Search Header Logo
Nota Matematik Tahun 6 Ulang Kaji 2

Nota Matematik Tahun 6 Ulang Kaji 2

Assessment

Presentation

Mathematics

6th Grade

Practice Problem

Hard

Created by

HAZLAMI HALIM

FREE Resource

20 Slides • 0 Questions

1

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

NOTA MATEMATIK


NAMA ____________________________________________________

KELAS :_______________


GUNAKAN BUKU NOTA INI SEBAGAI RUJUKAN SEMASA MEMBUAT LATIHAN.
BUKU LATIHAN INI HENDAKLAH DIBAWA SETIAP HARI KE SEKOLAH
BUKU INI HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SETELAH HABIS PEPERIKSAAN. MURID YANG TIDAK
MENGEMBALIKAN BUKU INI AKAN DIDENDA RM1.00

NOMBOR BULAT

Nilai tempat dan nilai digit

Nombor

2

4

1

5

3

7

9

Nilai tempatJuta

Ratus ribu Puluh ribu

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

Nilai digit

2 000 000

400 000

10 000

4 000

300

70

9


Cerakinan Nombor
Sesuatu nombor boleh dicerakinkan mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Contoh;
Cerakinkan nombor 56 308 mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Penyelesaian
Mengikut nilai tempat; 56 308 = 5 puluh ribu + 6 ribu + 3 ratus + 0 puluh + 8 sa
Mengikut nilai digit ;56 308 = 50 000 + 6 000 + 300 + 0 + 8
* nilai digit bagi digit 0 tidak perlu dinyatakan.

Pembundaran nombor
Cara membundarkan nombor:
1. Kenalpasti nombor untuk dibundarkan. Bulatkan.
2. Lihat nombor di sebelah kanan. Gariskan. Jika nombor sebelah kanan

a) 0, 1, 2, 3 atau 4 nombor yang digariskan kekal.
b) 5, 6, 7, 8 atau 9, tambah 1 pada nombor yang digariskan.

4. Semua nombor di sebelah kanan ganti kepada sifar.

Membandingkan dan menyusun nombor

1. Tertib menaik ialah susunan nombor daripada nilai terkecil kepada nilai terbesar.

2. Tertib menurun ialah susunan nombor daripada nilai terbesar kepada nilai terkecil.

Contoh: Susun nombor-nombor 12 785, 15 103, 9 986 mengikut tertib menaik dan tertib menurun.

Tertib menaik: 9 986, 12 785, 15 103
Tertib menurun: 15 103, 12 785, 9 986

Membentuk satu nombor terbesar @ terkecil
Contoh: Bentukkan nombor terbesar dan terkecil dengan digit beikut : 6 8 0 3 5
Nombor terbesar - 86 530 (membina nombor dari angka besar kepada kecil)
Nombor terkecil – 30 568 (membina nombor dari angka kecil kepada besar)
* sifar tidak boleh diletakkan pada permulaan suatu nombor.

Simbol lebih besar dan lebih kecil:
> maksudnya lebih BESAR daripada. 53 642 > 53 104
< maksudnya lebih KECIL daripada. 102 999 <105 068

2

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Penukaran nombor bulat kepada nombor perpuluhan juta ialah bahagi dengan 1 000 000 dan pindah
titik pepuluhan ke kiri.


Penukaran nombor perpuluhan jutakepada nombor bulat ialah dengan x 1 000 000 dan pindah titik
pepuluhan ke kanan.


Bagi penukaran pecahan juta kepada nombor dan sebaliknya, hafal jadual pecahan juta di bawah.

Juta

1

4
1

2
1
4
3
5

1
8
1
10
1

Nombor bulat 1 000 000

250 000

500 000

750 000

200 000

125 000

100 000

Perpuluhan

1

0.25 juta

0.5 juta

0.75 juta

0.2 juta

0.125 juta

0.1 juta


Nombor Ganjil Dan Genap
Nombor ganjil ialah nombor yang berbaki apabila dibahagi dengan 2. Nombor ganjil mempunyai digit
terakhir 1, 3, 5, 7 atau 9.
Contohnya: 91, 20 197, 3 085, 20 453, 4 519 (lihat di digit sa mesti berakhir dengan 1, 3, 5, 7 atau 9

Nombor genap ialah nombor yang tiada berbaki apabila dibahagi dengan 2. Nombor genap
mempunyai digit terakhir 0, 2, 4, 6 atau 8.

Contohnya: 44, 2 098, 3 092, 2 000, 40 506 (lihat di digit sa mesti berakhir dengan 0, 2, 4, 6 atau 8.

NOMBOR PERDANA

Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1

dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana

kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23

dan 29.

Senarai nombor perdana dalam lingkungan 100

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

77

78

79

80

81

82

83

84

85

86

87

88

89

90

91

92

93

94

95

96

97

98

99

100

3

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

OPERASI BERGABUNG

Operasi bergabung terdiri daripada gabungan 2 operasi yang melibatkan kurungan, darab, bahagi,

tambah atau tolak.

