

Untitled Lesson
Presentation
•
History
•
University
•
Practice Problem
•
Hard
aisyah ecahhh
FREE Resource
13 Slides • 0 Questions
1
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
1
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, tulisan kali ini bertujuan untuk membahaskan sebuah pernyataan
iaitu sejarah merupakan sebahagian daripada sains dan bukanlah sastera. Adapun
pernyataan ini terhasil daripada sebuah kenyataan yang dipetik daripada jurnal
yang dikaryakan oleh J. W. Swain yang menyatakan bahawa ahli sejarah bukan
sahaja ahli dalam ruang lingkup bidang sejarah sahaja akan tetapi juga arif dalam
bidang sains malah mampu membuat pembuktian berkenaan sejarah dalam prestij
sains.1 Lantas, beberapa perbahasan dan penghujahan akan didatangkan bagi
membuktikan bagaimana sejarah itu mampu diangkat sebagai salah satu bidang
ilmu sains dan bagaimana pula hubungannya dengan sastera. Walaupun benar
sekalipun sejarah merupakan sains bukanlah sastera, lalu bagaimana pula
keaadannya dengan sastera, adakah sejarah terus sahaja menyingkirkan
kedudukan sastera daripada ruang lingkup keilmuan ini atau kemungkinan juga
memberinya tempat sebagai ilmu bantu, semua ini akan kita bahaskan.
Bagi menghuraikan kedudukan sejarah sebagai sains atau sebaliknya,
hendaklah terlebih dahulu kita memahami bahawa terdapat dua aliran utama yang
digunakan untuk memahami makna dan falsafah ilmu sejarah itu sendiri iaitu
mereka yang berpegang kepada fahaman empirisme dan juga rasionalisme. Kedua-
duanya mempunyai pandangan yang berbeza dalam melihat sejarah sebagai sains.
Leopold Von Ranke misalnya, mentakrifkan sejarah sebagai sebuah pengajian yang
bersifat objektif, bebas, dan saintifik tentang sesebuah peristiwa yang telah
berlalu.2 Matlamat pengajian itu pula adalah untuk menggambarkan kejadian-
kejadian yang dikaji seperti sebagaimana yang berlaku. Justeru, bagi mendapatkan
hasil kajian sejarah yang baik seperti ini kita seharusnya menkaji sesebuah
peristiwa itu berlandaskan fakta-fakta dan dokumen yang telah dikaji secara
saintifik. Ketepatan sumber yang digunakan untuk menghasilkan sebuah karya
sejarah amat penting kerana sejarah seharusnya membicarakan sesebuah peristiwa
berdasarkan kebenaran dan kesahihan, bukan sekadar memperindahkan cerita atau
untuk memuaskan hati mana-mana pihak yang berkaitan.
1 J.W. Swain, What Is History?, United States Of America: Journal Of Philosophy Inc, 1923, hlm. 281.
2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1994, hlm. 23.
2
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
2
Setelah kita dijelaskan dengan pendapat yang mengatakan bahawa sejarah
itu seharusnya bersifat bebas dan saintifik, maka perbincangan mengenainya tidak
akan terlepas daripada membicarakan tentang proses yang dilalui bagi mengkaji
sesebuah peristiwa. Daripada perbicaraan ini, kita akan mendapat penjelasan yang
lebih konkrit bagaimana sejarah itu boleh dikatakan sebagai salah satu cabang ilmu
sains. Secara mudahnya, sejarah dikatakan sebahagian daripada sains jika kita
menilainya dari sudut metodologinya yang banyak melibatkan kajian dan
penyelidikan untuk mendapatkan sesebuah jawapan terhadap persoalan sejarah.
Kita juga seharusnya jelas, persoalan-persoalan yang timbul dalam sejarah
kebanyakannya tidak boleh dijawab dengan hanya sekadar meluahkan pendapat
peribadi seseorang sejarahwan sahaja. Tetapi penilaian yang bersifat kritis dan
analitis perlu dilaksanakan bagi mengkaji kebenaran sesebuah kenyataan yang
dikeluarkan terhadap peristiwa yang dikaji. Hal ini bertepatan dengan takrifan
sejarah secara etimologinya, daripada perkataan Greek iaitu ‘historia’ yang
dimaksudkan sebagai kajian dan penyelidikan terhadap sesebuah perisitiwa.3
Kaedah yang bersifat saintifik dan bermodelkan sains seperti membuat
pemerhatian terhadap dokumen atau artifak yang ditinggalkan, bersoal jawab
dengan orang sumber yang mengalami kejadian atau pernah diceritakan oleh saksi,
dan membuat perbandingan diantara bukti atau kesan tinggalan sejarah diantara
dua tamadun kuno semua ini menjadi alasan yang kuat bagi para pemikir sejarah
mengelaskan ilmu sejarah sebagai sains dan bukannya sastera. Penerimaan konsep
ini semakin meluas dalam dunia akademik, sehingga ada aliran radikal yang
berfahaman bahawa sejarah itu berdiri atas disiplin ilmu yang tersendiri. Hal
mengakibatkan munculnya kolaborasi antara kaedah hermenutiks dan filologi klasik
dalam mentafsirkan sebarang sumber sejarah. J.B. Bury pernah menukilkan
bahawa sejarah itu adalah sains, tidak lebih dan tidak kurang.4 Bagi Bury, sains
yang maksudkan disini ialah berkenaan usaha untuk memastikan sumber sejarah
itu telah melalui penganalisaan yang teliti dan sistematik. Sifat skeptikal yang
sebegini haruslah wujud bagi memastikan fakta yang digunakan untuk meleraikan
sesebuah persoalan sejarah itu tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar.
