

KATA ADJEKTIF
Presentation
•
World Languages
•
10th Grade
•
Medium
ROSNEH KPM-Guru
Used 2+ times
FREE Resource
7 Slides • 44 Questions
1
TATABAHASA
KATA ADJEKTIF
By ROSNEH KPM-Guru
2
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama. Ia juga dikenali sebagai kata sifat. Kata adjektif biasanya digunakan untuk memberi keterangan tentang rupa, warna, saiz, bentuk, perasaan, atau keadaan sesuatu benda atau orang.
3
Jenis-jenis Kata Adjektif:
Adjektif sifatan – menerangkan sifat fizikal atau kualiti.
Contoh: tinggi, gemuk, putih, licinAdjektif warna – menerangkan warna.
Contoh: merah, biru, kuningAdjektif perasaan – menerangkan perasaan atau emosi.
Contoh: gembira, sedih, marahAdjektif keadaan – menerangkan keadaan sesuatu.
Contoh: rosak, kemas, kotorAdjektif ukuran – menerangkan saiz atau kuantiti Contoh: panjang, luas, banyak
4
Latihan: Isi Tempat Kosong dengan Kata Adjektif yang Sesuai
Arahan: Isikan tempat kosong di bawah dengan kata adjektif yang sesuai.
5
Fill in the Blanks
6
Fill in the Blanks
7
Multiple Select
Pilih ayat yang betul dari segi penggunaan kata adjektif.
Buku itu sangat besar daripada buku ini.
Dia lebih pandai daripada adiknya.
Rumah itu lebih tinggi sekali.
Adik kurang tinggi daripada saya.
8
LATIHAN ULANG KAJI
BERAPA JENISKAH KATA ADJEKTIF?
9
Fill in the Blanks
10
Open Ended
Bina ayat ydaripada perkataan kata adjektif yang berikut.
Bertanggungjawab
Aktif
Bersih
11
Multiple Choice
Tentukan kata adjektif yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: "Aminah berasa _______ selepas mendapat keputusan peperiksaannya."
marah
kecewa
gembira
letih
12
Jawab semua soalan objektif yang disediakan. Anda diberikan masa yang mencukupi untuk menjawab semua soalan.
ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?????
13
Multiple Choice
Antara ayat berikut, yang manakah menunjukkan penggunaan kata adjektif yang salah?
Dia seorang yang pemurah.
Suara gadis itu sungguh merdu.
Pelajar itu paling pandai sekali.
Tanah ini lebih subur.
14
Multiple Choice
Apakah maksud kata adjektif "kasar" dalam ayat berikut? "Perbuatan itu sangat kasar dan tidak beradab."
Berbudi bahasa
Kuat
Lemah lembut
Tidak sopan
15
Multiple Choice
Pilih kata adjektif yang sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: "Kain sutera itu terasa _______ apabila disentuh."
licin
kasar
lembut
panas
16
Multiple Choice
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat: "Cuaca hari ini sangat _______ sehingga saya tidak boleh keluar rumah."
panas
sejuk
lembap
mendung
17
Multiple Choice
Dalam konteks ayat berikut, apakah maksud kata adjektif "kelat"? "Buah itu rasanya kelat."
Manis
Masam
Pahit
Tawar
18
Multiple Choice
Apakah kata adjektif yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: "Sikapnya yang _______ menyebabkan dia sukar untuk bergaul dengan rakan-rakannya."
peramah
sombong
pemalu
bijak
19
Multiple Choice
Pilih kata adjektif yang tepat untuk melengkapkan ayat berikut: "Rumah itu kelihatan _______ selepas dicat semula."
baru
tua
bersih
lama
20
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah merupakan contoh kata adjektif yang menggambarkan keadaan emosi?
tinggi
cerdas
bahagia
putih
21
Multiple Choice
Apakah kata adjektif yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: "Pokok itu sudah lama tidak disiram, daunnya menjadi _______."
hijau
layu
tebal
kering
22
Multiple Select
Pilih ayat yang menggunakan kata adjektif dengan betul.
Baju itu lebih putih dari yang ini.
Dia sangat kaya dari mereka.
Jalan itu lebih panjang daripada jalan raya.
Keadaan itu kurang tenang dari yang disangka.
23
Multiple Choice
Antara berikut, yang manakah bukan merupakan kata adjektif sifat?
cantik
pandai
tinggi
rumah
24
Multiple Choice
Pilih kata adjektif yang tepat untuk melengkapkan ayat berikut: "Dia seorang pelajar yang sangat _______ dan disayangi oleh semua guru."
malas
rajin
degil
nakal
25
Multiple Choice
Pilih kata adjektif yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat berikut: "Perjalanan ke kampung nenek sangat _______ kerana jalan raya sibuk."
sukar
tenang
lancar
cepat
26
Multiple Choice
Tali ampaian yang diikat oleh ibu agak _____.
pudar
kendur
rendah
tegak
27
Multiple Choice
Lebuh raya Utara-Selatan itu masih _______ kerana baru sahaja dibuka.
