Karangan Amalan Rumah Terbuka

Karangan Amalan Rumah Terbuka

1st - 12th Grade

1 Qs

quiz-placeholder

Similar activities

PERTANIAN 2.1.4 - 2.1.5

PERTANIAN 2.1.4 - 2.1.5

12th Grade

6 Qs

MENELADANI SIFAT TABLIGH NABI MUHAMMAD SAW

MENELADANI SIFAT TABLIGH NABI MUHAMMAD SAW

3rd Grade

6 Qs

{endidikan Moral Tahun 2 (Unit 13: Bersederhana Amalan Keluarga)

{endidikan Moral Tahun 2 (Unit 13: Bersederhana Amalan Keluarga)

1st - 5th Grade

6 Qs

Kosa Kata

Kosa Kata

2nd - 4th Grade

6 Qs

RAMALKAN USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

RAMALKAN USAHA MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

4th Grade

3 Qs

Kuiz Nilai Mencintai Alam Sekitar

Kuiz Nilai Mencintai Alam Sekitar

2nd Grade

6 Qs

Unit Bimbingan dan Kaunseling Minggu 30

Unit Bimbingan dan Kaunseling Minggu 30

7th - 8th Grade

6 Qs

KUIZ IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

KUIZ IKHLAS DALAM KEHIDUPAN

1st - 12th Grade

6 Qs

Karangan Amalan Rumah Terbuka

Karangan Amalan Rumah Terbuka

Assessment

Quiz

Education

1st - 12th Grade

Easy

Created by

Roziah Ismail

Used 11+ times

FREE Resource

1 questions

Show all answers

1.

OPEN ENDED QUESTION

30 sec • 1 pt

Soalan 1 : Amalan rumah terbuka penting untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Huraikan kebaikan-kebaikan amalan rumah terbuka kepada masyarakat.


Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah semasa sambutan perayaan di negara ini termasuklah Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Umum mengetahui bahawa amalan rumah terbuka sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana semasa rumah terbuka pelbagai keseronokan yang diperoleh oleh masyarakat terutamanya kanak-kanak. Sebagai contoh, dapat menjamu selera dengan pelbagai juadah dan memperoleh duit raya. Amalan ini bukan hanya tertumpu kepada satu-satu kaum sahaja. Malahan semua kaum di Malaysia sudah mula mengadakan rumah terbuka ketika sambutan perayaan bagi kaum masing-masing. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka ? Segala persoalan akan terjawab nanti.


Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita . Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Sebagai contoh, semua kaum dapat bertemu dan beramah mesra semasa menghadiri rumah terbuka. Amalan rumah terbuka sebenarnya dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Hal ini disebabkan oleh majlis Rumah Terbuka berkonsepkan mengalu-alukan sesiapa sahaja tetamu yang hadir tanpa mengira perbezaan warna kulit dan rupa. Keadaan ini persis peribahasa, buang yang keruh , ambil yang jernih. Dengan demikian, setiap kaum seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Implikasinya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan bermasyarakat yang lebih harmoni. Kesan yang seterusnya ialah amalan rumah terbuka dapat menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala -Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia. Tuntasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.


Dari perspektif yang lain, amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan ini bersama-sama walaupun berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan kaum yang berbeza lebih memahami jiran tetangga yang berlainan agama dan budaya. Sebagai contoh, ketika perayaan Tahun Baru Cina dilarang untuk menyapu di dalam rumah . Hal ini bagi mengelakkan rezeki tidak masuk ke dalam rumah.Bagi kaum Melayu pula menziarahi kubur, bersalam-salaman dan bermaaf-maaafan serta mengunjungi rumah sanak saudara Masyarakat juga didedahkan juga kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Hal ini sinonim dengan peribahasa , tak kenal maka tak cinta. Sebagai contoh, orang India, Cina , Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Bagi kaum Cina pula, bermain mercun sudah menjadi tradisi dalam menyambut Tahun Baru Cina justeru prasangka terhadap sesetengah amalan budaya sesuatu kaum ketika perayaan haruslah dielakkan. Dengan menghadiri rumah terbuka, masyarakat boleh memperoleh maklumat yang tepat tentang sesuatu amalan kaum-kaum tertentu. Hal ini dapat membantu mereka memahami budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasa kini. Deduksinya, budaya dan adat resam kaum lain dapat difahami melalui amalan murni ini.


Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bersama-sama kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan Hari Gawai , Hari Keamatan dan Hari Krismas . Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong. Kesan yang lain pula ialah pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju Izahrlah, konsep rumah terbuka memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.


Tempias daripada amalan rumah terbuka ini dapat merapatkan silaturahim dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam dalam kehidupan generasi yang akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Sebagai contoh, mereka dapat mengenali ipar duai, sepupu, pak cik dan mak cik Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain . Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Oleh hal yang demikian, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun, ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga bak kata peribahasa jiran sepakat membawa berkat. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.


Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia. Pelbagai pihak perlulah berganding bahu bersama-sama pihak kerajaan agar amalan rumah terbuka ini subur dalam kalangan masyarakat agar sikap masyarakat yang mengamalkan budaya bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlulah dihakis dalam kehidupan masyarakat di malaysia. Hal ini bagi membentuk generasi yang bersatu padu bagai aur dengan tebing serta saling membahu untuk mewujudkan keharmonian dalam masyarakat agar dipandang tinggi oleh masyarakat di seluruh dunia.


­­­­­­­

Evaluate responses using AI:

OFF