
PKSK (KECERDASAN INSANIAH)
Authored by MOHD Moe
Life Skills
6th Grade
Used 163+ times

AI Actions
Add similar questions
Adjust reading levels
Convert to real-world scenario
Translate activity
More...
Content View
Student View
50 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah tindakan anda apabila kawan-kawan anda mempersendakan ritual keagamaan hindu "kavadi" semasa perayaan Thaipusam?
Berasa tersinggung dan terus memarahi mereka.
Berasa tidak terganggu dan membiarkan sahaja mereka.
Sama-sama mengetawakan ritual tersebut.
Menerangkan kepada mereka keperluan menghormati budaya kaum lain demi menjaga keharmonian negara.
2.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Salah seorang rakan sekelas anda telah menulis surat mengajak anda untuk berdua-duaan di bilik simpanan sekolah selepas waktu persekolahan. Apakah tindakan anda?
Menerima pelawaan tersebut dan berjumpa dengannya tanpa pengetahuan orang lain.
Berasa teruja lalu mengajak rakan baik anda untuk menemani anda berjumpa dengannya.
Dengan segera membuang surat tersebut dan menganggap tiada apa-apa yang berlaku.
Menceritakan perkara ini kepada ibu atau bapa anda dan tidak berjumpa dengan rakan tersebut.
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Ayah anda sering merokok di dalam rumah dan kadang-kala di premis makanan. Bagaimanakah anda berdepan dengan situasi ini?
Berasa kesal mempunyai ayah yang tidak bertimbang rasa.
Tidak terkesan dengan hal ini.
Mencuba untuk memujuk ibu untuk menasihati ayah untuk berhenti merokok.
Menegur ayah secara terus di khalayak ramai agar tidak lagi merokok.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Anda adalah seorang muslim, salah seorang rakan anda yang berbangsa cina telah membawa kek bulan yang telah dibuat oleh ibunya. Apakah reaksi anda setelah dipelawa untuk mencuba kek tersebut?
Menerima pelawaan dan terus makan kek tersebut tanpa menyemak kandungannya.
Mengucapkan terima kasih kepada rakan anda dan memastikan kandungan kek tersebut sebelum makan.
Menolak pelawaan dan mengatakan pada rakan anda bahawa anda tidak boleh makan makanan daripada orang bukan muslim.
Menerima kek tersebut dan dalam diam membuangnya.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Sekiranya rakan anda sebagai ketua kelas tidak menjalani tugas dengan betul dan guru kelas tawarkan anda menggantikannya. Apa tindakan anda?
Menerima tawaran itu dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Menolak tawaran itu dan tidak memberikan sebarang maklum balas.
Mencadangkan orang lain.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Apakah yang anda boleh lakukan jika ternampak pengemis di jalanan?
Memerhatikannya dengan rasa simpati.
Menghulurkan sedikit wang atau makanan tanda prihatin.
Menasihatinya agar berubah dan tidak malas bekerja.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Kamu ternampak rakan kamu dibuli oleh pelajar lain. Apa tindakan paling selamat yang harus kamu lakukan?
Cuba meleraikannya seorang diri.
Memberitahu secepat mungkin kepada warden atau guru.
Menjerit meminta tolong.
Access all questions and much more by creating a free account
Create resources
Host any resource
Get auto-graded reports

Continue with Google

Continue with Email

Continue with Classlink

Continue with Clever
or continue with

Microsoft
%20(1).png)
Apple
Others
Already have an account?