senyap
diam
lengang
bising
28
Multiple Choice
Pokok bunga itu ______ dan daunnya kekuningan kerana musim kemarau.
layu
sayu
segar
sihat
29
Multiple Choice
Ikmal tidak dapat menahan ketawa kerana cerita Fakrul itu sangat ________.
sedih
basi
pilu
lucu
30
Multiple Choice
Kuih-muih yang dijual oleh Puan Maira sangat _______ kerana rasanya sangat sedap.
keras
lemau
laju
laku
31
Multiple Choice
Pesakit yang _______ itu telah meninggal dunia semalam.
tenat
sihat
penat
segar
32
Multiple Choice
Suara Cikgu Hashim sangat ______ ketika memberikan arahan kepada murid-muridnya.
serak
lantang
merdu
nyaring
33
Multiple Choice
Ubat yang _______ seperti hempedu itu diluahkan kembali oleh adik.
pahit
kelat
payau
masam
34
Multiple Choice
Badan belut sangat _______ dan sukar untuk dipegang.
kasar
kesat
licin
likat
35
Multiple Choice
Tali pinggang itu perlu dipotong kerana terlalu _______.
besar
lebar
pendek
panjang
36
Multiple Choice
Fikiran Akif semakin ________ setiap kali memikirkan masalah itu.
tenang
kusut
gembira
lucu
37
Multiple Choice
Abang kelihatan sangat _________ apabila memakai pakaian seragam askar yang lengkap.
ayu
tegak
segak
cantik
38
Multiple Choice
Kami berharap agar majlis yang dirancang itu berjalan dengan ________.
lancar
teliti
cermat
cekap
39
Multiple Choice
Tindakan yang _________ akan dikenakan terhadap perokok yang merokok di tempat-tempat awam.
tegas
ketat
kuat
erat
40
Multiple Choice
Pokok cempedak _________ di belakang rumah datuk telah pun ditebang.
uzur
tua
usang
muda
41
Multiple Choice
Sampan yang tidak ditambat pada jeti itu dihanyutkan air sungai yang _________.
cepat
laju
pantas
deras
42
TERIMA KASIH
ATAS PERHATIAN ANDA.
SEHINGGA KITA BERTEMU LAGI PADA PEMBELAJARAN YANG SETERUSNYA..
43
Multiple Choice
Bayi itu menangis kerana perutnya _________.
kempis
kembang
kembung
kenyang
44
Multiple Choice
Hadapilah sebarang masalah dengan semangat yang _______.
gagah
gentar
tebal
kental
45
Multiple Choice
Puan Ain terlalu _________ akan anaknya yang berada jauh di perantauan.
ragu
rindu
sedih
kecewa
46
Multiple Choice
Kami geli hati melihat reaksi wajah adik ketika makan buah limau yang ________ itu.
payau
masin
masam
kelat
47
Multiple Choice
Ikram ________ untuk memilih jawapan yang tepat dalam kertas soalan itu kerana jawapannya hampir sama.
risau
gusar
keliru
kecewa
48
Multiple Choice
Air muka Puan Sabariah kelihatan ________ kerana memikirkan masalah yang dialaminya.
ceria
cemas
muram
marah
49
Multiple Choice
Wajah Ryan kelihatan ________ semasa tertangkap ketika dia sedang meniru jawapan kawannya.
pucat lesi
merah padam
kuning langsat
hitam legam
50
Multiple Choice
Sebagai ketua pengawas, Hayati selalu berpakaian ______.
mahal
kemas
selekeh
cantik
51
Multiple Choice
Sham dan rakan-rakannya terpaksa menahan nafas apabila melalui kawasan tandas yang berbau ______ itu.
hapak
hamis
hanyir
hancing
TATABAHASA
KATA ADJEKTIF
By ROSNEH KPM-Guru
Show answer
Auto Play
Slide 1 / 51
SLIDE
Similar Resources on Wayground
46 questions
Energi
Presentation
•
10th Grade
45 questions
manajemen
Presentation
•
10th Grade
44 questions
Kerajaan Sriwjaya sampai Majapahit
Presentation
•
10th Grade
48 questions
Sains Tingkatan 4 Bab 9
Presentation
•
10th Grade
43 questions
Memahami Poster sebagai Jenis Teks Persuasi
Presentation
•
11th Grade
49 questions
Sejarah Bab 6 Tg 4
Presentation
•
10th Grade
43 questions
BIOGRAFI (Kelas 10 Kurmer)
Presentation
•
10th Grade
44 questions
BAB 4 KEMU'JIZATAN AL-QUR'AN (NEW)
Presentation
•
10th Grade
Popular Resources on Wayground
24 questions
PBIS-HGMS Day 10
Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
HCS SCI 03 Summer School Review 3
Quiz
•
3rd Grade
11 questions
Home Scope
Quiz
•
7th - 8th Grade
15 questions
HCS SCI 05 Summer School Assessment 3 Review
Quiz
•
5th Grade
35 questions
Lufkin Road Middle School Student Handbook & Policies Assessment
Quiz
•
7th Grade
18 questions
Geo 11.3 Area of Circles and Sectors
Quiz
•
9th - 11th Grade