Search Header Logo
PT3 Bahasa Melayu - 26 November 2022

PT3 Bahasa Melayu - 26 November 2022

Assessment

Presentation

Fun

7th Grade

Medium

Created by

Liza Wong

Used 2+ times

FREE Resource

1 Slide • 138 Questions

1

media

LATIHAN Pengukuhan BAHASA MELAYU - pt3

​26 NOVEMBER 2022

2

Multiple Choice

Kelazimannya, pengalaman pahit sudah pasti akan menjadi ________ kepada diri seseorang.

1

A pengajian

2

B pengajaran

3

C pembelajaran

4

D pendidikan

3

Multiple Choice

Question image

Peserta dari sekolah kami memenangi acara ______ lembing peringkat Daerah Seremban.

1

merejam

2

melempar

3

membaling

4

melontar

4

Multiple Choice

"Penjenayah sudah melarikan diri, .......... mereka tahu rancangan kita,"kata Inspektor Azlan keada rakan-rakannya.

1

takut-takut

2

kalau-kalau

3

harap-harap

4

jangan-jangan

5

Multiple Choice

Asap keluar ________ dari kereta api yang menggunakan enjin arang batu itu.

1

berketul-ketul

2

berkepul-kepul

3

bersimpul-simpul

4

bergumpal-gumpal

6

Multiple Choice

Penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai diingatkan supaya ........... kerana paras air mungkin naik pada musim tengkujuh nanti.

1

berjaga-jaga

2

bersiap-siaga

3

berhati-hati

4

bersiap-sedia

7

Multiple Choice

Asraf _______sewaktu nenek memasak sambal tumis di dapur.

1

terbatuk

2

tersenyum

3

terbersin

4

termuntah

8

Multiple Choice

".......... keputusan yang dibuat hendaklah dipersetujui oleh ahli mesyuarat", kata pengerusi persatuan itu.

1

Apa-apa

2

Bila-bila

3

Siapa-siapa

4

Mana-mana

9

Multiple Choice

Budak perempuan itu _____nama ibunya ketika tidur kerana dia terlalu rindu akan ibunya yang telah meninggal dunia.

1

menjerit-jerit

2

mengusik-usik

3

melaung-laung

4

memanggil-manggil

10

Multiple Choice

Perlawanan bola tampar antara pasukan Melur dan pasukan Teratai itu terpaksa_______ kerana hujan turun dengan lebatnya.

1

digantung

2

dihabiskan

3

disudahkan

4

ditangguhkan

11

Multiple Choice

Aini ______kata-kata apabila diterjah dengan pelbagai pertanyaan oleh rakan-rakannya tentang peristiwa kemalangan itu.

1

keciciran

2

kehilangan

3

kelenyapan

4

kemusnahan

12

Multiple Choice

Pekerja binaan itu ............... peluh yang keluar dari dahinya kerana bekerja di tengah panas matahari.

1

mengesat-ngesat

2

mengelus-elus

3

mengais-ngais

4

menguis-nguis

13

Multiple Choice

Question image

Puan Fatimah _________anaknya dengan lagu kanak-kanak ketika hendak menidurkan anaknya di dalam buaian.

1

menyampaikan

2

mengulitkan

3

mendodoikan

4

menggubahkan

14

Multiple Choice

Zikry sering mengambil berat .......... Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai.

1

pada

2

tentang

3

akan

4

terhadap

15

Multiple Choice

Pak Leman _______meminta tolong apabila rumahnya dimasuki pencuri.

1

terjerit-jerit

2

teresak-esak

3

terpinga-pinga

4

terbahak-bahak

16

Multiple Choice

Keadaan di dalam rumah itu .......... selepas berlakunya gempa bumi yang kuat.

1

hingar-bingar

2

gegak-gempita

3

lintang-pukang

4

tunggang-langgang

17

Multiple Choice

Ali ______selepas bermain bola bersama-sama kumpulannya di padang sekolah kerana kepenatan.

1

terkial-kial

2

terketar-ketar

3

terhegeh-hegeh

4

tercungap-cungap

18

Multiple Choice

Kanak-kanak itu gagal diselamatkan ketika dihanyutkan ______ sungai yang deras dalam kemalangan yang menyayat hati itu.

1

arus

2

kitaran

3

putaran

4

gelombang

19

Multiple Choice

Rendang daging yang dimasak oleh kakak ______ kerana api terlalu besar.