3Ibid.
4Anna Green & Kathleen Troup, The Houses of History: A Critical Reader in Twentieth Century
History and Theory, Manchester: Manchester University Press. 1999, hlm. 23.
3
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
3
2.0 Ciri-Ciri Sains Dalam Ilmu Sejarah
Setelah kita memahami sejarah sebagai sains secara konseptual, maka perbahasan
ini akan diteruskan dengan membincangkan tentang ciri-ciri yang perlu ada bagi
meletakkan sejarah sebagai salah satu ilmu yang boleh dibuktikan dengan prestij
sains. Elemen-elemen ini menjadi syarat umum dan juga sebagai justifikasi yang
kukuh untuk kita mengatakan bahawa sejarah itu ialah sains. Berikut ialah
beberapa ciri umum yang menjadi alasan untuk kita menyokong kehujahan ini.
2.1 Bersifat Kajian dan Penyelidikan
Umum mengetahui bahawa sains sejak seawal revolusi sains yang berlaku di
Eropah lagi telah mengaplikasikan kaedah empirikal dan penghujahan secara
induktif dimana semua keputusan mahupun pendapat hanya akan dinyatakan
setelah melalui perkiraan yang sangat teliti dan mendalam hingga akhirnya
disimpulkan menjadi sebuah penjelasan yang mudah untuk disebarkan kepada
umum. Sejak pertengahan kurun ke 16 lagi ahli sejarah yang berpegang dengan
prinsip sejarah adalah sains telah berpendapat bahawa ilmu ialah pengenalan
tentang fakta yang boleh ditanggapi oleh pancaindera yang bersifat induktif.5 Hal
ini seharusnya boleh ditemui dalam sesebuah karya tentang sejarah, dimana untuk
menghasilkan sebuah pensejarahan yang baik dan boleh diterima umum haruslah
bermula dengan usaha untuk membuat penyelidikan tentangnya terlebih dahulu
sebelum memberi sebarang jawapan mahupun pandangan tentang isu-isu sejarah.
Kaedah menyelidik dan menyiasat ini telah diamalkan sejak zaman Bapa
Sejarah iaitu Herodotus lagi dimana ciri ini boleh didapati melalui karyanya Histories
mengenai peperangan diantara Greek dan Parsi yang dihasilkan melalui kaedah
penyelidikan dan kajian.6 Beliau telah turun ke lapangan dimana lokasi peperangan
berlaku untuk membuat pemerhatian sendiri dan Herodotus turut menemubual
saksi kejadian yang menyaksikan perang tersebut. Tidak lupa juga dengan
Thucydides yang mengembangkan lagi kaedah kajian dan penyelidikan sejarah
dalam karyanya The Polenessian War walaupun berakibat daripada penulisannya
yang bersifat empirikal ini telah menimbulkan tuduhan kepada beliau sehingga
5 Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit., hlm. 19.
6 P. Sivarajan & S. Malar Arasi, Pengantar Sejarah, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., 2009,
hlm. 6.
4
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
4
Thucydides dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan kerajaan kerana tidak
memenuhi kepuasan masyarakatnya ketika itu.
Bagi seorang ahli sejarah, mereka seharusnya faham dan maklum bahawa
segala maklumat dan fakta yang diperlukan untuk membuat kerja-kerja
pensejarahan tidak wujud didepan mata seperti adanya bahan kajian sains tabii.
Namun, bahan-bahan untuk kajian sejarah boleh didapati dengan menggunakan
bantuan ilmu sains itu sendiri barulah penghasilan karya sejarah yang saintifik dan
tepat boleh dihasilkan. Kaedah kajian yang mengheret kita untuk memperhatikan
bahan dari masa lalu menjadikan ilmu sejarah ini bersifat lebih kompleks daripada
ilmu sains itu sendiri. Hal ini sekaligus menolak pendapat ahli sejarah yang
memandang sejarah dari sudut masa kini seperti Benedetto Croce yang percaya
bahawa semua sejarah ialah sejarah masa kini. Benedetto juga menolak pendapat
bahawa sejarah seharusnya dilihat dari sudut evolusi dimana kajian sejarah yang
menyentuh daripada awal kejadian sesebuah peristiwa.7 Namun penolakan ini
tidaklah bermakna Benedetto Croce menolak sekilagus fahaman bahawa sejarah
ialah sains, tetapi pendapat beliau ini menguatkan lagi hujah tersebut kerana
desakan untuk melihat sejarah dari kerangka pemikiran manusia kini hanya akan
membawa kita kepada sains juga pada akhirnya.
