Search Header Logo
AKHLAK 4 (6) 6/10/21

AKHLAK 4 (6) 6/10/21

Assessment

Presentation

Religious Studies

4th Grade

Hard

Created by

Rafiqah Naim

FREE Resource

22 Slides • 0 Questions

1

AKHLAK 4 (6)

  1. 22. ADAB DI MASJID 23. ADAB DI DALAM MAJLIS 24. ADAB BERPAKAIAN

2

22. ADAB-ADAB DI MASJID​

Masjid merupakan rumah ibadah yg sgt mulia disisi agama Islam iaitu tempat solat jemaah dan lain-lain.​

3

​FIRMAN ALLAH SWT :

"Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang." (QS. Annur: 36-37).

4

​SABDA RASULULLAH SAW :

Rasulullah SAW bersabda,"Apabila kamu hendak masuk masjid, jika kamu melihat kotoran atau najis pada kedua sandalmu, bersihkanlah terlebih dahulu..." (HR. Abu Dawud).

Dalam hadits lain disebutkan, "Rasulullah memerintahkan untuk membangun masjid di kampung-kampung, membersihkan dan diharumkannya." (HR. Ahmad).

5

​4 ADAB MASJID

  • Menuju ke masjid

  • ​Masuk ke masjid

  • Di dalam masjid

  • Keluar dari masjid

6

​ADAB-ADAB KE MASJID

  • MENUJU KE MASJID :

  • Niat kerana Allah SWT

  • ​Membaca doa keluar rumah, dan memulakan kaki kanan menuju ke masjid

  • Berjalanlah ke masjid tanpa tergesa-gesa

  • Pastikan ketika berangkat ke masjid sudah dalam keadaan suci (badan,pakaian) Mengenakan pakaian yang sopan, bersih dan suci.

  • Perbanyak dzikir dan berselawat

  • ​Jauhkan memakan mknn yg berbau *******

  • MASUK KE MASJID :

  • ​Membuka selipar/kasut

  • ​Membersihkan selipar/kasut

7

  • ​Mengambil air wudu'

  • Masuk ke dalam masjid dengan mendahulukan kaki kanan

  • ​Berniat utk i'tikaf

  • ​Menjawab azan dan berselawat ke atas Nabi Rasulullah SAW

  • ​Memberi salam kppd ahli masjid

  • ​Tidak lalu di hadapan org yg sedang solat

  • ​Tidak bercakap berkenaan dunia

  • ​Menunaikan solat sunat tahyatul masjid 2rakaat

  • ​Bersopan-santun, berakhlak mulia, jgn bising dan jgn berckp2 dgn kuat

  • Penuhkan ruang saf solat​

8

  • ​​KELUAR DARI MASJID

  • Keluar dengan mendahulukan kaki kiri

  • ​Berzikir dan selawat ke atas Nabi Rasulullah SAW

  • Berniat untuk kembali ke masjid untuk melakukan solat sesudahnya

  • ​************************************************************************************************

9

23. ADAB-ADAB DLM MASJID​

Salah satu ciri seorang muslim adalah memiliki adab yang baik. Termasuk juga adab saat berada di majelis ilmu. Dengan menjaga adab di majelis ilmu, maka ilmu yang diterima akan lebih berkah dan bermanfaat. Ada beberapa adab yang perlu seorang muslim perhatikan saat berada di majlis

10

​ADAB-ADAB DLM MAJLIS

  • Memberi salam kpd org yg berada dlm majlis​​

  • Mengutamakan org yg lebih tua

    Jgnlah bergurau, byk ketawa dan tidur

    Jgnlah bercampur-aduk antara lelaki dan perempuan

    Menutup aurat sepanjang berada di dlm masjid

  • ​Jgn berbisik-bisik bgi mengelakkan prasangka org lain

  • ​Memenuhkan ruang kosong yg ada (mgelakkan syaitan di antara kita)

  • ​Tidak mengambil tempat org lain

  • ​Menjaga percakapan

  • ​Berwuduk

  • ​Menjaga kebersihan diri (pakaian, badan dan tmpt duduk)

11

  • ​Memakai wangi-wangian (jgn berlebihan bagi wanita)

  • Pandang mulut orang yang membaca ta'alim. Anggaplah hadis-hadis yang kita dengar sebagai sabdaan-sabdaan Rasulullah SAW yang datang dari mulut Baginda sendiri.

  • Mendengar dengan penuh konsentrasi. Ketika para Sahabat RA duduk dalam majlis ta'alim yang dikendalikan oleh Rasulullah SAW, mereka tumpukan sepenuh perhatian hinggakan mereka tidak mempedulikan burung-burung yang bertenggek di atas bahu dan kepala mereka.

  • Anggaplah hadis yang kita dengar itu seolah-olah inilah kali pertama kita mendengarkannya.

  • Sebaik-baiknya duduk dalam posisi tahiyat awal dan kalau boleh, lutut kita bertemu dengan lutut si pembaca ta'alim. Kalau penat duduk tahiyat awal, bolehlah berubah kepada posisi tahiyat akhir. Kalau tidak mampu juga, bolehlah duduk bersila. (Cara duduk beginilah yng ditunjukkan oleh Malaikat Jibril AS ketika dia datang kepada Rasulullah SAW dan mengajukan beberapa soalan kepada Baginda, dengan disaksikan oleh para Sahabat.)

12

  • Apabila disebut nama Allah, kita sambut dengan Allahu azza wajalla atau Allahu Jalla Jallaluhu atau Subhanallah

  • Apabila disebut nama Rasulullah SAW, hendaklah kita berselawat ke atas Baginda. (Malaikat melaknat org yg tidak berselawat bila nama Baginda disebut).

  • Bila disebut nama para Sahabat atau Sahabiah, kita sambut dgn RadhiAllahu Anhu / Anha.

  • Bila disebut nama org alim (seperti tabi'en, imam-imam besar dsb), kita sambut dgn Rahmatullah Alaih.

  • Bila disebut nama musuh Allah (seperti Iblis, Fir'aun, Namrud, Abu Lahab dsb), kita dibolehkan menyambut dgn Laknatullah Alaih.

  • ​Rasa gembira bila disebut ttg syurga dan takut bila disebut tentang neraka. (Kalau tak boleh, cuba paksa.)

  • Jgn mengganggu perjalanan majlis (seperti berbual-bual/bersalam-salam bila datang lewat).

13

  • Menghadiri majlis ta'alim adalah lebih baik daripada melakukan ibadat-ibadat sunat yang dilakukan bersendirian. Seandainya kita datang ke masjid dan mendapati majlis ta'alim sedang berlangsung, kita digalakkan supaya duduk dalam majlis ta'alim dan menggantikan solat tahiyatul masjid dengan zikir "Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilaha Ilallah Wallahu Akbar" 3 kali.

  • ​****************************************

14

18. ADAB BERPAKAIAN​

seseorang itu memakai pakaian yang sesuai karena pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim yang sebenarnya. Islam tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.

15

​FUNGSI PAKAIAN (3)

  • MENUTUP AURAT : penutup bagian tubuh yang malu dilihat. Berpakaian merupakan sifat dasar manusia yang memiliki rasa malu dan berusaha menutup tubuh agar tidak terlihat pandangan orang yang bukan muhrimnya.

  • PERHIASAN : pakaian dapat membuat pemakainya menjadi lebih enak dipandang dalam batas kewajaran agama Islam.

  • ​IDENTITI KETAKWAAN : pakaian adalah bentuk ketakwaan pemakai dengan cara menutup aurat yang diharamkan untuk diperlihatkan pada orang lain.

16

​KATEGORI ADAB BERPAKAIAN

  • ​Adab berpakaian secara Umum

  • ​​Adab berpakaian utk Lelaki

  • ​​Adab berpakaian utk Perempuan

17

​ADAB BERPAKAIAN (Umum)

  • Menutup aurat ; Aurat lelaki menurut ahli hukum ialah drpd pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda : "Paha itu adalah aurat." (HR.Bukhari).