1

rapuh

2

garing

3

hangus

4

rentung

20

Multiple Choice

Seluruh kawasan Taman Mutiara telah menjadi .......... kerana pencawang elektrik telah disambar petir malam tadi.

1

gelap-gelita

2

hingar-bingar

3

gegak-gempita

4

terang-benderang

21

Multiple Choice

Abang Khairul _______ dalam sukan badminton setelah mengikut ayah berlatih di gelanggang setiap malam.

1

berura-ura

2

bersuka-suka

3

berjinak-jinak

4

berlumba-lumba

22

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

23

Multiple Choice

Orang ramai harus menyahut ______________ kerajaan agar mementingkan kebersihan kawasan tempat tinggal.

1

seruan

2

rayuan

3

desakan

4

paksaan

24

Multiple Choice

Kawasan hutan rekreasi itu terpaksa ditutup kerana ada .......... mengatakan harimau berkeliaran di kawasan tersebut.

1

hiruk-pikuk

2

desas-desus

3

keluh-kesah

4

kumat-kamit

25

Multiple Choice

Beberapa orang doktor sedang melakukan ___________ untuk mengetahui punca kematian mangsa kemalangan jalan raya itu.

1

uji kaji

2

soal selidik

3

bedah siasat

4

imbas kembali

26

Multiple Choice

Seorang lelaki telah dijumpai _______ di tepi pantai oleh sekumpulan pengakap yang sedang berkhemah di situ.

1

terpapar

2

terdampar

3

terlantar

4

terhantar

27

Multiple Choice

Kejadian tanah runtuh di kawasan yang berbukit itu telah menyebabkan dinding rumahnya ________.

1

kemik

2

renyuk

3

retak

4

sumbing

28

Multiple Choice

Amir Fikri .......... di celah orang ramai yang memenuhi dewan itu untuk berada di barisan hadapan.

1

menolak-nolak

2

mengasak-ngasak

3

menyelit-nyelit

29

Multiple Choice

Question image

Keadaan angin kencang menyebabkan api_______dengan pantas di rumah yang sedang terbakar.

1

menular

2

merebak

3

bertambah

4

berkembang

30

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

31

Multiple Choice

Wanita itu __________ perca-perca kain pada baju anaknya yang koyak.

1

menampalkan

2

menanggalkan

3

menambahkan

4

mencantumkan

32

Multiple Choice

"Jangan kau pedulikan ceritanya yang .............. itu," kata Encik Amirul kepada pemuda itu.

1

kucar-kacir

2

karut-marut

3

kumat-kamit

4

porak-peronda

33

Multiple Choice

Lokman tidak pernah berputus asa dalam usaha untuk menjayakan projek penternakan udang yang dijalankannya. Dia yakin bahawa usaha gigihnya akan membuahkan hasil walaupun mungkin akan mengambil masa.

Peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan Lokman ialah______________.

1

sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

2

seiikat bagai sirih, serumpun bagai serai

3

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras

4

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

34

Multiple Choice

Question image

________ yang bergemuruh telah diberikan oleh murid-murid setelah mereka mendengar ceramah yang disampaikan oleh novelis terkenal itu.

1

Teriakan

2

Tepukan

3

Jeritan

4

Laungan

35

Multiple Choice

Selvi sengaja mencari masalah apabila dia meminjam sejumlah wang daripada ceti haram untuk berjudi. Peribahasa yang berkaitan dengan sikap Selvi ialah______________________.

1

orang mengantuk disorongkan bantal

2

malas mendayung perahu hanyut

3

menahan jerat di tempat genting

4

tiada beban batu digalas

36

Multiple Choice

Nenek sedang menggoreng .......... ikan untuk cucunya.

1

bebuli

2

bebola

3

bebenang

4

bebawang

37

Multiple Choice

Peribahasa laksana pohon kayu tidak berbuah membawa maksud ___________________

1

mempunyai kelebihan tetapi tidak ditonjolkan di hadapan orang lain

2

mendapat keuntungan tetapi tidak tahu untuk menggunakannya

3

memiliki ilmu tetapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya

4

mempunyai kemewahan tetapi tidak mahu membantu orang lain

38

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

39

Multiple Choice

Fauziah benar-benar berasa kecewa kerana majikannya terus mengenakan tindakan disiplin terhadapnya hanya disebabkan kesilapan kecil yang dilakukannya sedangkan selama ini dia menjadi orang hadapan syarikat. Peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan Fauziah ialah_________________

1

air yang tenang, jangan disangka tiada buaya

2

kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi

3

jauhari juga yang mengenal manikam

4

bumi mana yang tidak ditimpa hujan

40

Multiple Choice

Puan Rina menggunakan _________ yang pelbagai warna untuk membuat sulaman baju kebayanya.