Maka, bagi meneliti sumber atau bahan sejarah kita hendaklah kembali
kepada konsep heteronomi sejarah. Dimana, secara sedar mahupun tidak sejarah
memerlukan ilmu bantu lain atau lebih dikenali sebagai auxilliary sciences dalam
menghasilkan sesebuah kajian sejarah.8 Contohnya, penggunaan ilmu arkeologi
dalam penelitian terhadap sumber-sumber kajian. Dalam bidang pembacaan tulisan
misalnya, kejayaan sejarahwan untuk membaca tulisan lama seperti Jean Francouis
Champollion pada 1822 telah berjaya membaca tulisan hieroglyph daripada warisan
Mesir Purba yang kemudiannya melahirkan papyrology satu bidang yang lebih
khusus untuk membaca tulisan papyrus. Tidak lupa juga bagaimana ilmu epigrafi
telah berjaya menghuraikan prasasti dan inskripsi kuno. Kesemua maklumat yang
menggambarkan tentang situasi dan kehidupan zaman lampau banyak yang telah
dirungkaikan melalui bidang ini.
7 Rene Wellek, Benedetto Croce:Literary Critics and Historian, North Carolina : Duke University
Press on behalf of the University of Oregon, 1953, hlm. 76.
8 Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit., hlm. 89.
5
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
5
Melalui kajian dan penyelidikan juga, kepastian tentang sesebuah pendapat
atau penulisan sejarah juga boleh bertambah dan mengimbangi perasaan skeptikal
sesebuah pihak terhadap sejarah. Persoalan sejarah tentang dimanakah kewujudan
terawal manusia di Malaysia misalnya, pentarikhan karbon telah memberi jawapan
iaitu 235 000 tahun lalu manusia telah mendiami Borneo iaitu di Lembah Mansuli,
Lahad Datu dan ini ialah bukti bahawa ciri sains yang bersifat kajian dan
penyelidikan telah mencorak bentuk dan pendekatan dalam ilmu sejarah.
Lebih hebat lagi apabila perkembangan ilmu sejarah hari ini turut mendapat
impak daripada ledakkan teknologi terkini. Alat dan kaedah baharu mulai
diperkenalkan yang pada asasnya untuk membantu para ahli akademik untuk
mentafsirkan fakta dan data penyelidikan mereka. Contoh yang paling jelas hari ini
ialah terdapat pengkaji sejarah yang melazimi penggunaan kaedah kuantifikasi
dalam membuat sesebuah penulisan atau karya sejarah. Penggunaan kaedah
kuantifikasi ini sangat meluas terutamanya oleh aliran Annales telah menghadirkan
satu disiplin ilmu baharu dalam pengajian sejarah iaitu sejarah kuantitatif.9
Walaupun pada dasarnya kaedah ini lebih sesuai untuk perbincangan sejarah
ekonomi sahaja tetapi ia membawa bukti betapa sejarah sangat sesuai dikatakan
sebagai sains.
Jika kita lihat dari sudut penggunaan teknologi terkini seperti komputer
misalnya, kita tidak menafikan bahawa perbincangan ini akan menimbulkan sikap
prejudisme dalam kalangan sejarahwan yang lebih suka berpegang dengan cara
tradisional. Hal ini kerana penggunaan alat canggih seperti komputer telah
membawa nilai ilmu sejarah sebagai sains ke tahap yang sangat tinggi dan terlalu
saintifik.10 Perkembangan ini merupakan satu ancaman kepada mereka yang masih
tegal untuk mempertahankan pendapat bahawa sejarah ialah sastera. Mana
tidaknya,
pembuktian
yang
empirik
berdasarkan
kaedah
saintifik
yang
merangkumkan ilmu-ilmu sains seperti fizik, kimia, biologi, matematik dan
sebagainya ditambah dengan data-data yang muncul dipaparan digital telah
memberi
bukti
bahawa
sejarah
itu saintifik
sifatnya
dan
cara
untuk
memanifestasikan sebuah karya sejarah sahaja berkehendakkan kepada kita untuk
kembali kepada asas-asas ilmu sains iaitu kajian dan penyelidikan yang saintifik.
9 Ibid, hlm. 102.
10Ibid. hlm. 103.
