Search Header Logo
Penulisan Bab 1

Penulisan Bab 1

Assessment

Presentation

Professional Development

University

Practice Problem

Hard

Created by

Hadijah Jaffri

Used 2+ times

FREE Resource

50 Slides • 7 Questions

1

media

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Penulisan Bab 1:
Projek Sarjana Muda 1

2

media

Objektif Sesi

Di akhir sesi ini, peserta berupaya

Membezakan elemen pendahuluan, latar belakang kajian dan pernyataan masalah
Menyelaras penulisan objektif kajian dengan persoalan kajian
Membezakan penulisan hipotesis nul dan hipotesis alternatif
Melakar kerangka konsep
Membezakan skop dan batasan kajian
Membezakan elemen dalam kepentingan dan sumbangan kajian
Menulis takrifan/definisi operasi
Menyenaraikan elemen dalam rumusan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

3

Multiple Choice

Yang manakah adalah perkara pertama yang kamu perlu lakukan sebelum memulakan penyelidikan?

1

Menetapkan isu yang ingin dikaji

2

Mencari rujukan yang berkaitan dengan isu yang dikaji

3

Menerima tajuk dari penyelia

4

Bertanya rakan tentang isu yang ingin dikaji

4

media

1. Pendahuluan
2. Latar Belakang Masalah
3. Pernyataan Masalah
4. Objektif Kajian
5. Persoalan Kajian
6. Hipotesis kajian (hanya kajian kuantitatif)
7. Kerangka Konsep
8. Skop dan Batasan Kajian
9. Kepentingan Kajian
10.
* Sumbangan kajian

11. Takrifan/Definisi Operasi
12. Rumusan

Bab 1: Pengenalan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Antara 12 sub-
tajuk yang
disenaraikan
yang manakah
perlu/wajib disemak
semula ketika
PSM2?

5

media

1. Pendahuluan
2. Latar Belakang Masalah
3. *Pernyataan Masalah
4. *Objektif Kajian
5. *Persoalan Kajian
6. Hipotesis kajian (hanya kajian kuantitatif)
7. Kerangka Konsep
8. *Skop dan Batasan Kajian
9. *Kepentingan Kajian
10.* Sumbangan kajian

11. Takrifan/Definisi Operasi
12. *Rumusan

Bab 1: Pengenalan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

*Wajib disemak
kembali bagi
PSM2)

6

1.Pendahuluan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

  • Merujuk kepada penjelasan ringkas tentang isu atau fenomena yang ingin dijelaskan.

  • Perlu rujukan sebagai sokongan isu yang dikaji

  • Merangkumi penjelasan tentang konsep dan gagasan berkaitan dengan isu atau fenomena yang ingin dikaji. 
    Huraian memberikan gambaran umum tentang isu dan skop kajian yang ingin dikaji oleh seorang penyelidik

  • Mukasurat: 2-5 mukasurat (5-9 perenggan) 

7

media
  • Ianya mengandungi ulasan (review) penyelidikan terdahulu yang dianggap penting

    • Apakah yang telah dilaksanakan sebelum ini?” [Ulasan kajian lepas dijelaskan dalam bentuk kronologi

  • Ianya meliputi perbincangan ringkas tentang teori atau model utama yang berkaitan dengan masalah penyelidikan (research problem)

  • Ianya menetapkan penjelasan informasi sejarah dan latar belakang masalah penyelidikan atau isu yang dikaji

2. Latar Belakang Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

8

media
  • Ia memberi gambaran kepada penilai/pembaca tentang

    • apakah bidang yang dikaji

    • maklumat terkini berkisar tentang sesuatu isu penyelidikan terdahulu tentang isu tersebut

    • sejarah perkembangan isu (mungkin melebihi dari tempoh 5 tahun sorotan kajian. Seeloknya pastikan PSM anda mempunyai sorotan kajian dari 5 tahun semasa)