1

jejarum

2

bebola

3

bebenang

4

dedaun

41

Multiple Choice

Peribahasa ini menyatakan bahawa seseorang yang berketurunan baik akan tetap menjadi baik walau di mana-mana sahaja dia berada.

1

masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

2

di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

3

untung sabut timbul, untung batu tenggelam

4

kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau

42

Multiple Choice

Buku yang ditulis dalam __________ itu, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

1

dwibahasa

2

ekabahasa

3

pancabahasa

4

interbahasa

43

Multiple Choice

Question image

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah _________.

1

Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah

2

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

3

Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga

4

Lonjak bagai labu dibenam

44

Multiple Choice

Adik menangis ________kerana perutnya sakit.

1

terpinga-pinga

2

terketar-ketar

3

teresak-esak

4

terjerit-jerit

45

Multiple Choice

I Lorong yang sempit itu menyukarkan kenderaan untuk berselisih.

II Pendapatnya tentang perkara itu menggambarkan pemikiran yang sempit.

III Setelah kehilangan isterinya, kehidupan Iqbal semakin sempit.

IV Pandangannya menjadi sempit akibat terlibat dalam kemalangan.

1

A I dan II

2

B III dan IV

3

C I, II dan III

4

D II, III dan IV

46

Multiple Choice

Ravi _________ apabila Cikgu Maria menyuruhnya menyiapkan latihan Sains dengan segera.

1

hiruk-pikuk

2

lintang-pukang

3

kelam-kabut

4

lalu-lalang

47

Multiple Choice

Zamani diminta oleh bapanya mencantas __________ kelapa yang sudah kekuningan di kebun mereka pada petang itu.

1

daun

2

pokok

3

batang

4

pelepah

48

Multiple Choice

Keadaan jalan di bandar raya Kuala Lumpur yang ................ menyebabkan ayah telah tersesat beberapa kali.

1

berselang-seli

2

berlalu-lalu

3

berbelok-belok

4

bersimpang-siur

49

Multiple Choice

I Ayah membanting tulang untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

II Petani itu sedang sibuk membanting padi di tengah sawah.

III Ombak kuat itu membanting benteng yang dibina oleh penduduk kampung.

IV Gordon duduk di pangkin sambil membanting kakinya.

1

A I dan II

2

B III dan IV

3

C I, II dan III

4

D II, III dan IV

50

Multiple Choice

Walaupun sudah tua tetapi perangai Pak Usop masih .......... .

1

membudak

2

budak-budak

3

memperbudak

4

kebudak-budakan

51

Multiple Choice

Surat Pekeliling itu telah ditampalkan ________ papan kenyataan.

1

di

2

atas

3

pada

4

kepada

52

Multiple Choice

Abang Zahin memasang .......... di dalam bilik untuk persiapan hari perkahwinan adiknya.

1

kekisi

2

tetupai

3

kekuda

4

lelangit

53

Multiple Choice

I Berdasarkan perlembagaan negara kita, setiap individu bebas menyuarakan pendapat asalkan tidak menyentuh tentang sensitiviti masyarakat.

II Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah pada tahun 1957.

III Kebanyakan pengguna jalan raya lebih suka menggunakan jalan bebas tol.

IV Fikirannya bebas setelah segala masalah keluarganya selesai.

1

A I dan II

2

B III dan IV

3

C I, II dan III

4

D II, III dan IV

54

Multiple Choice

Baju Salmah ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

1

koyak-rabak

2

comot-momot

3

compang-camping

4

kusut-masai

55

Multiple Choice

Semua kakitangan di jabatan itu telah diingatkan oleh ketua mereka agar menjauhi perbuatan __________ yang akan mengakibatkan mereka disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

1

gelap mata

2

pisau cukur

3

mata duitan

4

tumbuk rusuk

56

Multiple Choice

Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan

1

lemah-longlai

2

lemah-longlai

3

pucat-lesi

4

cirit- birit

57

Multiple Choice

Semasa berjalan-jalan di bandar Seremban, Sufrie telah menemui dengan sahabat lamanya.

1

telah ketemukan dengan

2

telah bertemu dengan

3

telah menemukan dengan

4

telah menemui dengan

58

Multiple Choice

Bantal itu diisi dengan________untuk dijual.

1

bebenang

2

lelabah

3

kekabu

4

dedaun

59

Multiple Choice

Makanan itu telah________kerana terlalu lama disimpan di dalam peti sejuk.

1

kaku

2

beku

3

pegun

4

keras

60

Multiple Choice

Ibu menutup bekas makanan itu___________ supaya tidak masuk angin.

1

sipi-sipi

2

rapat-rapat

3

sedikit-sedikit

4

banyak-banyak

61

Multiple Choice

Seramai 42 orang para pelajar-pelajar di sekolah itu telah berjaya melanjutkan pelajaran.

1

Seramai 42 orang pelajar-pelajar

2

Seramai 42 para pelajar

3

Seramai 42 orang pelajar

4

Seramai 42 orang para pelajar-pelajar

62

Multiple Choice

Adam bertukar-tukar sekolah kerana keluarganya selalu ber________.

1

cerai-berai

2

riuh-rendah

3

porak-peranda

4

pindah-randah

63

Multiple Choice

Sejak ibu bapanya meninggal, hidup Kamarul melarat dan disisihkan oleh masyarakat sekelilingnya.

Pilih peribahasa yang sesuai dengan nasib Kamarul.

1

Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tidak mahu

2

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul

3

Seperti embun di hujung rumput

4

Bagai layang-layang putus tali

64

Multiple Choice

Buku laporan itu akan diserahkan oleh saya kepada guru kelas.

1

Buku laporan itu saya menyerahkan

2

Buku laporan itu akan saya serahkan

3

Buku laporan itu saya akan serahkan

4

Buku laporan itu akan diserahkan oleh saya

65

Multiple Choice

Walaupun pelbagai halangan dilalui oleh Hawa, namun dia tetap berusaha mengharunginya dan tidak berputus asa. Akhirnya dia berjaya mencapai cita-citanya. Peribahasa-peribahasa di bawah membawa maksud yang sama seperti di atas KECUALI.

1

genggam bara api biar jadi arang.

2

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

3

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

4

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

66

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

67

Multiple Choice

Question image

Peribahasa tiada beban batu digalas bermaksud

1

menolong orang yang tidak tahu membalas budi.

2

sengaja mencari masalah yang menyusahkan diri sendiri.

3

hanya beringat-ingat setelah mendapat sesuatu kemalangan.

4

mencari keuntungan dengan berbuat baik antara dua orang yang berseteru

68

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

69

Multiple Choice

Semasa hidupnya susah dahulu banyak keinginannya yang tidak tercapai. Kini, setelah suaminya bergelar jutawan semua keinginan Salmah seperti pakaian dan barang kemas dengan mudah diperolehnya.


Peribahasa yang sesuai menggambarkan keadaan di atas ialah

1

biduk lalu, kiambang bertaut.

2

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

3

diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat.

4

ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

70

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

71

Multiple Choice

Question image

Pelawat A : Ukiran seni bangunan Istana Seri Menanti ini masih lagi elok walaupun telah dihasilkan beratus-ratus tahun dahulu.


Pelawat B : Ya, malah rekaan seni binanya melambangkan ciri-ciri budaya masyarakat Minangkabau.


Peribahasa yang sesuai dengan dialog di atas ialah

1

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

2

tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

3

tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

4

rumah siap pahat berbunyi.

72

Multiple Choice

Question image

1

A

2

B

3

C

4

D

73

Fill in the Blanks

Type answer...

74

Multiple Choice

Para pembahas itu mempertahankan ----------- mereka dengan bukti-bukti yang relevan.

1

pendapat

2

pandangan

3

hujah

4

komen

75

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1

ampangan

2

ampingan

3

aphangan

4

empangan

76

Fill in the Blanks

Type answer...

77

Multiple Choice

Encik Salman membeli hasil pertanian dari penduduk kampung dan menjualnya di pasar malam.
1
dipasar malam
2
daripada

78

Multiple Choice

Pemandu-pemandu itu didenda dalam sekatan jalan raya kerana tidak patuh ---------- peraturan lampu isyarat.

