Search Header Logo
UEC 2016H

UEC 2016H

Assessment

Presentation

World Languages

3rd Grade

Hard

Created by

LEE KIM HUA

Used 3+ times

FREE Resource

7 Slides • 4 Questions

1

UEC 2016H

by LEE KIM HUA

2

Multiple Select

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
1
Encik Ooi memelihara dua ekor anjing kacukan.
2
Pada setiap senja, beribu-ribu ekor kelawar keluar dari gua itu.
3
Kedua-dua orang anak Mak Timah bekerja sebagai anggota pasukan keselamatan.
4
Setengah penduduk kampung terpaksa menghadapi banjir sebanyak dua kali pada tahun ini.

3

Kesalahan Penggunaan Kata Bilangan:

Setengah penduduk kampung terpaksa menghadapi banjir sebanyak dua kali pada tahun ini.

setengah = separuh

setengah-setengah = sesetengah = sebahagian​

4

Multiple Select

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
1

Kereta yang berwarna merah itu akan dicuci anda pada petang ini.

2
Pak Hassan berjanji akan menjelaskan baki hutangnya pada hujung bulan ini.
3
Para peniaga tidak harus menaikkan harga barang disebabkan kenaikan harga minyak.
4
Siti Fatimah merancang untuk membuka sebuah kek kedai setelah tamat pengajiannya di luar negara.

5

​Ayat Pasif Diri Pertama dan Kedua:

​Kereta yang berwarna merah itu akan dicuci anda pada petang ini.

Objek + Kata Bantu + Kata Ganti Diri 1/2 +​ Kata Kerja Pasif Tanpa Imbuhan

Kereta yang berwarna merah itu akan anda cuci pada petang ini.

6

​Kesalahan Hukum DM:

​Siti Fatimah merancang untuk membuka sebuah kek kedai setelah tamat pengajiannya di luar negara.

kek --> Menerangkan

​kedai --> Diterangkan

7

Multiple Select

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
1
Baju adik dibasahi peluh akibat bermain dalam cuaca yang panas terik.
2
Harapan Melissa untuk berbakti kepada penduduk kampungnya tidak kesampaian.
3
Kita patut memainkan peranan untuk memajukan industri pelancongan di negara kita.
4
Walaupun kesihatan semakin teruk, tetapi dia tidak putus semangat rawatan penyakitnya.

8

Kesalahan Penggunaan Kata Hubung:

Walaupun kesihatan semakin teruk, tetapi dia tidak putus semangat rawatan penyakitnya.

(Kata Hubung "Walaupun" tidak boleh guna ber​sama-sama dengan "tetapi").

9

Multiple Select

Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan pastikan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling tepat.
1

Rumah yang diduduki oleh keluarga Amir itu tidaklah kepunyaannya.

2
Masa yang dua puluh tahun dahulu saya ada di sini meniti alam kanak-kanak.
3
Sebaik sahaja bas berhenti, pemuda berbaju biru itu terus menyerbu ke hadapan.
4
Setelah sekian lama hidup dalam kekurangan, sekarang telah banyak kemudahan disediakan di desa.

10

media

bukan + Frasa Nama / Frasa Sendi

1.   Itu bukan sekolahnya.

2.   Hadiah itu bukan untuk abang.

tidak + Frasa Adjektif / Frasa Kerja

1.   Dia tidak menjemput saya.

2.   Bapanya tidak kuat lagi.

bukan + Frasa Adjektif / Frasa Kerja

​(maksud pertentangan)

1.   Ali bukan pandai sangat, tetapi rajin.

2.   Mereka datang bukan hendak bermusuh sebaliknya hendak berbaik-baik.

11

​yang + Kata Adjektif

Masa yang dua puluh tahun (Kata Nama) dahulu saya ada di sini meniti alam kanak-kanak.

UEC 2016H

by LEE KIM HUA

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 11

SLIDE

Discover more resources for World Languages