2. Latar Belakang Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

9

media
  • Rumusan dapatan kajian yang utama (major findings) dalam bidang yang dikaji

  • Dapatan kajian yang sering dirujuk boleh dikatakan sebagai dapatan kajian utama

  • Penjelasan secara terperinci dijelaskan di dalam bab 2 (Sorotan Kajian) dan bab 3 (Metodologi Kajian/Kaedah Penyelidikan)

  • Rumusan isu yang belum diselesaikan, dapatan yang bercanggahan, isu sosial yang masih relevan sama ada dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya

Apakah yang perlu dinyatakan dalam Latar Belakang Masalah?

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

10

media
  • Perlu diperinci dalam bab 2 – sorotan kajian

  • Fokus dalam Latar Belakang Masalah adalah menengahkan jurang dalam pengetahuan yang akan diperincikan di Pernyataan Masalah.

  • Mukasurat: 2-5 mukasurat (5-9 perenggan)

Apakah yang perlu dinyatakan dalam Latar Belakang Masalah?

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

11

media
  • Bukan semua isu atau fenomena boleh diterjemahkan sebagai masalah penyelidikan

  • Pembentukan masalah penyelidikan melibatkan

    • Pengetahuan sedia ada tentang bidang kepakaran / pengkhususan

    • Pengetahuan dan kemahiran penyelidikan (research knowledge and skills)

  • Masalah penyelidikan yang baik

    • Boleh diperiksa dan diteliti dari sudut prosedur yang digunakan dalam penyelidikan

    • Memberikan arah tujuan atau destinasi yang ingin dicapai oleh seorang penyelidik

3. Pernyataan Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

12

Multiple Select

Yang manakah antara berikut merupakan isu penyelidikan yang sukar untuk dikaji bagi Projek Sarjana Muda (PSM)?

1

Pengaruh Kepercayaan Budaya Terhadap Pencapaian Akademik

2

Pengaruh Teknologi AI terhadap Interaksi Pelajar-Guru

3

Kesan Polisi Pendidikan terhadap Jurang Ketidaksamarataan di Sekolah Luar Bandar

4

Pengaruh Tekanan Guru terhadap Motivasi Mengajar dan Kualiti Pengajaran

13

media
  • Ia menjelaskan tentang permasalahan atau isu yang akan dikaji dalam sebuah penyelidikan

    • Apakah isu dari situasi sekarang atau jurang penyelidikan (research gaps)

  • Menjelaskan “mengapa” kajian perlu dilaksanakan berdasarkan hujah dan bukti daripada dapatan kajian lepas

    • Ianya menyatakan kepentingan isu yang ingin dikaji oleh anda sebagai seorang penyelidik

  • Ianya berkaitan dengan persoalan

    • Apakah jurang penyelidikan yang akan dikaji di dalam kajian anda? 

    • Mengapakah penyelidikan tentang isu ini perlu dilaksanakan?

3. Pernyataan Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

14

media
  • Merangkumi

    • 1) Visi

      • Dengan berpandukan kepada rujukan penyelidikan sebelum ini tentang isu yang ingin dikaji

    • 2) Minat/niat/hala tuju

      • Menengahkan jurang penyelidikan sebelum ini

    • 3) Penyelesaian/matlamat

      • Menyatakan matlamat penyelidikan anda

  • Mukasurat: 1-3 mukasurat (4 - 8 perenggan)

3. Pernyataan Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

15

Pelaksanaan program pendidikan bersepadu telah wujud lebih dari 50 tahun di dalam sistem pendidikan di Malaysia.  Akan tetapi, terdapat ruang dan peluang untuk penambahbaikan sistem yang sedia ada bagi memantapkan kualiti pendidikan negara.  Penyelidik dianjur untuk terus melaksanakan kajian dalam mengkaji kekurangan di dalam amalan ………. Sorotan kajian terdahulu menunjukkan bahawa fokus penyelidikan dalam program pendidikan khas adalah dalam konteks amalan guru-guru pendidikan khas dan juga motivasi mereka.  Terdapat isu lain tentang guru-guru pendidikan khas yang kurang diselidik seperti dalam konteks gaya pengajaran guru-guru pendidikan khas. Oleh yang demikian, kajian ini menumpukan aspek gaya pengajaran guru-guru pendidikan khas dan hubungannya dengan penerimaan pelajar berkeperluan khas.