1

pada

2

terhadap

3

akan

4

oleh

79

Multiple Choice

Para peserta-peserta kursus memasak itu diminta memasukkan setengah sudu garam ke dalam adunan tepung yang akan diuli.
1
Para peserta
2
Peserta peserta

80

Fill in the Blanks

Type answer...

81

Multiple Choice

Baginda menitahkan pembesar-pembesar negeri supaya sentiasa amanah di dalam melaksanakan tanggungjawab.
1
Beliau
2
dalam

82

Multiple Choice

Bantuan itu ---------- dapat meringankan beban petani pada musim kemarau ini.

1

seakan-akan

2

semahu-mahu

3

seboleh-boleh

4

sekurang-kurang

83

Multiple Choice

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

1

hartawan

2

dermawan

3

bangsawan

4

sukarelawan

84

Fill in the Blanks

Type answer...

85

Multiple Choice

Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Pilih sama ada A, B, atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.

1

Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang -barang mainanya tertinggal di kampung

2

Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang mainan-mainannya tertinggal di kampung

3

Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui kesemua -barang mainannya tertinggal di kampung

4

Adik Qayyum menangis tersesak-esak apabila mengetahui semua barang mainannya tertinggal di kampung

86

Multiple Choice

Peribahasa yang sesuai untuk dikaitkan dengan perselisihan atau pergaduhan antara adik-beradik yang akhirnya berbaik semula.

1

rambut sama hitam hati lain-lain

2

bagai tikus membaiki labu

3

biduk lalu kiambang bertaut

4

gunting dalam lipatan

87

Multiple Choice

Peribahasa bagai aur dengan tebing mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa yang berikut, kecuali....

1

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

2

ke bumi sama didaki, ke lurah sama dituruni

3

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

4

orang berbudi kita berbahasa,orang memberi kita merasa

88

Fill in the Blanks

Type answer...

89

Multiple Choice

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini, hasil kerja Amirul yang paling menonjol.

1

Di antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

2

Antara ketiga-tiga hasil kerja pertukangan tangan ini

3

Di antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

4

Antara ketiga hasil kerja pertukangan tangan ini

90

Fill in the Blanks

Type answer...

91

Multiple Choice

Rezeki ayah hanya sedikit pada hari ini kerana hujan lebat. Ayah meminta anak-anaknya berkongsi sama rata rezeki tersebut.


Peribahasa ini digambarkan..........

1

rumah sudah siap pahat masih berbunyi

2

kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

3

biduk lalu kiambang bertaut

4

hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah

92

Fill in the Blanks

Type answer...

93

Multiple Choice

Kamil kurang disenangi oleh kawan-kawannya kerana dia suka membesarkan perkara yang kecil.


Peribahasa ini digambarkan.............

1

seperti rusa masuk kampung

2

seperti rumput di tepi jalan

3

menanam tebu di tepi bibir

4

laksana katak, sedikt hujan banyak bermain

94

Fill in the Blanks

Type answer...

95

Multiple Choice

Emak sentiasa mengingatkan adik yang tinggi lampai itu supaya berjalan dengan ____________ badannya agar tidak bongkok sabut apabila tua kelak.

1

mendirikan

2

menegapkan

3

menegakkan

4

melempangkan

96

Fill in the Blanks

Type answer...

97

Multiple Choice

Dompet itu diperbuat________________kulit ikan pari

1

daripada

2

oleh

3

pada

4

dari

98

Fill in the Blanks

Type answer...

99

Multiple Choice

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal


Kejayaan mereka memenangi pertandingan itu didorong oleh semangat yang tinggi untuk mengharumkan nama negara.

1

Pertandingan itu dimenangi oleh mereka untuk menaikkan semangat yang tinggi demi mengharumkan nama negara.

2

Demi mengharumkan nama · negara telah mendorong mereka untuk memenangi pertandingan itu dengan jayanya.

3

Semangat mereka yang berkobar-kobar untuk memenangi pertandingan itu telah mengharumkan nama negara dengan jayanya. ·

4

Keinginan yang kuat untuk menaikkan nama negara telah mendorong mereka menjuarai kejohanan tersebut

100

Fill in the Blanks

Type answer...

101

Multiple Choice

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.


Kursus kepemimpinan pengawas itu bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang sifat-sifat sebagai pemimpin yang perlu ada dalam diri mereka.

