Search Header Logo

Kuiz Program Membaca Bulan Julai

Authored by Candice Tan

Fun

5th Grade

Used 39+ times

Kuiz Program Membaca Bulan Julai
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

8 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Pada tahun lepas, Emily telah melancong di Australia. Sebaik-baik sahaja dia tiba di sana, Emily ______ _____ ke dalam sebuah hotel yang mewah.

daftar diri

daftar masuk

daftar dulu

Answer explanation

Daftar masuk

Maksud: log masuk; membuat pendaftaran sebelum menginap hotel atau menaiki kapal terbang

 

Contoh ayat:

Kami menikmati makan tengah hari terlebih dahulu kerana tiba terlalu awal untuk daftar masuk ke dalam hotel.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Emily akan ________ di sana selama seminggu.

meninggal

tidur

menginap

Answer explanation

Menginap

Maksud:

menumpang tidur (di rumah sahabat, di hotel), bermalam

 

Contoh ayat:

Ini merupakan kali ketujuh saya menginap di hotel ini

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Emily teringin sangat hendak menikmati semua _________ yang disediakan di hotel mewah itu.

kemudahan

keperluan

keselesaan

Answer explanation

Kemudahan

Maksud:

Perkhidmatan dan infra­struktur yang disediakan untuk orang ramai

Contoh ayat:

 Kamu dapat menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan hotel ini seperti kolam renang dan gimnasium yang moden.

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Disebabkan keletihan, Emily tidur dengan nyenyak di atas katilnya pada malam itu. Tiba-tiba, dia terdengar suatu bunyi bising. Seolah-olahnya, ada orang sedang ___________ sesuatu.

membelah

menebang

menggergaji

Answer explanation

Menggergaji

Maksud:

Memotong dengan gergaji

Contoh ayat:

Seorang tukang kayu sedang menggergaji sebatang papan yang panjang.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Media Image

Untuk mendengar dengan lebih jelas lagi, Emily bingkas bangun dari katilnya lalu membuka suis biliknya. Kelihatan lampu di dalam bilik itu ________ secara perlahan-lahan.

bergayut

bergoyang

bergegar

Answer explanation

Bergayut

Maksud:

bergantung (lampu ), berpaut (kera), berpegang kuat-kuat

 

Contoh ayat:

Budak itu bergayut pada dahan kayu.

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Tanpa diduga, lampu itu tiba-tiba terpadam sendiri. Lalu, bilik Emily kelihatan _____ gelita.

pudar

hitam

gelap

Answer explanation

Gelap

Maksud:

tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang

Contoh ayat:

Hari mulai gelap lebih kurang pada pukul tujuh malam.

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Tanpa berfikir, Emily ________ sekuat hati. Perasaan panik dan ___________ menghantui pemikiran Emily ketika itu.

menggelabah, menjerit

menjerit, menggelabah

menggelabah, menggergaji

Answer explanation

Menjerit 大声呼喊

Maksud:

berteriak kuat-kuat, memekik

Contoh ayat:

Budak itu menjerit untuk meminta tolong.

Menggelabah 惊慌失措

Maksud:

berada dalam keadaan tidak tentu arah, berasa resah gelisah.

Contoh ayat:

Ramli menggelabah semasa guru mengedarkan kertas peperiksaan kerana tidak mengulang kaji pelajarannya.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?