6
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
6
2.2 Bukti Yang Konkrit Dan Tepat
Dalam ciri ini, kita membuat sebuah perbandingan dimana sekiranya sejarah ialah
sains pastinya sumber yang digunakan untuk membuktikan sesebuah kajian atau
penyelidikan seharusnya benar dan tepat. Terdapat dua perkara yang harus
diperhatikan terhadap sesebuah sumber atau bahan sejarah yang pertama ialah
sumber itu hendaklah ia bersifat konkrit yang dimana sumber ternyata kesahihan
dan kebenarannya sama ada dari sudut perincian mahupun keasliannya. Keduanya
ialah sumber tersebut seharusnya tepat dimana ia mampu menyokong
penghujahan sejarahwan dan tidak lari daripada ruang lingkup sesebuah
perbincangan. Disini muncullah sebuah polemik iaitu tindakan memilih fakta yang
tepat pastinya mengakibatkan sejarahwan tidak mampu menunaikan obligasi untuk
bersifat bebas dan tidak dipengaruhi oleh unsur luar sewaktu menulis. E.H. Carr,
sejarahwanlah yang akan memilih fakta atau kejadian mana yang akan dibicarakan
untuk dijadikan fakta sejarah.11 Carr juga telah mengajar kita untuk bersifat
memilih kerana baginya tidak semua fakta sesuai untuk digunakan.
Pencirian ini juga berkehendakkan kita untuk menilai semula bukti dan
sumber yang ditinggal ke hari ini. Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang misalnya,
banyak memasukkan unsur mitologi dan retorika dalam penulisannya. Penguasaan
ilmu dikotomi untuk memisahkan unsur sastera dengan fakta sejarah amat
diperlukan dalam perkara ini. Maka, kaedah hermeunistik diperkenalkan untuk
memanusiakan segala fakta yang ditinggalkan dalam naskhah-naskhah lama itu.
Tidak lupa juga bahawa dalam pembicaraan tentang penelitian sumber ini kita turut
tidak terlepas daripada dua perkara penting iaitu heuristik dan kritik. Heuristik
digunapakai untuk mengumpulkan bahan-bahan sejarah yang berselerak sekaligus
dengan konsep kita dapat menemukan bahan sejarah yang lebih telus dan asli.12
Manakala konsep kritik pula muncul dalam bentuk keraguan atau skeptisisme
sebelum kita menerima kebenaran sesebuah sumber.13 Kritikan pula terbahagi
kepada kritikan luaran yang berfokus kepada keaslian sesebuah sumber dan
kritikan dalaman yang menekankan kemunasabahan isi kandungan sesebuah
sumber. Hal ini membuktikan bahawa sejarah itu sifatnya saintifik dan teliti.
11 E.H.Carr (terjemahan Abdul Rahman Haji Ismail), Apakah Sejarah?, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1984, hlm. 4.
12 Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit., hlm. 70.
13 Ibid. hlm. 76.
7
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
7
2.3 Pengkaji Seharusnya Seorang Pakar
Daripada kenyataan awal yang menjadi titik tolak perbahasan ini, J.W. Swain
menyatakan bahawa sejarahwan bukan sahaja ahli dalam bidang sejarah tetapi
juga mahir dalam ilmu sains tetapi hakikatnya sejarahwan bukanlah saintis.14 Ini
menunjukkan bahawa antara sebab utama sejarah dikelaskan sebagai salah satu
bidang ilmu sains ialah kerana keahlian ahli sejarah juga luas dalam pelbagai
disiplin ilmu. Hal ini sangat mustahak kerana kebanyakan pembuktian-pembuktian
sejarah sangat memerlukan bantuan ilmu lain apatah lagi jika sejarah yang dikaji
berkait rapat dengan bidang lain seperti sejarah ekonomi dan sejarah fenomena
alam misalnya yang sangat memerlukan sejarahwan menilai dari sudut pandang
kacamata seorang ahli ekonomi dan ahli geologi pastinya.
Kegagalan untuk memahirkan diri dalam bidang ilmu yang hendak dikaji
sejarahnya akan menyukarkan sejarahwan menghurai dan menginterpretasikan
pandangan terhadap sesebuah sejarah. R.G. Collingwood menyatakan bahawa
sejarah hanya boleh huraikan oleh mereka yang berkelayakan sahaja.15 Kelayakan
yang dimaksudkan oleh Collingwood ini bukan sekadar mendapatkan pendedahan
tentang ilmu sejarah semata-mata, tetapi mempunyai kepakaran dalam
merangkumkan kepelbagaian ilmu bantu bagi mendapatkan keputusan yang benar-
benar tepat walaupun pada dasarnya sejarah itu sendiri tidak mempunyai
kebenaran mutlak namun penggunaan ilmu saintifik akan membantu kita menilai
yang manakah pandangan yang terhampir kepada kebenaran.
Pada hari ini, kerja-kerja pensejarahan semakin mudah dan sistematik.
Setiap tugas dan fungsi sudah dibahagikan. Mereka yang terlibat dalam meneliti
artifak dan tinggalan lama akan menjalankan kajian sebagai ahli arkeologi, muzium,
dan arkib manakala yang lain pula akan mengambil peranan sebagai penulis yang
mentafsirkan maklumat-maklumat sejarah itu dalam bentuk deskriptif. Kita tidak
lupa bagaimana Willard Libby dan kumpulan ahli kimianya telah berjaya
menyumbangkan penemuan baru iaitu pentarikhan radiokarbon bagi memastikan
usia sesebuah sumber. Libby bukanlah ahli sejarah namun atas pedoman iaitu sifat
sejarah yang berbentuk dikotomi maka perkaitan antara bidang ilmu itu dianggap
sebagai satu rahmat buat mereka yang amat menghargainya.
