Search Header Logo
Teromba

Teromba

Assessment

Presentation

Education

University

Hard

Created by

Zubairi Yahaya

Used 3+ times

FREE Resource

24 Slides • 0 Questions

1

Teromba

by Zubairi Yahaya

2

​Konsep

Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti pantunsyairrubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakatMinangkabau (MinangTambo)).

3

​Ciri-ciri

​1. Tergolong dalam puisi tidak terikat kepada kata perbilangan.

​2. Ada jenis teromba yang berangkap dan ada yang tidak.

​3. Jumlah perkataan dan suku kata juga bebas.

​4. Rima juga tidak terikat walaupun ada yang menyerupai pantun dan syair.

4

​Fungsi

​1, Memberi panduan dan pendidikan tentang cara hidup atau sistem hidup bermasyarakat yang baik dan harmoni melalui adat, peraturan dan undang yang dibentuk.

​2, Membentuk dan membina satu masyarakat yang harmoni.

​3. Mengekalkan norma-norma yang tertentu dalam masyarakat yang telah dipersetujui oleh anggota masyarakat sejak turun-temurun.

5

​4, Sebagai alat kawalan sosial berkaitan adat, peraturan dan undang-undang tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam hidup bermasyarakat.

​5. Menggambarkan corak pemikiran masyarakat yang mengamalkannya kerana pembentukan teromba jelas berdasarkan kebijaksanaan dan pemikiran yang tinggi tentang falsafah hidup masyarakatnya.

​6. Menggambarkan corak dana pola hidup bermasyarakat pada satu-satu masa dan zaman.

6

​Maksud

​Rangkap 1

Hidup dikandung adat,

Mati dikandung tanah.

Ketika manusia berada di dunia, mereka setiasa terikat dengan adat atau tingkah laku yang biasa dilakukan setiap hari yang menjadi sebahagian budaya hidup. Segala ikatan peraturan adat akan luput apabila manusia sudah meninggal dunia. Ketika itu, manusia hanya dilingkungi oleh tanah sahaja.

7

​Rangkap 2

Adat dipakai baru,

Kain dipakai usang.

Adat yang diamalkan setiap hari adalah sesuai mengikut zaman dan sentiasa segar untuk diamalkan. Berbanding dengan pakaian seperti kain dan baju tentunya akan semakin lama, buruk dan tidak boleh dipakai sepanjang masa.

8

Rangkap 3

Yang elok dipakai,

Yang buruk dibuang.

Adat yang baik patut diamalkan oleh masyarakat namun jika adat (budaya) itu buruk dan bertentangan dengan nilai dan agama, ia patut ditinggalkan atau tidak boleh diamalkan.

9

Rangkap 4

Lembaga berlingkungan,

Undang kelintasan.

Lembaga bermaksud : Dato' Lembaga adalah gelaran seorang pemimpin yang mengetuai sesuatu suku dalam masyarakat Adat Perpatih. Dato' Lembaga ini dipilih oleh para Buapak daripada beberapa Perut yang menjadi anggota sesuatu suku. Dato' Lembaga yang dilantik mestilah mendapat persetujuan daripada Undang atau Penghulu Luak. Tanggungjawab Dato' Lembaga meliputi hal ehwal anak buahnya di dalam suku yang diwakilinya. Ini termasuklah urusan harta pusaka dan pentadbiran tanah adat bagi anak-anak buahnya. Seseorang Dato' Lembaga itu boleh dipecat daripada jawatannya jika terbukti dia cuai atau bekelakuan yang tidak selayaknya.

10

Undang bermaksud:

Undang adalah jawatan ketua bagi sesuatu Luak di dalam masyarakat Adat Perpatih. Perlantikan Undang ini dilakukan oleh Dato'-Dato' Lembaga di dalam sesuatu luak itu. Di Negeri Sembilan kini adalah empat orang Undang yang mengetuai empat buah luak utama. Mereka ialah Undang RembauUndang Sungai UjungUndang Johol dan Undang Jelebu.

Peranan dan kuasa ketua ( Lembaga dan Undang) dalam amalan adat sebenarnya mempunyai had dan batasan. Malah kawasan jajahan takluk pentadbiran mereka juga telah ditentukan oleh adat.

11

Rangkap 5

Duduk meraut ranjau,

Tegak meninjau jarah.

Ranjau = Daun kelapa yang dibuat lidi penyapu. Ia perlu diraut dengan pisau yang tajam. Jarah  = Musuh atau penjahat (penjarah). Musuh perlu ditinjau (perhatikan). Menggambarkan peranan anggota masyarakat yang mengamalkan adat. Dalam semua aktiviti kehidupan, ahli masyarakat sebenarnya mempunyai peranan masing-masing tidak kira samada ketika duduk maupun berdiri

12

Rangkap 6 Ke darat Adat Perpatih,

Ke laut Adat Temenggung.

