Search Header Logo
T2 Bab 8 JENIS DAN PENGANGKUTAN DI ASIA

T2 Bab 8 JENIS DAN PENGANGKUTAN DI ASIA

Assessment

Presentation

Geography

12th Grade

Medium

Created by

CHE Moe

Used 1+ times

FREE Resource

14 Slides • 7 Questions

1

media

Apakah yang akan anda pelajari?
Mengenal pasti jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan

pelabuhan utama di Asia.

Menghuraikan kemajuan pengangkutan di Asia.
Menilai kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di

Asia.

Mohd Sharif_SMKBS_2017

Induksi Bab
Negara-negara di Asia seperti
jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE),
China dan Singapura sentiasa
mengadakan penyelidikan tentang
sistem pengangkutan negara
mereka. Hal ini bertujuan untuk
memastikan sistem pengangkutan
lebih efisien, menepati keadaan
semasa dan membantu
mengurangkan kesesakan lalu
lintas di negara masing-masing.
Setelah mempelajari bab ini anda
akan dapat mengetahui dengan
lebih jelas tentang kemajuan
pengangkutan di Asia.

2

media

Pengangkutan Darat
Hampir keseluruhan negara di Asia mempunyai
landasan kereta api, antaranya yang utama ialah:

Landasan Kereta Api India
Jaringan landasan kereta
api terbanyak di dunia.

Panjangnya: 66687km

Landasan Kereta Api Berkelajuan
Tinggi Beijing – Shanghai (CHINA)
Dapat memendekkan masa
perjalanan

Kelajuan: 250km/j – 300km/j

Landasan Kereta Api Berkelajuan
Tinggi di Korea Selatan
Panjangnya: Suseo(61.1km),
Wonju -Gangneung (120.7km),
Gyeongbu(417.4km) dan
Honam (182.3km)

Kelajuan: 350km/j

Landasan Kereta Api Trans –
Siberian (Rusia)
Sepanjang kira-kira 9288km

Dari Moscow ke Vladivostok

Landasan Kereta Api Shinkansen di
Jepun
Dikenali sebagai ‘Bullet Train’ dan
ia paling cekap dan efisien di Jepun

Kelajuan: 320km/j

3

Multiple Select

Antara yang berikut, negara manakah yang mempunyai landasan kereta api paling banyak di dunia?

1

Jepun

2

India

3

China

4

Siberia

4

Multiple Choice

Question image

Landasan kereta api ini sepanjang 9288km menganjur dari Moscow hingga ke Vladivostok.

1

Landasan Kereta Api India

2

Landasan Kereta Berkelajuan Tinggi Korea Selata

3

Landasan Kereta Api Shikansen

4

Landasan Kereta Api Trans Siberian

5

Multiple Choice

Question image

Sistem kereta api berkelajuan tinggi di Jepun dikenali sebagai

1

CSR

2

Emirates

3

Shinkansen

4

Trans-Siberian

6

media

8.1 Jenis Pengangkutan di Asia

Merangkumi pengangkutan darat, air dan

udara.

Sistem pengangkutan ini menyediakan

kemudahan mobiliti kepada penduduk.

Ia juga telah menyumbang ke arah

perkembangan ekonomi dan sosial di
sesebuah negara Asia.

Pengangkutan Darat

Pengangkutan Air

Pengangkutan Udara

7

media

Pengangkutan Udara

Merupakan pintu masuk utama ke sesebuah
negara dan semua negara di Asia mempunyai
lapangan terbang, antaranya

Lapangan Terbang
Antarabangsa Domodedovo
Moscow (RUSIA)

Lapangan Terbang
Antarabangsa Dubai
(EMIRIAH ARAB BERSATU)

Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur
(MALAYSIA)

Lapangan Terbang Antarabangsa
Changi (SINGAPURA)

Lapangan Terbang
Antarabangsa Hong Kong

Lapangan Terbang
Antarabangsa Tokyo (JEPUN)

Lapangan Terbang
Antarabangsa Chengdu
(CHINA)

8

media

Pengangkutan Air
Pelabuhan merupakan komponen penting terutamanya dalam urusan
perdagangan, antaranya yang utama di Asia, ialah:

Pelabuhan Tokyo (JEPUN)
Mengendalikan barangan runcit,
makanan, kertas, bahan binaan dan
sebagainya untuk keperluan
penduduk dan industri setempat

Pelabuhan Singapura
Mampu menampung kira-kira
1000 kapal kontena pada
satu-satu masa.

Pelabuhan Hong Kong
Salah satu pelabuhan paling
sibuk di dunia dan terlindung
daripada bencana alam.

Pelabuhan yang efisien dan
sistematik.

Pelabuhan Jawaharlal (INDIA)
Pelabuhan kontena terbesar yang
mengendalikan kira-kira 55%
daripada jumlah kontena di
pelabuhan-pelabuhan utama di
India.

