
Konsep Patriotisme dan Rukun Negara
Presentation
•
Other
•
University
•
Practice Problem
•
Medium
putih cute
Used 12+ times
FREE Resource
18 Slides • 20 Questions
1
Konsep Patriotisme dan Rukun Negara
2
Pengenalan
Nilai merupakan elemen yang menjadi pegangan masyarakat dalam menentukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk, betul atau salah dan perlu atau tidak perlu.
Masyarakat berkongsi nilai-nilai yang baik sehingga mewujudkan perpaduan.
Apabila perpaduan dibentuk, nilai-nilai murni dapat dikekalkan seterusnya, elemen patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat.
3
Multiple Choice
Manakah antara berikut merupakan nilai-nilai perpaduan yang patut dipegang oleh setiap rakyat Malaysia?
kerjasama
mementingkan diri sendiri
materialistik
sombong
4
Konsep Patriotisme
5
Patriotisme
Patriotisme berperanan dalam pembentukan bangsa Malaysia dan mengukuhkan ketahanan nasional.
Menurut Kamus Dewan (2005), 'patriot' bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara atau pembela negara.
Perasaan cinta akan tanah air mampu melahirkan individu yang sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
Patriotisme perlu diserap dan ditonjolkan dalam pelbagai bidang untuk meningkatkan martabat bangsa dan negara.
6
Multiple Choice
Apakah maksud patriotisme?
Menjadi sukarelawan negara
Perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air
Menjadi warganegara yang taat kepada pemimpin
Menyanjung tinggi tokoh-tokoh terdahulu
7
Multiple Select
Berikut merupakan contoh perbuatan patriotisme KECUALI ...
berdiri tegak apabila Lagu Negaraku dimainkan
berbangga apabila rakyat Malaysia memenangi pertandingan di peringkat antarabangsa
menggantung jalur gemilang secara terbalik
menggantung tanglung ketika Tahun baru Cina
8
Multiple Choice
Gambar ini menunjukkan ...
Tembok Negara
Tugu Negara
Simbol Negara
Lambang Negara
9
Nilai patriotisme merupakan sebahagian daripada nilai murni yang wajib dijiwai dan diamalkan ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Nilai-nilai patriotisme yang perlu diterapkan adalah seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan dan bangga akan pencapaian bangsa.
10
Multiple Choice
Apakah kepentingan semangat patriotisme?
menjadi penggerak kepada kemajuan teknologi maklumat
memupuk semangat cintakan alam
menyedarkan diri masing-masing akan kepentingan menghargai nyawa
membina nilai-nilai persefahaman antara kaum
11
CIRI-CIRI PATRIOSTISME
Patriotisme merupakan perkara yang abstrak dan sukar untuk dinilai oleh seseorang. Namun, semangat patriotisme boleh dinilai melalui perbuatan dan tingkah laku individu.
12
Multiple Select
Pilih ciri-ciri patriotisme yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Berbangga sebagai rakyat Malaysia
Semangat kekitaan
Patuhi undang-undang
Peka terhadap isu-isu semasa
13
Multiple Select
Manakah antara gambar di bawah menunjukkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai semangat patriotisme?
14
Fill in the Blanks
Type answer...
15
Multiple Select
Apakah aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk menerap semangat patriotisme?
Menyanyikan lagu Negaraku
Bacaan Ikrar Rukun Negara
Mengibar jalur gemilang
Menjatuhkan nama negara
16
Multiple Choice
Siapakah tokoh pejuang kemerdekaan negara kita?
Syeikh Muhammad Abduh
Sazali Samad
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Rashid Maidin
17
RUKUN NEGARA
18
RUKUN NEGARA
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu bukti berlakunya permusuhan kaum yang sangat dahsyat suatu ketika dahulu.
Permusuhan dan perbalahan ini berlaku akibat ketidakadilan layanan yang diterima oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini berpunca daripada dasar 'Pecah & Perintah' oleh penjajah British dan dasar pemerintahan penjajah Jepun.
Masyarakat Malaysia seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa 13 Mei 1969 ini supaya negara terus aman dan makmur.
Oleh itu, pegangan kepada Rukun Negara penting untuk memupuk nilai perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
19
Setelah tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, negara telah diisytiharkan darurat dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) dibentuk untuk mentadbir negara.
MAGERAN menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) yang bertanggungjawab menggubal Rukun Negara.
20
Rukun Negara
Rukun Negara yang dibentuk oleh kerajaan merupakan instrumen untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Rukun Negara bukan milik bangsa tertentu, malahan bersifat umum bagi membentuk kelakuan dan panduan kepada perbuatan yang menggambarkan masyarakat Malaysia.
21
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah BUKAN objektif Rukun Negara?
Membentuk masyarakat yang adil
Mencapai perpaduan antara pelbagai kaum
Memelihara satu cara hidup yang demokratik
Menjalin hubungan harmoni dengan bangsa asing
22
23
Multiple Choice
Prinsip Rukun Negara seperti berikut KECUALI ...
Kepercayaan kepada pemimpin
Kedaulatan Undang-undang
Keluhuran Perlembagaan
Kesopanan dan Kesusilaan
24
25
Agama merupakan unsur penting dalam hidup manusia.
Negara kita mempunyai pelbagai kaum yang menganut agama yang pelbagai.