Walau dimana pun kita berada, kita akan terikat dengan adat tertentu seperti Adat Perpatih ketika berada di daratan, Manakala ketika berada di laut kita terikat dengan Adat Temenggung.

13

Rangkap 7

Ke laut berteromba,

Ke darat bersalasilah.

Teromba merupakan ungkapan berirama yang kelazimannya mengenai adat sebagai panduan atau amalan adat sesuatu masyarakat. Ia merupakan sejenis puisi bebas yang mungkin mempunyai bentuk lain seperti pantunsyairrubai dan talibun tetapi isi dan fungsinya merujuk kepada satu bidang tetap, iaitu adat. Puisi ini dikenali juga sebagai puisi adat. dan dikatakan berasal daripada masyarakatMinangkabau (MinangTambo)

14

Salasilah keturunan atau Salasilah keluarga seseorang itu amat penting diketahui dalam masyarakat manusia bertamadun. Menjejaki asal usul keturunan seseorang boleh memberi manfaat kepada hubungan silaturahim kaum kerabat; dan merapat dan mengekalkan hubungan silaturahim sangatlah dituntut dalam Islam.

Berteromba selalu dikaitkan dengan pengucapan beberapa amalan adat manakala bersalasilah selalunya berkait dengan amalan silaturrahim dan pembahagian harta pusaka.

15

Rangkap 8

Adat bersendi hukum,

Hukum bersendi Kitab Allah

Amalan adat sebenarnya masih terikat (tertakluk) dengan hukum agama yang secara tidak langsung berkait dengan Kitab Allah iaitu Al-Quran.

16

​Tema

​Gambaran adat yang menjadi panduan atau amalan sesuatu masyarakat. Kebiasaannya diamalkan di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih. Melalui teromba ia memperincikan tugas pemimpin serta tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

17

​Persoalan

​1. Persoalan tentang keharmonian masyarakat yang mengamalkan adat tertentu.

​2.Setiap anggota masyarakat diminta mematuhi adat dan mengamalkannya selagi tidak bercanggah dengan hukum agama.

18

​Gaya Bahasa

1. Responsi iaitu “hidup dikandung tanah” , “adat dipakai baru” , “kedarat Adat Pepatih” , “kelaut berteromba”.

2. Anafora iaitu “yang elok dipakai”

3. Penggunaan bahasa arab iaitu “kitab Allah”.

19

​Nilai Estetika

        Ansonansi (pengulangan vokal;a,e,i,o,u )

Rangkap 1 baris 2           “mati dikandung tanah “

                                         (pengulangan vokal a sebanyak 4 kali)

·        Aliterasi (pengulangan konsonen )

Rangkap 2 baris 2            “kain dipakai usang “

                                        (pengulangan konsonen k sebanyak 2 kali )

20

·        Personafikasi (sifat manusia)

Rangkap 3 baris 2                 “undang kelintasan “

·        Anafora (pengulangan awal baris )

Rangkap 3              “ yang elok dipakai,

                                 “yang buruk dibuang”

Rangkap 6 dan 7 = “ke”

21

·        Responsi (pengulangan di tengah baris ayat )

Rangkap  1            “hidup dikandung adat,

                                  Mati dikandung tanah.”

Rangkap 2                “adat dipakai baru,

                                    Kain dipakai usang.”

22

​Ciri-ciri

1. 2 baris 1 rangkap2.

2.hingga 4 patah perkataan

3. 6 hingga 9 suku kata ( rangkap 3 baris 1 , rangkap 8 baris 2 )

4. Teromba tersebut berbentuk terikat

5. Rima akhir a,a dan a,b

23

​Nilai Masyarakat

1. Masyarakat yang mengamalkan adat dalam kehidupan mereka .

2. Masyarakat yang menghormati dan mengamalkan hukum-hukum keagamaan berdasarkan kitab .

3. Masyarakat perlulah mengutamakan kebaikan dan menjauhi keburukan dalam kehidupan seharian serta selalu berfikiran positif .

24

​Pengajaran

1. Kita hendaklah mengamalkan adat dalam kehidupan supaya adat tidak dilupakan begitu saja .

2. Kita haruslah menerapkan pemikiran yang positif supaya setiap pekerjaan dapat disempurnakan dengan baik .

3.Walaupun berpegang kepada adat namun kita harus kembali kepada hukum-hukum Allah jika timbul sebarang masalah.

Teromba

by Zubairi Yahaya

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 24

SLIDE