Urutan menyelesaikan soalan ialah mengikut hukum

KU DA BA TA TO/BODMAS

Operasi

gabungan
Arahan operasi

+ dan −

x dan ÷

+ , −, x , dan ÷

+ , − , x , ÷ dan (

)

SOALAN PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK
Teknik penyelesaian masalah berayat.

1. Apa yang diberi

2. Apa yang ditanya

3. Operasi yang perlu digunakan

Baca dan fahami maklumat yang diberi dan apa yang dikehendaki. Cari kata kunci untuk membantu
anda menentukan operasi yang sesuai dalam menjawab soalan tersebut. Kata kunci ini perlu diingat
dan ditukar sebagai operasi.

Kata kunci operasi tambah

hasil tambah/bertambah

cari jumlah

dan

lebih daripada

lebih banyak/ lebih besar/lebih tua/lebih

jauh

terima/dapat

kesemuanya/semua sekali

selepas/lambat/kemudian

waktu tamat (waktu mula + tempoh masa)

perimeter (ukur keliling-tambahkan semua

sisi)

4

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Kata kunci operasi tolak

beza

selisih

selebihnya

berapa lebihnya

kurang daripada/lebih kecil

lebih ringan/rendah/ muda

dikeluarkan/dibuang

menggunakan

beri kepada

yang diperlukan

baki / yang tinggal / yang masih ada

sebelum / lebih cepat /awal

tempoh masa (waktu tamat –waktu mula)

waktu mula (waktu tamat – tempoh masa)

Kata kunci operasi darab

darab

kali

hasil darab

jumlah bagi sesuatu bilangan

cari jumlah kesemuanya

beri satu kuantiti kemudian cari jumlah

daripada (tajuk pecahan & peratus)
contohnya 34% daripada 240, 2/3
daripada 15.

luas= panjang x lebar

isipadu = panjang x lebar x tinggi

purata (jumlah ÷ bilangan)

Kata kunci operasi bahagi

hasil bahagi

baki dari operasi bahagi

kongsi bersama

diagihkan sama rata

daripada (tajuk pecahan & peratus)
contohnya 2 daripada 5, nyatakan dalam
bentuk pecahan/peratus

dituang/diisi ke dalam beberapa

dipotong sama rata

beri banyak cari satu kuantiti

cari nilai dalam setiap bahagian

mengisi ke dalam beberapa…

memotong/ mengagihkan kepada
beberapa..

PECAHAN

Pecahan ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.


4
1


bahagian)

(semua

penyebut

berlorek)

(bahagian

pengangka

5

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya.


Menambah dan menolak pecahan

1. Pastikan penyebut kedua-dua pecahan adalah sama.
2. Jika penyebut tidak sama, tukarkan pecahan terlibat kepada pecahan setara dengan penyebut yang

sama.

3. Pengangka ditambah atau ditolak dengan pengangka. Penyebut dikekalkan.
4. Jawapan hendaklah pecahannya dalam bentuk termudah. Jika jawapan ada pecahan tak wajar

tukarkan kepada nombor bercampur.


Mendarab pecahan

1. Bagi proses mendarab dan membahagi pecahan, penyebut tidak perlu disamakan.
2. Nombor bercampur mesti terlebih dahulu ditukar kepada pecahan tak wajar.
3. Apabila mendarab pecahan, darabkan pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan

penyebut sahaja. Jawapan hendaklah pecahannya dalam bentuk termudah. Jika jawapan ada
pecahan tak wajar tukarkan kepada nombor bercampur.


Konsep daripada /darab pecahan
Pecahan daripada Suatu Kuantiti Daripada bermaksud darab pendaraban suatu pecahan dengan nombor
bulat adalah untuk mencari nilai pecahan itu daripada nombor bulat.

Contoh
Mimi mempunyai 18 biji rambutan. Dia memberikan 23 daripada buah rambutan itu kepada jirannya.
Berapa biji rambutankah yang diberikan kepada jirannya?

Penyelesaian

3
2

daripada 18 biji = 3

2

× 18

=
3

218 x

=
3

218 x

= 12 biji

Caranya ialah darabkan pengangka dengan nombor
bulat. Hasil jawapan dibahagikan dengan penyebut.

Cara yang lain ialah dengan teknik pemansuhan.

6

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

MEMBAHAGI PECAHAN DENGAN NOMBOR BULAT ATAU NOMBOR BERCAMPUR

1. Bahagi pecahan dengan nombor bulat

Tulis semula pecahan pertama.

Tukar operasi bahagi kepada operasi darab.

Nombor bulat ditulis per satu kemudian diterbalikkan.

Jawapan hendaklah dalam pecahan termudah atau jika

pecahan tak wajar tukarkan kepada nombor bercampur.

2 ÷

6
1



1
2
÷6
1



2
1
x 6
1

12
1

2. Bahagi pecahan dengan pecahan

Tulis semula pecahan pertama.

Tukar operasi bahagi kepada operasi darab.

Songsangkan (terbalikkan) pecahan berikutnya.

Darabkan pengangka dengan pengangka, penyebut didarab

dengan penyebut.

Jawapan hendaklah dalam pecahan termudah atau jika

pecahan tak wajar tukarkan kepada nombor bercampur.


