Search Header Logo
Syair Makna Riak

Syair Makna Riak

Assessment

Presentation

Other

1st Grade

Hard

Created by

T-ONG YING

Used 4+ times

FREE Resource

10 Slides • 7 Questions

1

Syair Makna Riak

by T-ONG YING

2

​Rangkap 1

​Kemudian dinyatakan makna riak,

​Amal ibadat kerana manusia,

​Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,

​Sebab kerana syirikkan Dia.

media

3

​Rangkap 2

​Terkadang riak pula dilakukan,

​Mengiringkan beberapa puasa tak makan,

​Bertutur itu suara diperlahankan,

​Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

media

4

​Rangkap 3

​Supaya disangka ianya wali,

​Akan dunia tidak dipeduli,

​Hemahnya itu sangatlah ali,

​Tetapi hatinya ke dunia bertali.

media

5

​Rangkap 4

​Terkadang riakkan ia berilmu,

​Bersurah ketika orang berjamu,

​Berkata-kata tidaklah jemu,

​Nahu dan sarap habis diramu.

media

6

​Rangkap 5

​Terkadang bercakap ilmunya mantik,

​Bicara alhayat konon diselidik,

​Supaya disangka ianya cerdik,

​Sukalah orang memberinya gundik.

media

7

​Rangkap 6

​Terkadang riak dengan pakaian,

​Berserban lilit ekor berhambayan,

​Sejadah di bahu bersampaian,

​Tasbih di tangan beruitan.

media

8

​Rangkap 7

​Pejamkan mata duduk bersila,

​Lidah berzikir Allah Taala,

​Terkadang jazbah seperti gila,

​Kasadnya hendak jadi kepala

media

9

​Rangkap 8

​Riak demikian menjadi balak,

​Amal itu tentu ditolak,

​Terkadang dilemparkan ke mukannya pulak,

​Allah Taala sualak.

media

10

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan ' wali'

1

orang yang bersifat baik

2

orang yang dipilih Tuhan untuk mendapatkan pertolongan-Nya

3

orang yang berilmu

4

Abu Jahal

11

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan 'riak'

1

suka menunjuk-nunjuk amal ibadah

2

orang yang alim

3

orang yang tidak pernah meninggalkan sembahyang

4

orang yang pentingkan 

12

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan 'alhayat'

1

pengetahuan tentang biologi

2

pengetahuan yang tinggi

3

tidak mempunyai pengetahuan

4

pengetahuan am

13

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan ' berhambayan'

1

menari

2

mengucap

3

melambai-lambai

4

membaca

14

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan 'sualak'

1

suka

2

benci

3

dengki

4

sombon

15

Multiple Choice

Pilih maksud perkataan ' kasadnya'

1

niatnya

2

sebabnya

3

hakikatnya

4

ak

16

Multiple Choice

Berikut merupakan nilai yang terdapat dalam syair kecuali...

1

Jujur

2

Insaf

3

Taat

4

Kejam

17

Sekian Terima Kasih

Syair Makna Riak

by T-ONG YING

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE