
Sains tingkatan 2: Tuas
Presentation
•
Science
•
7th - 9th Grade
•
Medium
NOR AZMAN BIN TAMIT Moe
Used 7+ times
FREE Resource
18 Slides • 20 Questions
1
Tuas
by NOR AZMAN BIN TAMIT Moe
2
STANDARD PEMBELAJARAN
8.2.3 Mengelas dan menyelesaikan masalah tuas berdasarkan kedudukan fulkrum, beban dan daya.
3
Anda akan mempelajari
apa itu tuas
tiga jenis tuas
apa itu momen daya
menghitung menggunakan rumus momen daya untuk setiap jenis tuas.
4
Apakah itu tuas?
Tuas atau tuil adalah sejenis mesin ringkas yang terdiri daripada satu batang (rod) yang disangga oleh fulkrum (titik pangsi).
Tuas boleh membesarkan atau mengecilkan daya yang dikenakan terhadap suatu objek.
Tiga komponen utama tuas adalah beban, daya dan fulkrum.
5
Mari cuba sendiri!
Cari
sebatang pensel atau pen
sebatang pembaris kayu atau plastik (jenis keras)
cawan plastik
duit syiling
Kemudian, susun objek-objek itu seperti dalam rajah sebelah. Tekan perlahan-lahan hujung pembaris menggunakan jari.
6
Pastikan anda telah menyediakan dahulu tuas ringkas (gambar di atas), barulah pergi ke slide seterusnya. Soalan-soalan selepas ini berdasarkan aktiviti tuas itu.
7
Multiple Choice
Antara objek berikut, yang manakah bertindak sebagai fulkrum?
Pensel
Pembaris
Cawan berisi duit siling
Jari
8
Multiple Choice
Antara objek berikut, yang manakah bertindak sebagai beban?
Pensel
Pembaris
Cawan berisi duit siling
Jari
9
Multiple Choice
Antara objek berikut, yang manakah bertindak sebagai daya?
Pensel
Pembaris
Cawan berisi duit siling
Jari
10
Multiple Choice
Apabila anda mengalihkan pensel lebih rapat ke kedudukan jari, anda akan merasa _____ apabila menekan pembaris itu.
ringan
berat
tiada perubahan
11
Multiple Choice
Apabila anda mengalihkan pensel lebih rapat ke kedudukan cawan, anda akan merasa _____ apabila menekan pembaris itu.
ringan
berat
tiada perubahan
12
Multiple Choice
Semakin rapat fulkrum kepada kedudukan beban untuk suatu tuas, semakin _____ daya diperlukan untuk mengangkat beban.
kecil
besar
13
Multiple Choice
Semakin rapat fulkrum kepada kedudukan daya untuk suatu tuas, semakin _____ daya diperlukan untuk mengangkat beban.
kecil
besar
14
Jom teroka simulator
Tonton video 30 saat (tanpa suara) di sebelah terlebih dahulu. Pada slide seterusnya, anda akan mencuba sendiri simulator itu.
15
16
Jenis tuas
Ada tiga jenis tuas bergantung kepada kedudukan daya (E), fulkrum (F) dan beban (L):
Tuas kelas pertama
Tuas kelas kedua
Tuas ketiga
Cara mudah mengingat:
FLE
17
Tuas kelas pertama
Tekan butang audio di bawah untuk mendengar penerangan tentang tuas kelas pertama.
18
Tuas kelas kedua
Tekan butang audio di bawah untuk mendengar penerangan tentang tuas kelas kedua.
19
Tuas kelas ketiga
Tekan butang audio di bawah untuk mendengar penerangan tentang tuas kelas ketiga.
20
Adakah anda sudah betul-betul faham tentang ketiga-tiga jenis tuas tersebut? Jika belum, anda masih boleh kembali ke slide sebelumnya. Jika sudah, sila jawab soalan di slide seterusnya.
21
Multiple Choice
Cara mudah untuk mengingatkan jenis tuas adalah dengan menyusun abjad untuk tuas kelas pertama ke tuas kelas ketiga iaitu
EFL
FEL
FLE
LEF
22
Multiple Choice
Bagi tuas kelas pertama, yang manakah berada di tengah?
Daya
Fulkrum
Beban
23
Multiple Choice
Bagi tuas kelas kedua, yang manakah berada di tengah?
