
Cerita Binatang
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 11+ times
FREE Resource
21 Slides • 0 Questions
1
Cerita Binatang
by Zubairi Yahaya
2
Konsep Cerita Binatang
Cerita binatang ialah cerita yang mengambil binatang sebagai watak utama dalam cerita tersebut. Watak binatang ini boleh bertutur seperti manusia, boleh berfikir, hidup bermasyarakat dan mempunyai peranan yang tertentu (Saiful Bahri,2000). Watak-watak manusia biasa tidak begitu dipentingkan. Cerita binatang juga sering dikaitkan dengan watak Nabi Sulaiman. Dipercayai bahawa Nabi Sulaiman boleh memahami bahasa binatang walaupun wataknya hanya disebut dalam cerita. Cerita binatang sarat dengan unsur moral dan merupakan kiasan kepada tingkah laku manusia. Selain menghibur, kanak-kanak yang menjadi sasaran utama cerita ini didedahkan dengan nilai-nilai murni yang terkandung dalamnya. Antara binatang yang memainkan peranan yang penting ialah Sang Kancil, Pelanduk, Buaya, Harimau, Arnab, Kura-kura dan lain-lain.
3
Ciri-ciri cerita Binatang
1. Bersifat universal, cerita binatang banyak terdapat dalam pelbagai versi di seluruh dunia dan ia memiliki ciri-ciri yang hampir sama serta fungsi yang sama iaitu hiburan, pengajaran dan kritikan sosial.
2. Watak utama mempunyai fizikal yang kecil tetapi cerdik, kebanyakan cerita binatang berfokus kepada binatang kecil tetapi mempunyai akal yang cerdik seperti Sang Kancil.
4
3. Plot berlegar pada watak utama yang berhadapan dengan binatang lain, kebanyakan cerita binatang berfokus kepada masalah yang dihadapi oleh binatang-binatang yang mempunyai fizikal yang besar.
4. Latar tempat di alam nyata, kebanyakan cerita binatang berlatar belakang di hutan rimba di alam nyata.
5
Fungsi cerita binatang
1. Sebagai hiburan, memberi kerehatan fikiran selepas penat bekerja. Memandangkan pada zaman tradisional tiada hiburan lain, maka tradisi penceritaan lisan dilakukan dari satu generasi kepada satu generasi.
2. Sebagai unsur pendidikan moral, sebagai pengajaran/didaktik kepada kanak-kanak. Penceritaan lebih berkesan dengan menggunakan watak-watak binatang.
3. Sebagai kritikan sosial, mengkritik perilaku negatif masyarakat melalui perwatakan binatang agar ia tidak menyinggung perasaan seseorang.
6
Hikayat Pelanduk Jenaka
Rentetan peristiwa
1. Tuan Syeikh Alam di Rimba telah bertitah bahawa ada suatu bahaya akan menimpa binatang yang tinggal di hutan.
2. Masyarakat binatang berkenaan telah pergi ke Sungai Tinam untuk menangkap ikan yang banyak di sana. Namun di sungai berkenaan terdapat Raksasa yang menjadi penunggu tempat itu.
7
3. Sang Beruang, Sang Seladang, Sang Harimau dan Sang Badak tidak berjaya menjaga ikan hasil tangkapan mereka lantaran ancaman Raksasa tersebut. Malah Badak yang sudah tewas itu menipu rakan-rakannya dengan mengatakan dirinya cedera kerana berlawan dengan Raksasa. Sebenarnya luka di badan Badak itu kerana tercangkuk onak dan duri ketika berlari menyelamatkan diri daripada Raksasa.
4. Masyarakat binatang pun meminta pertolongan daripada Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam di Rimba). Pelanduk Jenaka meminta tempoh tujuh hari baru beliau hendak berangkat untuk melawan raksasa.
8
5. Setelah genap tujuh hari Pelanduk Jenaka pun pergi ke tempat Raksasa. Pelanduk Jenakan mengajak masyarakat binatang menangkap ikan sebanyak yang boleh. Pelanduk Jenaka membuat simpai yang diperbuat daripada rotan.
6. Pelanduk telah mengarahkan rakan binatang yang lain menyembunyikan diri sementara Pelanduk pula menunggu ikan yang sedang dimasak.