14 J.W. Swain, op.cit., hlm. 281.
15 P. Sivarajan & Malar Arasi, op.cit., hlm. 4.
8
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
8
3.0 Implikasi Sejarah Sebagai Sains Dalam Pensejarahan
Pada dasarnya, sekiranya ilmu sejarah diangkat sebagai salah satu daripada bidang
ilmu sains maka banyaklah kesan yang akan terjadi dalam ilmu sejarah itu sendiri.
Keadaan ini akan memberikan kesan terhadap corak dan bentuk ilmu sejarah itu
sendiri terutama sekali dalam proses menghasilkan sesebuah pensejarahan.
3.1 Kajian Dibuat Berasaskan Sumber Yang Nyata
Ironisnya dalam perbincangan ini, pengiktirafan sejarah sebagai sebahagian
daripada ilmu sains telah memberi kesan yang agak meluas dalam corak untuk
memahami disiplin ilmu sejarah itu pada dasarnya. Hal ini kerana pensaintifikan ini
menjadikan ilmu sejarah menjadi agak rigid dalam menjaga standardisasinya
sebagai salah satu cabang ilmu sains. Diantaranya ialah pada sumber yang
digunakan untuk sesebuah kajian sejarah. Pendapat yang beranggapan sejarah
sebagai sains secara tidak langsung telah menyebabkan penyelidikan dan kajian itu
disandarkan kepada bukti-bukti dan sumber yang sedia ada serta wujud.16 Sumber
yang nyata itu penting kerana sumber tersebut merupakan bahan untuk
membuktikan bahkan menyokong sesebuah kajian sejarahwan. Adakalanya fungsi
sumber bukan sahaja sebagai bahan untuk mencari jawapan tetapi juga boleh
menimbulkan persoalan terhadap jawapan semasa sesebuah penemuan sejarah.
Pemilihan dan penelitian sumber amat penting dalam memastikan sejarah
yang disusun tidak menimbulkan sebarang percanggahan, bantahan, mahupun
kepalsuan walaupun hakikatnya untuk mencapai tahap ini sukar dan kemungkinan
mustahil namun usaha ke arah itu sudah cukup baik rasanya. Contohnya, R.G
Collingwood telah menolak autobiografi sebagai sumber sejarah kerana bagi
collingwood autobiografi dikaryakan hasil daripada ingatan manusia itu sendiri
terhadap sesebuah perkara yang dirujuknya sebagai sejarah, hal ini dinyatakan
secara jelas bahawa ingatan seseorang tidak diterima sebagai sumber sejarah oleh
Collingwood sendiri.17 Penolakkan ini wajar disokong kerana kebenaran tekstual
yang disandarkan kepada mereka yang tidak berkreadibiliti adalah tidak boleh
diterima dan sepertinya nilai saintifik itu sendiri tidak ambil serius.
16 Ibid.
17 R.G. Collingwood, The Idea Of History, Oxford: University Press, 1946, hlm. 2.
9
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
9
3.2 Penolakan Terhadap Pensejarahan Yang Tidak Saintifik
Setelah penerapan unsur sains dan pengkategorian semula ilmu sejarah sebagai
sains, isu penolakan ilmu dan sumber yang tidak saintifik ini telah mulai
menimbulkan perbalahan dalam kalangan ilmuan sejarah itu sendiri. Polemik ini
bukan sahaja timbu dalam kalangan sejarahwan malah turut timbul dalam kalangan
ilmuan-ilmuan lain yang turut merasakan ledakkan sains ini pastinya. Hal ini kerana
penulisan sejarah yang tidak bersandarkan kepada kajian dan penyelidikan (kaedah
saintifik) maka ia tidak boleh dikatakan sebagai sejarah.18 Walaupun begitu, ada
beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan beralasankan bahawa kemungkinan
sesuatu itu bukanlah sejarah tetapi boleh dianggap sebagai sejarah. Contohnya
pengiktirafan babad yang dinafikan kedudukannya oleh ilmuan sejarah seperti F.J.
