Search Header Logo

4E Ulangkaji Peribahasa (41-80)

Authored by Fazeelah Khan

World Languages

7th - 10th Grade

Used 2+ times

4E Ulangkaji Peribahasa (41-80)
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

15 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Keunikan perisa dendeng yang dijual Naufal menjadi penyebab dia mendapatkan keuntungan yang besar dalam jangka masa yang singkat. Mengharapkan keuntungan yang lebih besar, Naufal telah mendedahkan resepinya kepada saudara-maranya bagi membantu dia mengendalikan francais kedai dendeng. Namun, oleh kerana tidak dijaga oleh saudara-maranya, resepi Naufal akhirnya terdedah kepada khalayak dan ramai yang meniru perisa dendengnya. Naufal kehilangan segalanya.

tukang tidak membuang kayu

yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran

umpama duduk seperti kucing, melompat seperti harimau

ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Salim seorang sahabat sejati. Meskipun dia tidak dapat menyumbang dari segi kewangan, dia masih menyumbangkan tenaga untuk memastikan bahawa majlis pernikahan Hashim berjalan dengan lancar. Kini, giliran Salim pula berkahwin. Namun, Hashim terlalu sibuk dengan pengurusan syarikatnya. Dia ingin memberikan sumbangan wang tetapi dia pasti berapa banyak pun wang yang diberikan tidak dapat membalas jasa Salim.

hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati

pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan gelak

hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Sarah tahu bahawa sebagai teman, dia sepatutnya menasihatkan Amira supaya memaafkan kesilapan kakaknya. Namun, ibu Sarah melarangnya untuk masuk campur. Menurut ibunya, perselisihan keluarga tidak patut dicampuri kerana akhirnya mereka akan baik semula, bak pepatah

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga

biduk lalu kiambang bertaut

melentur buluh biarlah dari rebung

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Sepanjang bulan Ramadan ini, kita seharusnya mengamalkan perkara-perkara yang baik. Antara cara kita melakukan hal ini adalah dengan menjadi contoh yang terbaik bagi rakan-rakan dan ahli keluarga kita. Usahlah kita memberi nasihat kepada orang lain, seandainya kita sendiri tidak mengamalkannya.

sebab buah dikenal pohonnya

baik membawa resmi ayam betina

kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan

seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Meskipun Rauf mempunyai pengalaman luas dan ilmu yang mendalam, dia tidak suka menunjukkan pengetahuan dan kebolehannya.

seperti harimau menyembunyikan kukunya

kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit

jika ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

tukang tidak membuang kayu

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Ramadan tahun lalu, ramai yang jatuh sakit akibat menjamu makanan yang disiapkan terlalu awal di Bazaar. Tahun ini, meskipun tidak ada Bazaar, kita tetap harus berhati-hati apabila membeli makanan daripada kedai-kedai supaya perkara ini tidak berulang sekali lagi.

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

ingat sebelum kena, jimat sebelum habis

seperti tikus jatuh ke beras

pisang tidak berbuah dua kali

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

45 sec • 1 pt

Andika seorang yang bertanggungjawab. Meskipun sedang berpuasa, dia tidak pernah menggunakan rasa dahaga, lapar dan letihnya sebagai alasan. Setiap pekerjaan yang dilakukan sehingga sempurna, tiada cacat celanya dan tidak ada mengambil langkah mudah. Jadilah seperti Andika.

belayar sampai ke pulau

genggam bara api biar sampai jadi arang

kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagunya

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?