Contoh ringkas Pernyataan Masalah

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

16

media

Contoh Pernyataan Masalah

Pelaksanaan program pendidikan bersepadu telah wujud lebih dari 50 tahun di dalam sistem pendidikan di Malaysia.  Akan tetapi, terdapat ruang dan peluang untuk penambahbaikan sistem yang sedia ada bagi memantapkan kualiti pendidikan negara.  Penyelidik dianjur untuk terus melaksanakan kajian dalam mengkaji kekurangan di dalam amalan ………. Sorotan kajian terdahulu menunjukkan bahawa fokus penyelidikan dalam program pendidikan khas adalah dalam konteks amalan guru-guru pendidikan khas dan juga motivasi mereka.  Terdapat isu lain tentang guru-guru pendidikan khas yang kurang diselidik seperti dalam konteks gaya pengajaran guru-guru pendidikan khas. Oleh yang demikian, kajian ini menumpukan aspek gaya pengajaran guru-guru pendidikan khas dan hubungannya dengan penerimaan pelajar berkeperluan khas.

17

Multiple Choice

Antara yang berikut, yang manakah merupakan fokus Latar belakang masalah?

1

Ulasan kajian terdahulu berkaitan isu yang serupa dengan kajian anda

2

Menjelaskan jurang penyelidikan yang ingin diselidiki dalam kajian anda

3

Menyatakan objektif kajian

4

Andaian isu yang akan diuji melalui kajian anda

18

media
  • Pernyataan yang berfokus / menumpukan isu yang dikaji

  • Menengahkan aspek yang diselidiki dalam konteks “apa”, “siapa” dan “bagaimana” [Bagaimana = tersirat]

  • Ianya perlulah

    • Spesifik

    • Boleh diukur

    • Kebolehcapaian

    • Realistik

    • Bersesuaian dengan tempoh kajian

4. Objektif Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

19

media
  • Kenal pasti konstruk/ pemboleh ubah yang ingin dikaji

    • Apa

  • Nyatakan fokus kajian anda

    • Siapa

  • Tulis objektif berdasarkan konstruk/ pemboleh ubah dan fokus kajian

Bagaimanakah menulis objektif kajian?

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

20

media
  • Pernyataan persoalan tentang penyelidikan terhadap sesuatu isu

  • Ayat dalam bentuk soalan/pertanyaan

  • Selaras dengan objektif kajian dan berkaitan dengan pernyataan masalah

5. Persoalan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

21

media
  • Kenal pasti konstruk/ pemboleh ubah yang ingin dikaji

    • Apa

  • Nyatakan fokus kajian anda

    • Siapa

  • Tulis persoalan kajian berdasarkan konstruk/ pemboleh ubah dan fokus kajian menggunakan ayat pertanyaan

  • Selaraskan persoalan kajian dengan pernyataan objektif kajian

Bagaimanakah menulis persoalan kajian?

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

22

Multiple Select

Berdasarkan pernyataan di bawah, yang manakah merupakan pemboleh ubah yang dikaji?

Kajian ini menyelidik hubungan tahap penguasaan bahasa Melayu dengan tahap motivasi dalaman murid sekolah rendah di Johor Bahru

Nota: Ada dua pemboleh ubah yang dikaji di sini.

