Search Header Logo
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

Assessment

Presentation

Religious Studies

KG

Easy

Created by

adham ptsb

Used 4+ times

FREE Resource

12 Slides • 5 Questions

1

media

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

MOHAMAD ADHAM BIN MOHAMAD ASROL​ (16DKM21F1006)

MUHAMMAD IKHMAL FIRDAUS BIN MOHD AZIZUL NIZAM (16DKM21F1010)​

MOHAMAD AMIR FIRDAUS BIN MOHD AZMI (16DKM21F1015)

2

media
media
media

KONSEP DAN TAKRIFAN SISTEM PENGANGKUTAN​

Pengangkutan atau turut dikenali sebagai transport merupakan teknologi yang dicipta​ bagi memindahkan sesuatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain. Seseorang boleh bergerak ke suatu tempat lain tanpa memerlukan pengangkutan dengan berjalan ataupun berenang. Namun begitu, tahap ketersampaian seseorang adalah terhad atau terbatas dan memerlukan sokongan luaran. Jika dilihat pada zaman dahulu, haiwan seperti kuda, unta dan sebagainya menjadi tunggangan atau pengangkutan bagi manusia mahupun bagi menggerakkan barang.

Peredaran zaman telah menjadikan pengangkutan juga berubah kepada lebih moden seperti menggunakan perahu di sungai atau laut dan kenderaan bermotor seperti kereta di darat serta pesawat atau kapal terbang. Justeru, pengangkutan boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu pengangkutan darat, pengangkutan air, dan pengangkutan udara.​

3

BIDANG PENGANGKUTAN​

Di jalan raya terdapat pelbagai jenis kenderaan yang memudahkan manusia untuk bergerak sehingga beratus-ratus kilometer dengan cepat. Teknologi ini ialah teknologi pengangkutan. Teknologi pengangkutan juga membolehkan manusia mengangkut benda berat dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan lebih mudah dan lebih cepat ​

​Contoh: Kapal Kargo

media

​Contoh: Kapal Terbang

media

​Kenderaan ini dapat membawa barang yang banyak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan mudah

4

Multiple Select

pengangkutan yang terdapat pada zaman dahulu

1

unta

2

kapal terbang

3

kereta lembu

4

boat

5

PERUBAHAN PENGANGKUTAN DARI ZAMAN KE ZAMAN​

Pada zaman dahulu, manusia bergerak dengan berjalan kaki sahaja. Apabila haiwan seperit kuda dan unta dapat dijanakkan, maka haiwan ini dapat digunakan sebagai pengangkutan. Teknologi pengangkutan berkembang maju apabila manusia berjaya mencipta roda. Manusia berjaya mencipta kereta kuda dan kereta lembu yang boleh mengangkut manusia dan barang. Pada sekitar tahun 1700-an kenderaan berenjin stim yang menggunakan arang batu telah berjaya dicipta. Keupayaan mengangkut barang meningkat apabila kereta api stim berjaya dicipta.

Kemajuan teknologi pengangkutan berkembang lagi dengan penciptaan enjin diesel yang lebih berkuasa. Kereta dan kereta api berenjin diesel kemudiannya digantikaan dengan enjin menggunakan petrol seperti sekarang. Teknologi pengangkutan yeng terkini ialan kereta api elektrik yang lebih berkuasa, senyap dan bersih.​

6

Open Ended

Contoh perubahan kenderaan pada zaman dahulu dan sekarang cth

basikal-motosikal

7

KEMAJUAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Pengangkutan di Malaysia mula berkembang sejak zaman penjajahan British beberapa dekad dahulu. Kini, sistem pengangkutan negara kita telah berkembang dengan pesat dan sedang menuju ke arah bertaraf dunia. Secara kesuluruhannya, sistem pengangkutan Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan terdiri daripada pengangkutan jalan dan pengangkutan udara.​

Sistem pengangkutan jalan di Malaysia boleh dicabangkan dengan lebih lanjut kepada beberapa kategori, seperti bas, teksi, dan kereta api seperti LRT, KTM, Monorail.

media
media
media

Bas

Monorail

Lrt​

8

SENARAI ALAT KAJIAN BIDANG PENGANGKUTAN​

Asalnya kebanyakan pembina bas terdiri daripada pembina badan kereta kuda, dan kemudiannya pengeluar kereta dan lori. Bas terawal biasanya terdiri daripada badan bas yang dipasang pada sistem kerangka lori. Pendekatan badan campur kerangka ini berterusan sehingga membawa kepada pengeluar moden khusus, di mana enjin bas yang menggunakan enjin diesel dibina oleh sesebuah syarikat tertentu, manakala kerangka dan badan dibina oleh syarikat yang berlainan. Walau bagaimanapun, terdapat juga syarikat khusus yang membina sepenuhnya bas, daripada enjin sehinggalah kepada badan bas.

media

BAS

9

SENARAI ALAT KAJIAN BIDANG PENGANGKUTAN​

Mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini.Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini. Kendaraan ini telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada awalnya, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.

