
SPM Sejarah U-2022

Quiz
•
History
•
12th Grade
•
Medium
Ayuniza Furzani Saari
Used 6+ times
FREE Resource
40 questions
Show all answers
1.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Peribahasa berikut merujuk kepada hubungan rakyat dengan pemerintah.
"Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek"
Apakah perkaitan peribahasa tersebut dengan tanggungjawab rakyat terhadap pemerintah?
Dedikasi
Ketaatan
Tolak ansur
Kebanggaan
Answer explanation
Peribahasa tersebut mempunyai kaitan dengan hubungkait antara pemerintah dengan rakyat. Rakyat bertanggungjawab untuk taat setia dan patuh kepada arahan pemerintah. Di samping itu, rakyat berperanan untuk menjadi tentera, menghadiri majlis umum seperti gotong-royong, menjadi pendayung dan menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana
2.
MULTIPLE SELECT QUESTION
30 sec • 1 pt
Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 meliputi Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera. Bagaimanakah Kesultanan Melayu Melaka meluaskan wilayah pengaruhnya?
Menaungi kerajaan lain
Melalui penaklukan
Menyatukan rakyat
Menetapkan sempadan
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 7)
Kesultanan Melayu Melaka meluaskan pengaruhnya melalui taklukan atau peperangan seperti Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri dan Kampar. Selain itu, melalui naungan iaitu wilayah yang menerima ketuanan KMM melalui perkahwinan atau persahabatan seperti Lingga, Patani dan Kedah
3.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Maklumat berikut berkaitan dengan Isu Kasut di Burma.
"Orang Inggeris memakai kasut semasa memasuki kuil Buddha di Burma."
Apakah kesan isu tersebut?
Membangkitkan semangat nasionalisme
Mengukuhkan pengaruh penjajah
Meningkatkan kuasa bangsawan
Mencetuskan pembaharuan adat
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 28-29)
Isu Kasut di Burma telah membangkitkan semangat nasionalisme masyarakat Burma
terutama daripada golongan pertengahan berpendidikan barat yang membentuk persatuan seperti Persatuan Belia Buddha (1906). Perbuatan orang British ini dianggap mencemari kesucian agama Buddha.
4.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Jerman telah melanggar syarat-syarat Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Bagaimanakah negara tersebut melanggar syarat-syarat perjanjian tersebut?
Memperkuat angkatan tentera
Menamatkan hubungan diplomatik
Mengeksport senjata ke luar negara
Menjalin kerjasama dengan komunis
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 58)
Melalui Perjanjian Versailles, Jerman dikehendaki bertanggungjawab terhadap kemusnahan akibat perang, membayar pampasan, menghadkan saiz tentera dan menyerahkan wilayah dan tanah jajahannya. Walau bagaimanapun, kemunculan ideologi Nazisme pimpinan Adolf Hitler telah menyebabkan Jerman mengetepikan Perjanjian Versailles dengan membina angkatan tentera Jerman untuk mendapatkan kembali tanah jajahan Jerman.
5.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.
Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?
Menghalau penjajah asing
Menyekat pengaruh komunis
Mendapatkan petempatan khas
Menghalang kemasukan imigran
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 80)
Pada peringkat awal Kesatuan Melayu Muda (KMM) berkerjasama dengan Jepun kerana berharap Jepun akan memberi kemerdekaan terhadap Tanah Melayu. Hal ini kerana kejayaan tentera Jepun mengalahkan British menyedarkan orang Melayu bahawa negera daripada Asia juga mampu mengalahkan kusa barat.
6.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
Mengapakah tokoh-tokoh tersebut perlu dihargai oleh generasi muda hari ini?
Menjalin hubungan dengan negara luar
Memajukan sistem ketenteraan negara
Memperjuangkan kedaulatan negara
Mempertahankan institusi beraja
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 74)
Leftenan Adnan Saidi dan Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC merupakan tokoh daripada
Rejimen Askan Melayu yang menentang Jepun. Leftenan Adnan menonjolkan keberanian dan sanggup berkorban untuk tanah air semasa Pertempuran di Bukit Chandu. Manakala Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC pula menyelamatkan hampir 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di kawasan pantai Johor. Beliau juga dianugerahi pinggat Military Cross.
7.
MULTIPLE CHOICE QUESTION
30 sec • 1 pt
British Military Administration (BMA) merupakan pentadbiran tentera di Tanah
Melayu yang bermula pada 12 September 1945.
Apakah peranan pentadbiran tersebut?
Melatih penduduk tempatan
Memulihkan kepercayaan rakyat
Menghalang kemasukan penjajah
Menangani demonstrasi penduduk
Answer explanation
(Rujukan Buku Teks Ting 4 m.s. 94)
Pemerintahan British Military Administrasion bermula apabila Jepun menyerah kalah pada 1945. Tugas BMA adalah mengembalikan kestabilan dan keamanan negara dan memulihkan kepercayaan rakyat.
Create a free account and access millions of resources
Similar Resources on Wayground
40 questions
2023 SEJ TRIAL PENANG

Quiz
•
University
40 questions
2023 TRIAL SEJ PUTRAJAYA

Quiz
•
University
40 questions
GAMIFIKASI SEJARAH KI1 (T4)(T5 B1-B4)

Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
SEJARAH SPM 2022

Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
SPMC 2023 KELANTAN

Quiz
•
9th - 12th Grade
40 questions
2023 SEJ TRIAL PAHANG

Quiz
•
University
40 questions
2022 TRIAL SEJARAH K1 TERENGGANU

Quiz
•
11th - 12th Grade
40 questions
SPMC 2023 TERENGGANU

Quiz
•
9th - 12th Grade
Popular Resources on Wayground
55 questions
CHS Student Handbook 25-26

Quiz
•
9th Grade
18 questions
Writing Launch Day 1

Lesson
•
3rd Grade
10 questions
Chaffey

Quiz
•
9th - 12th Grade
15 questions
PRIDE

Quiz
•
6th - 8th Grade
40 questions
Algebra Review Topics

Quiz
•
9th - 12th Grade
22 questions
6-8 Digital Citizenship Review

Quiz
•
6th - 8th Grade
10 questions
Nouns, nouns, nouns

Quiz
•
3rd Grade
10 questions
Lab Safety Procedures and Guidelines

Interactive video
•
6th - 10th Grade