1

Tahap penguasaan bahasa Melayu

2

Tahap motivasi dalaman

3

Murid sekolah rendah

4

Sekolah di Johor Bahru

23

Objektif kajian
• Mengkaji persepsi ibu bapa tentang penggunaan sistem pengurusan pembelajaran berbayar bagi pembelajaran dalam talian
• Mengkaji perbezaan persepsi antara ibu dan bapa tentang penggunaan sistem pengurusan pembelajaran berbayar bagi pembelajaran dalam talian
Persoalan kajian
• Apakah persepsi ibu bapa tentang penggunaan sistem pengurusan pembelajaran berbayar bagi pembelajaran dalam talian?
• Adakah terdapat perbezaan signifikan tentang persepsi antara ibu dan bapa terhadap penggunaan sistem pengurusan pembelajaran berbayar bagi pembelajaran dalam talian?

Contoh objektif dan persoalan kajian tinjauan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Kajian tentang persepsi ibu bapa tentang pembelajaran dalam talian yang menggunakan sistem pengurusan pembelajaran berbayar (paid learning management system)

24

media

Kajian tentang kesan pengambilan diet pemakanan penyubur otak (brain booster diet) terhadap tempoh perhatian (attention span) murid

Objektif kajian
Mengkaji kesan pengambilan diet pemakanan penyubur otak terhadap tempoh perhatian murid
Mengkaji perbezaan murid yang mengamalkan dan tidak mengamalkan diet pemakanan penyubur otak

Persoalan kajian
Apakah kesan pengambilan diet pemakanan penyubur otak terhadap tempoh perhatian murid?
Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid yang mengamalkan dan tidak mengamalkan diet pemakanan penyubur otak?

Contoh objektif dan persoalan kajian eksperimen

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

25

media

Kajian tentang hubungan antara jangka masa belajar dengan tahap pencapaian akademik pelajar

Objektif kajian
Mengkaji hubungan antara jangka masa belajar dengan tahap pencapaian akademik pelajar
Mengkaji perbezaan pelajar lelaki dan perempuan terhadap jangka masa belajar dengan tahap pencapaian akademik mereka

Persoalan kajian
Apakah terdapat hubungan signifikan antara jangka masa belajar dengan tahap
pencapaian akademik pelajar?
Adakah terdapat perbezaan signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap
jangka masa belajar dengan tahap pencapaian akademik mereka?

Contoh objektif dan persoalan kajian korelasi

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

26

media
  • Merupakan anggapan yang boleh diuji berdasarkan penyelidikan yang boleh disangkal oleh fakta saintifik

  • Hipotesis kajian perlulah selaras dengan objektif dan persoalan kajian

  • Anggapan atau tekaan tentang kewujudan perbezaan, hubungan, atau pengaruh pemboleh ubah yang boleh diukur dan dikaji (bagi penyelidikan kuantitatif)

    • Melibatkan analisa inferensi

  • Fakta saintifik merupakan fakta yang diperolehi hasil daripada penyelidikan

  • Boleh dibahagikan kepada dua jenis: hipotesis nul dan hipotesis alternatif

6. Hipotesis kajian (*hanya untuk kajian kuantitatif)

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

27

media
  • Sejenis hipotesis yang digunakan dalam statistik 

    • Simbol hipotesis nul ialah H0. Contoh: H01, H02....

    • Ianya mencadangkan bahawa tiada perbezaan/hubungan antara ciri tertentu dalam satu populasi

    • Ianya memberikan satu anggaran (approximation) dalam menjelaskan ciri atau fenomena atau pemboleh ubah tertentu dengan menyatakan tiada perbezaan/hubungan antara ciri atau fenomena atau pemboleh ubah tertentu

      • Ciri itu dikenali sebagai pemboleh ubah dalam penyelidikan kuantitatif

6. Hipotesis nul (*hanya untuk kajian kuantitatif)

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

28

media
  • Sejenis hipotesis yang digunakan dalam statistik 

  • Simbol hipotesis alternatif ialah Ha. Contoh:  Ha1, Ha2...

