
Kertas 1 EKonomi SPM (BP)
Presentation
•
Other
•
12th Grade
•
Medium
siti mahadzir
Used 7+ times
FREE Resource
1 Slide • 41 Questions
1
Kertas 1 EKonomi SPM (BP)
by siti mahadzir
2
Multiple Choice
Maklumat berkaitan sejenis pengangguran. " Isu pengangguran terutama melibatkan graduan bukan kerana kekurangan pekerjaan tetapi berpunca daripada sikap terlalu memilih pekerjaan". Pernyataan manakah yang berkaitan dengan pengangguran di atas?
Bersifat jangka panjang
Berlaku kemelesetan ekonomi
Peralihan pekerjaan akibat kehausan sumber asli
Peluang mendapat gaji yang tinggi menjadi keutamaan
3
Multiple Choice
Pernyataan yang manakah berkaitan dengan cukai tak langsung?
Puan Rosliyana membayar tambahan 6% cukai daripada jumlah harga makanan di restoran
makanan segera.
Petronas membayar 28% daripada jumlah pendapatan syarikat kepada kerajaan.
Hui Lin membayar duti setem apabila menandatangani surat perjanjian pembelian kedai di Taman Sri Desa.
Syarikat Fakhiratul Sdn. Bhd. membayar cukai sebanyak 15% daripada keuntungan perniagaannya
kepada kerajaan.
4
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi?
Sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan
Satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad
Sains kekayaan yang mengkaji keadaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara
Satu kajian tentang cara bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai keperluan kebendaan
5
Multiple Choice
Masalah kekurangan berlaku kerana
kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal
faktor pengeluaran terhad berbanding kehendak yang pelbagai
faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam sesebuah ekonomi
kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi
6
Multiple Choice
Pasangan manakah yang benar tentang buruh dan usahawan?
Buruh - Penawaran tidak terhad
Usahawan - Penawaran terhad
Buruh - Bebas membuat keputusan
Usahawan - Tidak bebas membuat keputusan
Buruh - Terima ganjaran upah
Usahawan - Terima ganjaran untung
Buruh - Bekerja sendiri
Usahawan - Bekerja dengan orang lain
7
Multiple Choice
Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi Syarikat Faiqah Sendirian Berhad. Berapakah kos lepas per unit jika Syarikat Faiqah Sendirian Berhad mengubah kombinasi pengeluaran
daripada titik Q kepada titik R?
0.75
1.00
1.25
2.0
8
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan ciri sistem ekonomi yang diamalkan oleh dua buah negara
P- Sistem ekonomi kapitalis
Q - Sistem ekonomi Islam
P - Sistem ekonomi kapitalis
Q - Sistem ekonomi perancangan pusat
P- Sistem ekonomi campuran
Q -Sistem ekonomi perancangan pusat
P - Sistem ekonomi campuran
Q -Sistem ekonomi Islam
9
Multiple Choice
Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.
"Barangan dikeluarkan berdasarkan citarasa masyarakat"
Apakah masalah asas ekonomi tersebut?
Apa yang hendak dikeluarkan?
Berapa yang hendak dikeluarkan?
Bagaimana hendak dikeluarkan?
Untuk siapa hendak dikeluarkan?
10
Multiple Choice
. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang hukum permintaan?
I Apabila harga naik, maka kuantiti diminta berkurang
II Apabila harga naik, maka kuantiti diminta bertambah
III Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta berkurang
IV Apabila harga jatuh, maka kuantiti diminta bertambah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
11
Multiple Choice
Jadual menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta terhadap kereta tempatan.Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan kereta tersebut?
I Cukai kereta import dinaikkan
II Harga petrol telah meningkat
III Pendapatan boleh guna individu merosot
IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
12
Multiple Choice
. Pilih pasangan yang betul tentang perubahan penentu penawaran terhadap penawaran sesuatu
barang.
13
Multiple Choice
. Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran suatu barang.Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1?
Harga keseimbangan akan meningkat
Kuantiti keseimbangan akan berkurang
Harga keseimbangan akan turun
Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik
14
Multiple Choice
. Cik Zulaikha membeli sepasang kasut dengan harga RM180.
Apakah fungsi wang dalam situasi tersebut?
I Alat ukuran nilai
II Alat simpanan nilai
III Alat bayaran tertunda
IV Alat perantaraan pertukaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
15
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan tindakan bank pusat melalui dasar kewangan mengawal satu keadaan ketidakstabilan ekonomi. "Keperluan rizab berkanun dinaikkan tiga kali ganda sebagai langkah awal mengurus peningkatan masalah tunai berlebihan yang membawa kepada peningkatan harga barangan." Apakah tindakan lain yang boleh dilakukan oleh bank pusat untuk mengawal keadaan tersebut?
Longgarkan syarat sewa beli
Turunkan nisbah rizab tunai
Jual surat jaminan kerajaan
Turunkan kadar faedah pinjaman
16
Multiple Choice
Maklumat berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank
perdagangan.
