
KUIZ SINOPSIS NOVEL LEFTENAN ADNAN
Authored by Norliza Brahim
Other
10th Grade
Used 5+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
9 questions
Show all answers
1.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di ________, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh ________ dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang _____ akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
(a)
2.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran ________. Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah. Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar. Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi ____________ di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya. Cita-citanya hanyalah satu,iaitu untuk menjadi askar. Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di ___________. Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung.
(a)
3.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Konflik berlaku apabila ______ memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi _________ Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan ___________ di London. Adnan telah berkahwin dengan _______, anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
(a)
4.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi _________________ dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun
mesingan, seksyen semboyan, dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac ______,Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua ________. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
(a)
5.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di _______ yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia. Risikan mendapati sekurang-kurangnya ____ buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang ____________.
(a)
6.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di _________________ pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat, mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang _________ di sepanjang pantai. Pada hari kedua, kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban. Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun, pada hari ketiga, askar Melayu yang
sedang bertempur diarahkan _______. Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur.
(a)
7.
FILL IN THE BLANKS QUESTION
30 sec • 1 pt
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. Kesemua jawapan hendaklah ditaip dalam satu baris dan setiap perkataan dipisahkan dengan hanya satu "spacebar". Kesemua jawapan hendaklah betul tanpa ada walau satu kesalahan.
_____________ keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di ___________, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa _____ hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
(a)
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?