2
1
÷
3
1



1
2
x 3
1


3
2

3. Nombor bercampur bahagi dengan nombor bulat

Nombor bercampur mesti terlebih dahulu ditukar kepada

pecahan tak wajar

Tukar operasi bahagi kepada operasi darab.

Nombor bulat ditulis per satu kemudian diterbalikkan.

Darabkan pengangka dengan pengangka, penyebut didarab

dengan penyebut.

Jawapan hendaklah dalam pecahan termudah atau jika

pecahan tak wajar tukarkan kepada nombor bercampur.


1
5
÷4

15



5
1
x 4
15

20
15

4
3

20
15



5 ÷

5 ÷

4. Nombor bercampur bahagi dengan pecahan

Nombor bercampur mesti terlebih dahulu ditukar kepada

pecahan tak wajar

Tukar operasi bahagi kepada operasi darab.

Pecahan kedua diterbalikkan.

Darabkan pengangka dengan pengangka, penyebut didarab

dengan penyebut.

Jawapan hendaklah dalam pecahan termudah atau jika

pecahan tak wajar tukarkan kepada nombor bercampur.


8
2
÷
3
1
2


2
8
x 3
7

6
56

6
2
9

3
1
9

5 ÷
4
3
3

9

565

7

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Nombor perpuluhan
Nombor perpuluhan ialah nombor yang mewakili suatu pecahan dengan penyebutnya adalah gandaan
10, iaitu, 10, 100, 1 000 ... dan seterusnya.

Nilai tempat dan nilai digit nombor perpuluhan

Nilai tempat

Ratus

Puluh

Sa Titik

Per Sepuluh

Per Seratus

Per Seribu

Nombor

7

2

3

.

4

5

9

Nilai digit
700


20

3
.

10
4



100

5

1000

9

.

0.4

0.05

0.009


23.459 dibaca sebagai dua puluh tiga perpuluhan empat lima sembilan
(selepas titik perpuluhan nombor disebut satu persatu tidak boleh baca dua puluh tiga perpuluhan empat
ratus lima puluh sembilan)

Nyatakan nilai tempat dan nilai digit bagi digit bergaris:

a)0.47

b) 14.624

Penyelesaiannya:

Nilai tempat Nilai digit
a)Perseratus

0.07

b)Per seribu

0.004

Persepuluh

0Pecahan dengan penyebutya 10, 100 dan 1000 dapat ditulis dengan mudah sebgi

nombor perpuluhan seperti langkah di bawah.

B jn


Nombor perpuluhan boleh ditukar kepada pecahan.

Menambah/menolak nombor perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan

Susun nombor perpuluhan yang hendak ditambah itu ke dalam bentuk lazim.

Nombor bulat tukar kepada nombor perpuluhan dengan meletak titik di hujung nombor dan letak
sifar.

Pastikan titik perpuluhan disusun dalam satu baris tegak.

Lakukan penambahan dari kanan ke kiri.

- 1 sifar pada penyebut _._
- 1 digit ke kiri titik perpuluhan


- 2 sifar pada penyebut _._ _
- 2 digit ke kiri titik perpuluhan

- 3 sifar pada penyebut _._ _ _
- 3 digit ke kiri titik perpuluhan

1 tempat
perpuluhan

1 sifar
2 tempat
perpuluhan

3 tempat
perpuluhan

2 sifar

3 sifar

8

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

PERATUS

1. Peratus, pecahan dan perpuluhan saling berkaitan.
Peratus ialah satu pecahan dengan penyebut 100.

Simbol bagi peratus ialah %.

1 = 100%, 2 = 200%, 3 = 300% …..

Pasangan darab 100.
2 x 50 = 100
4 x 25 = 100
5 x 20 = 100
10 x 10 = 100

Pasangan bahagi 100.
100 ÷ 2 =
100 ÷ 4 = 25
100 ÷ 5 = 20
100 ÷ 10 = 10

Menukarkan pecahan kepada peratus
Lihat penyebut dan ingat pasangan x 100. Sifir penyebut 2 x 50, 4 x 25, 5 x 20, 10 x 10
Tukar pecahan kepada pecahan setara dengan penyebut 100.

Cara 1:
Tukar pecahan kepada pecahan setara dengan
penyebut 100. Lihat penyebut dan guna
pasangan 100.
Tambahkan simbol %.


Cara 2:
Darabkan pecahan dengan 100%, kemudian
gunakan teknik pemansuhan atau darab
kemudian bahagi.


Menukarkan peratus kepada pecahan
Lihat pengangka dan ingat pasangan bahagi 100. 100 ÷ 2 =50, 100 ÷ 4=25, 100 ÷ 5=0, 100 ÷ 10 = 10

a) Tukarkan peratus kepada pecahan per 100.
b) Bahagi pengangka dan penyebut dengan nombor yang sesuai sehingga pecahan tersebut dalam

sebutan termudah.
Contoh 1:

Contoh 2:


Menukarkan perpuluhan kepada peratus

Cara 1:
Tukar perpuluhan kepada pecahan per 100.
Kemudian letak simbol %.

