Search Header Logo

Amalan Hidup Bermasyarakat

Authored by FAIZAH PP2012045T

World Languages

10th - 11th Grade

Used 15+ times

Amalan Hidup Bermasyarakat
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

10 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Apakah yang dimaksudkan dengan hidup bermasyarakat?

Beberapa orang yang hidup dan tinggal bersama di dalam sebuah rumah

Sekumpulan orang yang tinggal dan bekerja di sebuah syarikat

Beberapa orang yang menganggotai sesuatu persatuan dalam komuniti

Sekumpulan orang yang hidup bersama dalam sesebuah komuniti dengan adat dan budaya tertentu

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Apakah contoh amalan hidup bermasyarakat?

Menghadiri karnival makanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan Negeri

Menyertai pertandingan seni mempertahankan diri bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang tersebut

Tolong-menolong dan bergotong-royong sesama jiran tetangga dalam sesuatu majlis kenduri kesyukuran

Menziarahi makam ibu bapa di sesuatu tanah perkuburan

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Sebagai penduduk di dalam sesebuah kawasan taman perumahan, kita mestilah sentiasa berbincang untuk melakukan sesuatu aktiviti atau program seperti aktiviti bergotong-royong kawasan taman perumahan. Apakah peribahasa yang sesuai dengan kenyataan tersebut?

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian

Ada ubi ada batas, ada budi ada balas

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Biar putih tulang, jangan putih mata

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Apakah maksud yang sesuai bagi peribahasa di atas?

Menghadapi susah dan juga senang bersama-sama

Perhubungan yang sangat akrab dalam menyelesaikan masalah

Membahagikan kerja secara adil dan sama

Bersama-sama berbincang untuk mencapai kata sepakat

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

1 min • 1 pt

Bagaimanakah cara untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara jiran?

Mengumpat seseorang bersama jiran-jiran yang lain

Menziarahi jiran yang sedang sakit

Meminjam peralatan rumah jiran untuk kegunaan peribadi

Menggunakan tempat letak kenderaan jiran untuk meletakkan kenderaan sendiri.

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

2 mins • 1 pt

Antara berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah untuk menghidupkan kehidupan bermasyarakat?

I Aktiviti riadah dan bergotong-royong

II Amalan bertegur sapa sesama jiran

III Amalan ziarah-menziarahi dan kunjung-mengunjungi semasa perayaan

IV Memupuk semangat perpaduan dan toleransi antara masyarakat

I dan II

II dan IV

I, II dan III

Semua di atas

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

3 mins • 1 pt

Sebagai seorang individu yang hidup bermasyarakat dalam sebuah komuniti, setiap individu memainkan peranan penting dalam usaha untuk meningkatkan keharmonian hidup bermsyarakat. Oleh itu, setiap individu perlu sentiasa memastikan amalan hidup bermasyarakat terus subur dalam sesebuah komuniti. Apakah peranan individu dalam menghidupkan amalan bermasyarakat?

I. Sentiasa peka dan mengambil berat dengan keadaan kehidupan masyarakat setempat

II. Sedar akan tanggungjawab diri dalam menjaga kebersihan dan kesihatan sekeliling untuk kesejahteraan hidup bersama

III. Melibatkan diri dalam sebarang aktiviti gotong-royong atau program kemasyarakatan yang diadakan oleh Kelab Rukun Tetangga (KRT) taman perumahan

IV. Mengambil kesempatan untuk berniaga dengan mempromosikan barang jualan kepada jiran tetangga semasa perjumpaan mesyuarat menyelesaikan masalah taman perumahan

I dan II

II dan IV

I, II dan III

Semua di atas

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?