wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS T1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.
Kesemua yang berikut merupakan fenomena semulajadi kecuali
a)
terbitnya Matahari
b)
gerhana bulan
c)
musim kemarau
d)
penerbangan kapal terbang
2.
Antara kerjaya yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sains?
a)
Peguam
b)
Akauntan
c)
Jurutera
d)
Pegawai bank
3.
Apakah bidang kajian meteorologi?
a)
Menyediakan ubat mengikut preskripsi doktor
b)
cuaca dan iklim
c)
bintang dan planet
d)
mengkaji struktur dan komposisi bumi
4.
Apakah bidang kajian meteorologi?
a)
Menyediakan ubat mengikut preskripsi doktor
b)
cuaca dan iklim
c)
bintang dan planet
d)
mengkaji struktur dan komposisi Bumi
5.
Apakah fungsi utama kasa dawai yang diletakkan di atas tungku kaki tiga semasa pemanasan?
a)
Untuk memperkuat api penunu Bunsen
b)
Untuk menyebarkan haba dengan sekata
c)
Untuk menumpukan haba di tengah-tengah kasa dawai
d)
Untuk mencegah dasar bekas menjadi hitam
6.
Dalam penyiasatan saintifik, langkah pertama ialah mengenalpasti masalah yang hendak disiasat. Apakah langkah seterusnya?
a)
Mengumpulkan data
b)
Membuat hipotesis
c)
Menganalisis dan mentafsir data
d)
membuat kesimpulan
7.
Antara yang berikut, yang manakah unit bagi isipadu?
a)
kg
b)
cm2
c)
cm3
d)
m
8.
Apakah kedudukan mata yang betul semasa mengukur panjang sesuatu objekdengan menggunakan pembaris?
a)
Tegak di atas objek
b)
Di kiri objek
c)
Di kanan objek
d)
Di depan objek
9.
Sebuah silinder penyukat berisi 50ml air. Apabila 10 biji guli yang sama saiz dimasukkan ke dalamnya, bacaan pada silinder penyukat menjadi 75ml. Berapakah isipadu sebiji guli?
a)
75 cm3
b)
25 cm3
c)
10 cm3
d)
2.5 cm3
10.
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah betul tentang jisim?
a)
Jisim disukat dalam unit kilogram
b)
Jisim bergantung kepada tarikan graviti
c)
Jisim sesuatu objek berbeza di tempat yang berlainan
d)
Jisim sama erti dengan berat
11.
Manakah yang berikut merupakan contoh pernyataan masalah dalam penyiasatan saintifik?
a)
Adakah kebanyakan murid menaiki bas sekolah?
b)
Di manakah kedudukan perut di dalam badan kita?
c)
Adakah senaman mempengaruhi kadar denyutan jantung?
d)
Berapakah jarak di antara matahari dengan bumi?
12.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisma multisel?
a)
Hidra
b)
Euglena
c)
Ameba
d)
Klamidomonas
13.
Bahagian ini berfungsi sebagai pusat pengawalan semua aktiviti sel. Apakah bahagian ini?
a)
Dinding sel
b)
Nukleus
c)
Sitoplasma
d)
Kloroplas
14.
Apakah larutan yang digunkan untuk mewarnakan nukleus sel pipi manusia?
a)
Larutan garam
b)
Larutan metilena biru
c)
Larutan asid
d)
Larutan iodin
15.
Apakah bahan yang terdapat di dalam vakuol sel tumbuhan?
a)
Ampaian sel
b)
Larutan sel
c)
Sap sel
d)
Dinding sel
16.
Antara yang berikut, yang manakah paling sesuai digunakan untuk memerhatikan kloroplas di bawah mikroskop?
a)
Tisu gabus
b)
Epidermis bawang
c)
Daun tumbuhan hijau
d)
Pencungkil gigi
17.
Kumpulan manakah yang terdiri daripada mikroorganisma sahaja?
a)
Euglena, bakteria, paramesium
b)
Bakteria, semut, klamidomonas
c)
Ameba, paramesium, jejentik
d)
Lalat, paramesium, bakteria
18.
Antara berikut, yang manakh bukan dibina daripada zarah?
a)
Cahaya
b)
Air
c)
Besi 
d)
Udara
19.
Mengapakah udara dianggap sebagai jirim?
a)
Udara mempunyai jisim dan bentuk
b)
Udara tidak mempunyai hjisim dan bentuk
c)
Udara mempunyai jisim dan memenuhi ruang
d)
Udara tidak mempunyai jisim dan memenuhi ruang
20.
Nyatakan kesimpulan berdasarkan pernyataan di bawah:
Ais timbul di permukaan air
a)
Ais lebih ringan daripada air
b)
Ais kurang tumpat daripada air
c)
Jisim ais kurang daripada air
d)
Ais tidak bercampur dengan air