
Seloka & Gurindam
Presentation
•
Social Studies
•
University
•
Hard
Asif Alwi
FREE Resource
32 Slides • 0 Questions
1
Manifestasi Akal Budi dalam Karya Puisi Seloka & Gurindam
By Asif Alwi
2
Seloka
3
Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh atau menyindir.
Merupakan puisi yang paling tua dalam kesusasteraan Melayu dan dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara
BMMB | 1104
TOPIK 2
PENGENALAN
4
seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan, ejekan dan sindiran.
isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna untuk menjadi pengajaran dan teladan oleh pendengar atau pembaca.
Sebahagian besar seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni empat baris serangkap (dikenali juga sebagai pantun seloka), binaannya mirip kepada bentuk pantun atau syair.
BMMB | 1104
TOPIK 2
PENGENALAN
5
puisi Melayu bebas yang tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris, sama ada mempunyai irama atau tidak.
terdiri daripada ungkapan sejajar yang melebihi daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama seperti talibun dan prosa berirama.
Satu ciri penting bagi seloka adalah ia mempunyai maksud mengejek, menyindir secara serius atau jenaka, mengkritik tingkah-laku dan sifat negatif.
BMMB | 1104
TOPIK 2
PENGENALAN
6
Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima hujung yang bebas.
Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)
Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk berangkap.
Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan untuk menyindir sambil mengajar
BMMB | 1104
TOPIK 2
CIRI & BENTUK
7
Analisis Pemikiran
Seloka Pak Pandir
8
9
SELOKA PAK PANDIR
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis badan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh dilangit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak,
Gunting makan di hujung
Pak pandir juga menanggung.
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan:
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
10
Pak Pandir mewakili sikap sebahagian masyarakat melayu yang dikatakan mempunyai sifat-sifat yang negatif.
Lalu sifat negatif tersebut dijadikan senda gurau dan sindiran di dalam seloka.
Watak Pak Pandir telah dijadikan watak yang mewakili sikap orang melayu berkenaan.
Dikatakan juga bahawa Pak Pandir seorang yang sering tidak bernasib baik.
Pandangan Sarwajagat (World View)
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
11
Contohnya ayat “Anak dipijak dagang dijinjing”.
Pak Pandir bukan sahaja sanggup mengabaikan anaknya sendiri, malah menyakitinya sebagaimana dalam perkataan "anak dipijak".
Manakala pihak yang tidak berkaitan dengan keluarganya pula diberi layanan baik sebagaimana perkataan "dagang dijinjing".
1. Sikap mengutamakan orang lain
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
12
Contohnya ayat “hartanya habis tergadai”.
Gambaran ini menunjukkan Pak Pandir tidak pandai mengurus hartanya, boros berbelanja, banyak hutang dan terpaksa menggadaikan hartanya.
kemungkinan yang lebih besar ialah beliau suka berjudi atau bertaruh. Petaruhan seorang yang berjudi selalunya melibatkan harta. Jika kalah berjudi dengan sendirinya harta akan terjual atau terpaksa diserahkan kepada pihak yang menang.
2. Harta habis digadai
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
13
Contohnya ayat “tak sedar bertelanjang”.
Jika Pak Pandir sedar dirinya tidak berpakaian sudah tentu dia telah bertindak menuntup bahagian badannya yang terdedah.
Gambaran ini telah menunjukkan bahawa Pak Pandir seolah-olah tidak mengetahui kelemahan yang ada pada dirinya.
Oleh itu beliau tidak mampu memperbaiki kelemahan dirinya sendiri.
3. Tak sedar kelemahan sendiri
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
14
5. Hidup terikat, tersiksa disebabkan pihak lain. Contohnya ayat “Mulut kena suap pisang”, “Buntut kena cangkuk onak”.
6. Menanggung masalah diri yang tidak berkesudahan. Contohnya ayat “Awak juga berkecundangan”
7. Tidak memberi faedah kepada orang lain. Contohnya ayat “Gelagak rambutan jantan”
8. Melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bersungguh-sungguh. Contohnya ayat “Kilat memancar hujan tak jadi”.
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
15
Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif.
Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka.
Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap.
Gambaran Masyarakat
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
16
Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka memberi pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.
Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat Melayu tradisional suka berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.
Gambaran Masyarakat
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
17
Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.
Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh pihak lain
Gambaran Masyarakat
Manisfestasi Seloka Pak Pandir
18
TUGASAN TUTORIAL/DLO
SECARA BERKUMPULAN, KUPAS SECARA KRITIS TENTANG MANIFESTASI AKAL BUDI SELOKA PAK KADUK (LIHAT VIDEO).
NOTA: TUGASAN BAGI KUMPULAN 1 & 2
19
20
TUGASAN TUTORIAL/DLO
SECARA BERKUMPULAN, KUPAS SECARA KRITIS TENTANG MANIFESTASI AKAL BUDI SELOKA EMAK SI RANDANG (LIHAT VIDEO).
NOTA: TUGASAN BAGI KUMPULAN 3 & 4
21
22
GURINDAM
TOPIK 2
23
24
Pengenalan
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang dikarang pada tahun 1846.
Terdapat dua jenis gurindam berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat.
Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta.
Seuntai gurindam memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea.
25
Bentuk gurindam adalah terikat, yakni terdiri daripada dua baris serangkap mengandungi tiga hingga enam patah perkataan dengan skima rima a:a
Za’aba mendefinisikan "gurindam sejenis syair melarat yang tetap sukatannya atau rangkapannya. Isinya mengandung fikiran yang bernas dengan bahasa yang riang dan suka sebagai nyanyian."
26
Gurindam yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji. Gurindam Dua Belas bermaksud gurindam yang mempunyai 12 fasal.
12 fasal tersebut menceritakan tentang hal-hal ibadat, kewajipan seorang raja, kewajipan anak terhadap ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. sikap masyarakat, dan sebagainya.
27
Gurindam 12: Fasal 2
Barang siapa mengenal yang tersebut,
Tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
Seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
Tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan zakat,
Tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
Tiadalah ia menyempurnakan janji.
28
Analisis Pemikiran & Akal Budi
Gurindam 12
29
ANALISIS UMUM
Raja Ali Haji dalam gurindamnya juga menyentuh ilmu falsafah yang berkaitan dengan
etika - pemikiran tentang moral, pendidikan dan pengajaran
metafizika - pemikiran tentang kewujudan dan keberadaan
sosial - gambaran tentang kehidupan realiti manusia yang kontekstual
politik - aplikasi dan tujuan dalam sistem pemerintahan sesebuah negara
Gurindam 12
30
31
Fasal 2
Gurindam yang terkenal ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji. Gurindam Dua Belas bermaksud gurindam yang mempunyai 12 fasal.
12 fasal tersebut menceritakan tentang hal-hal ibadat, kewajipan seorang raja, kewajipan anak terhadap ibu bapa, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak. sikap masyarakat, dan sebagainya.
32
TUGASAN TUTORIAL/DLO
SECARA BERKUMPULAN, KUPAS SECARA KRITIS TENTANG MANIFESTASI AKAL BUDI dan PEMIKIRAN GURINDAM 12 FASAL (LIHAT VIDEO).
PILIH FASAL GURINDAM 12 YANG BERKAITAN DENGAN ASPEK DI BAWAH UNTUK DIKUPAS
KUMPULAN 5 : ETIKA
KUMPULAN 6 : METAFIZIKA
KUMPULAN 7 : SOSIAL
KUMPULAN 8 : POLITIK
Manifestasi Akal Budi dalam Karya Puisi Seloka & Gurindam
By Asif Alwi
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 32
SLIDE
Similar Resources on Wayground
26 questions
Ushul Fiqh (Ijtihad dan Mujtahid)
Presentation
•
University
27 questions
KONFLIK SOSIAL
Presentation
•
12th Grade - University
25 questions
Rangkaian RLC
Presentation
•
University
25 questions
Menggapai Mimpi
Presentation
•
University
26 questions
Tantangan Pembelajaran IPS SD pada KurMer
Presentation
•
University
23 questions
Sistem Hukum
Presentation
•
KG
26 questions
Komponen SIG
Presentation
•
University
22 questions
DLE1214(4) Community Policing
Presentation
•
University
Popular Resources on Wayground
11 questions
Hallway & Bathroom Expectations
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Assessment 2
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
12 questions
2026 TAP Technology in the Classroom
Presentation
•
Professional Development
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 2 Review
Quiz
•
5th Grade
15 questions
HCS SCI 04 Summer School Review 2
Quiz
•
4th Grade
59 questions
Geometry Unit 3 Review
Quiz
•
9th - 12th Grade
14 questions
FAST ELA READING SMAPLE TEST MATERIALS
Passage
•
3rd Grade