9
7.Apabila Raksasa datang, Pelanduk pun berbuat helah dan menipu Raksasa menggunakan simpai yang kononnya boleh mengubat masalah sakit-sakit di badan. Akhirnya Raksasa terperangkap dengan simpai (diperbuat daripada rotan) yang dipasang di badannya. Badan Raksasa terguling ke tanah.
8. Pelanduk pun mengambil kesempatan mencakar mata Raksasa tersebut sehingga buta. Raksasa telah menjerit kesakitan dan jeritan berkenaan telah menyebabkan seluruh masyarakat rimba terkejut. Setelah Raksasa dapat dikalahkan, maka amanlah seluruh penduduk rimba dan dapat bermain-main di Sungai Tinam.
10
Tema
Kehidupan masyarakat rimba yang berhadapan dengan masalah seperti manusia biasa. Aktiviti untuk mencari rezeki telah terhalang oleh ancaman Raksasa. Pelbagai cara diadakan untuk menyelesaikan masalah tersebut namun tidak berjaya. Akhirnya mereka terpaksa memohon pertolongan Pelanduk Jenaka yang mempunyai kebijaksanaan yang tersendiri.
11
Persoalan
1. Kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah
Setiap masalah dapat diselesaikan dengan mudah jika menggunakan akal fikiran yang bijak. Pelanduk telah menggunakan akalnya yang bijak untuk menewaskan Raksasa yang berbadan besar.
2. Keberanian mempertahankan keselamatan masyarakat
Apabila ditimpa musibah, sifat berani harus ada dalam diri untuk mempertahankan diri agar ia tidak menjejaskan keselamatan masyarakat. Sifat berani Pelanduk terserlah untuk melawan Raksasa yang mengancam keselamatan binatang-binatang lain.
12
3. Kerjasama untuk kesejahteraan masyarakat
Setiap masalah yang timbul jika ada kesepakatan dan kerjasama, maka ia akan dapat diselesaikan dengan mudah. Apabila timbul masalah ancaman Raksasa, semua binatang mencari jalan untuk menyelessaikannya walaupun tidak berhasil, akhirnya Pelanduk memberi pertolongan dengan kerjasama binatang-binatang lain di rimba.
4. Pembohongan untuk kepentingan diri, sifat berbohong merupakan satu kesalahan yang besar. Sang Badak telah menipu binatang lain dengan mengatakan badannya luka kerana berlawan dengan Raksasa walhal dia terkena duri sewaktu melarikan diri.
13
5. Sifat angkuh dan sombong akan memakan diri
Sifat yang seharusnya dibuang dalam diri masing-masing. Sang Beruang yang bercakap besar dan angkuh akhirnya mengaku kalah apabila tidak mampu melawan Raksasa.
14
Persamaan kehidupan manusia dengan kehidupan masyarakat binatang
1. Terdapat sebilangan manusia yang bersikap takbur dan bercakap besar. Hal ini dapat dilihat melalui watak Sang Beruang yang sangat takbur bila mengatakan hanya dirinya yang mampu mengalahkan raksasa dengan mudah. Akhirnya Sang Beruang tidak berkemampuan mengalahkan Raksasa dan mengaku kalah.
2. Sikap tidak jujur pada watak binatang juga terdapat dalam kalangan manusia. Badak mengaku bahawa dia telah mengalami kecederaan akibat berlawan dengan Raksasa, walhal perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.
15
3. Kegagalan menggunakan akal dengan bijak boleh memberi kesan kepada diri. Manusia juga kadang-kadang tidak menggunakan akal dengan baik, sebaliknya menggunakan kekuatan fizikal yang ternyata tidak dapat menyelesaikan masalah. Dalam hal ini masyarakat binatang juga mengalami masalah yang sama apabila diganggu oleh Raksasa. Tanpa berfikir panjang mereka juga cuba melawan secara fizikal hingga mrngalami kecederaan dan kesukaran.
4. Sikap muafakat amat dituntut dalam kehidupan bermasyarakat. Berdasarkan cerita binatang, mereka saling bekerjasama dan cuba memainkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan masalah Raksasa.
16
Watak dan Perwatakan
Tuan Sheikh Alam di Rimba (Pelanduk)
1. Bijak menyelesaikan masalah penghuni rimba. Walaupun Pelanduk bersaiz kecil tetapi ia bijak menggunakan akalnya untuk menyelesaikan masalah ancaman Raksasa.
