

untitled
Presentation
•
•
Practice Problem
•
Hard
NOR SUHAIDA BINTI AWANG @ MUHAMMAD KPM-Guru
FREE Resource
64 Slides • 0 Questions
1
1.1 PENGENALPASTIAN
MASALAH
2
MASALAH BUKAN
INVENTIF
• Masalah bukan inventif ialah
masalah yang dapat diselesaikan
tanpa mempunyai kesan
sampingan.
• Masalah seperti ini sering kita
hadapi dalam kehidupan seharian.
• Masalah inventif pula ialah
masalah yang mempunyai kesan
sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku.
• Kesan sampingan ini diselesaikan
dengan pilihan yang ada seperti
yang disarankan dalam prinsip
inventif.
3
1.1.1 MENGENAL PASTI MASALAH
BUKAN INVENTIF DAN INVENTIF
4
MASALAH BUKAN
INVENTIF
• Dalam kehidupan seharian,
kita sering berhadapan dengan
pelbagai situasi yang
memerlukan kita membuat
pilihan.
• Hasil daripada keputusan
pemilihan memberikan satu
pengalaman baharu dalam
membina pemikiran yang
matang.
• Kadang-kadang situasi seperti
itu memaksa kita
menyelesaikan masalah
tersebut dengan pantas
5
MASALAH
BUKAN
INVENTIF
• Contohnya, sebelum
memasak kita perlu
menyediakan bahan mentah.
• Bahan mentah tersebut
perlu dipotong.
• Jika pisau yang digunakan
tumpul, maka sudah
tentulah kerja-kerja
memotong akan mengambil
masa yang lebih lama.
• Maka, penyelesaiannya ialah
pisau itu perlu diasah.
6
MASALAH
BUKAN
INVENTIF
• Dalam hal ini, masalah
yang dikenal pasti ialah
pisau tumpul. P
• enyelesaiannya adalah
dengan mengasah pisau
tersebut sehingga tajam.
• Kemudian, barulah kerja-
kerja memotong dan
menghiris dapat dilakukan
dengan mudah dan cepat.
7
MASALAH BUKAN
INVENTIF
• Kaedah penyelesaian masalah bagi kes ini
langsung tidak mewujudkan kesan
sampingan.
• Proses mengasah pisau yang dilakukan itu
tidak menjejaskan bahagian pisau atau
merosakkan hulu pisau.
• Kita mungkin boleh mengandaikan bahawa
mata pisau tersebut sumbing sedikit atau
bengkok atau mungkin juga ketajamannya
dapat mendatangkan bahaya terhadap
tangan pengguna.
• Namun, andaian kesemua kesan sampingan
ini tidak berlaku.
8
MASALAH BUKAN INVENTIF
9
MASALAH BUKAN
INVENTIF
• Dengan kata yang lebih mudah,
masalah yang dikenal pasti ialah
mata pisau tumpul dan cara
penyelesaiannya ialah pisau itu
diasah
• Setelah penyelesaian dibuat, tidak
timbul masalah kesan sampingan
atau apa-apa masalah baharu
yang wujud akibat daripada kerja-
kerja penambahbaikan itu tadi.
• Contoh masalah di atas dikenal
sebagai masalah bukan inventif.
• Masalah jenis ini merupakan
masalah yang tidak mempunyai
kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan dilakukan.
10
MASALAH INVENTIF
• Masalah inventif ialah masalah yang mempunyai kesan sampingan apabila usaha
penambahbaikan berlaku
• Proses penyelesaian masalah secara inventif banyak digunakan dalam industri.
• Masalah lain yang timbul dalam industri akan diubah suai mengikut cadangan
penyelesaian masalah secara inventif.
11
MASALAH
INVENTIF
12
1.1.2 MENERANGKAN PROSES
PENYELESAIAN MASALAH BUKAN
INVENTIF DAN INVENTIF
13
MASALAH BUKAN
INVENTIF
• Proses penyelesaian masalah
bukan inventif ialah suatu
proses penyelesaian masalah
biasa yang dialami dalam
kehidupan seharian.
• Biasanya, individu yang
menghadapi masalah akan
mencari jalan keluar untuk
mengatasi masalah tersebut.