Teggart dan A.C Danto lantaran sifat babad itu sendiri yang tidak memberikan
pengertian dan makna terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku bahkan hanya
melampirkan rekod-rekod kejadian yang berlaku semata-mata.19 Namun ada juga
babad-babad yang diiktiraf lebih daripada sebagai sumber sejarah serta dianggap
sebagai sebuah pensejarahan seperti babad yang dikenali sebagai Cheng-shih dan
T’ung-shih yang diterapkan dalamnya unsur pengadilan moral dan penilaian
penyusun walaupun secara asasnya babad ini masih kurang dalam aplikasi
perkaedahan sejarah itu sendiri. Dalam tradisi penulisan sejarah Melayu sendiri
banyak berlakunya penolakan, hal ini kerana wujudnya penerapan unsur-unsur
bukan saintifik seperti mitos, lagenda, dan sebagainya. Hal ini menjadikan
kesukaran akal fikir manusia yang waras tidak mampu menerima isi yang
disampaikan sebagai hujah kenapa pensaintifikan sejarah menolak pensejarahan
seperti ini. Sejarah itu seharusnya bebas daripada sebarang unsur berlebih-lebihan
dan lebih jelas lagi ia mestilah logik. Begitu juga jika kita menilainya daripada
kelayakan orang yang boleh berbicara atas kapasiti sejarah mestilah orangnya
mempunyai pemahaman yang mendalam tentang ilmu sejarah dan bukan sekadar
didedahkan secara asas sahaja, jika tidak kenyataan yang dikeluarkannya adalah
tertolak. Sebab itulah, kenyataan awal perbahasan ini menyatakan bahawa ahli
sejarah itu bukan sahaja sejarahwan tetapi juga seorang yang mahir sains bahkan
menjadi antara yang terbaik diantaranya walaupun hakikatnya dia bukanlah saintis.
18 P. Sivarajan & S. Malar Arasi, op.cit., hlm. 6.
19 Ibid, hlm. 8.
10
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
10
4.0 Perbandingan Dan Kedudukan Sastera Dalam Ilmu Sejarah
Pada asasnya, diawal perbahasan ini kita telah ditinggalkan dengan persoalan
bagaimanakah perbandingan dan kedudukan sastera dalam ilmu sejarah. Maka,
daripada pembuktian-pembuktian yang lepas sedar bahawa sejarah bukanlah
sastera secara pasti kerana wujudnya perbezaan yang amat besar diantara dua
bidang keilmuan ini. Secara asasnya, perbandingan yang boleh kita lihat secara
jelas diantara sejarah dan sastera ialah sifatnya yang sama iaitu bercorak naratif
atau berbentuk penceritaan. Kaedah penyampaian yang memerlukan kepada
penulisan ini adalah titik persamaan namun percanggahan mulai terjadi apabila isi
penyampaian jauh berbeza kerana sastera terhasil daripada khayalan dan imaginasi
sedangkan sejarah pula sifatnya deskriptif dan analisis.20 Justeru, perbezaan inilah
yang menjadi justifikasi betapa sebenarnya ilmu sejarah bukanlah sastera.
Perbezaan bukan sahaja dicaknai oleh para ahli sejarah malahan ahli
sastera turut berpendapat perlunya satu disiplin ilmu yang membezakan ruang
lingkup ilmu-ilmu ini. Lantara itulah, muncul subdisiplin sastera yang dikenali
sebagai Comparative Literature (sastera perbandingan) yang bukan sahaja
membandingkan antara kesusasteraan tetapi turut membandingkannya dengan
falsafah, sejarah, potilik, dan sebagainya.21 Perkara ini memperlihatkan kepada
umum bahawa golongan sasterawan sendiri tidak mahu menerima sejarah sebagai
sebahagian daripada sastera. Seiring dengan perkembangan waktu, ilmu sastera
hari ini tidaklah seperti zaman dahulu yang banyak melibatkan aspek estetika
semata-mata tetapi sastera hari telah mulai berkembang sama seperti bidang ilmu
bahasa yang seperti linguistik dan sebagainya. Maka, persoalan sama ada peranan
sastera dalam ilmu sejarah itu masih perlu atau tidak pasti akan muncul. Bagi
menjawab persoalan ini hendaklah kita kembali kepada pucuk pangkal konsep
kemandirian ilmu sejarah itu sendiri. Jika kita berpegang dengan konsep dikotomi
idiographic-nomothetic yang berpendapat bahawa sejarah seharusnya berdiri
sebagai disiplin ilmu tersendiri pastilah kita akan menolak peranan sastera dan
ilmu-ilmu lain sebagai ilmu bantu sejarah. Namun, jika kita berpegang kepada
konsep yang menyatakan sejarah itu sifatnya heteronomi maka keterbukaan ini
akan membuka jalinan yang baik kerana sejarah itu sendiri sifatnya amat
20 Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit., hlm. 101.
21 Ibid, hlm 102.
11
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
11
memerlukan kepakaran dan keahlian dalam pelbagai bidang ilmu lain seperti
arkeologi, kuantifikasi, sosiologi, kesusasteraan dan sebagainya. Keperluan yang
mendesak ini memberi kita satu gambaran bahawa sejarah itu dinamik sifatnya.
Namun, penggunaan ilmu lain sebagai ilmu bantu khususnya sastera
berkehendakkan kepada kita untuk mewujudkan satu garis peraturan yang perlu
dipatuhi bagi mengelakkan kita terbuai dalam pengaplikasian sastera sehingga
menyebabkan kita terkeluar daripada landasan sejarah yang bebas daripada unsur-
unsur retorika dan berlebih-lebihan. Benedetto Croce misalnya, beliau berpendapat
bahawa pengamalan subdisiplin sastera perbandingan diawal sebarang kajian akan
menyebabkan banyak kandungan sumber akan dianggap sebagai huraian yang
berlebih-lebihan atau dalam kata lain pleonasm.22 Rentetan daripada itu,
penggunaan yang terkawal dan terpandu perlu ada bagi mengelakkan daripada
sastera menguasai sejarah sedangkan seharusnya sejarahlah yang memandu
sastera dalam konteks ilmu bantu sejarah.