1

Sifat-sifat sebagai pemimpin yang wujud dalam diri pelajar membolehkan mereka mengikuti kursus kepemimpinan pengawas.

2

Sifat-sifat sebagai pemimpin dapat dilatih sekiranya pelajar menjadi pengawas dalam sesuatu kursus kepemimpinan

3

Matlamat utama kursus kepemimpinan yang dihadiri oleh pengawas- pengawas itu adalah untuk melatih mereka memiliki sifat-sifat seorang pemimpin.

4

Sebagai pemimpin pengawas, pelajar perlu mengikuti kursus kepemimpinan yang bertujuan untuk membentuk sifat-sifat pemimpin dalam diri mereka

102

Fill in the Blanks

Type answer...

103

Multiple Choice

10 Pilih ayat-ayat yang betul.

I Anuar menamai kucingnya Si Tompok.

II Wajah tuan puteri bercahaya bak bulan purnama.

Ill Adik saya yang belajar dalam tingkatan satu sudah

pergi sekolah.

IV Tolong beritahu pihak pengelola sekiranya anda

menghadapi lain-lain masalah.

1

I dan II sahaja

2

Ill dan IV sahaja

3

I, II dan Ill sahaja

4

II, Ill dan IV sahaja

104

Fill in the Blanks

Type answer...

105

Fill in the Blanks

Type answer...

106

Fill in the Blanks

Type answer...

107

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
bumiputra
2
bumiputera
3
bumi putra
4
bumi putera

108

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
kartun
2
katun
3
karton
4
kartoon

109

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
kapitalisma
2
kapitalism
3
kapitalisme
4
kapitalisman

110

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
komisyen
2
komision
3
komesyen
4
komisen

111

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
insuren
2
insurans
3
insurens
4
insuran

112

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
impot
2
imphort
3
import
4
empot

113

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
faksimili
2
faksimilli
3
faksimile
4
faksimille

114

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
auto-matif
2
automotif
3
auto-motif
4
automotive

115

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
audiens
2
audien
3
audyens
4
audean

116

Multiple Choice

Pilih ejaan yang betul
1
agreget
2
agriget
3
agregat
4
agrigut

117

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
arked
2
aked
3
arkid
4
arkhed

118

Multiple Choice

Pilih ejaan yang betul
1
atlit
2
atelit
3
atlet
4
atilit

119

Multiple Choice

Question image
Pilih ejaan yang betul
1
bufet
2
buffet
3
bafet
4
baffet

120

Multiple Choice

Para_______ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

1

hartawan

2

dermawan

3

bangsawan

4

sukarelawan

121

Multiple Choice

Kebanyakan barang yang disimpan di dalam stor itu telah rosak_______ tikus.

1

digerit

2

digigit

3

dikesip

4

diketip

122

Multiple Choice

Shafiq cuba mengubah kedudukan meja kayu itu_______ ruang tamu_______ ruang dapur rumahnya.

1

dari......ke

2

dari.....kepada

3

daripada.....ke

4

daripada.....kepada

123

Multiple Choice

Kemunculan budaya K-Pop menyebabkan adat ketimuran semakin dilupakan oleh setengah-setengah generasi pada masa ini.

1

ketimuran

2

setengah-setengah

3

pada

4

Tiada kesalahan

124

Multiple Choice

Masyarakat telah melakukan pelbagai cara untuk awet makanan supaya lebih tahan lama.

1

pelbagai

2

awet

3

supaya

4

Tiada kesalahan

125

Multiple Choice

I Husin memikul baldi yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumahnya kerana bekalan air terputus.

II Pihak ibu bapa diseru supaya memikul tanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.

III Setiap rakyat hendaklah memikul hasrat kerajaan dalam usaha memperkukuh perpaduan kaum.

IV Pasukan keselamatan memikul senjata semasa acara perbarisan sambutan Hari Pahlawan.

1

I dan II

2

III dan IV

3

I, II dan III

4

II, III dan IV

126

Multiple Choice

I Puan Salmiah suka memakai pakaian berwarna cerah ketika hadir ke majlis rasmi.

II Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca pada hari esok diramal cerah.

III Pelajar berdisiplin mempunyai masa depan yang cerah.

IV Ramai pelajar gemar berkawan dengan Hasan kerana hatinya yang cerah.