  • Ianya mencadangkan bahawa terdapat perbezaan/hubungan antara ciri tertentu dalam satu populasi

  • Ianya memberikan satu anggaran (approximation) dalam menjelaskan ciri atau fenomena atau pemboleh ubah tertentu dengan menyatakan terdapat perbezaan/hubungan antara ciri atau fenomena atau pemboleh ubah tertentu

6. Hipotesis alternatif (*hanya untuk kajian kuantitatif)

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

29

Multiple Choice

Bilakah hipotesis nul sesuai digunakan?

1

Penyelidik amat pasti/yakin tentang hala tuju fenomena/ pemboleh ubah yang dikaji

2

Arah/ hala tuju berdasarkan dapatan kajian lepas yang menunjukkan pola tertentu isu/ fenomena yang dikaji

3

Ia sesuai digunakan apabila penyelidik kurang pasti tentang arah / hala tuju fenomena/pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan sorotan kajian lalu

30

media

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid yang
mengamalkan pemakanan diet penyubur otak dan tidak terhadap
tempoh perhatian (attention span) murid

Ha Terdapat perbezaan yang signifikan antara murid yang mengamalkan
dan tidak mengamalkan pemakanan diet penyubur otak terhadap
tempoh perhatian murid

Contoh hipotesis nul dan alternatif

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Nota: Letak nombor bagi membezakan bilangan hipotesis sekiranya mempunyai lebih dari satu hipotesis. Contoh: Ho1, Ho2……. Ha1, Ha2

31

media

Objektif Kajian

Mengkaji perbezaan murid yang mengamalkan dan tidak mengamalkan diet pemakanan penyubur otak

Persoalan Kajian
Adakah terdapat perbezaan signifikan antara murid yang mengamalkan dan tidak mengamalkan diet pemakanan penyubur otak?

Hipotesis Kajian

H0 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara murid yang mengamalkan pemakanan diet penyubur otak dan tidak terhadap tempoh perhatian murid

Kajian tentang kesan pengambilan diet pemakanan penyubur otak (brain booster diet) terhadap tempoh perhatian (attention span) murid

32

media

H0 Merokok tidak memberikan kesan negatif terhadap kesihatan

Ha Merokok memberikan kesan negatif terhadap kesihatan

Contoh hipotesis nul dan alternatif

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Nota: Merokok tidak dibenarkan di mana-mana tempat pendidikan dan pengajian tidak mengira peringkat (Sekolah, kolej, universiti).

33

media

Merujuk kepada satu cara yang digunakan untuk mendapatkan
pemahaman yang komprehensif tentang sesuatu fenomena/ pemboleh ubah.
Ia digunakan dengan melibatkan lakaran secara visual untuk menjelaskan konsep-konsep dan perkaitan antara konsep tersebut
Konsep = pemboleh ubah kajian (kuantitatif)
Mukasurat: 1-3 mukasurat (termasuk lakaran kerangka konsep)

7. Kerangka Konsep

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

34

media

Kajian tentang hubungan antara kepercayaan, sikap, niat dan tingkah laku pelajar …..
Objektif kajian
Mengkaji hubungan antara kepercayaan dengan sikap pelajar
Mengkaji hubungan antara sikap dengan tingkah laku pelajar
Mengkaji hubungan antara kepercayaan dengan tingkah laku pelajar
Mengkaji pengaruh pengantaraan (mediating effect) niat bagi kepercayaan terhadap tingkah laku pelajar
Persoalan kajian
Adakah terdapat hubungan signifikan antara kepercayaan terhadap sikap?
Adakah terdapat hubungan signifikan antara sikap dan tingkah laku?
………..????

Bagaimanakah menterjemah isu kepada objektif dan persoalan kajian?

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

35

media

Contoh Kerangka Konsep

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Niat

Sikap
-Positif
-Negatif

Kepercayaan
-Keagamaan
-Nilai
masyarakat

Tingkah laku
Perbuatan
Percakapan
Penulisan

Yang manakah pemboleh ubah
bersandar?