  • ​Tidak menyerupai lawan jenis : "Rasulullah SAW melaknat laki-laki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai laki-laki," (H.R. Bukhari)

  • Tidak menyerupai pakaian org kafir​ ; Rasulullah SAW:

    “Orang yg menyerupai suatu kaum, seolah ia bagian dari kaum tersebut” (HR. Abu Daud)

  • ​Berdoa sebelum memakai pakaiandan membuka pakaian

  • ​Selepas membeli pakaian ucapkan " Alhamdulillah"

18

  • Dimulai dgn anggota yg kanan dan akhiri dgn anggota kiri dan sebaliknya utk membuka pakaian Apabila memakai baju,celana atau seumpamanya, mulailah sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan drpd Saidatina Aisyah : "Rasulullah suka sebelah kanan dlm segala keadaan, sprti memakai sandal,sepatu, berjln kaki dan bersuci. "Apabila memakai sepatu atau seumpamanya, mulai dgn sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulai dgn sebelah kiri. Rasulullah SAW bersabda : "Apabila seseorang memakai sendal, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulai dgn sebelah kiri supaya yg kanan menjadi yg pertama memakai sendal dan yg terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

  • ​Tidak berlebihan ;sabda Nabi Muhammad SAW: “Makan, minum, berpakaian dan bersedekahlah kalian, namun jangan berlebih-lebihan dan sombong,” (H.R. Nasai)

19

  • Tidak menimbulkan perasaan riak' ; Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yang melabuhkan pakaiannya krn perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pd hari kiamat." Dlm hadis lain, Rasulullah SAW bersabda : "Siapa yg memakai pakaian yg berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pd hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah).

    Memanjangkan pakaian/tidak terlalu ketat ; Seperti tudung yg seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak yaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk/leher dan juga dada. Allah berfirman : "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri2 dan anak2 perempuanmu2 serta perempuan beriman, supaya mereka memanjangkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar rumah); cara yg demikian lebih sesuai utk mereka dikenal (sebagai perempuan yg baik-baik) maka dgn itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." (al-Ahzab:59).

20

  • Bentuk/warna pakaian hendak disesuai dgn keadaan dan tempat ; Contohnya warna2 lembut termasuk putih kerana ia nmpk bersih dan warna ini sgt disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda : "Pakailah pakaian putih krn ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dgnnya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim).

  • Tidak jarang ; Pakaian yg jarang sehgga menampakkan aurat tidak memenuhi syrt menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah blh merangsang nafsu org yg melihatnya.Rasulullah SAW bersabda : "2 golongan ahli neraka yg belum prnh aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti sprt ekor lembu yg digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lgi wanita yg memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yg tunduk.Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (HR.Muslim)

21

​ADAB BERPAKAIAN (Lelaki)

  • Berpakaian sewajarnya atau tidak berlebihan.

    Berpakaian untuk kebutuhan dan kebersihan.

    Tidak berpakaian dengan bahan sutra.

    Tidak menggunakan perhiasan emas.

    Tidak berpakaian menyerupai perempuan.

    Tidak mengenakan pakaian yang menunjukkan gambaran bentuk tubuh atau aurat.

    Hendaknya panjang pakaian tidak melebihi kedua mata kaki.

22

​ADAB BERPAKAIAN (Perempuan)

  • Menutupi seluruh bagian tubuh, kecuali wajah dan telapak tangan.

    Tidak mengenakan pakaian tembus pandang.

    Tidak menyerupai pakaian khas orang kafir atau fasik.

    Tidak menggunakan pakaian ketat yang memperlihatkan lekuk tubuh.

    Tidak menyerupai pakaian laki-laki.

    Tidak berpakaian untuk mengundang shawat kaum laki-laki.

    Menggunakan busana bukan untuk mencari popularitas, berbangga diri, dan pamer.

AKHLAK 4 (6)

  1. 22. ADAB DI MASJID 23. ADAB DI DALAM MAJLIS 24. ADAB BERPAKAIAN

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 22

SLIDE