Search Header Logo
AB-3306 BAHASA DAN KEWARTAWANAN

AB-3306 BAHASA DAN KEWARTAWANAN

Assessment

Presentation

Social Studies

University

Easy

Created by

Exzayrani Sulaiman

Used 6+ times

FREE Resource

28 Slides • 8 Questions

1

AB-3306 BAHASA DAN KEWARTAWANAN

By Exzayrani Sulaiman

2

Poll

Question image

Adakah awda membaca berita?

Ya

Tidak

3

Poll

Question image

Adakah awda mendengar berita?

Ya

Tidak

4

Poll

Question image

Adakah awda menonton berita?

Ya

Tidak

5

Poll

Question image

Adakah awda suka membaca/ menonton/ mendengar berita?

Ya

Tidak

6

Open Ended

Apakah maksud kewartawanan?

7

PENGENALAN

Kewartawanan atau jurnalisme adalah pekerjaan yang mengumpulkan, menulis, mengedit dan menerbitkan berita dalam surat kahabar, radio, majalah, TV dan sebagainya (Kamus Nusantara, 2003:1119)

Menurut Richard Weiner (1990: 247) kewartawanan atau jurnalistik adalah keseluruhan proses pengumpulan semua fakta, penulisan, penyuntingan dan penyiaran berita

Some text here about the topic of discussion

8

Kata jurnalistik terbentuk daripada dua kata, iaitu “jurnal” dan “istik”

Kata “jurnal” berasal daripada bahasa Perancis, iaitu jour yang bererti “hari” atau “catatan harian”.

Manakali “istik” pula merujuk kepada istilah estetika yang bermaksud ilmu pengetahuan tentang keindahan.

Secara etimologis, jurnalistik bermaksud suatu karya seni yang mempersembahkan catatan tentang peristiwa sehari-hari.

Subject | Subject

Some text here about the topic of discussion

media

9

•Jurnalistik merupakan pengolahan laporan yang menarik minat khalayak bermula dari membuat liputan hingga penyebarannya kepada umum/ khalayak.

•Jurnalistik merupakan kegiatan komunikasi yang dilakukan dengan cara menyiarkan berita ataupun ulasan berita tentang berbagai peristiwa atau kejadian sehari-hari yang aktual dan faktual dalam waktu yang secepat-cepatnya.

Some text here about the topic of discussion

10

  • Menurut (Frase, 1961) - Segala bentuk perihal yang meliputi penghasilan berita serta pengulasannya agar sampai kepada kelompok pemerhati

  • Sebuah proses kegiatan dalam mengolah, menulis, dan menyebarluaskan berita dan pendapat melalui media massa (Romli: 2003)

  • Satu bentuk aktiviti pengumpulan, penulisan, dan penyebaran berita (Danesi, 2009)

  • Ragam bentuk komunikasi yang mengkhabarkan peristiwa terkini (Rudin & Ibbotson, 2002)

11

•Secara umum jurnalistik merupakan kegiatan komunikasi yang menggunakan pengetahuan praktis untuk mengumpulkan informasi dari peristiwa/kejadian sehari-hari yang menarik, aktual dan faktual untuk diolah dan disajikan atau dipersembahkan kepada khalayak melalui media cetak atau disiarkan melalui radio, television, atau media sosial dengan kadar segera.

Some text here about the topic of discussion

12

Open Ended

Question image

Apakah bentuk berita yang awda sukai?

13

Open Ended

Pada pendapat awda, bilakah bermulanya sejarah kewartawanan atau jurnalisme?

14

SEJARAH KEWARTAWANAN:

PERSPEKTIF ISLAM​

  • Kustadi Suhandang (2004) berpendapat sejarah jurnalistik bermula ketika zaman Nabi Nuh.

  • Nabi Nuh dikatakan sebagai orang pertama yang melakukan pencarian dan penyampaian berita.

Some text here about the topic of discussion

media

15

•Ketika zaman Nabi Nuh, iaitu ketika Nabi dan pengikutnya masih berada di atas kapal kerana berlakunya banjir besar, setiap penumpang tertanya-tanya adakah banjir tidak akan surut atau sebaliknya.

•Nabi Nuh mengutus seekor burung dara ke luar kapal untuk memantau keadaan dan kemungkinan adanya makanan.

Some text here about the topic of discussion

media

16

media
  • Burung dara hanya melihat daun dan ranting pohon zaitun yang muncul di permukaan air.

  • Ranting itu dipatuknya dan dibawanya kepada Nabi Nuh. Nabi Nuh membuat kesimpulan bahawa air bah sudah mulai surut.

  • Lalu Nabi Nuh menyampaikan berita itu kepada seluruh penumpang kapal.

  • Atas fakta tersebut, Nabi Nuh dianggap sebagai pencari berita dan penyampai berita pertama di dunia.

  • Manakala kapal Nabi Nuh dianggap sebagai pejabat berita petama di dunia

Some text here about the topic of discussion.

17

media

Some text here about the topic of discussion.