Yang manakah pemboleh ubah tidak
bersandar?

36

media

Contoh Kerangka Konsep

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Niat

Sikap
-Positif
-Negatif

Kepercayaan
-Keagamaan
-Nilai
masyarakat

Tingkah laku
Perbuatan
Percakapan
Penulisan

Pemboleh
ubah
bersandar

Pemboleh
ubah tidak
bersandar

Yang manakah pemboleh ubah
bersandar?

Yang manakah pemboleh ubah tidak
bersandar?

37

media

Contoh Kerangka Konsep

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Niat

Sikap
-Positif
-Negatif

Kepercayaan
-Keagamaan
-Nilai
masyarakat

Tingkah laku
Perbuatan
Percakapan
Penulisan

Hubungan

Pengaruh

Nota: Perkataan warna yang ditulis dengan merah itu hanya ilustrasi sesi ini,
tidak perlu ditulis dalam rajah di bab 1

38

media

Contoh Kerangka Konsep

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Niat

Sikap

Kepercayaan

Tingkah laku

Contoh persoalan kajian: Adakah terdapat pengaruh
pengantaraan (mediating effect) niat bagi kepercayaan
terhadap tingkah laku? (Reka bentuk kajian korelasi)

39

media

Dalam kajian ini, terdapat empat pemboleh ubah yang dikaji iaitu kepercayaan, sikap, tingkah laku dan niat pelajar.  Kerangka konsep dibina untuk melakar hubungan antara kepercayaan, sikap dan tingkah laku pelajar serta pengaruh pengantaraan (niat) terhadap kepercayaan dan niat terhadap tingkah laku. Kajian ini diijalankan bagi mengukur hubungan antara beberapa pemboleh ubah…….. 

Berdasarkan objektif kajian yang pertama, kajian ini mengukur hubungan antara kepercayaan dengan sikap pelajar………  Selain daripada itu, objektif kajian kedua ditetapkan bagi menilai hubungan antara sikap dengan tingkah laku pelajar…….Berdasarkan rajah ??, terdapat dua elemen yang berkaitan dengan kepercayaan iaitu kepercayaan yang didasari oleh agama dan juga kepercayaan berdasarkan nilai masyarakat.  Menurut (siapa, tahun), …...

Contoh penerangan Kerangka Konsep

40

Multiple Choice

Mengapakah kerangka konsep diperlukan dalam penyelidikan?

1

Memberikan peta minda atau struktur yang jelas mengenai teori dan konsep yang berkaitan dengan kajian

2

Menyediakan asas teori yang menerangkan fenomena yang dikaji

3

Membina satu andaian bagaimana memperluas teori yang telah wujud.

4

Membantu penyelidik menterjemah dari hasil dapatan kajian berdasarkan teori berkaitan

41

media

Skop kajian merujuk kepada liputan kajian yang merangkumi apa yang
dilibatkan dalam kajian
Apakah liputan yang dirangkumi dalam kajian?
Isu tertentu yang menjadi fokus kajian
Batasan kajian merujuk kepada had kajian yang tidak merangkumi / dilibatkan
dalam kajian
Instrumen yang digunakan
Kaedah pengumpulan data (lokasi, responden yang dipilih dan sebagainya)
Kekangan sumber seperti masa, kewangan, penyertaan responden dan
sebagainya
Pemboleh ubah yang tidak diambil kira dalam kajian
Mukasurat: 1-2 mukasurat (4-7 perenggan)

8. *Skop dan Batasan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

42

media
  • Menunjukkan penyelidikan mempunyai fokus tertentu

  • Memudahkan penyelidik dan juga penilai untuk meneliti penyelidikan yang dilaksanakan dalam tempoh tertentu yang mungkin dihadkan berdasarkan keperluan program, geran dan
    sebagainya

