wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM SURIA TAHUN 4

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.
Yang manakah merupakan sebahagian daripada Sistem Suria?
a)
komet dan bintang
b)
asteroid dan galaksi
c)
bulan dan meteoroid
d)
matahari dan bintang
2.
Susun planet-planet ini mengikut urutan yang betul dari Matahari
a)
Zuhal Musytari Neptun Marikh
b)
Zuhrah Marikh Zuhal Uranus
c)
Musytari Bumi Marikh Zuhrah
d)
Utarid Marikh Uranus Zuhal
3.
Ahli Sistem Suria ini mengeluarkan cahaya dan terletak di pusat Sistem Suria.
a)
komet
b)
asteroid
c)
meteor
d)
matahari
4.
Planet ini mempunyai orbit paling besar dalam Sistem Suria.
a)
Neptun
b)
Zuhal
c)
Musytari
d)
Utarid
5.
Yang manakah benar tentang planet Musytari?
a)
Menyokong hidupan
b)
Planet keenam dari matahari
c)
Planet terbesar dalam Sistem Suria
d)
Mempunyai satu satelit semulajadi
6.
Apakah nama satelit semulajadi planet Bumi?
a)
bulan
b)
komet
c)
asteroid
d)
meteor
7.
Asteroid terdiri daripada
a)
udara dan batuan
b)
batuan dan logam
c)
gas dan air
d)
air dan batuan
8.
Gelang asteroid terletak di antara
a)
Utarid dan Zuhrah
b)
Bumi dan Marikh
c)
Marikh dan Musytari
d)
Uranus dan Zuhal
9.
Planet ini mempunyai 3 gelang dan merupakan planet kedua terbesar dalam Sistem Suria
a)
Zuhrah
b)
Uranus
c)
Zuhal
d)
Neptun
10.
Planet ini terletak hampir dengan bumi dan dikenali sebagai planet merah
a)
Marikh
b)
Zuhrah
c)
Musytari
d)
Uranus
11.
Apakah akan berlaku jika Bumi diletakkan lebih hampir dengan matahari
a)
Satelit semulajadi bumi akan hilang
b)
Kutub Utara dan Kutub Selatan akan mencair
c)
Seluruh bumi menjadi gelap
d)
Laut akan membeku
12.
Apakah akan berlaku jika Bumi terletak lebih jauh daripada matahari
a)
Laut akan mendidih
b)
Udara akan menjadi panas
c)
Tumbuhan dan haiwan mati
d)
Siang menjadi lebih panjang
13.
Mengapakah planet Zuhal tidak dapat menyokong hidupan
a)
Terlalu panas
b)
Terlalu sejuk
c)
Terlalu banyak bulan
d)
Terlalu dekat dengan matahari
14.
Planet ini merupakan planet paling kecil dalam Sistem Suria
a)
Utarid
b)
Zuhrah
c)
Bumi
d)
Marikh
15.
Ahli Sistem Suria ini terdiri daripada ketulan ais, debu dan gas beku.
a)
Asteroid
b)
Meteoroid
c)
Komet
d)
Meteor
16.
Ahli Sistem Suria ini merupakan objek pejal yang bergerak dalam ruangan planet 
a)
Asteroid
b)
Meteoroid
c)
Komet
d)
Meteor
17.
Matahari mempunyai saiz _____ kali ganda saiz bulan.
a)
4
b)
10
c)
100
d)
400
18.
Matahari adalah sejenis 
a)
bintang 
b)
galaksi
c)
komet
d)
meteor
19.
Mengapa planet Utarid tidak mempunyai hidupan?
a)
Terlalu panas
b)
Terlalu sejuk
c)
Terlalu gelap
d)
Terlalu jauh daripada matahari
20.
Apakah nama ahli Sistem Suria ini?
a)
Asteroid
b)
Satelit semulajadi
c)
Meteor
d)
Galaksi
21.
Saiz matahari adalah ________ ganda saiz bumi.
a)
10
b)
100
c)
4
d)
400
22.
Planet ini berwarna biru kehijauan dan terdiri daripada gas.
a)
Musytari
b)
Zuhal
c)
Uranus
d)
Bumi
23.
Planet ini mengambil masa 365 hari untuk beredar mengelilingi matahari.
a)
Marikh
b)
Bumi
c)
Uranus
d)
Neptun
24.
Bumi berputar pada paksinya tetapi planet ini berputar pada sisinya
a)
Uranus
b)
Neptun
c)
Zuhal
d)
Musytari
25.
Planet ini merupakan planet paling panas dalam Sistem Suria.
a)
Zuhrah
b)
Utarid
c)
Marikh
d)
Zuhal
26.
Meteor yang terhempas di permukaan Bumi dipanggil
a)
Meteoroid
b)
Meteorit
c)
Asteroid
d)
Komet
27.
Jalan atau landasan di ruang angkasa yang tidak dapat dilihat secara fizikal adalah 
a)
paksi
b)
kutub
c)
orbit
d)
galaksi
28.
Garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub Selatan dipanggil
a)
paksi
b)
orbit
c)
ufuk
d)
putaran
29.
Matahari lebih besar daripada bulan. Mengapa saiz bulan dan saiz matahari kelihatan sama saiznya jika dilihat dari Bumi?
a)
Matahari mengecil apabila malam
b)
Bumi menjauhi matahari pada waktu malam
c)
Bulan membesar pada waktu malam
d)
Bulan lebih dekat dengan bumi berbanding matahari
30.
Anggaran jarak dari Bumi ke Matahari ialah
a)
100 kali jarak bumi ke bulan
b)
200 kali jarak bumi ke bulan
c)
300 kali jarak bumi ke bulan
d)
400 kali jarak bumi ke bulan