wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EKONOMI TINGKATAN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah BETUL tentang kerajaan ?

a)

unit ekonomi yang memaksimumkan kepuasan terhadap barang dan perkhidmatan

b)

unit ekonomi yang memproses barang dan perkhidmatan

c)

unti ekonomi yang memaksimumkan kebajikan masyarakat

d)

unit ekonomi yang menjual barang dan perkhidmatan

2.

Pernyataan yang manakah menerangkan ciri pasaran monopoli semulajadi

a)

Wujud pelbagai firma

b)

Mempunyai barang pengganti

c)

Tidak bebas keluar masuk industri

d)

Harga ditentukan oleh mekanisme harga

3.

Apakah maksud eksternaliti negatif?

a)

Kos pengeluaran yang ditanggung oleh pengguna

b)

Kos luaran yang ditanggung oleh masyarakat

c)

Kos pengeluaran ditanggung oleh pengeluar dan pengguna

d)

Kos luaran yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri

4.

Pernyataan manakah menerangkan maksud Indeks Harga Pengguna (IHP)?

a)

Mengukur taraf hidup dan pendapatan per kapita

b)

Mengukur perubahan harga dengan perubahan kuantiti diminta

c)

Menunjukkan pendapatan benar yang diterima oleh seseorang individu

d)

Mengukur harga purata barang dan perkhidmatan digunakan oleh isi rumah

5.

Maklumat di atas menunjukkan keadaan inflasi.


Apakah jenis inflasi tersebut?

a)

Inflasi eksport

b)

Inflasi tolakan kos

c)

Inflasi tarikan penawaran

d)

Inflasi tarikan permintaan

6.

Apakah maksud pengangguran ?

a)

Permintaan buruh pasaran lebih besar daripada penawaran buruh pasaran

b)

Permintaan buruh pasaran lebih kecil daripada penawaran buruh pasaran

c)

Satu keadaan apabila segelintir tenaga buruh ingin bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan

d)

Satu keadaan apabila segelintir tenaga buruh bekerja dengan tingkat upah yang rendah

7.

Pernyataan manakah memberikan maksud guna tenaga?

a)

Tingkat pengangguran di negara berkenaan adalah rendah

b)

Setiap orang dalam pasaran buruh mempunyai pekerjaan

c)

Hanya melebihi 4% daripada tenaga buruh di negara berkenaan yang tiada pekerjaan

d)

Hanya 3 % hingga 4 % daripada tenaga buruh di negara berkenaan yang tiada pekerjaan

8.

Antara yang berikut, yang manakah kesan pengangguran terhadap sosial?

a)

Kehilangan kemahiran

b)

Aktiviti eksport terjejas

c)

Pergaduhan dalam keluarga

d)

Pendapatan negara meningkat

9.

Pernyataan manakah yang merupakan langkah untuk mengatasi masalah pengangguran yang berleluasa dalam ekonomi?

a)

Menaikkan kadar cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan

b)

Menurunkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

c)

Menaikkan kadar cukai dan mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

Menurunkan kadar cukai dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan

10.

Cukai langsung adalah cukai yang dikenakan terhadap.....

a)

pembeli kereta dari Jepun

b)

pemilik tanah

c)

getah yang dieksport ke luar negara

d)

pengambilan buruh asing dari Bangladesh

11.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?

a)

Syarikat Sinaran Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang

b)

Puan Suzi membayar cukai apabila membeli belah di pasar raya

c)

Koperasi Maju Jaya Berhad membayar cukai atas keuntungannya

d)

Encik Aziz dikenakan cukai barang dan perkhidmatan

12.

Pernyataan manakah yang BENAR tentang cukai progresif?

a)

Contoh cukai progresif ialah cukai barang dan perkhidmatan

b)

Jumlah cukai yang dikenakan tidak berubah

c)

Beban cukai lebih tinggi terhadap golongan yang berpendapatan tinggi

d)

Kadar cukai semakin menurun jika pendapatan meningkat

13.

Pernyataan manakah yang menggambarkan ciri-ciri globalisasi?

a)

Perkembangan pasaran di peringkat global

b)

Kaedah berkomunikasi melalui internet dan peranti

c)

Blok Perdagangan tidak digalakkan

d)

Liberalisasi perdagangan semakin tidak digalakkan

14.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri syarikat multinasional?

a)

Firma yang dimiliki oleh kerajaan

b)

Firma monopoli yang menguasai pasaran tempatan

c)

Firma bersaiz besar yang beroperasi dalam sebuah negara tertentu

d)

Firma induk di negara asal mengawal semua cawangan di negara yang berbeza

15.

Apakah maksud globalisasi?

a)

Proses interaksi antara pengeluar dengan pengguna

b)

Proses interaksi dan integrasi input dan output pengeluaran

c)

Proses interaksi dan integrasi antara isi rumah, firma dan kerajaan pelbagai negara

d)

Proses menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan kos pengeluaran minimum