Cara2:
Darabkan perpuluhan dengan 100 %.
Kemudian pindahkan titik perpuluhan ke kanan
2 kali.
1.69 = 1.69 x 100% =169%


Menukarkan peratus kepada perpuluhan
Tukar peratus kepada pecahan per 100.Kemudian tukarkan pecahan kepada nombor perpuluhan.

Contoh 1:

Contoh 2:

Contoh 3:


Menukarkan nombor bulat kepada peratus
Darabkan nombor bulat tersebut dengan 100%

Contoh 1: 3 = 3 x 100% = 300%Contoh 2: 5 = 5 x 100% = 500%

%84
100
84
84.0

1
2
1 10

5
4
1 100

25
4
3 100

75
5

1 10

5
10
1

8
1


20
1

25
1

100%

50%

25%

75%

20%

10%

12.5%

5%

4%

%75
100
75

254

253

4
3





%75%100x
4
3

24.0
100
24
%24

46.0
100
46
%46


7.0
100
70
% 07

25
18

4÷ 100

4÷ 27

100
65
%65
100
72
2%7

9

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

1. Faedah mudah ialah wang tambahan yang diperoleh atas simpanan wang di bank dalam tempoh

tertentu.
Formula faedah mudah Peratus faedah x wang yang disimpan x tempoh

Contoh
Fauzi menyimpan wang sebanyak RM3 000 di dalam sebuah bank yang menawarkan faedah
sebanyak 5% setahun?

Penyelesaian:
Faedah mudah = 5% x RM3000 x 1

= RM150

2. Faedah Kompaun ialah faedah yang diterima daripada wang yang disimpan dan faedah yang

terkumpul pada setiap tahun.

3. Komisyen ialah wang upah yang diterima oleh seseorang ejen ke atas jualan yang dibuat olehnya.

Komisen = Jumlah nilai jualan x peratus komisen

4. Dividen ialah keuntungan yang dipulangkan kepada pemegang saham dalam sesebuah syarikat.

Dividen = Peratus dividen x Pelaburan

5. Cukai perkhidmatan ialah cukai yang perlu dibayar ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh
perniagaan tertentu seperti di hotel dan restoran makanan segera.

PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN HARGA JUAL, HARGA KOS, UNTUNG DAN RUGI
1. Harga kos atau harga beli ialah harga barang yang diperoleh peniaga sebelum dijual. Untung atau
rugi bergantung kepada harga jual dan harga kos.


2. Harga jual ialah harga sesuatu barang yang dijual kepada pembeli.



3. Keuntungan diperoleh apabila harga jual lebih tinggi daripada harga kos (beli murah jual mahal)








4. Kerugian diperoleh jika harga kos lebih tinggi daripada harga jual (beli mahal jual murah).

DISKAUN, BIL,REBAT DAN INVOIS

Harga kos = Harga jual – Untung

Harga jual = Harga kos + Untung

Untung = Harga jual – Harga kos


%100 x
Kos

Harga

Untung

Untung

Peratus

Untung%

100%

100%
x Jual

Harga kos

Harga

Rugi = Harga kos – Harga jual


%100 x
Kos

Harga

Rugi
Rugi

Peratus

Rugi%

100%

100%
xJual

Hargakos

Harga

1

x

RM3000

x

100

5

10

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

1.Diskaun ialah potongan harga atau nilai yang dikurangkan daripada harga asal sesuatu barang.


Diskaun = % Diskaun x Harga asal
Harga jual = Harga asal - Diskaun
Diskaun = Harga asal - Harga jual

100% x
asal

Harga

Diskaun

diskaun

Peratus%

Contoh pengiraan bagi diskaun dan harga jual bagi jualan setarika elektrik di bawah.

Penyelesaian

Diskaun =

RM240 x
100
20

= RM48
Harga baharu = RM240 –RM48
= RM192
Atau cara lain
100% − 20% = 80%

Harga baharu =

RM240 x
100
80

= RM192


2. Bil ialah penyata bertulis tentang pembelian sesuatu barang atau perkhidmatan yang diterima.
3. Rebat ialah potongan daripada sejumlah bayaran atau pemulangan sebahagian wang selepas
pembelian barangan. Harga baharu dicari dengan menolak harga asal dengan jumlah rebat yang
diberikan.
4. Invois ialah maklumat barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan kepada pelanggan dan jumlah
yang perlu dibayar oleh pelanggan

Aset dan Liabiliti

1. Aset ialah harta bernilai yang dimiliki. Contohnya, wang tunai, rumah, barang kemas, simpanan atau

pelaburan, kereta dan sebagainya.

2. Liabiliti ialah tanggungan kewangan atau hutang yang perlu dijelaskan. Contohnya, ansuran kereta,

ansuran rumah, hutang kad kredit, bil tertunggak dan cukai.

3. Jika aset yang dimiliki seseorang melebihi liabiliti, seseorang itu dikatakan mengurus kewangannya

dengan bijak.

4. Liabiliti melebihi aset bermaksud pengurusan kewangan yang kurang baik.
5. Kesan buruk menanggung liabiliti yang banyak ialah dikenakan tindakan undang-undang, muflis,

tekanan emosi dan menjejaskan hubungan kekeluargaan.