9

media

8.2 Kemajuan Pengangkutan di Asia
Jaringan landasan kereta api

Shinkansen di Jepun

Merupakan rangkaian jalan pengangkutan darat
paling efisien dan canggih.

Empat pulau utama di Jepun, iaitu Hokaido,
Honshu, Shikoku dan Kyushu dihubungkan
melalui rangkaian jalan kereta api yang
berteknologi tinggi.

Ia dikenali sebagai ‘bullet trainyang
dikendalikan oleh Japanese National Railways
(JNR).

Laluannya melibatkan bandar-bandar
metropolitan Tokyo-Nagoya-Kyoto-Osaka.

Jumlah perkhidmatan kereta api dalam sehari
adalah sebanyak 358 perkhidmatan.

Kira-kira 445 000 penumpang menggunakan
perkhidmatan ini setiap hari.

(Sumber: Laporan Tahunan 2016, Central Japan Railway Company)

Pada April 2015, kereta api berkelajuan
tinggi ini telah mencatat kelajuan
sehingga 603km sejam.

Keistimewaan kereta api berkelajuan tinggi
Shinkansen:
Menepati masa (tidak pernah lewat)

Keselamatan (kemalangan sifar sejak beroperasi
selama 50 tahun)

Mencapai tahap keselesaan penumpang yang tinggi.

10

Multiple Choice

Question image

Rajah berikut berkaitan dengan kereta api berkelajuan tinggi yang paling cekap dan efisien. Apakah negara yang mempunyai jenis kereta api berkelajuan tinggi ini?

1

India

2

Singapura

3

Jepun

4

Russia

11

Multiple Choice

Question image

Rajah berikut menunjukkan kereta api yang tertua dan terpanjang yang terletak di bahagian utara Asia. Namakan kereta api yang dimaksudkan tersebut?

1

Landasan Kereta api India

2

Landasan Kereta api Shinkansen

3

Landasan Kereta api Beijing-Shanghai

4

Landasan Kereta api Tras-Siberia

12

media

Terletak di Metropolis Dubai yang merupakan
sebuah metropolis yang terbesar, moden dan
termasyhur di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Merupakan lapangan terbang yang termoden dan
paling sibuk di dunia.

Diuruskan oleh Dubai Airports.

Terdiri dari tiga terminal yang berkemampuan
menampung kapasiti sebanyak 90 juta penumpang
setahun.

Dubai merupakan hab penerbangan yang terbesar
di Asia Barat (ketiga terbesar di dunia selepas
Beijing dan Atlanta).

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

2000

1990

1980

1970

1960

Menaikan taraf ruang legar
lapangan terbang supaya
lebih luas dan selesa.

Terminal ke3 telah dibuka
dan ia menjadi terminal ke2
terbesar di dunia selepas
Heathrow Airport di London.

Terminal kedua dirasmikan.
Dilengkapi dengan beberapa
kemudahan seperti hotel
dan pusat perniagaan.

Menjadi destinasi untuk
mengisi minyak di Teluk Parsi.

Lapangan Terbang
Antarabangsa ini mula
beroperasi.

Diperluaskan lagi dan mampu
mengendalikan kapal terbang
Concorde dan Boeing.

2010

Keistimewaannya:
Suasananya meriah, restoran
terbaik, kawasan membeli
belah dan tarikan pelancong.

Pusat penerbangangan yang
mengumpulkan masyarakat
dunia (golongan elit dan
golongan pelancong).

Sangat terkenal sehingga
pernah disiarkan dalam
dokumentari National
Geographic.

Terminal 3 dikhaskan hanya untuk syarikat
penerbangan Emirates

13

media

Pelabuhan Hong Kong

Kedudukanya strategik dan terlindung di Laut China
Selatan serta dasarnya yang dalam membolehkannya
menjadi pelabuhan yang paling sibuk, masyur dan
penting di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Jabatan Marin Hong Kong bertanggungjawab
mengawal aktiviti perkapalan kargo dan kontena,
menjaga keselamatan pengemudian kapal,
menjalankan rondaan dan menguatkan undang-undang
antarabangsa.

Sebagai pemangkin kepada pembangunan dan
kemakmuran Hong Kong kerana ia terletak pada
kedudukan laluan perdaganga dunia.

Pada tahun 2016 pelabuhan ini telah mengendalikan
19.8 juta kontena dan jumlah kapal perdagangan yang
telah berlabuh adalah sebanyak 370 990 buah.

Meningkatkan darjah ketersampaian di Hong Kong
yang melibatkan mobiliti penumpang sebanyak 24.91
juta orang.

Perkhidmatan feri yang
menghubungkan Hong Kong
dengan pulau-pulau berdekatan.