Cik Amira adalah pemegang akaun tabungan di Bank B&B Berhad
Beliau membeli polisi insurans nyawa dari Syarikat Insurans Bernama Berhad
Jumlah bayaran premium yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak RM250
Beliau mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut pada setiap 25 hari bulan secara
tetap dan berulang kepada syarikat insurans. Apakah kemudahan tersebut?
Draf bank
Debit langsung
Pindahan kredit
Perintah sedia ada
17
Multiple Choice
Manakah yang menunjukkan pekerjaan dalam sektor ketiga?
Menangkap ikan
Operator kilang kicap
Mengajar di pusat tuisyen
Memproses ikan menjadi keropok segera
18
Multiple Choice
Gambar yang berikut berkaitan dengan iklan pekerjaan.Manakah yang bukan faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut?
Upah benar
Waktu bekerja
Kelayakan akademik
Faedah sampingan
19
Multiple Choice
Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan individu. "Pendapatan diterima tanpa memberi apa-apa sumbangan dalam ekonomi."Pendapatan manakah yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas?
I Upah
II Biasiswa pendidikan
III Pencen pesara kerajaan
IV Keuntungan perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
20
Multiple Choice
Maklumat yang berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Almas Syalihah pada tahun 2019.
Pendapatan dan Potongan RM
Gaji 18000
KWSP 11%
Insurans nyawa 400
Cukai pendapatan 150
Zakat 180
Hitung pendapatan boleh guna Cik Almas Syalihah.
RM15190
RM 15290
RM15690
RM17270
21
Multiple Choice
Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan pernyataan yang tepat?
A
B
C
D
22
Multiple Choice
Gambar yang berikut merupakan kaedah pembayaran yang diamalkan dalam perniagaan. Manakah yang benar tentang kaedah pembayaran di atas?
Risiko kehilangan wang tunai dapat dielakkan
Dapat diterima di mana-mana sahaja premis perniagaan
Membantu pengguna supaya lebih berdisiplin dalam berbelanja
Dapat menikmati diskaun bagi setiap pembelian yang dilakukan
23
Multiple Choice
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma Syafiah.
Kos Tetap RM 500
Kos Berubah RM 300
Kos Purata RM 20
Berapakah jumlah output yang dihasilkan?
30 unit
40 unit
50 unit
80 unit
24
Multiple Choice
Jadual di bawah ini menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi Syarikat Nursyuhadah.
Syarikat Nursyuhadah menjual 4000 helai pakaian dijual dengan harga RM12 sehelai.
Berapakah jumlah untung yang diperoleh oleh syarikat tersebut?
RM10000
RM 12000
RM38000
RM48000
25
Multiple Choice
Apakah maksud produktiviti?
Nisbah antara jumlah output dan jumlah input pengeluaran
Perubahan jumlah input dalam mengukur perubahan jumlah keluaran
Keupayaan meningkatkan sejumlah input daripada sejumlah output yang disediakan
Keupayaan untuk meningkatkan penghasilan output daripada sejumlah input pengeluaran
26
Multiple Choice
Berapakah jumlah anggaran hasil kerajaan daripada cukai tidak langsung pada tahun tersebut ?
RM 9 334 juta
RM 8 725 juta
RM 6 667 juta
RM 5 567 juta
27
Multiple Choice
Bagaimanakah nisbah rizab berkanun boleh membantu menyelesaikan masalah semasa inflasi?
menurunkan nisbah rizab berkanun
menaikkan nisbah rizab berkanun
menyimpan sedikit wang di bank pusat
memberi pinjaman kepada orang ramai
28
Multiple Choice
Rumus di bawah ini berkaitan dengan eksternaliti.
Faedah sosial = X + Faedah luaran
Apakah X?
Menjimatkan masa perjalanan
Kos pengangkutan yang semakin membebankan
Pencemaran alam sekitar yang semakin meningkat
Kesesakan lalu litas yang rendah
29
Multiple Choice
Kerajaan Malaysia merupakan majikan terbesar di Malaysia dengan kakitangan seramai 1.6 juta
orang. Bagaimanakah peranan kerajaan tersebut dapat membantu ekonomi negara?
Mengurangkan kadar inflasi
Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing
Memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia
Meningkatkan taraf hidup masyarakat
30
Multiple Choice
Apakah kesan ke atas ekonomi jika bank pusat terus menaikkan kadar cukai ketika berlaku
masalah inflasi?
I Firma mampu mengeluarkan lebih banyak barang
II Pertumbuhan ekonomi semakin lancar
III Kadar pengangguran meningkat
IV Perbelanjaan agregat pengguna terus menurun
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
31
Multiple Choice
Apakah kesan penurunan kadar faedah terhadap pengguna?
Kos pinjaman meningkat
Perbelanjaan penguna dalam ekonomi meningkat
Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman
Pengguna peru menyediakan lebihan wang semasa berbelanja
32
Multiple Choice
Maklumat berkaitan dengan ciri-ciri syarikat multinasional.