11

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

HUBUNGAN ANTARA UNIT MASA DAN WAKTU

1 minit = 60 saat

1 tahun = 12 bulan

1 abad =10 dekad

1 jam = 60 minit

1 tahun =365 hari

1 abad =100 tahun

1 hari =24 jam

1 tahun lompat = 366 hari

1 alaf =1000 tahun

1 minggu =7 hari

1 dekad =10 tahun

1 alaf =10 abad

CARA MENUKAR UNIT MASA DAN WAKTU MINGGU -SAAT

CARA MENUKAR UNIT MASA DAN WAKTU ALAF- TAHUN

URUTAN BULAN DAN BILANGAN HARI DALAM SETIAP BULAN

1. Januari = 31 hari

2. April = 30 hari

7. Julai = 31 hari

8. Oktober = 31 hari

3. Februari = 28/29 hari

4. Mei = 31 hari

9. August = 31 hari

10. November = 30 hari

5. Mac = 31 hari

6. Jun = 30 hari

11. September = 30 hari

12. Disember = 31 hari


SISTEM JAM
Dua jenis sistem yang digunakan untuk menunjukkan masa ialah:
1. Sistem 12 jam
2. Sistem 24 Jam
Hubungan antara sistem 12 jam dan sistem 24 jam ditunjukkan pada gambar rajah jam di bawah:



Sistem 12 jam

1. Dalam sistem 12 jam, satu hari dibahagikan kepada

Þ a.m. (ante meridian) ialah waktu selepas tengah malam hingga sebelum tengah hari iaitu dari

12:01 tengah malam hingga 11:59 pagi.

Þ p.m. (post meridian) ialah waktu selepas tengah hari hingga sebelum tengah malam iaitu dari

12:01 tengah hari hingga 11:59 tengah malam.

2. Waktu ditulis samada 3 digit / 4 digit.
3. Titik bertindih adalah untuk memisahkan jam dan minit.
4. Digit sebelum titik menunjukkan jam manakala digit selepas titik menunjukkan minit

12

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Sistem 24 jam
1. Waktu dalam sistem 24 jam mesti ada 4 digit dengan perkataan jam di depannya.
2. Tidak perlu tulis am atau pm.
3. Buang titik bertindih : antara jam dan minit.
4. Dua digit yang pertama menunjukkan jam dan 2 digit yang akhir menunjukkan minit.
5. Waktu dalam sistem 24 jam untuk pukul 12 tengah malam hingga 11:59 pagi ialah dari jam 0000

hingga jam 1159. Manakala untuk pukul 12 tengah hari hingga 11:59 malam ialah dari jam 1200
hingga jam 2359.

FORMULA PENTING DALAM TAJUK MASA

1. Tempoh masa = Waktu akhir tolak waktu awal/mula

Pastikan waktu ditukarkan kepada sistem 24 jam

Contoh:
Cari tempoh masa antara 8.45 am dengan 10: 30 pm

Jam

minit 60 + 30 = 90

21

90

22

30

8 45

13

45


Tempoh masa antara dua waktu ialah 13 jam 45 minit.

Berapakah beza dua tempoh masa di atas?
2. Menentukan waktu akhir = waktu mula tambah tempoh masa
3. Menentukan waktu mula = waktu akhir tolak tempoh masa

PENUKARAN UNIT UKURAN
Untuk menukarkan unit besar kepada unit kecil, kita perlu mendarabkannya (×), manakala untuk
menukarkan unit kecil ke unit besar kita perlu membahagikannya (÷).

