 6th Grade
20 questions
Zat Tunggal dan Zat Campuran
Presentation
•
5th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade