
PERTANDINGAN KUIZ KERJAYA MENENGAH ATAS
Authored by ain basha
Education
4th - 6th Grade
Used 121+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
20 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
__________________________ adalah satu cabang kepakaran pergigian yang mengendali dan merawat pesakit-pesakit yang mempunyai masalah kedudukan atau susunan gigi yang tidak betul. Rawatan yang diberikan adalah termasuk:-
· Mengendalikan masalah oklusi
· Membantu dalam rawatan restoratif
· Mengendalikan masalah ketidakseimbangan tulang muka yang melibatkan pembedahan ortognatik
· Mengendalikan masalah kecacatan kraniofasial (muka dan tengkorak) yang teruk
· Mengendalikan masalah saluran pernafasan tersumbat semasa tidur (obstructive sleep apnoea)
Kerjaya yang dinyatakan di atas adalah berkaitan _____________________
A. Pegawai ortodontik
B. Pakar lasik
C. Pegawai oftalmologi
D. Pegawai ortopedik
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Daniel merupakan seorang remaja yang mengalami masalah rabun warna. Daniel boleh mengenal pasti warna tetapi persepsi warnanya sahaja yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan warna normal. Daniel mempunyai kesukaran membezakan warna terang dan warna gelap. Setelah tamat SPM, Daniel ingin memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang telah memberikan garis panduan syarat-syarat tambahan dan khas berkaitan masalah rabun warna dalam memilih sesuatu bidang pengajian di samping syarat-syarat umum yang sedia ada. Oleh itu, Daniel tidak dapat mengikuti bidang pengajian yang dinyatakan di bawah akibat rabun warna yang dialaminya KECUALI…..
A. Bidang kejuruteraan Aeronautik
B. Bidang kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Komunikasi, Kuasa, Industri dan Telekomunikasi)
C. Bidang fotomedia kreatif, seni halus dan reka grafik
D. Bidang Perakaun dan Matematik
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Teori Kerjaya X telah mengkategorikan individu kepada beberapa jenis personaliti yang boleh dipadankan dengan 6 jenis persekitaran pekerjaan iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Konventional.
Teori Kerjaya X ialah .................
A. Teori Kerjaya Super
B. Teori Kerjaya Holland
C. Teori Krumboltz
D. Teori Tret dan Faktor
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Malaysia kini berada di peringkat permulaan Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0). Perkembangan dalam Artificial Intelligence (AI), genetik, robotik, teknologi nano, cetakan 3D dan bioteknologi begitu pesat bahkan teknologi tersebut saling bergabung mencetuskan sistem yang lebih pintar. Pejabat, rumah, kilang, ladang, pengangkutan dan bandar raya sedang mengalami kesan Revolusi Industri 4.0. Secara kesimpulannya, berikut merupakan impak Revolusi Industri 4.0 KECUALI…
A. Permintaan dan penawaran yang dinamik membawa perubahan kepada corak penggajian
B. Memberi kesan kepada tindakan majikan dalam membuat pelarasan bagi menampung keperluan perubahan
C. Tidak wujud pekerjaan baharu kerana kebanyakan pekerjaan diambil alih oleh teknologi pintar
D. Memberi kesan kepada produktiviti kerana persaingan dalam industri dan pelarasan yang dibuat untuk mencapai tahap produktiviti yang optimum serta penjimatan kos
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Teori Perkembangan Kerjaya Super telah membahagikan perkembangan konsep kendiri kepada 5 peringkat yang mempengaruhi pemikiran dan kestabilan kerjaya seseorang individu. Pilih peringkat-peringkat ini dalam urutan yang betul.
A. Pertumbuhan, Pengukuhan, Penerokaan, Penurunan, Pengekalan.
B. Pertumbuhan, Penerokaan, Pengukuhan, Pengekalan, Penurunan.
C. Penerokaan, Pengekalan, Pertumbuhan, Pengekalan, Penurunan.
D. Penerokaan, Pertumbuhan, Pengekalan, Penurunan, Pengukuhan.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPTS selepas SPM perlu memastikan bahawa kursus atau bidang yang ditawarkan di IPTS berkenaan memenuhi standard dan kualiti yang ditetapkan oleh MQA.
Yang manakah BUKAN merupakan peranan MQA?
A. Membudayakan pendidikan cemerlang.
B. Menjamin kualiti kursus atau bidang yang ditawarkan oleh IPTS.
C. Membantu pelajar membuat pemilihan kursus yang sesuai dengan pencapaian akademik mereka.
D. Memberi perakuan akreditasi kepada program yang memenuhi kriteria dan standard.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
1 min • 1 pt
Antara berikut yang manakah BUKAN KELEBIHAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0
A. Penggunaan robot dan mesin akan menjadikan sesuatu kerja atau proses pekerjaan akan menjadi lebih cepat dan cekap
B. Setiap hasil kerja dan produk akan dapat dikeluarkan dengan berkualiti dan sistematik mengikut waktu yang ditetapkan
C. Akan wujudnya pekerjaan baharu yang tidak ada sebelum ini iaitu pengurus akaun media sosial
D. Golongan menengah rendah akan menjadi antara golongan yang terjejas kerana golongan tersebut akan digantikan dengan robot
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?