
Di Titian Kemerdekaan
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
Used 13+ times
FREE Resource
16 Slides • 0 Questions
1
by Zubairi Yahaya
2
telah datang angin kemerdekaan melambai
tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
membelai bangsa sepanjang usia.
Rangkap 1
Semangat sambutan hari kemerdekaan mulai dirasakan oleh setiap warganegara yang cintakan tanah air. Kemerdekaan yang diperolehi ini adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara, hingga kini semua warganegara berada dalam situasi yang menyenangkan.
3
setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak pribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan
Rangkap 2
Apablia menjelangnya sambutan hari kemerdekaam, semangatnya mula dirasai oleh warganegara. Kemerdekaan yang dicapai telah membolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa. Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang penjajah.
4
kemerdekaan , di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
Rangkap 3
Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti kesetiaan dan ketaatan kepada negara tercinta tanpa berbelah bagi. Walaupun sering diancam dengan perselisihan faham yang boleh menggugat keamanan negara. Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.
5
Tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.
Rangkap 4
Negara kita menuntut setiap warganegara mempunyai kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada negara. Ini kerana generasi hari ini adalah pewaris kebebasan yang diraih. Seharusnya generasi muda hari ini perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur jasa demi untuk menegara yang tercinta.njamin maruah
6
Semangat nasionalisme.
Perasaan cintakan negara harus disemai dalam diri setiap warganegara dan sambutan hari kemerdekaan merealisasikannya dengan semangat cintakan negara yang semakin membara. Setiap orang memainkan peranan dalam sumbangan membangunkan negara dan mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.
7
1. Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan. Kemerdekaan yang diperolehi adalah hasil perjuangan para pejuang terdahulu untuk membebaskan negara.
8
2. Berjuang menentang penjajah. Semangat menentang penjajahan dalam pelbagai bentuk harus disemai dalam setiap warganegara demi kedaulatan negara. Contohnya;
setiap menjelang kemerdekaan ini
bergemalah di hati anak pribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan
9
3. Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai. Setiap warganegara harus setia dan taat kepada negara tanpa berbelah bagi serta tanpa mengira fahaman. Contohnya;
kemerdekaan , di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
10
4. Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Kita harus mempertahankan kedaulatan negara agar generasi akan datang dapat mengecapi nikmat kemerdekaan. Contohnya;
Tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan
11
- aliterasi ( rangkap 1 , baris 2 )
( melambai tanah air berlagu sentosa )
pengulangan vokal L sebanyak 2 kali
- asonansi ( rangkap 4 , baris 1 )
tanah air tercinta hamparan setia
12
- anafora ( rangkap 1 , baris 1 dan baris 3 )
( telah datang angin kemerdekaan )
( telah gemilang sumpah kerelaan )
13
responsi ( rangkap 2 , baris 3 dan baris 4 )
( bangsa )
- metafora ( rangkap 1 , baris 1 )
( telah datang angin kemerdekaan )
rangkap 2 , baris 4
( keramat bangsa sepanjang nmasa )
rangkap 4 , baris 4
( menjunjung bakti )
14
- personafikasi ( rangkap 1 , baris 2 )
( melambai tanah air berlagu sentosa )
15
kita haruslah berasa bangga dengan negara kita yang telah merdeka kerana ingin menghargai pejung-pejuang yang telah menentang penjajah
- kita mestilah mempunyai perasaan cinta akan tanah air
- kita mestilah mempunyai semangat bersatu padu dalam menentang penjajah supaya negara akan aman dan harmoni
16
1. Kita hendaklah menghargai kemerdekaan yang telah diperolehi hasil perjuangan pejuang negara sebelum ini.
Walau apa jua dugaan yang melanda negara, kita tidak boleh berpaling tadah dan sentiasa setia kepada negara.
3. Kita hendaklah sentiasa menjaga kemakmuran negara agar tidak kembali dijajah oleh bangsa asing atau campur tangan pihak-pihak tertentu.
by Zubairi Yahaya
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 16
SLIDE
Similar Resources on Wayground
11 questions
Eksplorasi Lembaga Internasional dalam Pendidikan Matematika
Presentation
•
University
10 questions
Media Pembelajaran Interaktif
Presentation
•
University
10 questions
Permasalah yang timbul dalam pengelolaan kurikulum
Presentation
•
University
10 questions
Tes Materi Penyusunan RPS
Presentation
•
University
11 questions
soal teka teki
Presentation
•
Professional Development
11 questions
BIMBINGAN DAN KONSELING
Presentation
•
KG
13 questions
RECOUNT TEXT
Presentation
•
University
11 questions
SKM 2 CU 5 : SYSTEM SERVICING
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
10 questions
Safety Day 2026 – Student Review
Quiz
•
9th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
12 questions
Map Skills
Quiz
•
3rd Grade
22 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
5th Grade
15 questions
Rounding Decimals
Quiz
•
5th Grade