Daya
Fulkrum
Beban
24
Multiple Choice
Bagi tuas kelas ketiga, yang manakah berada di tengah?
Daya
Fulkrum
Beban
25
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah merupakan tuas kelas pertama?
Playar
Cangkul
Pintu rumah
Lengan manusia
26
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah merupakan tuas kelas kedua?
Playar
Cangkul
Pintu rumah
Lengan manusia
27
Multiple Choice
Cangkul, penyepit ais dan joran merupakan tuas kelas
pertama
kedua
ketiga
28
Apa itu momen daya?
Momen daya adalah suatu nilai kecenderungan untuk menyebabkan suatu objek untuk berputar pada satu titik tetap.
Momen daya = Daya × Jarak tegak antara fulkrum dengan daya
Semakin besar momen daya, semakin mudah objek itu diputarkan.
Bagi rajah di atas,
Momen daya = 100 N × 0.25 m
Momen daya = 25 N m
Apa berlaku sekiranya pemegang spanar dipanjangkan kepada 0.50 m?
29
Slide seterusnya anda akan menonton video youtube selama 15 minit. Tumpukan perhatian sepenuhnya kerana cara menyelesaikan masalah berkaitan dengan momen daya diterangkan dengan satu per satu dalam video itu.
30
31
Adakah anda sudah bersedia untuk menjawab mengira? Sediakan kalkulator dan mula!
32
Multiple Choice
Diberi nilai x dan y adalah sama. Jika berat beban = 20 N, berapakah daya yang dikenakan?
5 N
10 N
20 N
40 N
33
Multiple Choice
Jika berat beban = 20 N, berapakah daya yang dikenakan?
5 N
10 N
20 N
40 N
34
Multiple Choice
Jika daya dikenakan = 20 N, berapakah berat beban?
5 N
10 N
20 N
40 N
35
Multiple Choice
Jika berat beban = 5 N, berapakah daya dikenakan?
5 N
10 N
20 N
40 N
36
Multiple Choice
Jika berat beban = 20 N, berapakah daya dikenakan?
5 N
10 N
20 N
40 N
37
Multiple Choice
Jika daya dikenakan = 20 N, berapakah berat beban?
10 N
15 N
20 N
25 N
38
Tahniah!
Anda telah melengkapkan pelajaran ini.
Tuas
by NOR AZMAN BIN TAMIT Moe
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 38
SLIDE
Similar Resources on Wayground
29 questions
Thermal Properties
Presentation
•
7th - 8th Grade
36 questions
B4C1_化學反應
Presentation
•
8th - 9th Grade
32 questions
2nd Law Review
Presentation
•
8th Grade
34 questions
Chemistry Review
Presentation
•
6th - 8th Grade
34 questions
2nd 6 Weeks Test Reteach
Presentation
•
8th Grade
30 questions
Argumentative Text
Presentation
•
7th - 8th Grade
34 questions
Balanced/Unbalanced Forces
Presentation
•
6th - 8th Grade
32 questions
SI Units and measurement
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
6 questions
PRIDE Always and Everywhere
Presentation
•
12th Grade
20 questions
Lab Safety Quiz
Quiz
•
6th Grade
26 questions
KOR Review Kahoot Questions
Quiz
•
8th Grade
21 questions
Continents and Oceans
Quiz
•
6th Grade
12 questions
Unit Zero lesson 2 cafeteria
Presentation
•
9th - 12th Grade
20 questions
Parts of Speech
Quiz
•
5th Grade
10 questions
Riddles Riddles fun Riddles
Quiz
•
6th - 12th Grade
16 questions
Subject & Predicate
Quiz
•
5th Grade
Discover more resources for Science
20 questions
Lab Safety
Quiz
•
5th - 8th Grade
10 questions
Scientific Method (The scientific method)
Interactive video
•
9th Grade
20 questions
Scientific Method and Variables
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Scientific method and variables
Quiz
•
8th Grade
27 questions
Counting Atoms - Subscripts
Quiz
•
8th Grade
14 questions
Science Variables
Quiz
•
7th Grade
22 questions
Scientific Method and Variables
Quiz
•
8th Grade
18 questions
Counting Atoms
Quiz
•
7th - 8th Grade