  • Mematahkan keraguan atau kemusykilan oleh penilai/pembaca

Tujuan Skop dan Batasan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

43

media

Kajian ini memfokuskan isu berkaitan  keperluan dan kepenggunaan video pendidikan dalam Pendidikan Khas.  Ketika pandemik COVID-19 melanda dunia, bilangan video pendidikan telah bertambah mengikut statistik….. Secara tidak langsung ini meningkatkan keperluan kajian tentang keperluan penggunaan video pendidikan sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR)….. Oleh yang demikian, kajian ini ingin (perlu tukar bagi PSM2 kepada “telah”) mengkaji keperluan dan kepenggunaan video pendidikan dalam Pendidikan Khas dalam kalangan guru di sekolah......

Contoh Skop Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

44

Kajian ini akan (istilah “akan” hanya bagi PSM1) melibatkan guru pendidikan khas yang menggunakan video pendidikan sebagai bahan bantu mengajar ketika PdPR. Guru pendidikan khas yang tidak menggunakan video pendidikan tidak dipilih sebagai sampel kajian ini…….  Selain daripada itu, kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan kuantitatif bagi mengkaji persepsi keperluan dan juga tahap kepenggunaan video pendidikan oleh guru Pendidikan Khas…… Hanya soal selidik sahaja digunakan dalam pengumpulan data kajian ini. Oleh yang demikian, pengalaman guru Pendidikan Khas dalam menggunakan video pendidikan tidak dikaji secara naratif dan mendalam dalam kajian ini……

Contoh Batasan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

45

media

Memperincikan rasional kajian terhadap bidang yang dikaji
Penjelasan terhadap “Mengapa kajian ini penting dilaksanakan dalam bidang anda?”

Mukasurat: 1-2 mukasurat (3-5 perenggan)

9. *Kepentingan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

46

media

Kajian ini diperlukan kerana ia mengkaji keperluan dan kepenggunaan video pendidikan dalam Pendidikan Khas.  Keperluan penggunaan video pendidikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) menjadi suatu keutamaan ketika pandemik COVID-19 melanda dunia.  Terdapat pelbagai saluran pelantar video pendidikan yang boleh diakses oleh guru dan murid sebagai bahan PDPR seperti YouTube dan TV Pendidikan atau DidikTV Saluran 7.  Akan tetapi, terdapat kekurangan video pendidikan dalam Pendidikan Khas di pelbagai saluran dan pelantar sedia ada……. Selain daripada itu, kepenggunaan video pendidikan oleh guru dan murid dalam proses PDPR meningkat dengan keperluan semasa.  Meskipun begitu, terdapai pelbagai kepenggunaan video pendidikan dalam konteks PDPR.  Kajian ini penting bagi meninjau kepelbagaian kepenggunaan video pendidikan……

Contoh Kepentingan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

47

media
  • Memperincikan manfaat dapatan kajian anda yang sesuai dengan objektif kajian

  • semua jenis impak, faedah dan manfaat hasil kajian kepada organisasi seperti agensi tertentu, masyarakat dan negara adalah bergantung kepada bentuk kajian

  • Dalam bidang sains sosial, sumbangan adalah dalam perkembangan ilmu dalam bidang yang dikaji

  • Mukasurat: 1-3 mukasurat (3-7 perenggan)

10. Sumbangan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

48

media

Hasil dapatan kajian ini menyumbang dalam bentuk penghasilan satu video pendidikan yang dinamakan sebagai ABC dalam Pendidikan Khas (jelaskan pengetahuan yang berkembang dalam bidang kajian sepanjang kajian penghasilan aplikasi ini).  Sumbangan kajian ini yang berupa satu video pendidikan bertajuk ABC diharap dalam meningkatkan bilangan bahan PDPR berbentuk aplikasi yang sesuai digunakan oleh para guru dan murid berkeperluan khas di Malaysia.  Aplikasi video ini mudah dipakai dan tidak memerlukan penggunaan data internet yang banyak…..