UKURAN PANJANG

1 km = 1000 m, 1 m = 100 cm, 1 cm = 10 mm

WANG

RM1 = 100 sen

TIMBANGAN BERAT

1 kg = 1000 g

ISIPADU CECAIR

1 = 1 000 m

13

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

HUBUNGAN PECAHAN DENGAN PERPULUHAN, PERATUS, NOMBOR BULAT, UKURAN PANJANG,

TIMBANGAN BERAT DAN ISIPADU

Pecahan

Pecahan
dalam
bentuk

termudah

Perpuluhan

Peratus

Juta
nombor

bulat

1=

1 000 000

Ukuran
panjang
1 = 10

cm mm

Ukuran
panjang
1 = 100
m cm

Ukuran
1 = 1 000
km m
kg g
mℓ

MASA
1 = 60

Jam minit
minit saat

1
10
𝟏
𝟏𝟎
0.1
10%

100 000

1 mm

10 cm
100

m/g/mℓ
6 minit

2
10
𝟏
𝟓
0.2
20%

200 000

2 mm

20 cm
200

m/g/mℓ

12 minit

3
10
3
10
0.3
30%

300 000

3 mm

30 cm
300

m/g/mℓ
18 minit

4
10
2
5
0.4
40%

400 000

4 mm

40 cm
400

m/g/mℓ
24 minit

5
10
𝟏
𝟐
0.5
50%

500 000

5 mm

50 cm
500

m/g/mℓ
30 minit

6
10
3
5
0.6
60%

600 000

6 mm

60 cm
600

m/g/mℓ
36 minit

7
10
7
10
0.7
70%

700 000

7 mm

70 cm
700

m/g/mℓ
42 minit

8
10
4
5
0.8
80%

800 000

8 mm

80 cm
800

m/g/mℓ
48 minit

9
10
9
10
0.9
90%

900 000

9 mm

90 cm
900

m/g/mℓ
54 minit

𝟐𝟓
𝟏𝟎𝟎
𝟏
𝟒
0.25
25%

250 000

25 mm

25 cm
250

m/g/mℓ
15 minit

𝟓𝟎
𝟏𝟎𝟎
𝟏
𝟐
0.5
50%

500 000

5 mm

50 cm
500

m/g/mℓ
30 minit

𝟕𝟓
𝟏𝟎𝟎
𝟑
𝟒
0.75
75%

750 000

75 mm

75 cm
750

m/g/mℓ
45 minit

1
8
1
8
0.125
12.5%

125 000 1.25 mm 12.5 cm
125

m/g/mℓ

3
8
3
8
0.375
37.5%

375 000 3.75 mm 37.5 cm
375

m/g/mℓ

5
8
5
8
0.625
62.5%

625 000 6.25 mm 62.5 cm
625

m/g/mℓ

7
8
7
8
0.875
87.5%

875 000 8.75 mm 87.5 cm
875

m/g/mℓ

1
3
1
3

15 minit

14

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

BENTUK-BENTUK 2 DIMENSI

Segi Empat Sama

4 garis simetri, 4 bucu dan 4 sisi yang sama panjang

Segi Empat Tepat

2 garis simetri, 4 bucu dan 2 pasang sisi

yang tidak sama

Segi tiga sama sisi

3 garis simetri, 3 bucu dan 3 sisi yang sama panjang

Segi tiga bersudut tegak

3 bucu, 3 sisi yang tidak sama panjang

Segi tiga sama kaki

1 garis simetri, 3 bucu dan 3 sisi yang tidak sama

panjang

Bulatan

Pentagon

5 bucu dan 5 sisi yang sama panjang dan 5 garis

simetri

Hexagon

6 bucu dan 6 sisi yang sama panjang

dan 6 garis simetri

Heptagon

7 bucu dan 7 sisi yang sama panjang dan 7 garis

simetri

Oktagon

8 bucu dan 8 sisi yang sama panjang

dan 8 garis simetri

BENTUK-BENTUK 3 DIMENSI

Kubus

6 permukaan segi empat sama atau tepat
12 sisi/tepi sama panjang
8 bucu

Kuboid

6 permukaan segi empat sama atau tepat
12 sisi/tepi
8 bucu

Piramid

5 permukaan rata
1 permukaan segi empat sama/ tepat
4 permukaan segi tiga
8 sisi/tepi
5 bucu

Kon

1 permukaan rata berbentuk bulatan
1 permukaan melengkung
1 sisi/tepi
1 bucu

15

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Silinder

2 permukaan rata yang berbentuk bulatan.
1 permukaan melengkung
2 sisi/tepi
tiada bucu

Sfera

1 permukaan melengkung
Tiada permukaan rata
Tiada sisi
Tiada bucu


Formula perimeter dan luas untuk bentuk 2 dimensi

BENTUK-BENTUK 2
DIMENSI

Perimeter
Tambahkan ukur keliling

Luas
Panjang x lebar

Segi empat sama


Perimeter
= 6 cm + 6 cm + 6 cm + 6 cm
= 24cm.

Luas:
= 6 cm x 6 cm
= 36 cm2

Segi empat tepat


Perimeter
= 8 cm + 6 cm + 8 cm + 6 cm
= 28cm.


Luas :
= 6 cm x 8 cm
= 48 cm2

Segi tiga

Perimeter
= 6 cm + 9 cm + 11
cm
= 26 cm.

FORMULA LUAS SEGI TIGA

2

Tinggix

Tapak

@ Tapak x Tinggi ÷ 2

2

cm9xcm6

= 36 cm2 ÷ 2 = 18 cm2


Formula isipadu untuk bentuk 3 dimensi
Kubus dan kuboid mempunya 12 sisi yang terdiri daripada 4 sisi panjang, 4 sisi lebar da 4 sisi tinggi.
12 Sisi sebuah kubus adalah sama panjang, kuboid pula mempunyai sisi yang yang tidak sama panjang.


Formula isipadu : panjang x lebar x tinggi
Atau : luas x tinggi (luas = panjang x lebar)

1. Nyatakan isispadu bagi rajah di bawah

Isipadu kubus = 4 cm x 4 cm x 4 cm
= 16 cm2 x 4 cm
= 64 cm3

2. Nyatakan isispadu bagi rajah di bawah

Isipadu = 6 cm x 2 cm x 3 cm
kuboid
= 12 cm2 x 3 cm
= 36 cm3

16

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

KOORDINAT

1. Sistem Koordinat Cartes ialah sistem yang digunakan untuk mengenalpasti kedudukan suatu titik

pada satah cartes

2. Satah Cartes pempunyai dua garis nombor yang bersilang pada sudut tegak, titik persilangan paksi-x

dan paksi-y, dikenali sebagai asalan dengan koordinatnya 0 (0, 0).