• Jika sesuatu masalah dapat
diatasi, ini dianggap sebagai
suatu kejayaan bagi individu
terbabit
14
15
PENYELESAIAN MASALAH
BUKAN INVENTIF
• Langkah pertama adalah dengan
mengenal pasti masalah yang dihadapi.
Individu perlulah berhadapan dengan
sesuatu masalah bagi mengenal pasti
masalah tersebut.
• Langkah kedua menyenaraikan pilihan
yang ada untuk menyelesaikan masalah.
• Langkah ketiga, membuat pilihan yang
sesuai daripada senarai pilihan yang ada.
• Langkah keempat adalah dengan
melaksanakan pilihan yang telah dibuat.
• Langkah kelima, membuat penilaian sama
ada pilihan tersebut berjaya atau
sebaliknya.
• Sekiranya masalah berjaya diatasi, maka
proses penyelesaian masalah telah selesai.
• Jika sebaliknya, rujuk semula langkah
kedua dan jalan penyelesaian yang ada, dan
cubalah membuat pilihan yang lain pula.
16
MASALAH
INVENTIF
• Strategi
penyelesaian
masalah inventif
pula berbeza
daripada
penyelesaian
masalah biasa.
17
PENERANGAN FASA PENYELESAIAN
MASALAH INVENTIF
18
PENERANGAN FASA
PENYELESAIAN MASALAH
INVENTIF
• Fasa pertama ialah menganalisis
punca masalah yang dihadapi oleh
produk.
• Masalah ini boleh dikesan melalui
proses kerja yang dikenal sebagai
analisis fungsi.
• Contoh produk ialah meja.
• Analisis dilakukan dengan menjelaskan
fungsi setiap bahagian sebuah meja.
• Analisis fungsi dibincangkan dengan
lanjut pada tajuk pelajaran seterusnya.
• Analisis ini dilakukan sehinggalah
punca masalah dapat dikenal pasti.
19
PENERANGAN FASA
PENYELESAIAN MASALAH
INVENTIF
• Fasa kedua ialah memodelkan
masalah dengan menggunakan
konsep percanggahan fizikal.
• Dalam contoh ini, meja perlu
berat (bahagian kaki meja ditukar
kepada besi) untuk menjadi lebih
kuat bagi menampung beban yang
tinggi dan perlu ringan untuk
mudah dialihkan.
• Percanggahan fizikal dalam kes ini
ialah meja perlu berat dan ringan.
• Dalam fasa ketiga, murid
diperkenalkan dengan dua
kaedah penyelesaian, iaitu kaedah
pemisahan ruang dan masa.
20
SOALAN PENENTUAN KAEDAH
PEMISAHAN
21
SOALAN PENENTUAN KAEDAH
PEMISAHAN
• Setelah percanggahan fizikal dikenal pasti, iaitu
meja perlu berat dan ringan, maka soalan yang
perlu ditanyakan ialah “Adakah meja perlu berat
untuk menampung beban tinggi dan ringan (untuk
mudah dialihkan) pada masa yang sama?”
• Jawapannya adalah tidak, kerana meja digunakan
untuk menampung beban dan dialihkan pada masa
yang berlainan, maka kaedah pemisahan masa
dipilih.
22
MODEL PENYELESAIAN
• Fasa keempat memilih model
penyelesaian spesifik (prinsip
inventif).
• Setiap kaedah pemisahan
dibekalkan dengan pilihan-pilihan
prinsip inventif.
• Sebagai contoh, kaedah pemisahan
ruang dibekalkan dengan tujuh
prinsip inventif dan kaedah
pemisahan masa juga dibekalkan
dengan tujuh prinsip inventif.
• Setelah mengenal pasti jenis
kaedah pemisahan, murid boleh
memilih satu atau menggabungkan
beberapa prinsip inventif yang
dibekalkan untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
23
1.2 ANALISIS FUNGSI
24
1.2.1 MEMBUAT HUBUNG KAIT
ANTARA PRODUK DENGAN OBJEK
DARI SEGI FUNGSINYA
25
MEMBUAT HUBUNG KAIT ANTARA
PRODUK DENGAN OBJEK DARI SEGI
FUNGSINYA
• Dalam proses
penyelesaian masalah
inventif, analisis fungsi
bertujuan untuk
membantu mengenal
pasti sistem yang ada
pada sesebuah produk.
