Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TATABAHASA UPSR 1

Total questions: 14

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.
“Semalam _____________pergi ke rumah datuk di kampung Badukan,” kata pasangan    kembar itu kepada rakan mereka.
a)
saya
b)
kita
c)
kami
d)
kalian
2.
“____________mohon ampun, tuanku,” sembah petani tua itu kepada Sultan Mansor   Syah.
a)
Hamba
b)
Beta
c)
Patik
d)
Saya
3.
Setiap anggota keluarga harus saling ______________untuk mewujudkan suasana yang    harmoni dalam institusi kekeluargaan.
a)
menemani
b)
menyaingi
c)
melengkapi
d)
menghormati
4.
Setelah berlatih dengan tekun, Sanizah berasa ___________bahawa dia akan berjaya     mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita itu.
a)
yakin
b)
selesa
c)
bangga
d)
tenteram
5.
Pak Dollah sedang memasang ____________kawat mata punai di sekeliling reban    ayamnya.
a)
secebis
b)
segulung
c)
selembar
d)
segelung
6.
Sambutan masyarakat di kawasan taman perumahan itu terhadap kegiatan gotong-royong   yang diadakan sangat _________________.            
a)
tawar
b)
hambar
c)
sejuk
d)
lesu
7.
Kumpulan pelancong asing itu sedang mendengar taklimat _________wakil syarikat   pelancongan yang mengurus percutian mereka.
a)
dari
b)
pada
c)
daripada
d)
kepada
8.
Makanan yang sangat masin itu tidak ______________olehnya
a)
tertelan
b)
terusik
c)
terteguk
d)
tersedut
9.
Ibu Midah sedang memakirkan keretanya di ____________sebuah kedai buku.
a)
tepi
b)
bucu
c)
hadapan
d)
belakang
10.
Semasa melawat di Taman Kinabalu,Anis dan rakan-rakannya dapat mendengar bunyi   unggas _______________.
a)
berlari-larian
b)
bersahut-sahutan
c)
beriring-iringan
d)
bercakar-cakaran
11.
Kumar menggunakan wang tabungnya ________membeli beberapa naskah majalah   akademik yang dijual di tapak pesta buku itu.
a)
agar
b)
lalu
c)
demi
d)
untuk
12.
Abang Imran  membersihkan  sarang __________ di syiling ruang tamu rumahnya dengan menggunakan penyapu.
a)
papijat
b)
lelabah
c)
rerama
d)
lelabi
13.
Pilih ayat yang betul.
a)
Saiful menunggang basikalnya dengan hati-hati semasa melalui jalan yang berlekak- lekuk itu.
b)
Sudah dua kali berturut-turut Chen Ho mendapat markah yang paling tertinggi sekali di  dalam kelasnya.
c)
Rosiah terpaksa memanggil-manggil nama Rosli berulang kali kerana adiknya itu tidak mendengar panggilannya.
d)
Diana gemar menyimpan koleksi sampul-sampul hari raya yang unik dan menarik.
14.
Cikgu  Hisyam mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris dalam kumpulan masing-masing.
a)
Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing setelah diarahkan   oleh cikgu Hisyam.
b)
Cikgu Hisyam mengagihkan para peserta perkhemahan yang sedang berbaris kepada    beberapa kumpulan.
c)
Semua peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Hisyam agar beratur dalam   kumpulan masing-masing.
d)
Cikgu Hisyam diarahkan oleh para peserta perkhemahan agar berbaris bersama-sama   dengan mereka.