3. Garis mengufuk itu ialah paksi –x, manakala garis mencancang ialah paksi-y

4. Jarak antara 2 titik dapat ditentukan dengan mengira bilangan grid pada Satah Cartes

Pengiraan jarak suatu titik bermula dari asalan dan dibuat secara mengufuk (paksi-x diikuti secara

mencancang paksi-y

Rajah di bawah menunjukkan titik A pada satah Cartes


Jarak A dari paksi-y = 3 unit
Oleh itu, koordinat-x = 3
Jarak A dari paksi-x = 2 unit
Oleh itu, koordinat-y= 2
Maka koordinat titik A ialah (3, 2)

17

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

NISBAH

Nisbah adalah perbandingan antara dua kuantiti yang mempunyai unit ukuran yang sama.
Nisbah a kepada b ditulis sebagai a:b atau dalam bentuk pecahan a/b.
Nisbah ditulis dalam bentuk nombor bulat tanpa sebarang unit ukuran.

Terdapat 3 jenis nisbah

Contoh




Terdapat 12 biji guli di dalam bekas iaitu 5 biji guli berwarna hijau dan 7 biji guli berwarna biru.
Nisbah bilangan guli hijau kepada guli biru ialah 5:7
Nisbah bilangan guli biru kepada guli hijau ialah 7:5
Nisbah bilangan guli biru kepada semua guli ialah 7:12

KEBOLEHJADIAN
Kebolehjadian ialah kebarangkalian, kemungkinan suatu peristiwa berlaku.
Sesuatu peristiwa teridiri daripada yang mungkin berlaku dan tidak mungkin berlaku.
Kebolehjadian sesuatu peristiwa
Terdapat lima kebolehjadian peristiwa iaitu

Þ Mustahil
Þ Kecil kemungkinan
Þ Sama kemungkinan
Þ Besar kemungkinan
Þ Pasti


Mustahil ialah perkara yang tak mungkin berlaku.
Kecil kemungkinan ialah kemungkinan sesuatu perkara berlaku itu kecil.
Sama kemungkinan ialah sesuatu perkara itu mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku.
Besar kemungkinan ialah kemungkinan sesuatu perkara itu berlaku adalah lebih besar.
Pasti ialah sesuatu perkara itu akan terjadi.

Contoh Soalan
Nyatakan kebolehjadian bagi setiap peristiwa berikut
Þ Hari kemerdekaan disambut pada 31 Ogos

- Pasti, 31 Ogos adalah hari kemerdekaan

Þ Heksagon mempunyai 7 sisi

- Mustahil, heksagon ada enam sisi

Þ Gempa bumi boleh berlaku di Malaysia

- Kecil kemungkinan. Malaysia berada di luar kawasan gempa.

Þ Mendapat nombor genap daripada lontaran dadu

- sama kemungkinan

Þ Apabila cuaca mendung, hujan akan turun

- Besar kemungkinan

18

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

MENCARI PURATA
Purata ialah singkatan perkataan pukul rata yang bermaksud hitung panjang dan sama rata.
Rumus bagi purata ialah hasil tambah kuantiti dibahagi dengan bilangan kuantiti.

Jumlah Kuantiti = Bilangan Kuantiti x Purata
Bilangan Kuantiti = Jumlah Kuantiti ÷ Purata

Contoh soalan purata:

Contoh 1:
Hitung purata bagi 82, 104 dan 138

Contoh 2:
Berat 4 jenis bekas ialah 12 kg, 6 kg, 18 kg dan
4 kg. Berapakah purata sebuah bekas.

4

4)kg186(12

Purata

4
kg40

= 10 kg

Contoh 3 :
Cari purata dalam m bagi 2.3 km, 572 m, 9 km, dan 3.2 km?
Tukar ke unit m, 2.3 km = 2300 m, 9 km = 9 000 m, 3.2 km = 3200 m

4

m3200)

9000572(2300

Purata


4

m07215

= 3 768 m


Contoh soalan berkaitan purata dan menjawabnya:
1. Jumlah berat Bala, Chong, Amir dan Stephen ialah 180 kg. Berapakah berat Stephen jika purata

berat tiga orang ialah 52 kg?

Jumlah 4 orang = 180 kg

Jumlah 3 orang = 52 kg x 3 = 156 kg

Berat Stephen = 180 kg - 156 kg = 24 kg.

2. Jadual yang tidak lengkap menunjukkan markah yang diperolehi oleh empat orang murid dalam

ujian tertentu.

Nama

Mary

Intan

Farah

David

Markah

76

80

Markah purata mereka ialah 85. Markah Intan lebih 4 daripada markah David. Berapakah markah

Intan?

Cara menjawab:

Jumlah = 85 markah x 4 orang murid = 340 markah

Markah Mary dan Farah = 76 markah + 80 markah = 156

Tolakkan jumlah markah – markah Mary dan Farah = 340-156 =184

= 184 – 4 = 180, 180 dibahagi 2 = 90

Markah Intan ialah 90 + 4 = 94

19

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

Menyelesaikan masalah harian yang berkaitan Mod, Median, Min dan Julat

Kita boleh menentukan yang berikut daripada sebuah piktograf, carta palang dan carta pai:

a)Kekerapan - bilangan sesuatu nilai dalam suatu set data. kekerapan juga dikenali sebagai

frekuensi.

b)Nilai maksimum - nilai yang tertinggi dalam satu set data.

c)Nilai minimum - nilai yang terendah dalam satu set data.

d)Mod - data yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi.

e)Julat - beza antara nilai maksimum dengan nilai minimum.

f)Median - nilai data yang berada di tengah-tengah suatu set data dalam tertib menaik atau menurun

g)Min - hasil yang diperoleh dengan membahagikan jumlah keseluruhan nilai dalam satu set data

dengan bilangan data. Min juga dikenali sebagai purata.