• Apabila analisis fungsi
dibuat, fungsi setiap
komponen yang
melengkapkan sesuatu
produk akan
dinyatakan.
26
MEMBUAT HUBUNG KAIT
ANTARA PRODUK DENGAN
OBJEK DARI SEGI FUNGSINYA
• Contoh komponen bagi sebuah kerusi
ialah tempat duduk, penyandar kerusi,
kaki kerusi, skru, dan kerangka kerusi.
• Komponen tersebut saling berhubung
antara satu dengan yang lain dengan
kepentingan fungsi masing-masing.
• Jika mana-mana komponen itu pincang,
maka fungsi produk itu akan terjejas.
• Contohnya, skru berkarat.
• Skru kerusi yang patah akibat berkarat
akan menyebabkan bahagian tempat
duduk atau penyandar kerusi
tertanggal.
27
MEMBUAT
HUBUNG KAIT
ANTARA
PRODUK
DENGAN OBJEK
DARI SEGI
FUNGSINYA
• Dalam konsep analisis fungsi, produk terdiri daripada
gabungan beberapa komponen yang membentuk
produk lengkap.
• Produk membentuk suatu sistem bagi produk itu
sendiri.
• Fungsi ialah tugas yang dilakukan oleh produk untuk
merubah objek sasaran.
• Objek pula menerima kesan daripada fungsi produk.
• Dengan kata lain, objek ialah penerima kesan akibat
daripada kefungsian sesuatu produk
28
MEMBUAT HUBUNG KAIT ANTARA PRODUK
DENGAN OBJEK DARI SEGI FUNGSINYA
29
1.2.2 MELUKIS SISTEM FUNGSI
30
MELUKIS SISTEM
FUNGSI
• Fungsi komponen ialah
melaksanakan tugas
yang tertentu bagi
melengkapkan sistem
fungsi produk.
• Komponen ialah
bahagian kecil yang
berfungsi menyokong
sesuatu produk.
• Contoh produk ialah
sebuah meja.
31
MELUKIS SISTEM
FUNGSI
• meja mempunyai fungsi memegang sebuah
buku.
• Memegang bermaksud meja dijadikan fungsi
sebagai tempat untuk meletakkan buku.
• Aspek fungsi ini dapat dijelaskan dengan
kewujudan bahagian komponen meja yang
memegang buku, iaitu bahagian muka meja.
32
MELUKIS
SISTEM
FUNGSI
• Rangkaian fungsi terbentuk pada bahagian komponen
meja, iaitu bermula dari lantai yang memegang kaki
meja.
• Skru pula memegang kaki meja supaya berada dalam
keadaan yang stabil.
• Apabila skru diketatkan dan kaki meja stabil, barulah
disambungkan pada bahagian muka meja.
• Dengan itu, kaki meja dapat memegang muka meja
dalam keadaan yang stabil.
33
MELUKIS SISTEM FUNGSI
• Sekiranya lantai tidak rata,
maka kedudukan meja tidak
stabil walaupun komponen
lain dapat berfungsi dengan
cekap.
• Berdasarkan jadual
tersebut, sistem fungsi
komponen dapat dilukis
melalui rajah model fungsi.
• Rangkaian pada komponen
meja menggambarkan
keadaan komponen meja
melalui hubungan anak
panah.
34
1.2.3 MEMBINA MODEL FUNGSI
DENGAN MENGGUNAKAN
GARISAN INTERAKSI
35
MEMBINA MODEL
FUNGSI DENGAN
MENGGUNAKAN
GARISAN INTERAKSI
• Meja yang digunakan oleh
Ahmad sebagai tempat
untuk mengulang kaji
pelajaran dan membuat
kerja sekolah bergoyang
dan tidak stabil
• Buku yang diletakkan di
atas meja hampir terjatuh.
• Ahmad ternampak skru
yang mengikat muka meja
dengan kaki meja banyak
yang berkarat.
