
Keris Itu Masih di Tanganmu
Presentation
•
Education
•
University
•
Hard
Zubairi Yahaya
FREE Resource
21 Slides • 0 Questions
1
Keris Itu Masih di Tanganmu
by Zubairi Yahaya
​
2
Maksud Sajak
Keris = perlambangan tentang kuasa, kemampuan, keupayaan, kelebihan, kekuatan dan sebagainya
3
Keris itu masih ditanganmu
untuk menyambung perjuangan
yang sewaktu-waktunya engkau terpaksa mengalah
hati terhiris luka
suara terpaksa membisu
diam mematahkan fitnah
berlembut mencari hikmah
4
Rangkap 1
Penyajak menyatakan bahawa kuasa yang ada di tangan kita sekarang perlu dimanfaatkan untuk menyambung perjuangan. Namun ada waktunya kuasa tidak patut digunakan dan kita perlu mengalah, menahan perasaan dan cuba bertindak secara lembut dan bijaksana.
5
Jika terlalu pahit kaurasa
kembalilah kepada realiti
perjuangan itu pasti ada ranjau durinya
perjuangan itu pasti ada liku-likunya
perjuangan itu pasti ada pahit getirnya
perjuangan itu pasti ada rebah bangunnya
jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
jika retak janganlah kauhancurkan
jika putus janganlah kuahanyutkan
jika bocor janganlah kaukaramkan
6
Rangkap 2
Perjuangan itu sesuatu yang pahit dan kita perlu memahami hakikat kesusahannya. Pejuang tidak boleh kecewa dan menambahkan masalah yang sedia ada sehingga memusnahkan sesuatu perkara yang hampir rosak.
7
Ketika kini engkau teruji erti ketabahan
setia seorang musuh tikaman seorang sahabat
jujur seorang seteru fitnah seorang kerabat
kerana sewaktu-waktunya
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita
yang berpura-pura rajin bersuara
yang menentang menjadi sahabat
yang bijak merendah suara
yang berhemah memanjatkan doa
yang setia rela mengorbankan dirinya
8
Rangkap 3
Kadangkala dalam perjuangan, seorang kawan boleh mengkhianati perjuangan. Rakan-rakan sekeliling ada yang jujur setia namun ada yang berpura-pura.
9
10
Keris itu masih di tanganmu
untuk menyambung perjuangan
setelah engkau menjahit dengan ketajamannya
seharusnya engkau telah belajar dan mahir
menepis tikaman mencemburui persahabatan
kerana yang mengatur kejatuhan
bukanlah musuh tetapi muslihat seorang teman.
11
Rangkap 4
Penyajak menasihatkan agar kita meneruskan perjuangan kerana kita sudah berpengalaman dengan ranjau perjuangan. Malah para pejuang sudah mengenali rakan dan lawan. Penyajak sedar bahawa punca kejatuhan dalam perjuangan sebenarnya berpunca dari khianat rakan-rakan sendiri dan bukan oleh kekuatan musuh.
12
Tema Sajak
Perjuangan tentang hidup. Selagi kita ada kekuatan, keupayaan, kebolehan, kemampuan, kekuasaan dan sebagainya kita perlu berani menghadapi segala pancaroba hidup. Kadang-kadang kita terpaksa mengalah dan kecewa dalam perjuangan. Realiti perjuangan adalah perlu menghadapi ranjau dan halangan. Dalam perjuangan juga ada rakan yang jujur dan ada yang khianat. Namun selagi kita ada kekuasaan, keupayaan, kemampuan, kebolehan dan sebagainya maka kita perlu terus berjuang.
13
Persoalan
1. Persoalan tentang cabaran dan dugaan dalam perjuangan.
Kehidupan kita tidak dapat dipisahkan dengan cabaran dan dugaan sebagaimana sesuatu perjuangan. Oleh itu kita harus tabah tabah dan kental untuk meneruskan perjuangan dan kehidupan.
14
2. Kehidupan adalah satu perjuangan
Antara kehidupan dan perjuangan memang tidak boleh dipisahkan kerana keduanya memerlukan kekentalan luar dan dalam untuk berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang getir.
15
3. Berhati-hati dalam persahabatan
Meskipun kita memiliki ramai kawan namun ada ketika kita akan temui kawan yang mementingkan diri atau mengambil kesempatan. Apa yang lebih memburukkan keadaan apabila ada kawan yang menikam kita dari belakang. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam persahabatan.
16
Pandangan Sarwajagat
Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.
17
Pandangan sarwajagat
Sajak di atas menjadikan perkataan "keris" sebagai kata kunci bagi memahami maksud keseluruhan sajak. Jika keris dimaksudkan dengan kekuasaan politik maka ia boleh dikaitkan dengan survirval bangsa terutamanya bangsa melayu. Maka sajak ini menjurus kepada unsur patriotik yang mengajak masyarakat sedar tentang perjuangan survirval bangsa. Malah dalam perjuangan tersebut bangsa melayu kadangkala perlu berkorban dan mengalah lantaran adanya tolak ansur dengan lain-lain bangsa yang telah menjadi sebahagian rakyat Malaysia. Namun yang menyedihkan ialah adanya perbuatan khianat yang berlaku di kalangan rakan-rakan sendiri.
18
Keris juga boleh dikaitkan dengan kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri kita. Jika kita mempunyai apa-apa kelebihan, maka kita perlu menggunakannya dengan baik. Ia adalah satu peluang yang perlu dimanfaatkan. Seorang yang berbakat dalam bolasepak tentunya mempunyai kelebihan umpama mempunyai sebilah keris. Maka individu tersebut perlu memanfaatkan kebolehannya untuk kebaikan diri. Namun untuk berjaya sebagai pemain bolasepak, individu tersebut perlu banyak berkorban jiwa dan raga.
19
Gaya Bahasa
1. Anafora, perulangan di awal baris, contohnya:
jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
2. Epifora, perulangan di hujung baris
yang diam mentertawakan kita
yang mengangguk membenci kita
20
3. Responsi, perulangan di tengah baris, contoh ;
jika genting janganlah kauputuskan
jika tegang janganlah kaurentapkan
4. Aliterasi, setia seorang musuh tikaman seorang sahabat (pengulangan konsonan s)
5. Asonansi, yang berpura-pura rajin bersuara (pengulangan vokal a)
6. Imej-keris lambang keberanian dan perjuangan.
21
Mesej
1. Kita hendaklah sentiasa berani menghadapi sebarang dugaan dalam hidup.
2. Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan kerana ia mungkin memberi kesan yang tidak baik.
3. Sebagai rakyat kita harus menjaga kesejahteraan negara dengan tidak membenarkan mana-mana anasir jahat memasuki negara kita.
Keris Itu Masih di Tanganmu
by Zubairi Yahaya
​
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 21
SLIDE
Similar Resources on Wayground
19 questions
simple present continuous tenses
Presentation
•
University
18 questions
Persiapan Ceramah dan Khutbah
Presentation
•
University
14 questions
Dasar Mengajar
Presentation
•
University
16 questions
LAYANAN JASA SRO UNTUK INVESTOR
Presentation
•
University
16 questions
KATA GANDA
Presentation
•
University
17 questions
Hukum Asuransi
Presentation
•
University
16 questions
Construir el Derecho (entre juegos cooperativos y no-coopera
Presentation
•
University
16 questions
PERMINTAAN DAN PENAWARAN PASAR
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Education
10 questions
Soup, Salad, or Sandwich?
Quiz
•
1st Grade - Professio...
20 questions
Disney Trivia
Quiz
•
University
8 questions
Extracted Quiz
Quiz
•
University
23 questions
Subject Verb Agreement
Quiz
•
9th Grade - University
67 questions
Unit 3 Random Questions
Quiz
•
11th Grade - University
64 questions
USHC 4 Key Terms 22-23
Quiz
•
11th Grade - University
12 questions
This or That...
Quiz
•
1st Grade - University
25 questions
Comma CFA
Quiz
•
6th Grade - University