Search Header Logo

Tatabahasa (Bina Ayat)

Authored by Bong Miow Lan

Other

5th Grade

Used 30+ times

Tatabahasa (Bina Ayat)
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

7 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah penghibur jalanan dan kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Syarikat penerbit penghibur jalanan akan menganjurkan program Ekspresi Muzik Jalanan 2.0 pada bulan Ogos ini dengan kerjasama kumpulan artis terkenal di negara kita.

B. Penghibur jalanan bukan sahaja mampu menjana sumber pendapatan melalui persembahan mereka, malah menjadi satu saluran yang baik untuk menunjukkan bakat mereka kepada umum.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah pembeli-belah rahsia kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Syarikat mega itu memantau kualiti produk mereka dengan cara mengupah pembeli-belah rahsia untuk membantu proses pengumpulan data.

B. Kakaknya dinobatkan sebagai pembeli-belah rahsia di syarikat mega itu kerana berjaya membantu meningkatkan jualan produk mereka.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah penggodam beretika kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Perkhidmatan penggodam beretika amat diperlukan dalam setiap organisasi yang menggunakan sistem dalam talian bagi memastikan rangkaian komputer adalah selamat dan bebas ancaman penggodam.

B. Maklumat sulit salah sebuah agensi kerajaan di Amerika Syarikat telah dibocorkan kepada pihak media oleh penggodam beretika yang dikenali sebagai Mr. X.

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah penipuan cinta kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superintendan Suffian Sulaiman melaporkan kes seorang warga emas yang menjadi mangsa sindiket penipuan cinta telah mengalami kerugian RM38,500 selepas diperdaya oleh seorang lelaki yang dikenalinya menerusi Facebook.

B. Seorang lelaki warga Nigeria berusia 29 tahun telah ditahan di Jalan Teknokrat, Putrajaya semalam selepas dikenal pasti oleh pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, PDRM sebagai penipuan cinta menggunakan Facebook (FB) yang membabitkan jumlah penipuan sebanyak RM3.6 juta.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah tanda pagar kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Penggunaan tanda pagar semakin meluas dalam kalangan pengguna media sosial terutamanya Twiter dan Facebook dan telah menjadi satu trend baru-baru ini.

B. Ayat yang penting perlu ditanda dengan tanda pagar agar mendapat perhatian ramai terutamanya saluran maklumat daripada agensi kerajaan.

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah sumber khalayak kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Isu kekurangan peralatan perlindungan diri atau dikenali sebagai PPE dalam kalangan barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia telah diselesaikan dalam minggu ini menerusi sumber khalayak.

B. Tindakan Menteri Kewangan memperoleh cadangan menerusi sumber khalayak sebagai satu pendekatan dalam usaha memurnikan perancangan kewangan negara pada masa akan datang telah mendapat pujian daripada rakyat negara kita.

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Fahami maksud istilah pesan hantar kemudian pilih contoh ayat yang menggunakan istilah tersebut secara tepat.

A. Banyak syarikat pemborong bakal gulung tikar jikalau sistem pesan hantar diamalkan secara menyeluruh oleh pihak pengilang pada masa akan datang.

B. Pengguna lebih suka membeli-belah menerusi pelbagai aplikasi pembelian seperti Lazada dan Shopee kerana mereka mengamalkan sistem pesan hantar.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?