36
GARISAN INTERAKSI YANG DIGUNAKAN
UNTUK MENGGAMBARKAN SESUATU MASALAH
37
MODEL FUNGSI BAGI SEBUAH MEJA
YANG BERMASALAH
38
MASALAH FUNGSI DAN
PUNCA MASALAH
• Dalam penyelesaian
masalah secara inventif,
masalah dapat dikenal pasti
melalui analisis fungsi
komponen produk.
• Melalui kaedah ini, masalah
dapat dikesan dan mudah
mencari alternatif
penyelesaian.
• Ada dua langkah yang perlu
dilakukan untuk mencari
punca masalah, iaitu
mengenal pasti masalah
pada model fungsi dan pada
komponen yang terlibat.
39
MASALAH: MEJA BERGOYANG TIDAK
STABIL
40
ANALISIS
BERANTAI
PUNCA DAN
KESAN
• Tujuan analisis berantai punca dan kesan adalah untuk
memahami dan mengesahkan rantaian punca dan kesan bagi
sesuatu masalah.
• Soalan akan ditanya beberapa kali sehingga punca masalah
dapat dikesan.
• Soalan akan terhenti apabila jawapan diperoleh.
• Jawapan yang diperoleh mungkin disebabkan halangan semula
jadi, halangan sains dan fizik, atau halangan sifat asas objek
41
ANALISIS BERANTAI
PUNCA DAN
KESAN
• Meja menjadi tidak
stabil kerana skru tidak
dapat mengikat muka
meja dan kaki meja
dengan ketat.
• Punca dan kesan yang
dicari mestilah
melibatkan objek dan
parameter.
42
ANALISIS BERANTAI
PUNCA DAN
KESAN
• Kesimpulannya, meja
tidak stabil kerana skru
yang memegang antara
kaki meja dan muka
meja telah berkarat dan
patah kerana
kelembapan cuaca
semula jadi
(supersistem).
43
1.3 PERCANGGAHAN
FIZIKAL
44
1.3.1 MENGENAL PASTI DAN
MENGANALISIS PERCANGGAHAN
FIZIKAL
45
MENGENAL PASTI DAN
MENGANALISIS
PERCANGGAHAN FIZIKAL
• Mengenal pasti percanggahan fizikal
ialah keadaan yang berlawanan antara
satu dengan yang lain yang diperlukan
dalam suatu objek.
• Contohnya, fizikal yang besar
berlawanan dengan fizikal yang kecil.
• Percanggahan fizikal pula dianalisis
untuk memilih kaedah penyelesaian
masalah inventif secara pemisahan
yang sesuai.
46
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF
• kaedah pemisahan ruang
• Kaedah pemisahan masa
47
PENENTUAN KAEDAH PENYELESAIAN
MASALAH INVENTIF SECARA PEMISAHAN
48
1.3.2 MENCADANGKAN
PEMILIHAN PRINSIP INVENTIF
49
MENCADANGKAN
PEMILIHAN PRINSIP
INVENTIF
• Selepas kaedah
pemisahan ruang
atau masa
ditentukan, pilih
prinsip inventif
yang bersesuaian
untuk
menyelesaikan
masalah inventif
yang dihadapi.
50
PRINSIP INVENTIF BAGI KAEDAH
PEMISAHAN RUANG
51
PRINSIP INVENTIF BAGI KAEDAH
PEMISAHAN RUANG
52
PRINSIP
INVENTIF
BAGI
KAEDAH
PEMISAHAN
MASA
53
PRINSIP
INVENTIF
BAGI
KAEDAH
PEMISAHAN
MASA
54
1.3.3 MENJUSTIFIKASIKAN
CADANGAN PERUBAHAN REKA
BENTUK BERDASARKAN
PEMILIHAN PRINSIP INVENTIF
55
MENJUSTIFIKASIKAN
C ADANGAN PERUBAHAN
REKA BENTUK
BERDASARKAN PEMILIHAN
PRINSIP INVENTIF
• Pada peringkat ini,
murid telah memilih
prinsip inventif yang
sesuai untuk
perubahan reka
bentuk yang dipilih.
56
CADANGAN PERUBAHAN REKA BENTUK BERDASARKAN
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH INVENTIF SECARA
PEMISAHAN
57
MENJUSTIFIKASIKA N C ADANGAN
PERUB AHAN REKA BENTUK
BERDASARKAN PEMILIHAN PRINSIP
INVENTIF
• sebuah meja perlu berat untuk
menampung beban yang banyak di
atasnya.