Contoh Sumbangan Kajian

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

49

media
  • Merujuk kepada penjelasan yang terperinci mengenai pemboleh
    ubah atau fenomena tertentu yang dikaji dalam satu penyelidikan

  • Ianya mengandungi

    • penjelasan terperinci tentang pemboleh ubah / fenomena yang dikaji

  • “Apakah yang dimaksudkan dengan suatu pemboleh ubah/
    fenomena apabila ianya digunakan di dalam kajian?”

    • takrifan teori dan juga takrifan konsep pemboleh ubah atau
      fenomena

11. Takrifan/Definisi Operasi

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

50

media

Pembentukan
takrifan
operasi

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Piawaian
pengukuran data
(Standardised
measure of data)

Ketekalan
(consistency)
interpretasi
data

Keseragaman
pengumpulan
data

Membuat
keputusan tentang
kriteria atau ciri
pemboleh ubah /
fenomena

51

media
  • Menjelaskan istilah yang digunakan di dalam kajian:

  • Definisi teori (theoretical definition)

    • Definisi berdasarkan teori/model tertentu yang diolah oleh

      pengkaji yang mempelopori teori/model tersebut

    • Sesuatu istilah boleh ditakrifkan secara berbeza berdasarkan
      teori/model yang berbeza

  • Definisi konsep (conceptual definition)

    • Definisi yang akan digunapakai di dalam kajian anda. Ianya
      mungkin serupa dengan takrifan teori tetapi anda perlu
      jelaskan mengapakah ianya sesuai bagi konteks kajian anda

11. Takrifan Operasi (Operational definition)

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

52

media

Menurut pandangan behaviorisme, pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan secara relatif dalam pemikiran, perasan, atau tingkah laku yang terhasil daripada pengalaman (siapa, tahun).  Pembelajaran adalah berbeza dengan kematangan di mana kematangan terhasil dari proses perkembangan genetik…….   Dalam konteks kajian ini, pembelajaran ditakrifkan sebagai perubahan yang berlaku kepada struktur minda dan juga tingkah laku yang terhasil daripada interaksi individu dengan orang lain dan juga persekitaran. 

Contoh Takrifan Operasi: Pembelajaran

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

53

media

Merumuskan konsep, idea dan gagasan yang diterangkan di dalam bab ini
Gagasan merujuk kepada masalah penyelidikan yang
menjadi fokus kajian dalam bentuk pemboleh ubah (bagi
kajian kuantitatif) atau isu atau fenomena (bagi kajian
kualitatif)
Mukasurat: 1 mukasurat (3-5 perenggan)

12. Rumusan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

54

media

1. Pendahuluan
2. Latar Belakang Masalah
3. *Pernyataan Masalah
4. *Objektif Kajian
5. *Persoalan Kajian
6. *Hipotesis kajian (hanya kajian kuantitatif)
7. Kerangka Konsep
8. *Skop dan Batasan Kajian
9. *Kepentingan Kajian
10.
* Sumbangan kajian

11. Takrifan/Definisi Operasi
12. *Rumusan

Bab 1: Pengenalan

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Antara 12 sub-
tajuk yang
disenaraikan
yang manakah
perlu disemak
semula ketika
PSM2?

55

media

Rujukan

  • Alan Bryman (2016) Social research methods. 5thed. Oxford:
    Oxford University Press

  • John W. Creswell & Timothy C. Guetterman (2019) Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. 6thed. London: Pearson

  • Ranjit Kumar (2019) Research methodology: a step-by-step
    guide for beginners. 5thed. London: Sage

  • Garis Panduan PSM (2017)

56

media

Adakah sebarang pertanyaan?

Terima kasih

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

57

Poll

Apakah perasaan anda ketika ini?

Gembira

Risau

Keliru

Ok la

media

Dr Hadijah Jaffri
Sekolah Pendidikan

Penulisan Bab 1:
Projek Sarjana Muda 1

Show answer

Auto Play

Slide 1 / 57

SLIDE