Search Header Logo

Kuiz Bahasa Melayu

Authored by Isamuddin Roslan

World Languages

7th Grade

Used 1+ times

Kuiz Bahasa Melayu
AI

AI Actions

Add similar questions

Adjust reading levels

Convert to real-world scenario

Translate activity

More...

    Content View

    Student View

12 questions

Show all answers

1.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Menteri Pendidikan akan datang ke sini esok. ______ akan merasmikan dewan baharu sekolah ini.

A. Dia

B. Baginda

C. Beliau

D. Anda

Answer explanation

Pilihan A, B dan C ialah kata ganti nama diri ketiga sedangkan D ialah kata ganti nama diri kedua. Di antara A, B dan C, pilihan C yang paling sesuai kerana perkataan beliau ini lebih digunakan untuk orang yang berpangkat tinggi sedangkan B lebih digunakan untuk Sultan atau ketua negara.

2.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Ayah berasa ______ kerana dia tidak biasa menghadiri majlis yang penuh adat istiadat dan bergaul dengan orang-orang kenamaan.

A. marah

B. hairan

C. kekok

D. terpegun

Answer explanation

Kekok lebih sesuai digunakan kerana ia lebih menggambarkan perasaan seseorang yang tidak biasa melakukan sesuatu atau tidak pernah melakukan aktiviti sosial.

3.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Sila pilih jawapan yang sesuai bagi menggantikan ayat yang berbaris di bawah.

Hujan yang berturun dengan kencang telah menyebabkan perlawanan bola sepak itu terpaksa ditunda.

A. Hujan yang turun dengan deras

B. Hujan yang turun dengan hebat

C. Hujan yang turun dengan laju

D. Hujan yang turun dengan kencang

Answer explanation

Deras lebih sesuai digunakan kerana adjektif ini boleh dikaitkan dengan air yang mengalir

4.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Keadaan di kantin sekolah _______ dengan suara penuntut-penuntut yang sedang membeli makanan.

A. riuh-rendah

B. kacau-bilau

C. porak-peranda

D. lintang-pukang

Answer explanation

Pilihan A lebih sesuai kerana kata ganda riuh-rendah itu lebih berkaitan dengan suasana yang menggunakan suara.

5.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bercetak tebal dengan betul.

I. Abang membeli 30 cocok sate di pasar malam.

II. Barang kemas itu amat cocok dengan warna kulitnya.

III. Victoria dengan Beckham cocok digandingkan dalam filem itu.

IV. Kakinya luka kerana cocok serpihan kaca semasa menyapu sampah.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. II dan IV sahaja

D. III dan IV sahaja

Answer explanation

Ayat I dan IV menggunakan perkataan yang salah, perkataan yang betul adalah cucuk.

6.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Junaina akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Australia bulan depan.

A. Ayat Perintah

B. Ayat Silaan

C. Ayat Penyata

D. Ayat Seruan

Answer explanation

Jawapannya C kerana ia hanya memberi kenyataan dan tidak ada perkataan tambahan yang menunjukkan ia bukan Ayat Penyata.

7.

MULTIPLE CHOICE QUESTION

30 sec • 1 pt

Pilih ayat yang mengandungi kata kerja transitif.

A. Pak Cik Samad mengasah parang itu sehingga tajam.

B. Penyanyi muda itu menyanyi dengan penuh semangat.

C. Keluarganya sedang tidur ketika kebakaran itu berlaku.

D. Kami sekeluarga berasal dari Daerah Belait

Answer explanation

Kata kerja transitif mesti mengandungi objek yang diletakkan selepas kata kerja, hanya pilihan A sahaja ada ayat yang mengandungi objek iaitu parang.

Access all questions and much more by creating a free account

Create resources

Host any resource

Get auto-graded reports

Google

Continue with Google

Email

Continue with Email

Classlink

Continue with Classlink

Clever

Continue with Clever

or continue with

Microsoft

Microsoft

Apple

Apple

Others

Others

Already have an account?