
Latihan Syair Bidasari
Authored by Shara Lamb
Education
5th Grade
Used 11+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
16 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Pilih maksud rangkap berikut:
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya menulis sajak untuk dijadikan cerita.
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat yang juga merupakan pengarangnya. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh kepada pembaca.
Pengenalan kisah seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Berikan maksud rangkap berikut:
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Sultan bersuka-ria selama beberapa tahun. Namun, apabila kesedihan melanda baginda terpaksa meletakkan jawatan.
Sultan terpaksa berundur dari istana ketika malapetaka melanda setelah beberapa tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa.
Selepas tidak lama memerintah sultan terpaksa turun takhta kerana baginda tidak gembira.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Berikan maksud rangkap berikut:
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang beberapa bulan, permaisuri pun mengandung.
Sultan yang bijaksana bertambah berseri apabila permaisuri mengandung.
Permaisuri menggembirakan sultan dengan mengurniakan baginda seorang anak tidak lama selepas mereka berkahwin.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Rangkap manakah yang menunjukkan garuda menyerang Negeri Kembayat?
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Rangkap manakah yang menunjukkan bahawa kesenangan sultan memerintah Negeri Kembayat itu tidak pasti lagi berkekalan?
Dengarkan tuan suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah maksud unggas gurda?
burung besar
raksasa
haiwan gergasi
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah maksud "Gempar ini apakah kurang"?
Kekecohan ini tidak akan berakhir.
Adakah huru-hara sudah reda atau sebaliknya.
Huru-hara ini akan berakhir tidak lama lagi.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?