Menentukan mod, median min dan julat.

Contoh soalan
Rajah di bawah ialah carta pai yang menunjukkan jisim bagi 20 orang murid. Jawab soalan yang
berkaitan di bawah:


a) kekerapan bagi

40 kg= peratus 40 kg
ialah
100% - 40 %-10%-30% =
20 %

muridorang420 x
100
20

45 kg = 40 %
muridorang820 x
100
40

55 kg = 30 %

muridorang620 x
100
30

60 kg =10 %
muridorang 220 x
100
10

b) Nilai maksimum

= 60 kg

c) Nilai minimum
= 40 kg

d) Mod

= 45 kg

e) Julat = nilai maksimum – nilai minimum

60 kg – 40 kg = 20 kg

f) Min jisim bagi 20 orang murid =min ialah purata

murid

Jumlah

jisim

Jumlah
Min

,

20

2) x kg(606) x kg(558) x kg(454) x kg(40


20

kg970

= 48.5 kg

a) Kekerapan bagi murid yang mempunyai berat 40 kg, 45 kg, 55

kg dan 60 kg,

b) Mod

c) Nilai maksimum

d) Nilai minimum

e) Julat

f) Min jisim bagi 20 orang murid

20

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017.

DARIPADA GURU-GURU MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

1. CIKGU SUZANA BINTI MUHAMMAD
2. CIKGU ALLIAS BIN MATLIN
3. CIKGU NOR AZLIN BINTI MUHIDIN
4. CIKGU MOHD NADZIM AWG NORDIN
5. CIKGU ZULKARNAIN BIN JUHA
6. CIKGU SAIRI HJ

media

PANITIA MATEMATIK SK PEKAN KINARUT

NOTA MATEMATIK


NAMA ____________________________________________________

KELAS :_______________


GUNAKAN BUKU NOTA INI SEBAGAI RUJUKAN SEMASA MEMBUAT LATIHAN.
BUKU LATIHAN INI HENDAKLAH DIBAWA SETIAP HARI KE SEKOLAH
BUKU INI HENDAKLAH DIKEMBALIKAN SETELAH HABIS PEPERIKSAAN. MURID YANG TIDAK
MENGEMBALIKAN BUKU INI AKAN DIDENDA RM1.00

NOMBOR BULAT

Nilai tempat dan nilai digit

Nombor

2

4

1

5

3

7

9

Nilai tempatJuta

Ratus ribu Puluh ribu

Ribu

Ratus

Puluh

Sa

Nilai digit

2 000 000

400 000

10 000

4 000

300

70

9


Cerakinan Nombor
Sesuatu nombor boleh dicerakinkan mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Contoh;
Cerakinkan nombor 56 308 mengikut nilai tempat dan nilai digit.

Penyelesaian
Mengikut nilai tempat; 56 308 = 5 puluh ribu + 6 ribu + 3 ratus + 0 puluh + 8 sa
Mengikut nilai digit ;56 308 = 50 000 + 6 000 + 300 + 0 + 8
* nilai digit bagi digit 0 tidak perlu dinyatakan.

Pembundaran nombor
Cara membundarkan nombor:
1. Kenalpasti nombor untuk dibundarkan. Bulatkan.
2. Lihat nombor di sebelah kanan. Gariskan. Jika nombor sebelah kanan

a) 0, 1, 2, 3 atau 4 nombor yang digariskan kekal.
b) 5, 6, 7, 8 atau 9, tambah 1 pada nombor yang digariskan.

4. Semua nombor di sebelah kanan ganti kepada sifar.

Membandingkan dan menyusun nombor

1. Tertib menaik ialah susunan nombor daripada nilai terkecil kepada nilai terbesar.

2. Tertib menurun ialah susunan nombor daripada nilai terbesar kepada nilai terkecil.

Contoh: Susun nombor-nombor 12 785, 15 103, 9 986 mengikut tertib menaik dan tertib menurun.

Tertib menaik: 9 986, 12 785, 15 103
Tertib menurun: 15 103, 12 785, 9 986

Membentuk satu nombor terbesar @ terkecil
Contoh: Bentukkan nombor terbesar dan terkecil dengan digit beikut : 6 8 0 3 5
Nombor terbesar - 86 530 (membina nombor dari angka besar kepada kecil)
Nombor terkecil – 30 568 (membina nombor dari angka kecil kepada besar)
* sifar tidak boleh diletakkan pada permulaan suatu nombor.

Simbol lebih besar dan lebih kecil:
> maksudnya lebih BESAR daripada. 53 642 > 53 104
< maksudnya lebih KECIL daripada. 102 999 <105 068

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 20

SLIDE