Dalam perbincangan ini juga, tidak mahu tidak pastinya persoalan
perbezaan epistemologi yang digunakan untuk memahami sejarah akan muncul.
Jika benar sejarah menerima sastera sebagai salah satu ilmu bantu lantas
bagaimana pula dengan kehujahan yang berpegang dengan prinsip bahawa sejarah
itu hanyalah bercerita tentang fakta-fakta yang benar tanpa melibatkan sebarang
unsur-unsur lain seperti pendirian individu seseorang penulis terhadap sejarah
diantara dua pihak yang bertelagah. Adapun sebenarnya tidak kira sejarahwan
berpegang kepada pemikiran empirisme mahupun rasionalisme kedua-duanya tetap
memerlukan kemahiran naratif tanpa mengenepikan lunas-lunas deskriptif dan
analisis. Ilmuan yang mengambil pendekatan positivisme seperti E.H Carr misalnya,
turut menyokong kedudukan sejarah sebagai sains sekalipun sifat sejarah itu yang
tidak lepas daripada daripada memerlukan bantuan ilmu lain, hal ini kerana
perkataan sains itu sendiri mencakupi kesekian banyaknya ilmu-ilmu lain dan teknik
yang berbeza.23 Kesimpulannya, sejarah adalah sains namun mengangkat sastera
sebagai ilmu bantu dalam sejarah. Dalam mempertahankan ilmiah dan saintifiknya
sejarah, kita juga tidak lupa untuk mempraktikkan sifat konvensional sejarah itu
sendiri yang menyediakan narafatif yang menarik (I’Histoire hisstorissant).
22 Rene Wellek, op.cit., hlm. 75.
23 E.H. Carr, op.cit., hlm. 90.
12
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
12
5.0 Penilaian
Secara holistiknya, pelbagai penghujahan yang dipaparkan dalam perbahasan kali
ini berkehendakkan kita untuk percaya bahawa pernyataan sejarah sebagai sains
dan bukanlah sastera seharusnya diterima oleh mereka yang benar-benar
mengamatinya. Apatah lagi, bagi menyahut seruan ilmiah yang dicanangkan oleh
sejarahwan moden seperti Leopold Von Ranke yang berpendapat bahawa sejarah
seharusnya digambarkan seperti sebenarnya berlaku (wie es eigentlich gewesen)
hanya akan dapat dimanifestasikan jika ciri-ciri saintifik diamalkan dalam
pensejarahan seperti penelitian terhadap sumber secara analitis dan kritis.24
Daripada sifat sejarah yang berbentuk kajian dan penyelidikan pula
memantapkan lagi bahawa penghujahan yang mengatakan sejarah sebagai sains
seharusnya diterima pakai oleh setiap sejarahwan walaupun berbeza paradigma
dalam mendekati ilmu sejarah itu sendiri. R.G Collingwood menyatakan bahawa
saintifiknya sejarah apabila kita melihat kepada sifatnya yang mengambil kaedah
penyelidikan dalam usaha untuk mendapat sebarang jawapan terhadap persoalan-
persoalan sejarah.25 Sedangkan para ahli sejarah yang berfahaman positivisme
sendiri menerima dan berjuang untuk meletakkan sejarah sebagai salah satu
bidang dalam pengajian sains bagaimana pula masyarakat akademik mempertikai
akan kenyataan ini. Pelbagai alasan dan justifikasi yang didatangkan bagi
membantah
kenyataan
sejarah
sebagai
sains
sendiri
tidaklah
sekonkrit
penghujahan mereka yang berpegang dengan kenyataan tersebut.
Daripada perbincangan ini juga, jelaslah kepada kita sejarah itu dikatakan
sains bermula daripada asas keilmuannya sehinggalah kepada sub-sub disiplin
ilmunya kerana hampir keseluruhan perincian ilmu sejarah itu sendiri boleh
huraikan daripada kacamata saintifik dan penuh penelitian pastinya.
24 Abdul Rahman Haji Abdullah, op.cit., hlm. 23.
25 P. Sivarajan & Malar Arasi, op.cit, hlm. 3.
13
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
13
6.0 Kesimpulan
Secara deduksinya, dapatlah kita simpulkan di akhir perbincangan ini bahawa
perbahasan lebih memihak kepada pernyataan sejarah ialah sains dan bukanlah
sastera. Kita telah dipaparkan dengan pencirian yang dimiliki oleh ilmu sejarah itu
sendiri hakikatnya bersifat saintifik. Kita juga turut menyentuh tentang kesan yang
mempengaruhi corak pensejarahan apabila sejarah diangkat sebagai salah satu
bidang ilmu sains. Perbincangan kali ini turut menghuraikan perbandingan diantara
sejarah dengan sastera dan menerangkan kedudukan sastera dalam pensejarahan
iaitu sebagai ilmu bantu terutama dalam penulisan sejarah pastinya.