Keistimewaan Pelabuhan
Hong Kong:
Pintu masuk ke negara
China

Antara pelabuhan yang
mengenakan duti terendah.

Proses pemunggahan kargo
dan kontena hanya ambil
masa purata 10 jam sahaja
(antara yang terpantas di
dunia)

Satu-satunya pelabuhan di
dunia yang menjalankan
operasi pemunggahan
kargo di tengah laut (at sea
loading) untuk mengatasi
masalah kesesakan trafik di
pelabuhan.

Sumber: The Government of the Hong Kong

Special Administrative Region, 2017.

14

Multiple Choice

Question image

Lapangan terbang yang bertanda U1 berikut merupakan sebuah lapangan terbang yang tersibuk di dunia. Namakan Lapangan terbang yang bertanda U1 di dalam peta berikut?

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Domodedovo Moscow

3

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

4

Lapangan Terbang Antarabanga Hong Kong

15

Multiple Choice

Question image

Rajah berikut menunjukkan lapangan terbang antarabangsa yang terbaik di dunia. Apakah lapangan terbang yang dimaksudkan?

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Chengdu

2

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi

3

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

4

Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo

16

media

8.3 Kesan Pengangkutan terhadap Masyarakat,

Ekonomi dan Alam Sekitar di Asia

Perkembangan pengangkutan di Asia menimbulkan pelbagai kesan dari
segi masyarakat, ekonomi dan alam sekitar:

Kesan Kepada

Masyarakat

Memendekkan masa perjalanan

Meningkatkan taraf hidup penduduk

Meningkatkan darjah ketersampaian

Mengurangkan kesesakan lalulintas

Mewujudkan banyak peluang pekerjaan.

17

media

Bandar berkembang menjadi hab
perdagangan seperti Tokyo, Kyoto,
Nagoya dan Osaka di Jepun.

Pembinaan pusat rekreasi dan hotel
bertaraf antarabangsa seperti Burj
Al Arab di Dubai.

Memperkembangkan perdagangan
domestik dan antarabangsa.

Memajukan sektor pertanian,
perindustrian dan pelancongan.

Pertukaran mata wang asing.

Kesan
Kepada
Ekonomi

18

media

Keretapi berkelajuan tinggi dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Perubahan landskap yang menarik dan
mesra alam di kawasan sekitar.

Kesan
Positif
Kepada

Alam

Sekitar

19

media

Pencemaran Air:
Tumpahan minyak
daripada kapal
menyebabkan
kepupusan hidupan
akuatik.

Kesan
Negatif
Kepada

Alam

Sekitar

Pencemaran
Bunyi:
Bunyi kuat di
kawasan lapangan
terbang menganggu
ketenteraman
penduduk.

Kemusnahan
Hutan:
Pembinaan lebuh
raya, jaringan kereta
api dan lapangan
terbang telah
memusnahkan
kawasan tadahan
air.

20

media

JOM IMBAS KEMBALI

Jenis dan
Kemajuan

Pengangkutan di

Asia

Darat : Jaringan landasan kereta api Shinkansen Jepun.

Udara : Lapangan Tenbang Antarabangsa Dubai.

Air

: Pelabuhan Hong Kong.

Kesan Pengangkutan di Asia

Memendekan masa
perjalanan

Meningkatkan darjah
ketersampaian

Mewujudkan peluang
pekerjaan

Meningkatkan taraf
hidup

Menggalakan urus niaga
perdagangan

Perkembangan sektor
perhotelan dan pusat
perkhidmatan

Membangunkan industri
pelancongan

Pertukaran matawang
asing

Kesan positif:
Meminimumkan pencemaran
alam sekitar

Perubahan landskap yang
menarik

Kesan negatif:
Pencemaran bunyi

Pencemaran air

Pencemaran udara

Kemusnahan hutan

Kesan kepada
masyarakat:

Kesan kepada Alam Sekitar:

Kesan kepada ekonomi:

21

media

SEKIAN

TERIMA KASIH

media

Apakah yang akan anda pelajari?
Mengenal pasti jaringan landasan kereta api, lapangan terbang antarabangsa dan

pelabuhan utama di Asia.

Menghuraikan kemajuan pengangkutan di Asia.
Menilai kesan pengangkutan terhadap masyarakat, ekonomi dan alam sekitar di

Asia.

Mohd Sharif_SMKBS_2017

Induksi Bab
Negara-negara di Asia seperti
jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE),
China dan Singapura sentiasa
mengadakan penyelidikan tentang
sistem pengangkutan negara
mereka. Hal ini bertujuan untuk
memastikan sistem pengangkutan
lebih efisien, menepati keadaan
semasa dan membantu
mengurangkan kesesakan lalu
lintas di negara masing-masing.
Setelah mempelajari bab ini anda
akan dapat mengetahui dengan
lebih jelas tentang kemajuan
pengangkutan di Asia.

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 21

SLIDE