
MPU 3113
Authored by NANG NAEMAH NIK DAHALAN
Other
University
Used 20+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
25 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Pernyataan berikut merujuk kepada isu sosioekonomi pada awal kemerdekaan, KECUALI:
Masyarakat luar bandar mencatat kadar kemiskinan tinggi berbanding bandar.
Isu kemiskinan dikaitkan dengan kumpulan etnik tertentu.
Wujudnya ketidakseimbangan yang jelas dari segi pemilikan kekayaan antara etnik.
Pekerjaan profesional, teknikal dan pengurusan banyak didominasi oleh etnik Melayu.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Berikut merupakan langkah-langkah atau strategi-strategi yang dilaksanakan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi mengurangkan kemiskinan, KECUALI:
Meningkatkan kualiti hidup golongan miskin dengan menyediakan perkhidmatan sosial.
Membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk menggalakkan mobiliti golongan miskin kepada sektor produktiviti tinggi.
Meningkatkan pendapatan dan produktiviti golongan miskin.
Meningkatkan bilangan usahawan usahawan bumiputera dan penguasaan bumiputera dalam pengurusan korporat.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Kejayaan Dasar Ekonomi Baru juga diiringi dengan kelemahan yang menjadi isu dan cabaran menguruskan ekonomi. Manakah antara berikut merupakan salah satu kelemahan Dasar Ekonomi Baru?
Ketaksamarataan agihan pendapatan antara etnik Melayu, Cina dan India semakin melebar.
Kualiti kehidupan rakyat semakin kurang disebabkan kos kehidupan yang semakin meningkat.
Kemiskinan tegar masih kekal pada paras yang agak tinggi.
Penyusunan semula masyarakat menyebabkan berlaku penghijrahan mendadak masyarakat Melayu dari kampung ke bandar.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Dasar Penswastaan yang mula diperkenalkan pada tahun 1983 melibatkan pemindahan perkhidmatan atau perusahaan milik awam kepada swasta. Berikut merupakan antara tujuan dasar penswastaan diperkenalkan, KECUALI:
Menambahkan bilangan dan saiz sektor awam.
Mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan.
Merangsang pelaburan dan keusahawanan persendirian.
Meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan dan menambah produktiviti.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Perlembagaan merupakan satu dokumen penting dan dianggap sebagai undang-undang tertinggi dalam pembentukan sesebuah negara dan sistem politiknya. Pernyataan di bawah merupakan kesimpulan tentang makna perlembagaan, KECUALI:
Undang-undang dasar dan sebagai panduan untuk proses pemerintahan negara.
Kerangka asas yang memandu sistem pemerintahan sesebuah negara.
Perlembagaan menjadi rujukan asas tentang aspirasi dan pelan induk pemerintahan sesebuah negara.
Memberi mandat dan kuasa kepada pemerintah untuk menjalankan pemerintahan selari dengan keinginan pemerintah.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Malayan Union yang ditubuhkan pada Februari 1948 telah mendapat tentangan hebat khususnya daripada orang Melayu. Antara berikut, yang manakah BUKAN faktor penentangan orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union?
Kuasa Raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran negeri dan berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
Tindakan Harold MacMichael yang dianggap memaksa dan mengugut Sultan semasa mendapatkan tandatangan.
Kaum Melayu juga perlu mendapatkan hak kerakyatan melalui prinsip jus soli.
Pemberian hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa, iaitu penduduk peribumi tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah digubal oleh X. Perlembagaan menjadi kukuh dan praktikal serta dihormati kerana X telah meminta cadangan dan pandangan daripada bukan sahaja parti politik tetapi juga orang ramai, individu dan Raja-raja Melayu. X merujuk kepada:
Suruhanjaya Reid
Suruhanjaya Pilihan Raya
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
Jawatankuasa Kerja dan Pengisytiharan Perlembagaan
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?