Perbincangan yang terlalu padat dengan hujah-hujah ini mengheret kita
kepada satu kesimpulan yang adil dimana kita tidak bersifat terlalu prejudis
sehingga menyingkirkan peranan sastera dalam sejarah hanya kerana kita
berpegang bahawa sejarah bukanlah sastera tetapi sains. Namun, kita mengambil
pendekatan yang saksama dimana sejarah sememangnya adalah sains tanpa
mengenepikan peranan ilmu lain sebagai sokongan. Justeru, percayalah bahawa
pernyataan yang menyatakan sejarah adalah sains dan bukanlah sastera adalah
benar dan seharusnya menjadi pegangan oleh setiap ahli sejarah dan akademik.
ISKANDAR ZULKARNAIN BIN RAMLI
UMS (HA-24 SEJARAH) 2017
1
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, tulisan kali ini bertujuan untuk membahaskan sebuah pernyataan
iaitu sejarah merupakan sebahagian daripada sains dan bukanlah sastera. Adapun
pernyataan ini terhasil daripada sebuah kenyataan yang dipetik daripada jurnal
yang dikaryakan oleh J. W. Swain yang menyatakan bahawa ahli sejarah bukan
sahaja ahli dalam ruang lingkup bidang sejarah sahaja akan tetapi juga arif dalam
bidang sains malah mampu membuat pembuktian berkenaan sejarah dalam prestij
sains.1 Lantas, beberapa perbahasan dan penghujahan akan didatangkan bagi
membuktikan bagaimana sejarah itu mampu diangkat sebagai salah satu bidang
ilmu sains dan bagaimana pula hubungannya dengan sastera. Walaupun benar
sekalipun sejarah merupakan sains bukanlah sastera, lalu bagaimana pula
keaadannya dengan sastera, adakah sejarah terus sahaja menyingkirkan
kedudukan sastera daripada ruang lingkup keilmuan ini atau kemungkinan juga
memberinya tempat sebagai ilmu bantu, semua ini akan kita bahaskan.
Bagi menghuraikan kedudukan sejarah sebagai sains atau sebaliknya,
hendaklah terlebih dahulu kita memahami bahawa terdapat dua aliran utama yang
digunakan untuk memahami makna dan falsafah ilmu sejarah itu sendiri iaitu
mereka yang berpegang kepada fahaman empirisme dan juga rasionalisme. Kedua-
duanya mempunyai pandangan yang berbeza dalam melihat sejarah sebagai sains.
Leopold Von Ranke misalnya, mentakrifkan sejarah sebagai sebuah pengajian yang
bersifat objektif, bebas, dan saintifik tentang sesebuah peristiwa yang telah
berlalu.2 Matlamat pengajian itu pula adalah untuk menggambarkan kejadian-
kejadian yang dikaji seperti sebagaimana yang berlaku. Justeru, bagi mendapatkan
hasil kajian sejarah yang baik seperti ini kita seharusnya menkaji sesebuah
peristiwa itu berlandaskan fakta-fakta dan dokumen yang telah dikaji secara
saintifik. Ketepatan sumber yang digunakan untuk menghasilkan sebuah karya
sejarah amat penting kerana sejarah seharusnya membicarakan sesebuah peristiwa
berdasarkan kebenaran dan kesahihan, bukan sekadar memperindahkan cerita atau
untuk memuaskan hati mana-mana pihak yang berkaitan.
1 J.W. Swain, What Is History?, United States Of America: Journal Of Philosophy Inc, 1923, hlm. 281.
2 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1994, hlm. 23.
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 13
SLIDE
Similar Resources on Wayground
8 questions
الاستماع - الدرس 1 - أ
Presentation
•
University
12 questions
Kuis Proxy War & Civil War
Presentation
•
University
13 questions
Narrative Text
Presentation
•
University
6 questions
5.2 PERBANDINGAN SUMBANGAN TAMADUN AWAL
Presentation
•
KG
9 questions
Kuis DCS-BISGLOB 1: Identifikasi & Karakter Aktor Global
Presentation
•
University
11 questions
DAFTAR PUSTAKA
Presentation
•
University
6 questions
HUBUNGAN DIPLOMATIK (PENGAJIAN AM SEM 3)
Presentation
•
University
12 questions
AIK Kemajuan Islam & Islam di Nusantara
Presentation
•
KG
Popular Resources on Wayground
20 questions
Math Review
Quiz
•
3rd Grade
15 questions
Fast food
Quiz
•
7th Grade
20 questions
Context Clues
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Inferences
Quiz
•
4th Grade
19 questions
Classifying Quadrilaterals
Quiz
•
3rd Grade
20 questions
Figurative Language Review
Quiz
•
6th Grade
20 questions
Equivalent Fractions
Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Identify Fractions, Mixed Numbers & Improper Fractions
Quiz
•
3rd - 4th Grade