· Firma mempunyai cawangan di beberapa buah negara
· Pemindahan dan penggunaan teknologi yang canggih
Apakah ciri lain syarikat tersebut ?
Firma besar bersaing dengan firma kecil
Memaksimumkan keuntungan dan kebajikan
Menggunakan bahan mentah di negara sendiri
Semua cawangan firma dikawal oleh firma induk di negara asal
33
Multiple Choice
Perdagangan antarabangsa mendatangkan kesan-kesan positif ke atas negara yang terlibat.
Antara berikut yang manakah kesan-kesan tersebut?
I Pengguna mempunyai pelbagai pilihan
II Menambahkan peluang pekerjaan
III Imbangan perdagangan positif
IV Menggalakkan pinjaman
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
34
Multiple Choice
Mengapakah kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import ?
Meningkat pendapatan negara
Mengurangkan daya saing barang tempatan
Melindungi industri muda dan tempatan
Meluaskan pilihan pengguna
35
Multiple Choice
Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dilakukan dengan tujuan untuk
Menarik pelaburan langsung asing ke negara anggota
Mengurangkan pengangguran dalam kalangan negara anggota
Memperoleh barang dagangan dari negara maju dengan lebih murah
Mewujudkan monopoli dalam pengeluaran barang di negara anggota
36
Multiple Choice
Antara yang berikut, akaun manakah yang merupakan komponen akaun semasa?
I Akaun barangan
II Akaun modal
III Akaun kewangan
IV Akaun pendapatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
37
Multiple Choice
I
Keluk kemungkinan pengeluaran yang cembung menunjukkan kos lepas semakin meningkat.
II
Analisis keluk kemungkinan pengeluaran mengandaikan teknologi sentiasa berubah.
I- BETUL
II - SALAH
I-BETUL
II- BETUL
38
Multiple Choice
I
Keluk permintaan menunjukkan hubungan songsang antara harga dengan kuantiti diminta.
II
Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan.
I - SALAH
II- BETUL
I - BETUL
II- BETUL
39
Multiple Choice
I
Pengeluaran jangka pendek melibatkan penggunaan input tetap dan input berubah.
II
Pengeluaran jangka pendek melibatkan jangka masa kurang daripada lima tahun.
I- BETUL
II- SALAH
I- SALAH
II- BETUL
40
Multiple Choice
I
Belanjawan lebihan digunakan semasa negara mengalami masalah kemelesetan ekonomi.
II
Masalah lebihan stok barangan berlaku semasa kemelesetan ekonomi.
I- SALAH
II- BETUL
I - SALAH
II- SALAH
41
Multiple Choice
I
Peningkatan eksport Malaysia akan meningkatkan permintaan Ringgit Malaysia.
II
Penurunan import Malaysia akan mengurangkan permintaan Ringgit Malaysia.
I - BETUL
II-SALAH
I- BETUL
II - BETUL
42
Multiple Choice
"Syarikat MZ mengeksport 30 000 unit Mee Segera Super ke Indonesia."
Antara yang berikut, yang manakah benar?
Permintaan Ringgit Malaysia meningkat
Permintaan Ringgit Malaysia menurun
Penawaran Ringgit Malaysia meningkat
Penawaran Ringgit Malaysia menurun
Kertas 1 EKonomi SPM (BP)
by siti mahadzir
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 42
SLIDE
Similar Resources on Wayground
34 questions
Elektrokimi
Presentation
•
12th Grade
38 questions
Pertemuan 6
Presentation
•
KG
34 questions
PEL 7 : SETIAP ORANG IALAH PEMIMPIN- HADIS T5 KSSM
Presentation
•
11th Grade
37 questions
KERAJINAN DARI BAHAN BUATAN
Presentation
•
12th Grade
38 questions
LTB5L1 Life Lessons in Rudyard Kipling's "If--"
Presentation
•
12th Grade
38 questions
BAB 3 ADSENSE DAN BLOG
Presentation
•
12th Grade
35 questions
Operant Conditioning
Presentation
•
KG
35 questions
REVIEW IPA P6
Presentation
•
12th Grade
Popular Resources on Wayground
20 questions
"What is the question asking??" Grades 3-5
Quiz
•
1st - 5th Grade
20 questions
“What is the question asking??” Grades 6-8
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
34 questions
STAAR Review 6th - 8th grade Reading Part 1
Quiz
•
6th - 8th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
47 questions
8th Grade Reading STAAR Ultimate Review!
Quiz
•
8th Grade
Discover more resources for Other
10 questions
Fire Safety Quiz
Quiz
•
12th Grade
20 questions
“What is the question asking??” English I-II
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Fire Prevention
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
Grammar
Quiz
•
9th - 12th Grade
16 questions
AP Biology: Unit 1 Review (CED)
Quiz
•
9th - 12th Grade
20 questions
verbos reflexivos en español
Quiz
•
9th - 12th Grade
11 questions
Expectations Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
10 questions
Climate Change and Its Impact
Interactive video
•
9th - 12th Grade