BASIKAL

media
media

10

media
media
media
media
media
media

11

Open Ended

Apakah kesan kebaikan dari semakin maju nya STK dalam bidang pengangkutan

12

KESAN BAIK/POSITIF KEMAJUAN BIDANG PENGANGKUTAN

1.Mengurangkan kesesakan lalu lintas

→Penggunaan sistem pengangkutan awam bersepadu dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya

2.Memajukan industri pelancongan

→Perkhidmatan teksi,bas dan rel bersepadu memudahkan pergerakkan pelancong dalam negara

3.Mengurangkan kos

→Penggunaan kenderaan awam lebih murah berbanding dengan penggunaan kenderaan persendirian

4.Mempertingkatkan darjah ketersampaian

→Pengangkutan awam memudahkan kita sampai ke destinasi yang dituju dengan cepat dan mudah

5.Mengurangkan pencemaran udara

→Penggunaan pengangkutan seperti rel bersepadu dapat mengurangkan pembebasan asap kenderaan kerana menggunakan tenaga elektrik

6.Mewujudkan peluang pekerjaan

→Perkhidmatan teksi,bas dan rel bersepadu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan

KESAN

13

Open Ended

Apakah kesan buruk dari semakin maju nya STK dalam bidang pengangkutan

14

KESAN BURUK/NEGATIF KEMAJUAN BIDANG PENGANGKUTAN

Pencemaran Udara :

Pencemaran udara adalah salah satu kesan sampingan daripada sistem pengangkutan iaitu kenderaan bermotor.Kesan negatif yang disebabkan oleh sistem pengangkutan merupakan faktor terbesar yang menyebabkan pencemaran udara. Dianggarkan setiap tahun, lebih kurang 13.6 juta tan gas-gas beracun yang berpunca daripada penggunaan kenderaan merosakkan kawasan hutan, tasik dan kehidupan laut.

​​

Pencemaran Bunyi :

Pertambahan kenderaan di kawasan bandar boleh menghasilkan bunyi yang bising dan mencemarkan bunyi di bandar. Penduduk yang tinggal berhampiran dengan jalan raya utama dan lebuh raya selalu mengalami keadaan yang bising dan ketenteraman emosi

mereka akan terganggu. Selain itu, kerja-kerja pembinaan jalan raya dan lebuh raya juga boleh menghasilkan bunyi bising yang kuat.

​​

Perubahan Landskap :

Pembinaan sistem pengangkutan boleh mengubah landskap fizikal sesuatu kawasan. Pembinaan lebuh raya atau melebarkan jalan raya boleh menyebabkan cerun bukit dipotong dan hutan-hutan ditebang dengan banyaknya. Projek memotong dan

menarah bukit boleh menyebabkan kejadian hakisan cerun. Seterusnya apabila berlaku hujan lebat, air hujan boleh melonggarkan tanah dan menyebabkan

berlakunya tanah runtuh

KESAN

15

Open Ended

Antara langkah-langkah pencegahan pencemaran alam sekitar yang disebabkan pengangkutan

16

KESIMPULAN​

Kesimpulannya, kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan yang semakin meningkat banyak memberi kesan kepada masyarakat dan alam sekitar, sama ada kesan negatif mahupun kesan positif. Pembangunan sesebuah bandar bertujuan membawa transformasi yang lebih bermakna dan diharapkan agar negara dapat mengharungi arus globalisasi yang kian mencabar dari semasa ke semasa.

Kepesatan bandar telah membawa kepada perkembangan sistem pengangkutan yang selaras dengan keperluan masyarakat yang semakin meningkat. Kawasan-kawasan yang dibangunkan ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan memberi faedah antara satu sama lain. Kawasan-kawasan yang dicantumkan sehingga wujudnya wilayah, mempunyai fungsi tertentu yang membolehkan pergantungan berlaku antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan mempunyai hubungan rapat dengan kawasan yang terdapat banyak peluang pekerjaan, yang menjadi tempat tumpuan orang ramai.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa sistem pengangkutan dan pembangunan sesebuah kawasan merupakan dua perkara yang saling berkaitan dan mempunyai kepentingan tersendiri dalam sistem sosial masyarakat khususnya di Malaysia. Walau bagaimanapun, dalam menikmati kepesatan pembangunan dan perkembangan sistem pengangkutan, kesan-kesan di sebaliknya perlu dikawal dan seharusnya langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan kesan negatif terhadap masyarakat dan alam sekitar

media

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM BIDANG PENGANGKUTAN

NAMA AHLI KUMPULAN:

MOHAMAD ADHAM BIN MOHAMAD ASROL​ (16DKM21F1006)

MUHAMMAD IKHMAL FIRDAUS BIN MOHD AZIZUL NIZAM (16DKM21F1010)​

MOHAMAD AMIR FIRDAUS BIN MOHD AZMI (16DKM21F1015)

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 17

SLIDE