1

I dan II

2

III dan IV

3

I, II dan III

4

II, III dan IV

127

Multiple Choice

Halimah percaya benar bahawa anaknya tidak terbabit tuduhan jenayah kolar putih.

1

sungguh percaya benar

2

teramat percaya benar

3

sangat percaya benar

4

percaya benar

128

Multiple Choice

Jawatankuasa Paralimpik Asia telah menganugerahkan atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi sebagai Atlet Para Terbaik Lelaki Asia.

1

anugerahkan atlet paralimpik

2

menganugerah atlet paralimpik

3

menganugerahi atlet paralimpik

4

menganugerahkan atlet paralimpik

129

Multiple Choice

Pencemaran bahasa dapat dielakkan sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul.

1

Bahasa Melayu yang digunakan dengan betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa

2

Penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat mengelakkan pencemaran bahasa semua pihak

3

Semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul sekiranya pencemaran bahasa dapat dielakkan.

4

Sekiranya semua pihak menggunakan bahasa Melayu dengan betul, pencemaran bahasa dapat dielakkan

130

Multiple Choice

Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara agar keamanan dan kemakmuran tanah air dpat dikekalkan.

1

Keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan dengan adanya prinsip teguh Rukun Negara

2

Rukun Negara merupakan pegangan teguh warganegara Malaysia untuk mengekalkan keamanan dan kemakmuran tabah air.

3

Kita perlu berpegang teguh pada prinsip Rukun Negara sebagai warganegara Malaysia agar keamanan dan kemakmuran tanah air dapat dikekalkan

4

Jika kita berpegang pada prinsip Rukun Negara keamanan dan kemakmuran negara mungkin akan dapat dikekalkan

131

Multiple Choice

I Novel Salina karya Sasterawan Negara A. Smad Said telah dibaca oleh saya.

II Pak Abu menceritakan tentang pengalamannya menentang komunis.

III Layang-layang itu tersangkut di tiang telefon kerana diterbangkan angin.

IV Pekerja baharu kilang itu mempelajari cara pengendalian mesin daripada ketuanya.

1

I dan II

2

III dan IV

3

I, II dan III

4

II, III dan IV

132

Multiple Choice

I Encik Ayob gembira apabila anaknya bersuamikan dengan lelaki pilihannya.

II "Patik menjunjung kasih atas perkenan Tuanku menyempurnakan upacara ini," kata pengacara majlis.

III Pelajar saling bertukar pendapat berkaitan isu yang diberi oleh guru.

IV Jalan raya di Malaysia adalah antara yang paling baik rantau Asia.

1

I dan II

2

III dan IV

3

I, II dan III

4

II, III dan IV

133

Multiple Choice

Ali benar-benar berazam untuk memenangi pertandingan itu walaupun menyedari bahawa dia terpaksa bersaing dengan peserta-peserta lain yang hebat.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

1

ada hati

2

bulat hati

3

besar hati

4

berat hati

134

Multiple Choice

Walaupun sudah beberapa kali dinasihatkan oleh guru, Aiman tetap malas mengulang kaji pelajaranya.

Peribahasa yang sesuai dengan pernyataan di atas ialah

1

melepaskan batuk di tangga

2

mencurah air ke daun keladi

3

alang-alang berdakwat biar hitam

4

dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

135

Multiple Choice

Beberapa buah kereta telah ____ oleh pokok yang tumbang itu selepas berlakunya hujan lebat.

1

dihempap

2

dihempas

3

ditindih

4

dihimpit

136

Multiple Choice

Beliau mendapat________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

1

hadiah

2

sumbangan

3

cendermata

4

anugerah

137

Multiple Choice

Gambar-gambar itu disiarkan dengan_______ Jabatan Penerangan.

1

ehsan

2

ihsan

3

insan

4

perkenan

138

Multiple Choice

Rakyat negara ini dapat tinggal bersama-sama dan berasa serasi di antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekali gus memupuk perpaduan nasional.

1

bersama-sama

2

di antara

3

sekali gus

4

Tiada kesalahan

139

Multiple Choice

Hanny dan rakan-rakannya tetap meneruskan pendakian ke puncak Gunung Kinabalu walaupun menghadapi berbagai rintangan.

1

pendakian

2

walaupun

3

berbagai

4

Tiada kesalahan

media

LATIHAN Pengukuhan BAHASA MELAYU - pt3

​26 NOVEMBER 2022

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 139

SLIDE