Agama seharusnya dijadikan landasan dalam membina keharmonian dan tidak menjadikan agama sebagai alat meruntuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Setiap rakyat Malaysia perlu mengamalkan sikap toleransi dalam agama.
Hal ini jelas dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Islam agama rasmi dan agama lain bebas diamalkan oleh rakyat bukan Islam.
Kepercayaan Kepada Tuhan
26
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan penghayatan agama kepada individu?
Membentuk keperibadian unggul
Bermegah dengan agama sendiri
Menghormati agama lain
Membina keharmonian
27
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Pemerintahan negara Malaysia bercorakkan Raja Berperlembagaan.
Ketua negara ialah Yang Dipertuan Agong dan ketua negeri ialah Sultan atau Raja.
Prinsip kedua Rukun Negara ini menuntut rakyat supaya taat setia, jujur dan ikhlas kepada Raja dan Negara serta bersedia untuk berjuang dan berkorban bagi mempertahankan tanah air.
Penghayatan terhadap prinsip ini mampu melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai ciri-ciri patriotisme yang teguh di bawah naungan Duli yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara.
28
Multiple Choice
Yang manakah BUKAN kesan terhadap penghayatan Kesetiaan kepada Raja dan Negara?
Sanggup bermati-matian dalam mempertahankan tanah air
Mendengar dan mentaati arahan pemimpin
Menaikkan imej negara di mata dunia
Berkomplot dengan musuh bagi menjatuhkan pemimpin yang zalim
29
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau Perlembagaan Malaysia.
Kedudukan Perlembagaan Malaysia mengatasi kedudukan Yang Dipertuan Agong, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman.
Undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan akan terbatal serta-merta.
Badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran Perlembagaan ialah Badan Kehakiman.
Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.
30
Multiple Choice
Di manakah kedudukan Perlembagaan?
Perdana Menteri mempunyai kuasa meminda Perlembagaan
Yang Dipertuan Agong boleh mengubah undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan atas nasihat Perdana Menteri
Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi dalam negara
Perlembagaan hanya menggariskan panduan dalam pentadbiran negara sahaja
31
Kedaulatan Undang-undang
Prinsip ini menuntut setiap rakyat menghormati undang-undang serta berusaha menyokong penguatkuasaannya.
Undang-undang negara digubal bertujuan menjamin keadilan dan kebebasan asasi setiap warganya daripada kezaliman dan penganiayaan oleh pihak tertentu.
Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang.
32
Multiple Select
Apakah tujuan penggubalan undang-undang?
Menjamin keadilan dan kebebasan asasi setiap individu
Memberi perlindungan daripada kezaliman
Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama
Melindungi kepentingan golongan tertentu
33
Multiple Choice
Apakah kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipelihara?
Lebih ramai rakyat miskin dapat dibantu
Orang tua akan dipinggirkan
Jenayah akan berleluasa
Para pemimpin menikmati kemewahan berlipat-ganda
34
35
Multiple Select
Manakah perbuatan yang mencerminkan nilai kesopanan dan kesusilaan?
36
Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini adalah untuk memastikan bahawa setiap rakyat perlu sentiasa bersopan-santun, menghormati, berakhlak mulia dan menjaga adab.
Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku yang harmoni untuk melahirkan individu yang sempurna akhlaknya.
Prinsip ini juga berkait dengan tutur kata yang baik dan bahasa yang lembut.
Setiap kaum harus menghormati hak antara satu sama lain dan tidak membangkitkan isu-isu sensitif yang boleh membawa kepada perpecahan atau perbalahan.
37
Multiple Choice
Apakah kesan penghayatan kesopanan dan kesusilaan terhadap masyarakat?
Rakyat yang inovatif dan kreatif
Membentuk masyarakat yang tinggi akhlak dan moral
Melahirkan individu yang taat dan setia kepada negara
Masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan tinggi
38
Multiple Choice
Apakah situasi yang menggambarkan kesan penghayatan kepada rukun negara yang kelima?
Memberi salam apabila berjumpa dengan orang lain
Menuntut ilmu sehingga menara gading
Sentiasa mencari idea baharu dalam memperbaiki kehidupan
Menyertai pasukan pertahanan negara
Konsep Patriotisme dan Rukun Negara
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 38
SLIDE
Similar Resources on Wayground
33 questions
Globalisasi
Presentation
•
University
32 questions
ISTIQAMAH JALAN MENUJU MUJAHADAH
Presentation
•
University
32 questions
MUAMALAT ISLAM
Presentation
•
University
33 questions
KONSEP DASAR ASUHAN NEONATUS DENGAN MASALAH LAZIM
Presentation
•
University
30 questions
Media dan Sumber Belajar (digital)
Presentation
•
University
31 questions
Manajemen Barang Berbahaya
Presentation
•
University
31 questions
Menghadapi Sidang Skripsi
Presentation
•
University
33 questions
KOKURIKULUM - KADET POLIS
Presentation
•
Professional Development
Popular Resources on Wayground
20 questions
STAAR Review Quiz #3
Quiz
•
8th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Marshmallow Farm Quiz
Quiz
•
2nd - 5th Grade
20 questions
Main Idea and Details
Quiz
•
5th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
12 questions
What makes Nebraska's government unique?
Quiz
•
4th - 5th Grade