ACTA DIURNA

18

SEJARAH KEWARTAWANAN:

PERSPEKTIF BARAT

Sejarah jurnalistik bermula pada zaman Romawi Kuno, iaitu ketika pemerintahan Julius Caesar (100 - 44 SM)

Beliau memerintahkan agar segala hasil mesyuarat dan kegiatan para anggota atau ahli senat diumumkan setiap hari pada papan pengumuman, iaitu “Acta Diurna”.

Some text here about the topic of discussion

19

Secara harafiah, kata jurnalistik berasal dari kata “Acta Diurna”, iaitu “diurnal” dalam bahasa Latin bererti “harian” atau “setiap hari” (Onong U. Effendy, 1996: 124).

Sejak itu, para diurnari atau jurnalist yang bekerja membuat catatan pada papan Acta Diurna akan menyampaikan berita untuk para tuan tanah dan para hartawan.

Some text here about the topic of discussion

20

Pada zaman Romawi Kuno ini, kegiatan penyampaian berita hanyalah bersifat informatif semata-mata.

Kegiatan penyampaian berita melalui penulisan ini semakin meluas pada zaman peradaban mesir, iaitu ketika masyarakat setempat menemui teknik pembuatan kertas dari serat tumbuhan yang bernama “Phapyrus”.

Some text here about the topic of discussion

media

21

  • Pada tahun 700 M, China telah menghasilkan suratkhabar bercetak yang pertama, iaitu Dibao yang dihasilkan dengan  ukiran tangan pada blok-blok kayu.

  • Dibao merupakan laporan rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat dan tempatan ketika empayar China, yang merupakan satu-satunya akhbar rasmi kerajaan yang diterbitkan oleh kerajaan pusat Cina kuno pada dinasti yang berbeza.

    Pada tahun 1351 M, Kaisar Quang Soo mengedarkan surat khabar secara teratur seminggu sekali.

Some text here about the topic of discussion

media

22

Setelah itu, kegiatan penulisan berita atau penyebaran informasi bertulis semakin pesat dengan penciptaan mesin cetak pertama oleh Johann Guttenberg pada tahun 1450 M.

Surat khabar pertama yang dicetak muncul pertama kalinya pada tahun 1457 di Nurenberg, Jerman.

Pada tahun 1493, pengumuman hasil pelayaran Christoper Columbus ke Benua Amerika merupakan peristiwa pertama yang diberitakan secara meluas dalam suratkhabar.

Some text here about the topic of discussion

media

23

  • Surat khabar pertama muncul di Venice pada tahun 1536, semasa perang dengan Soliman II, dalam bentuk lembaran tulisan tangan.

  • ​Warta bercetak pertama tidak mempunyai tajuk, tanpa nama, muncul setiap minggu atau dua minggu dan terdiri daripada 4 muka surat dalam format 15 x 23 cm.

  • Ia terdiri daripada berita tempatan politik, ekonomi serta beberapa berita umum dari seluruh Republik.

  • Bekalan berita dari tanah jajahan dan kawasan yang lebih jauh sangat perlahan.

  • Surat khabar ini dijual di kedai-kedai percetakan, kedai-kedai buku dan di jalan-jalan.

Some text here about the topic of discussion

24

  • Pada tahun 1665 M, mucul surat khabar cetak yang pertama terbit secara teratur setiap hari, iaitu Oxford Gazette di Britain.

  • Kemudiannya, surat khabar ini bertukar nama menjadi London Gazette.

  • Sebelum kemunculan Oxford Gazette, Corantos, iaitu sebuah prototaip akhbar moden diasaskan pada 1621.

  • Dua tahun selepasnya The Continuation of Our Weekly News yang diterbitkan sebanyak 23 keluaran

  • Terminologi Newspaper diperkenalkan pada tahun 1670​ oleh Henry Muddiman editor London Gazzette,

media
media

25

Di Amerika, ilmu persuratkhabaran mulai berkembang sejak tahun 1690 M dengan menggunakan istilah jurnalism.

Pada abad ke-17 pula, John Milton memimpin perjuangan kebebasan menyatakan pendapat di Britain yang terkenal dengan Areopagitica, A Defence of Unlicenced Printing.

Sejak itu jurnalistik bukan saja menyiarkan berita (to inform), tetapi juga mempengaruhi pemerintah dan masyarakat (to influence).

Some text here about the topic of discussion

26

•Pada tahun 1884 di Universiti Bazel, Swiss, jurnalistik untuk pertama kali dikaji secara ilmiah oleh Karl Bucher (1847 – 1930) dan Max Weber (1864 – 1920) dengan nama Zeitungskunde.

Pada tahun   1912 M/1913 M, di Amerika, School of Journalism mula dibuka di Columbia Universiti dengan penggagasnya bernama Joseph Pulitzer.

Pada Abad ke-18, jurnalisme lebih berfungsi sebagai alat politik dan perniagaan.

Paparan reka bentuk atau design surat khabar mula berkembang dengan kemajuan teknik percetakan.