• Meja yang berat biasanya kukuh
untuk diletakkan buku-buku,
sebuah komputer, sebuah pencetak,
dan sebagainya.
• Meja menjadi kukuh kerana kaki
meja dibuat daripada besi.
• Keadaan ini dapat menyelesaikan
masalah meja yang tidak stabil
akibat menampung beban yang
banyak.
58
MENJUSTIFIKASIKA N
C ADANGAN PERUB AHAN
REKA BENTUK
BERDASARKAN PEMILIHAN
PRINSIP INVENTIF
• Penyelesaian masalah di atas telah
menimbulkan masalah yang lain
pula.
• Masalah berlaku apabila meja
hendak dialihkan ke sudut lain.
• Meja ini menjadi lebih berat
seperti yang berlaku dalam contoh
prinsip inventif
• Lebih ramai tenaga pekerja
diperlukan untuk mengalihkan
meja ini.
• Kaedah pemisahan yang dipilih
ialah kaedah pemisahan masa
• Prinsip inventif yang dipilih sebagai
penyelesaian masalah di atas
adalah dengan menggunakan
kedinamikan.
59
CADANGAN PERUBAHAN REKA BENTUK
60
1.3.4 MENGHASILKAN LAKARAN
PRODUK BERFOKUSKAN
BAHAGIAN YANG MEMPUNYAI
MASALAH INVENTIF
61
MENGHASILKAN LAKARAN
PRODUK BERFOKUSKAN
BAHAGIAN YANG
MEMPUNYAI MASALAH
INVENTIF
• Perubahan pertama reka
bentuk meja yang
dicadangkan adalah
dengan memasang kaki
meja yang boleh
ditanggalkan daripada
muka meja.
• Meja ini menggunakan
konsep skru yang boleh
pasang buka apabila
hendak dialihkan
62
LAKARAN PRODUK YANG MEMFOKUSKAN
BAHAGIAN YANG MEMPUNYAI MASALAH INVENTIF
63
MENGHASILKAN LAKARAN
PRODUK BERFOKUSKAN
BAHAGIAN YANG
MEMPUNYAI MASALAH
INVENTIF
• Perubahan kedua yang
dicadangkan adalah dengan
memasang roda pada hujung
kaki meja agar mudah
digerakkan.
• Apabila meja hendak dialihkan
hanya seorang tenaga pekerja
diperlukan untuk menolak
meja itu.
• Apabila meja hendak
digunakan maka roda meja
perlu dikuncikan supaya tidak
bergerak.
64
TAMAT
1.1 PENGENALPASTIAN
MASALAH
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 64
SLIDE
Similar Resources on Wayground
57 questions
Informatika
Lesson
•
9th Grade
58 questions
Materi 8 Gelombang Berjalan dan Stasioner
Lesson
•
11th Grade
61 questions
CE 456 Keamanan Jaringan
Lesson
•
University
58 questions
Nota dan Kuiz Haba (Bahagian 1)
Lesson
•
4th - 6th Grade
59 questions
Akuntansi sebagai Sistem Informasi
Lesson
•
12th Grade
61 questions
JURNAL PENYESUAIAN AKUTANSI PERUSAHAAN JASA
Lesson
•
11th Grade
59 questions
TES AKADEMIK - PPDB SMAIT NIBSC 2023 - 2024
Lesson
•
1st Grade
58 questions
Tes Potensi Akademik (Bab 1-4)
Lesson
•
University
Popular Resources on Wayground
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Probability Practice
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Probability on Number LIne
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Appropriate Chromebook Usage
Lesson
•
7th Grade
10 questions
Greek Bases tele and phon
Quiz
•
6th - 8th Grade
Discover more resources for
15 questions
Fractions on a Number Line
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Probability Practice
Quiz
•
4th Grade
15 questions
Probability on Number LIne
Quiz
•
4th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
25 questions
Multiplication Facts
Quiz
•
5th Grade
22 questions
fractions
Quiz
•
3rd Grade
6 questions
Appropriate Chromebook Usage
Lesson
•
7th Grade
10 questions
Greek Bases tele and phon
Quiz
•
6th - 8th Grade