2. Berani menghadapi musuh yang jauh lebih besar. Pelanduk tidak takut untuk melawan Raksasa yang jauh lebih besar darinya.
17
3. Bertanggungjawab/ prihatin dengan nasib penghuni rimba yang terancam dengan Raksasa. Pelanduk sering dijadikan tempat untuk menyelesaikan masalah binatang di rimba.
4. Berwibawa sebagai pemimpin, seluruh isi rimba mengikut pandangan dan ideanya. Contohnya ketika pelanduk meminta semua binatang mengumpulkan ikan-ikan untuk dijadikan perangkap Raksasa.
18
Citra Masyarakat
1. Masyarakat binatang yang digambarkan beraksi seperti manusia boleh berkata-kata dan berfikir. Masyarakat binatang juga menghadapi masalah seperti manusia.
2.Ada kelompok masyarakat yang suka bercakap besar . Contohnya Sang Harimau dan Sang Beruang yang menipu kononnya mampu mengalahkan Raksasa.
19
3. Ada masyarakat yang bijak menyelesaikan masalah dan bertindak sebagai pemimpin yang boleh mengawal seluruh masyarakatnya seperti Pelanduk.
4.Ada masyarakat yang suka menipu seperti yang dilakukan oleh Sang Badak yang menipu kononnya dia berlawan dengan Raksasa.
5. Ada masyarakat yang suka menindas orang lain untuk kepentingan diri seperti Raksasa.
20
Mesej
1.Kita perlu berwaspada pada setiap masa dengan ancaman bahaya. Penghuni rima rasa terancam apabila rezeki mereka diambil oleh Raksasa
.
2.Kita hendaklah seniasa berusaha untuk menyelesaikan masalah.'Apabila masalah menimpa penghuni rimba terpaksa mencari jalan untuk menghalang Raksasa dari terus mengambil rezeki mereka.
21
3. Jangan sesekali takbur atau bercakap besar kerana ia akan memudaratkan diri sendiri. Sikap Harimau dan Badak yang bercakap besar akhirnya memakan dirinya apabila melihat rupa Raksasa yang menakutkan. Akhirnya mereka lari lintang-pukang.
4. Jangan sesekali menipu kerana perbuatan menipu boleh menyusahkan diri sendir. Sang Badak berterusan menipu menyatakan tubuhnya cedera kerana berlawan dengan Raksasa walaupun hakikat sebenarnya ia dicangkuk onak dan duri.
5. Kita hendaklah menggunakan akal yang bijak untuk menyelesaikan masalah apabila kekuatan fizikal tidak dapat membantu menyelesaikan masalah. Masalah rimba akhirnya dapat diselesaikan dengan kebijaksanaan Pelanduk.
Cerita Binatang
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 21
SLIDE
Similar Resources on Wayground
14 questions
Desain Pembelajaran Efektif di Kelas SBMSD P15
Presentation
•
University
15 questions
MEKANISME PERLINDUNGAN INVESTOR
Presentation
•
University
16 questions
Di Titian Kemerdekaan
Presentation
•
University
17 questions
BILANGAN
Presentation
•
University
13 questions
Ilmu Pengetahuan Alam
Presentation
•
KG
19 questions
Tebak Gambar
Presentation
•
University
15 questions
IPAS-ZAT
Presentation
•
University
16 questions
Jenis-Jenis Paragraf
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
16 questions
Grade 3 Simulation Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
19 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_1 2526sy
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Cinco de Mayo Trivia Questions
Interactive video
•
3rd - 5th Grade
17 questions
HCS Grade 4 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
4th Grade
24 questions
HCS Grade 5 Simulation Assessment_2 2526sy
Quiz
•
5th Grade
13 questions
Cinco de mayo
Interactive video
•
6th - 8th Grade
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
30 questions
GVMS House Trivia 2026
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for Education
55 questions
Post Malone Addtion (Tres)
Quiz
•
12th Grade - University
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
50 questions
AP Biology Exam Review 2017
Quiz
•
11th Grade - University
24 questions
5th Grade Math EOG Review
Quiz
•
KG - University
12 questions
Star Wars Trivia - Easy
Quiz
•
KG - University
215 questions
8th Physical Science GA Milestones Review
Quiz
•
KG - University
40 questions
Famous Logos
Quiz
•
7th Grade - University
14 questions
(5-3) 710 Mean, Median, Mode & Range Quick Check
Quiz
•
6th Grade - University