PERKEMBANGAN JURNALISTIK

27

  • Pada pertengahan 1800-an organisasi pejabat berita mula  berkembang yang berfungsi mengumpulkan berbagai berita dan tulisan untuk diedarkan ke berbagai penerbit, surat kabar dan majalah. 

  • Pejabat berita pelopor yang masih beroperasi hingga kini antara lain ialah Associated Press (AS), Reuters (Inggerish), dan Agence-France Presse (Perancis).

  • Pada tahun 1800-an muncul istilah Yellow Journalism (jurnalisme kuning), sebuah istilah untuk “pertempuran headline” antara dua surat khabar besar di New York .

  • Satu dimiliki oleh Joseph Pulitzer, manakala surat khabar lawan dimiliki oleh William Randolph Hearst.

Some text here about the topic of discussion

28

  • “jurnalisme kuning” memiliki ciri khas, iaitu penyampainnya yang bersifat bombastik, sensasional, dan pemuatan judul utama yang menarik perhatian umum. 

    Tujuan jurnalisme kuning adalah untuk  meningkatkan penjualan.

  • Namun, jurnalisme kuning tidak bertahan lama kerana adanya kesedaran bahawa jurnalisme sebagai satu profesion/ pekerjaan.

media

29

Surat kabar generasi pertama di AS pada awalnya adalah penyokong kuat bagi sesebuah parti,  dan mereka dengan mudah menyerang ahli-ahli politik dan presiden, tanpa pemberitaan yang objektif.

Namun, para wartawannya kemudian memiliki kesedaran bahawa berita yang mereka tulis untuk umum haruslah memiliki tanggungjawab sosial.

Dengan adanya kesedaran akan jurnalisme yang bersifat profesional, ia telah  mendorong para wartawan untuk membentuk organisasi mereka sendiri.

Some text here about the topic of discussion

30

Organisasi kewartawanan  pertama kali didirikan di Britain pada tahun 1883, yang diikuti oleh wartawan di negara-negara lain pada masa berikutnya.

Kursus-kursus berkaitan  jurnalisme  banyak diselenggarakan di berbagai universiti, yang kemudian melahirkan konsep-konsep seperti pemberitaan yang tidak bias dan dapat dipertanggungjawabkan, sebagai standard kualiti bagi jurnalisme yang profesional.

Some text here about the topic of discussion

31

  • Pada tahun 1960-an muncul gaya penulisan dan pemikiran yang baru yang dikenali dengan new journalisme.

  • Kemunculan new journalisme adalah kerana faktor kelemahan dalam dunia kewartawanan, iaitu apabila suatu berita itu ditentukan oleh pihak berkuasa  dan bukan oleh para wartawan.

Some text here about the topic of discussion

32

  • maka golongan wartawan telah meminjam unsur-unsur sastera, seni dan keindahan untuk menghasilkan suatu bentuk gaya penulisan dan pemikiran yang baru dengan menggabungkan teknik penulisan fakta dan fiksyen secara harmoni.

  • Ini adalah bagi menghasilkan laporan berita yang lebih kreatif, segar dan hidup berbanding bentuk laporan yang biasa

Some text here about the topic of discussion

33

TEORI WOLFE

  • New journalisme dicetuskan oleh Tom Wolfe dan beliau juga yang telah menghasilkan karya “The New Journalisme”

  • Beliau mengemukakan 4 ciri penting gaya penulisan iaitu:

1)Pemerian kejadian demi kejadian  dengan sedikit cerita sejarah (imbas, balik)

2)Dialog yang penuh sebagai sebahagian  daripada suatu kejadian penuh,

3)Penyampaian kejadian melalui mata pengamat yang tertentu

4)Meletakkan pembaca ke dalam watak itu dan merakam sikap, perangai, pakaian, gaya, alat rumah tangga dalam kejadian tertentu.

34

  • Teori ini mengemukakan cara-cara beliau menyatakan dirinya

  • Teori ini menerapkan penggunaan dan pinjaman teknik-teknik sastera khususnya novel dan cerpen dalam melaporkan berita secara kreatif

Some text here about the topic of discussion

35

KESIMPULAN

  • Kewartawanan atau jurnalistik merupakan sebuah bidang yang berkaitan dengan persuratkhabaran yang berperanan dalam menyampaikan berita.

  • Dunia kewartawanan yang pada mulanya bersifat bias kemudiannya bersifat objektif sebagai kesedaran terhadap kewartawanan sebagai sebuah profession.

    Berkembanganya teknologi sescara tidak langsung membawa kepada perkembangan dunia kewartawanan terutama dalam penerbitan berita.

  • Kewartawanan/ jurnalistik juga dianggap sebagai satu bidang ilmu hinggakan bidang ini ditawarkan sebagai kursus pengajian di universiti.

36

Open Ended

Apakah pendapat awda tentang peranan dunia kewartawanan/ jurnalistik?

AB-3306 BAHASA DAN KEWARTAWANAN

By Exzayrani Sulaiman

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 36

SLIDE